Friday, September 19, 2014

BAB 20 : BAYANGAN GURAUAN







P
AGI itu telah diadakan satu mesyuarat kecil oleh Tengku Hafiy selaku CEO syarikat dengan semua pegawai-pegawainya dari setiap jabatan. Tidak ketinggalan Tengku Harrys dan Irish juga turut ada bersama. Mesyuarat yang berlansung selama lebih kurang satu jam setengah itu hanya berakhir pada pukul 11.15 pagi.

            “Baiklah, semua boleh bersurai. Cuma saya minta construction and finance department untuk tinggal sebentar. Ada sedikit taklimat yang saya ingin berikan.”

            Mendengarkan arahan tersebut, semua yang ada mula bersurai.

          “Alright, saya nak maklumkan tentang satu tugasan luar yang akan kamu semua hadiri,” jelas Tengku Hafiy memulakan taklimatnya sebaik yang lain beredar keluar. Semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri.

            “Tugasan luar? Ke mana, Tengku?” soal Henry, salah seorang jurutera syarikat.

            “Kamu semua akan turun melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di Johor Bahru. It’s emergency. Saya baru terima laporan yang mengatakan ada sedikit masalah dengan projek tu. Isn’t it, Saiful, Hazman?”

            “Yes, Tengku!” sahut Encik Saiful dan Encik Hazman serentak. Sebagai ketua jurutera Haiyan Holdings, Encik Saiful merupakan salah seorang yang memantau projek itu dari sini. Walhal dalam sebulan, pasti dia akan turun ke sana bersama Encik Hazman selaku ketua arkitek syarikat untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan lancar.

            “For your information guys, pembinaan untuk fasa ketiga projek tu ada sedikit masalah yang mana ia telah ditimbulkan oleh salah seorang pegawai kita di sana. Beliau sudah pecah amanah pada wang syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga yang dah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam.”

            “What??!” beberapa suara kedengaran terkejut menerima berita itu.

            “Terkejut bukan? Saya sendiri tak percaya bila dapat news ni pagi-pagi tadi. Tapi nak tak nak, kamu kena percaya jugak.” Tengku Hafiy menambah lagi. “So what all of you have to do now, kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk pergi ke sana. Siasat dan selidik masalah-masalah yang timbul then selesaikan semuanya secepat yang mungkin. Kita dah tak banyak masa, guys! Client nak kita siapkan projek tu mengikul tempoh yang dah ditetapkan.”

            “Bila kami kena pergi, Tengku? Dan berapa hari?” soal Encik Naufal pula.

“Esok. Berapa hari tu saya tak pastilah. Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat diselesaikan, cepatlah kamu balik. Tapi saya diberitahu Encik Naufal juga terpaksa menghadiri seminar penting di Melaka hujung minggu ni, kan?”

Seraya itu Encik Naufal menganggukkan kepalanya.

Okay, beliau akan dikecualikan. Jadi, Puan Faridah dan Irish yang akan follow Tengku Harrys ke sana untuk selesaikan masalah berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman and Mr. Henry, macam biasalah. Kalau bangunan tu sampai dah runtuh macam tu, memang banyaklah yang you all kena settlekan. Especially regarding the materials and suppliers. That’s very very important! Setakat ni ada apa-apa masalah?”       

Pertanyaan Tengku Hafiy itu disambut dengan gelengan dari mereka. Semuanya seakan patuh dengan arahan yang telah diberikan.

“Baiklah, kalau tak ada apa-apa semua boleh bersurai. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang kamu berada di sana. Harrys.”

Yes?”

“Kali ni abang tak boleh nak follow. Ada meeting penting dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya tanggungjawab pada kau untuk selesaikan kes ni. And do not forget, you as a leader kena tengok-tengokkan jugak mereka semua ni sepanjang berada kat sana. Make sure everything could be solved and the project is running smoothly as usual.

 “Insyaallah,” balas Tengku Harrys ringkas.

Good! Alright, we’ll meet again in a meeting after all of you come back here. Assalamualaikum.” Tengku Hafiy mengakhiri taklimat itu dengan salam sebelum mereka semua beredar keluar dari bilik meninggalkan dia dan Tengku Harrys berdua di situ. 

“Tengahari ni kau lunch dengan siapa?” tiba-tiba Tengku Hafiy bersuara.

“Dengan siapa lagi. Sorang jelah. Kenapa?”

“Jom lunch dengan abang. Abang pun tak ada appointment dengan client hari ni.”

Okay,” balas Tengku Harrys spontan lalu bangkit dari kerusi. “See you this afternoon.” Langkahnya terus diatur menuju ke pintu sebelum menapak keluar dari bilik mesyuarat tersebut.



SEPERTI yang dijanjikan, dua beradik itu keluar makan tengahari bersama. Tepat jam 1.00 petang, kelibat Tengku Hafiy sudah terpancul di muka pintu bilik adiknya.

         “Dah belum, Rys? Jom. Lapar dah ni!” Tengku Hafiy menyapa adiknya yang masih menghadap skrin komputer. Serentak itu juga Tengku Harrys bangun lalu mencapai kunci keretanya di atas meja.
Alright, let’s go. I’ll drive!”

Dua beradik itu beriringan menuju ke tempat letak kereta yang terletak di hadapan bangunan Haiyan Holdings.

“Nak makan kat mana ni?” Tengku Harrys bertanya pada abangnya sebaik kereta memasuki jalanraya.    
                                                                                                                                                                    “Mana-mana jelah. Janji perut boleh isi.”

Tengku Harrys tidak bertanya lanjut. Terus sahaja pemanduannya dihalakan ke sebuah restoran Melayu yang menyediakan juadah masakan kampung. Lapan tahun berada di bumi asing, tekaknya sudah jemu dengan masakan-masakan barat. Jadi bila sudah berada di sini, waktu untuk dia kembali semula pada asal-usul keturunannya.

‘Adat resam orang Melayu jangan sesekali dilupakan walau sejauh mana pun bumi asing kita jelajah.’

Itu antara kata-kata pesanan dari papanya untuk mereka adik-beradik. Memang Tengku Haiyan tidak mahu anak-anaknya hanyut dengan cara dan budaya luar. Pergilah ke mana sahaja anak-anaknya mahu pergi. Tetapi adat dan budaya sebagai orang Melayu serta ajaran Islam jangan sekali-kali dibuang. Harus sentiasa dipegang.

            “Boleh abang tanya sikit?” Tengku Hafiy memecah kesunyian antara meraka.

            “Tanya jelah. Apa dia?”

            “Hati kau masih belum terbuka lagi ke?”

            “Terbuka? Terbuka untuk apa?”

         “Perempuan.” Spotan jawapan itu keluar dari mulut Tengku Hafiy. Rasanya sudah tiba masa untuk dia menyelami hati adik lelakinya ini. Pusing kepala dia memikirkan, lebih-lebih lagi bila mamanya selalu menyuruhnya agar berbincang dengan Tengku Harrys mengenai perkara tersebut. Namun seperti biasa lelaki itu hanya menyepikan diri.

         “Bila lagi, Rys?” Tengku Hafiy menyoal lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut adiknya.

            “Nantilah.”

            “Nanti tu sampai bila? Umur kau sekarang pun dah dua puluh sembilan tahun. Nak kata poket kosong, rasanya poket kau lagi tebal dari abang dengan kerja kat UK tu. Petik jari je kau boleh beli semuanya, kan. Dulu bolehlah kau bagi alasan nak fokus pada career dulu. Sekarang dah tak boleh nak bagi alasan tu dah. Lagi-lagi dengan mama. Ni... telinga abang ni yang penat kena leter dengan mama sebab kau, tahu tak?”  

            Mendengarkan kata-kata abangnya itu, spontan ketawa Tengku Harrys terhambur.

            “Tengok? Orang cakap dia boleh ketawa pulak! Kat UK dulu takkan tak jumpa sesiapa?”

            “Tak berminat.”

        Sudah terjangka oleh Tengku Hafiy. Itulah jawapan yang selalu akan diberikan. “Habis tu, sampai bila-bila pun takkan jumpalah kalau macam tu.”

            “Nantilah, bang. Kalau ada jodoh, adalah. Insyaallah.”

            Spontan Tengku Hafiy menoleh. “Dah ada ke?”

            “Apa yang dah ada?”

          “Calonlah. Bunyi macam dah ada je!” duga Tengku Hafiy. Namun dilihat adiknya di sisi hanya tersenyum. Soalannya juga dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan.

        “Hmm, kalau dah ada baguslah. Tak adalah kau dengan abang-abang ni sekali kena berleter dengan mama lagi. Tapi, kalau belum ada...,” ayat Tengku Hafiy terhenti di situ.

          “Kenapa kalau belum ada?” Tengku Harrys menjeling sekilas abangnya di sebelah.

         “Siap-siap jelah. Mama tu dah get ready je nak carikan calon isteri untuk kau!” selamba Tengku Hafiy menjawab. Ingin melihat reaksi dari Tengku Harrys. Namun adiknya itu kelihatan tenang sahaja.

        Dan kereta BMW 6 Siries Coupe berwarna Tanzanite Blue itu terus meluncur laju menuju ke destinasinya.


No comments: