See back y’all...
After long time no see...
Lots of miss from #HarrysIrish..... ^_^
PANDANGAN dilempar ke kolam. Menjamu mata dengan
ikan-ikan yang berenang. Sesekali wajahnya melirik ke dalam. Lihat yang lain
rancak bersembang sakan.
Keluarganya, keluarga Irish, keluarga Pak Ngah Arham.
Semua ada. Datang sambut kepulangan Irish dan dia.
Tadi dia pun ada turut sama dengan mereka. Tiba-tiba
dapat panggilan dari Fezrul, jadi dia minta diri untuk keluar. Selesai
bercakap, hati terasa nak duduk ambil angin malam sebentar. Makanya dia di sini
sekarang.
“Harrys.”
Lelaki itu toleh ke belakang. “Along.”
“Kenapa duduk kat luar?”
“Tak ada apa. Saja. Ambil angin sekejap.”
“Semua orang cari Harrys kat dalam. Ingat ke mana
hilang.”
“No. I’m here.”
Izzul melangkah dekati adik iparnya. “Along ganggu ke?”
“Tak pun, long.”
“May I join you?”
“Sure.”
Sejurus itu Izzul melabuh duduk di bangku taman, sebelah
Tengku Harrys. Hati teringin luangkan masa sikit. Sepanjang bergelar keluarga,
ini kali pertama momen mereka bersama.
“Harrys okey?”
“Kenapa along tanya macam tu?”
“Nampak tadi Harrys menung panjang.”
Tengku Harrys ketawa kecil. “Tak adalah. Tengok ikan-kan
tu. Lama tak jumpa.”
“Melepas rindulah ni.”
“Lebih kurang.”
Kali ini Izzul yang tergelak. Tengku Harrys di sisi
dipandang sejenak. Macam mana dia lihat sinar wajah adiknya di dalam tadi,
macam itu juga yang dia lihat empunya raut di sebelah.
“How about you and Irish?” soalan Izzul spontan
meluncur keluar. Ingin tahu perkembangan adik-adiknya.
“Alhamdulillah. Baik setakat ni.”
“Your honeymoon?”
“Good at all.”
“Harrys gembira dengan Irish?”
“Every single second. She made my day.”
“I can see that. From her smile.”
Tengku Harrys toleh ke sisi. “What does it mean?”
Hujung bibir Izzul tersungging. Interpretasi rasa senang
yang terbit dari lubuk hati.
“Senyuman dia menceritakan segalanya, Rys.”
“Maksud along?”
“Senyuman Irish. Dah lama along tak nampak senyuman indah
dia tu. Senyuman yang dah lama lenyap, hilang. Tapi malam ni... senyuman tu dah
kembali mekar kat bibir dia. Malah, lebih manis. Terpancar bunga-bunga
bahagia.”
Tengku Harrys diam. Kata-kata Izzul perlahan-lahan
menusup masuk ke pendengaran.
“Terima kasih, Rys. Terima kasih sebab kembalikan
senyuman Irish. Terima kasih sudi bahagiakan dia. Terima kasih kotakan janji
Harrys pada along. Along tahu along tak salah pilih orang. ”
“Harrys cuma buat apa yang termampu, long.”
“Termampu? Tapi apa yang Harrys buat benar-benar
terkesan. Along dah tak nampak Irish yang dulu. Yang takut buka hati dia untuk
lelaki. Takut nak beri semula cinta dia. Takut untuk bina masa depan.
But you turned it well. You had
proven to her. Harrys berjaya
buktikan pada Irish masih ada lagi lelaki baik, tulus, ikhlas yang boleh terima
dia. Masih ada lagi lelaki yang boleh beri kebahagian pada dia.”
“I just did as what you asked. Buktikan apa yang
Irish cakap, salah.”
“Yeah. Because you the only one could do that.
Remembered what I told you last time?”
Seraya Tengku Harrys sua anggukan.
“You’re the person, Rys. The right one yang ALLAH
janjikan buat Irish. Nobody can deny it. Ada hikmah perjalanan hidup
Irish tertulis macam tu. Sebab ALLAH dah simpan Harrys untuk jadi penyelamat
dan pelindung dia pada suatu saat yang tepat. Dan along percaya... keluarga
along, keluarga kita, even sesiapa pun akan rasa dan ucap benda yang sama pada
Harrys.”
Tengku Harrys terus kaku bicara. Sejujurnya dia tak buat
apa-apa. Hanya ikut gerak hati untuk lakukan semua yang terdaya. Demi insan
tercinta. Selebihnya... dia berserah pada Maha Esa.
“Along minta maaf, Rys.”
Sekali lagi kepala Tengky Harrys berkalih. “Pardon?”
“I am truly sorry.”
“Untuk apa?”
“Atas kekurangan adik along.”
“Don’t say it.”
“Along tahu Irish bukan gadis yang sempurna buat Harrys.”
“No.”
“Dia sekadar ingin menumpang. Mencari secebis kasih
dengan Harrys untuk bantu merawat ĺuka hati dan beban yang ditinggalkan.”
“Tak, long.”
“Along harap Harrys sudi pimpin dia bina bahagia yang
didambakan. Tapi kalau Harrys dah tak larat, Harrys boleh pulangkan semula
Irish pada along...,”
“No. Don’t say that. Please.”
“A... along...,”
“Irish wanita yang cukup sempurna di mata Harrys.
Tak ada yang kurang. She’s almost perfect. Sebab dia pemberian terbaik dari
ALLAH buat Harrys. Sepatutnya Harrys yang ucap terima kasih. Sebab along
sekeluarga pilih Harrys untuk miliki insan seistimewa dia.
Tak ada istilah Irish tumpang kasih dengan Harrys or
whatsoever. Dia isteri Harrys. Selayaknya dia disayangi, dicintai, dikasihi
seorang suami. Apa saja yang Harrys ada, yang Harrys punya, seluruh jiwa raga
Harrys, semua adalah milik dia. Kalau nyawa Harrys sekalipun jadi taruhan, I
will sacrifice myself for her.”
“Harrys...,”
“Demi ALLAH... Harrys akan jaga adik along sesempurna
mungkin. Dia tak layak untuk disakiti lagi.”
“Harrys...,”
“Harrys akan jaga Irish sepenuh hati Rys. This is my
promise.”
Izzul tenung wajah adik iparnya. Dalam. Lama. Tak ada
sekelumit pun sirna kebohongan di pandangan. Hanya sinar keikhlasan yang terpancar
dalam redup mata.
“Zul!”
Izzul dan Tengku Harrys berpaling serentak
“Laaa... kau lepak sini rupanya! Aduhhh... kau ni, Zul!
Kata tadi nak cari Harrys. Dengan kau-kau sekali ikut hilang! Apa benda!”
“Sorry, Fiy.” Izzul garu kepala. “Tadi memang nak
cari. Tapi tak sengaja pulak tersembang kat sini.”
“Tersembang? Tersembang apa kalau dah macam ni? Sampai
tak ingat nak masuk dalam!” selar Tengku Hafiy sambil menghampiri dua figura di
depannya. “Sembang apa kau orang berdua, hah?”
“Tak ada apalah. Sembang-sembang kosong aje.” Izzul cuba berselindung.
“Ya ke kosong? Tengok tadi serius semacam aje. Aku datang
pun kau orang boleh tak perasan!”
“Betul, bro.”
“Hmm... dah, jom! Dia orang panggil dinner.
Masing-masing perut dah berkeroncong dah tu. Macam-macam lagu ada. Tak pasal-pasal
kang ada yang berguling kat lantai!”
Taman mini vila ditinggal dalam gelakan tiga lelaki
berkenaan.
No comments:
Post a Comment