U
|
SAI solat Isya’ berjemaah, seluruh ahli keluarga itu duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Masing-masing kelihatan penat setelah seharian berkelah di Pantai Port Dickson sempena meraikan ulangtahun perkahwinan Encik Izzuddin dan Puan Qarina siang tadi. Anak-anak kecil ada yang sudah tertidur akibat keletihan. Ada juga yang masih berjaga dan bermain di ruangan keluarga itu.
“Macam mana result
final exam, Rish? Okay?” suara
Izzul memecah kesunyian malam, membuatkan mata-mata yang sedari tadi terarah ke
kaca televisyen, teralih kepadanya kini. Irish yang sedang melayan anak-anak
Iman, Alief Rafiqin, Aliefa Rihana dan Aliefa Rizwana bermain, sedikit
tersentak dengan pertanyaan tersebut.
“Alhamdulillah, long. Semua okay.”
“So, apa
perancangan Irish lepas ni? Nak sambung lagi?” soal Izzul lagi. Yang lain hanya
menjadi pendengar.
“Ingat nak kerja dululah. Bila semua dah okay dan stabil, baru Irish sambung master. Insyaallah. Tengoklah nanti
macam mana, long.”
“Hmm, baguslah macam tu. Along setuju. Dah start cari kerja? Atau dah dapat?”
“Lepas result keluar
bulan lepas dah start cari. Tapi
belum ada panggilan dari mana-mana lagi nampaknya,” jawab Irish tenang.
“Belum ada rezeki lagilah tu. Tak apalah. Sementara tu
Irish duduklah kat rumah dulu. Bolehlah restkan
otak lepas-lepas belajar ni. Dah kerja nanti gerenti Irish takkan cukup rehat
bila dah sibuk dengan kerja dua puluh empat jam!”
Irish tersenyum mendengar bicara Iman. Memang pada mula
niatnya begitu. Ingin merehatkan otak setelah lima tahun ia bekerja mentelaah
buku-buku pelajaran. Mula saja bekerja nanti, otaknya akan digunakan untuk
mentelaah fail-fail kerja pula. Hmhh! Ngeri juga bila difikirkan semua itu.
“Irish refer
kerja yang macam mana? Bolehlah ayah tengok-tengokkan nanti kat company kawan-kawan ayah.”
“Eh, tak apalah ayah. Irish boleh cari sendiri. Lagipun
sekarang ni zaman dah moden. Kat internet tu pun dah boleh cari. Cuma tengok
rezekilah macam mana.”
“Jangan risaulah,
yah. Pandailah si Irish ni cari nanti,” tokok Irma pula, membuatkan Irish
melirik senyum padanya.
“Bagi resume
kat along nanti.”
Serta-merta Irish menoleh pada Izzul. “Hmm?”
“Along cakap bagi resume
kat along nanti. Faham? Dah tutup mulut tu, nanti masuk lalat!”
Jawapan dari Irfan itu membuatkan tangan Irish spontan
menutup mulutnya sebelum sebelah lagi tangannya memukul bahu Irfan, agak kuat. Menjadikan
ruang tamu itu bergema dengan gelak tawa yang lain.
“Aduh! Sakitlah kak!”
“Kan? Itu je ubat untuk orang yang suka menyakat.”
“Alaa... orang sakat sikit je!”
“Dahlah, Irfan. Menyakat orang je kerjanya dia. Ni...
Irish bagi je resume kat along nanti.
Bolehlah along tolong-tolong surveykan
kerja yang sesuai.”
“Hmm. Nanti Irish bagi. Terima kasih, long.”
Di satu sudut yang lain, Encik Izzuddin dan Puan Qarina
senang melihatkan kemesraan anak-anaknya. Dan satu hal lagi yang menggembirakan
bila melihat keadaan Irish yang sudah mula ceria. Satu perkembangan yang
positif.
IRISH meletakkan kembali Al-Quran ke tempat asalnya setelah
selesai mengaji. Memang sudah menjadi kebiasaan membaca nashkah tersebut
sekurang-kurangnya satu helai muka surat setiap hari. Amalan yang dipraktikkan
semenjak dari zaman belajarnya dahulu. Tetapi ada juga ketika dia tidak dapat
menghadap Kitab Suci Kalamullah itu bila perlu melakukan sesuatu hal yang
penting atau pada hari-hari tertentu yang dia tidak dapat berbuat demikian.
Selesai melipat telekung dan sejadah, Irish menuju ke
meja tulis di sudut bilik sebelum menghidupkan komputer ribanya. Niat di hati
ingin memeriksa email sebentar sebelum masuk tidur. Mana tahu kalau-kalau ada
syarikat yang membalas email memberikan jawapan untuk permohonan kerjanya.
Sudah hampir sebulan dia mencari selepas keputusan peperiksaannya keluar tempoh
hari. Namun, sehingga kini masih belum berhasil. Walaupun dia tidak begitu
kisah tidak mendapat pekerjaan dalam masa terdekat ini, jauh di sudut hati
terselit juga perasaan bimbang sekiranya hal ini berlarutan untuk tempoh yang
lama. Sayang jika ijazah yang diperolehi itu tidak digunakan. Lainlah kalau dia
ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Atau juga bidang yang lain.
Jadi tidak perlulah dia bersusah payah mencari kerja.
Apabila tetingkap email muncul di skrin monitor, Irish
membuka satu persatu email yang diterimanya. Namun hasilnya hampa. Tiada
lansung balasan email daripada syarikat-syarikat yang menawarkan
pekerjaan untuknya. Semuannya hanya sekadar email biasa.
‘Tak apa, Irish. Belum ada rezeki lagi. Sabar, sabar!’
Irish cuba menyedapkan hati sendiri.
Tidak mahu terus melayani perasaan gundah, Irish beralih
pula ke laman facebook. Sudah agak
lama dia tidak melayari laman sosial itu. Hanya sekadar melihat-lihat sahaja
akaunnya. Beberapa minit kemudian dia mulai bosan. Lantas matanya mencari
butang ‘Shut down’ untuk menutup
semula komputer riba. Baru sahaja
jari ingin menekan, seseorang menyapanya melalui tetingkap yahoo messenger.
Nazmi
Jauhari : Assalamualakum.. Hai sweet
girl! Apa khabar?
Nazmi Jauhari. Rakan mayanya yang berasal dari Brunei.
Tetapi sedang melanjutkan pengajiannya di Kanada dalam bidang kejuruteraan
perkapalan. Sudah lama juga Irish tidak berbual dengan kenalan mayanya itu.
Walaupun hanya berkenalan melalui laman sosial facebook, tetapi dia selesa berbual dengan Nazmi kerana sikap
lelaki itu yang agak peramah. Umur yang sebaya juga menambahkan lagi keserasian
dan keselesaan antara mereka berdua.
Irish Izz : Walaikumussalam.. Nazmi!
Lama tak jumpa. Saya baik Alhamdulillah. Awak?
Nazmi Jauhari : Saya pun sihat..
Saya ada je kat sini.. Awak tu yang lama menghilang.. Mana pergi?
Walaupun Nazmi berasal dari Brunei tetapi dia tidak
janggal untuk berbahasa Melayu disebabkan ramai rakan sepengajiannya berasal
dari Malaysia.
Irish
Izz : Oh, maaf la.. Sibuk sikit dengan
final exam.. Tu yang jarang online.. But now I’m free.. So, study awak macam mana sekarang?
Nazmi
Jauhari : I see.. Study saya okay..
Means, awak dah habis study la ni?
Irish
Izz : Ya.. Sekarang tengah cari kerja..
Nazmi
Jauhari : Wah! Dah nak kerja.. Seronok
la macam tu! Saya kena tunggu tahun depan baru habis..
Irish
Izz : Belum kerja lagi.. Tak ada la
seronok sangat.. So, tahun depan balik terus ke Brunei la ni?
Nazmi
Jauhari : Yes! Dah tak sabar-sabar nak
balik Brunei.. Jumpa family..
Irish
Izz : Tak sabar-sabar nak jumpa family
ke tak sabar-sabar nak jumpa buah hati?
Irish sengaja menyakat rakannya itu. Sejak dari awal lagi
mereka sudah sedia maklum tentang status masing-masing. Pendek kata, banyak
perkara yang mereka kongsikan. Adakalanya, bila ada masalah, mereka meluahkan
antara satu sama lain walaupun hanya alam maya sebagai penghubung.
Nazmi
Jauhari : Yang tu termasuk sekali la..
Sudah semestinya.. Lama inda jumpa.. Rindu sudah! Hahaha..
Irish
Izz : Kan? Dah tahu!
Nazmi
Jauhari : Terima kasih la Cik Irish
kerana selalu memahami.. Buah hati awak macam mana? Bila nak kahwin ni?
Soal Nazmi tanpa mengetahui keadaan sebenar yang telah
berlaku. Dan pertanyaan itu membuatkan Irish sekaligus terdiam. Lambat-lambat
jarinya menaip di atas papan kekunci.
Irish
Izz : Dah kahwin dah..
Nazmi
Jauhari : Hah?! Bila awak kahwin?? You
didn’t tell me, Irish!
Irish
Izz : Bukan saya yang kahwin.. Dia..
Tapi dengan orang lain..
Nazmi
Jauhari : Whaaatttttt??! Awak biar betul
ni?!
Irish
Izz : Betul la.. Buat apa saya nak
main-main..
Nazmi
Jauhari : Since when??!
Irish
Izz : Lama dah...
Nazmi
Jauhari : Irish! I’m so so sorry! Saya
tak tahu pun! Kenapa tak pernah beritahu saya?!
Irish
Izz : Tak ada apa la.. Benda dah lama
dah.. Saya dah malas nak ingat.. Kalau saya cerita dengan awak, bukan awak
boleh sampai ke sini pun..
Nazmi
Jauhari : Kalau betul saya buat macam
mana? Cuma saya tak tahu.. Tapi, saya tak puas hati.. Lima tahun kut.. Takkan
habis macam tu je?!
Irish
Izz : Dah itu yang dia nak, Nazmi.. Biar
la..
Nazmi
Jauhari : Hmmh! How dare him!!!
Irish tersenyum membaca balasan dari Nazmi. Jelas lelaki
itu sedang marah walaupun ia hanya diluahkan melalui aya-ayat yang ditaip di
sini.
Nazmi
Jauhari : Sabar la, Irish..
Banyak-banyakkan bersabar.. All these happened because he’s not the right man
to you.. He’s not deserves to get you actually.. Insyaallah, ada yang lebih
baik untuk awak nanti..
Irish
Izz : Kalau la masih wujud lelaki macam
tu kat dunia ni, Nazmi..
Nazmi
Jauhari : Eh! Ada! Mana pulak tak ada!
Ada, ada..
Irish
Izz : Mana?
Nazmi
Jauhari : Contoh terdekat, orang yang
tengah ber ’chatting’ dengan awak ni..
Irish
Izz : Kan? Awak memang suka masuk bakul
angkat sendiri.. Malaslah nak layan..
Nazmi
Jauhari : Hahaha.. Jangan la merajuk,
sweet girl!
Dan mereka meneruskan perbualan itu sehingga larut malam.
Banyak topik yang disembangkan memandangkan sudah lama mereka tidak berhubung
seperti kebiasaan dulu. Irish hanya meminta diri untuk masuk tidur setelah
matanya sudah memberat untuk berjaga lagi walaupun Nazmi di sana masih segar
untuk berbual. Maklumlah, waktu bumi Malaysia dengan bumi Kanada sudah tentulah
berbeza!
No comments:
Post a Comment