M
|
ASA terasa begitu pantas berlalu. Pejam celik tidak sedar sudah
setahun Irish berkhidmat bersama Haiyan Holdings. Bermakna sudah banyak juga
keringat yang dicurahkannya pada syarikat tersebut. Namun, hanya satu yang
masih tidak berubah mengenai dirinya. Sikap pendiam dan tidak banyak bercakap
dengan orang yang tidak begitu dibiasainya masih sukar untuk dikikis sehingga
ke hari ini.
“Irish!”
Irish
yang ketika itu sedang menghala ke bilik, terhenti melangkah apabila namanya
dipanggil. Segera dia berpaling. “Ya, Tengku.”
“Ermm...
petang nanti saya ada meeting berkenaan
budget untuk projek dengan goverment di Putrajaya tu. Since our Finance Manager, Encik Naufal on leave today, dan Puan Faridah pun ada
tugas lain di luar, so saya nak awak
ikut ke meeting tu. Are you okay with that?” soal Tengku
Hafiy. Sebetulnya dia tidak gemar Irish memanggilnya dengan gelaran Tengku itu.
Lebih mesra jika ia digantikan dengan panggilan ‘abang’ memandangkan gadis itu
adik kepada Izzul. Tetapi bila diusulkan hal tersebut, Irish tidak mahu
memandangkan semua staff memanggilnya
begitu di pejabat. Namun gadis itu berjanji sekiranya berada di luar, dia tidak
kisah untuk berbuat demikian.
“Boleh.”
Senyuman
Tengku Hafiy terukir mendengarkan jawapan dari Irish. ’Hai, Izzul! Masih tak
berubah adik kau ni. Even dua puluh
patah pun yang aku tanya, sepatah juga yang keluar dari mulut dia.’
“Okay, Irish. I’ll see you around 2.00p.m.
Saya tunggu awak kat bawah nanti,” ujar Tengku Hafiy dan kemudian terus beredar
ke biliknya.
Irish meneruskan langkah. Kebetulan
memang dia tidak begitu sibuk hari ini. Sambil menemani Tengku Hafiy, dapatlah
juga dia belajar sesuatu yang baru sewaktu mesyuarat belanjawan itu berlansung
nanti. Dan secara tidak lansung ia membantu meningkatkan kredibiliti dan
kerjayanya sebagai seorang eksekutif kewangan.
KELIHATAN enam sahabat itu berjalan
beriringan menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari Haiyan
Holdings. Memang kebiasaannya mereka akan makan tengahari di situ kerana
masakannya yang enak dan menepati citarasa. Harganya juga agak berpatutan.
Hanya sesekali apabila tekak teringin untuk merasa menu yang berbeza, barulah
mereka bertukar
angin ke tempat yang lain.
“Mak
Ani, nasi separuh macam biasa untuk kitorang berenam ya!” pinta Zaryn
mendahului rakan-rakan yang lain pada tuan punya kedai makan itu, Hajah
Nuraini.
“Okay!” Hajah Nuraini yang sudah biasa
dengan mereka yang merupakan pelanggan tetap di kedai makannya itu segera
menyenduk nasi ke dalam pinggan dan kemudian diberikan kepada mereka setiap
satu. “Air dah order belum?”
“Belum.
Nanti kitorang order kat Abang
Khairy. Hah, tu pun dia datang!” beritahu Insyirah sebaik ternampak Khairy yang
merupakan anak kepada Hajah Nuraini. Setelah memesan air dan memilih juadah
lauk masing-masing, mereka berenam memilih untuk duduk di meja makan bahagian
luar kedai tersebut.
“Fuh!
Cuaca hari ni manyak panas lor!” Elaine mengeluh sebaik melabuhkan duduk.
“Nasib
kau tak pakai tudung macam kitorang ni, amoi. Merasa jugak natural air-cond luar ni,
hah!” ujar Farisya yang berada di sebelah.
“Ya,
mey! Betul, betul! Sorry ha, Farisya!”
Elaine tersengih pada rakannya itu. Dia
dan Farisya merupakan kerani di jabatan kewangan Haiyan Holdings. Disebabkan
tidak ramai kaum Cina yang bekerja di jabatan mereka, dia lebih selesa berkawan
dengan rakan-rakan Melayunya sekarang ini.
Mereka
mula menikmati hidangan makan tengahari dengan penuh berselera. Maklumlah, dari
pagi mereka bekerja ditambah dengan penat menyiapkan tugas, sudah tentu perut
masing-masing bekeroncong lapar minta diisi. Selang beberapa minit kemudian,
Abang Khairy tiba dengan minuman yang telah dipesan oleh mereka.
“Terima
kasih Abang Khairy,” ucap Zaryn sebelum lelaki itu berlalu pergi. “Ha, amoi!
Tadi kata panas, kan? Ni air dah sampai. Minum ni kasi sejuk sikit badan tu!”
“Haiya! Thank you, thank you! Manyak thank
you, Zaryn. Sayang lebih sama you!”
“Hmm...
yelah tu, amoi!”
“Eh
korang, ada dengar cerita tak?” tiba-tiba sahaja Kak Maisarah bersuara.
Diperlahankan sedikit suaranya agar tidak didengari oleh orang sekeliling.
“Ha,
cerita apa Kak Mai? Gossip ke?” Zaryn
mendekatkan dirinya pada Kak Maisarah yang berada di sebelah. Dan tidak
semena-mena bahunya dipukul wanita itu.
“Ishh!
Kau ni kan, Ryn. Tak habis-habis dengan gossip!”
“Laaa...
bukan ke? Tapi cara Kak Mai cakap ni macam nak bergossip je!”
“Ingat muka akak ni muka gossip ke, dik oi!”
“Habis
apa? Sampai akak cakap berbisik-bisik ni. Biasa orang cakap macam ni nak cakap
cerita panas je. Kan?”
“Ishh!
Bukanlah, Zaryn. Ni... korang ada dengar-dengar tak anak lelaki boss yang sorang lagi tu dah balik
sini?”
“Yang
mana, Kak Mai? Yang duduk kat oversea
tu ke? Yang handsome sikit tu?”
Farisya bertanya meminta kepastian.
“Eh!
Bukan handsome sikit tau. Handsome banyak! Betul ke, Kak Mai? Mana
akak dengar ni?” soal Zaryn pula begitu teruja dengan khabar baru yang
disampaikan.
“Hmm,
betullah tu. Anak boss yang duduk
dekat oversea dah berapa tahun tu.
Dia dah balik sini. Tapi kali ni dia balik terus. Dan akan kerja kat Haiyan
Holdings. Tolong abangnya uruskan syarikat pulak. Dah bertahun asyik tolong
syarikat orang je kan, nilah masanya nak uruskan syarikat keluarga sendiri.
Akak tahu pun sebab semalam kebetulan ada kat bilik Tengku Hafiy. Masa tu
Tengku Haiyan masuk then minta Tengku
Hafiy jemput adiknya kat airport
malam tadi sebab dia ada hal.”
“OMG! Prince charming is coming back!”
Zaryn sedikit berteriak sebaik mendengar cerita Kak Maisarah. Tidak keruan
jadinya gadis itu.
“Hey!
Tak payah nak prince charming
sangatlah! Tak habis-habis nak berangan!”
“Hishh
kau ni, In. Kacaulah! Aku baru nak berangan sikit. Bagilah chance! Kan, Cik Irish?” tutur Zaryn sambil menyenggol bahu Irish
yang berada di sebelah kirinya. Irish yang tidak tahu-menahu lansung tentang
apa dan siapa yang mereka bualkan itu, hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Yes! That guy anak boss tu, dia pernah datang masa annual
dinner syarikat dua tahun lepas, kan? Kalau tak silap I lah. Kalau yang itu memang he’s
so good looking! I tengok pun
boleh cair, maa!”
“Kau
pun nak jugak, Elaine? Hai, boleh tahan jugak taste amoi ni!”
“Hey,
Farisya. I cakap saja, maa! Tapi
kalau dapat pun, apa salahnya. He’s got a
Chinese look on his face. Manyak handsome!
Haiya, rugi kalau I tolak tau!”
seloroh Elaine, membuat tawa yang lain terhambur lagi di situ.
“Hmm...
tak kisahlah korang nak dia ke, apa ke. Tapi setahu akaklah, anak boss yang sorang tu susah sikit kalau
bab-bab perempuan ni. Dari dulu lagi.”
“Eh!
Kenapa pulak macam tu, Kak Mai?” Zaryn semakin berminat untuk mendengar.
Serasanya, baru pertama kali cerita sebegini singgah ditelinganya sejak dia
bekerja dengan Haiyan Holdings. Semua pekerja syarikat sedia tahu yang Tengku
Haiyan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang tidak dapat dinafikan rupa
parasnya. Tetapi tidak pernah pula dia dimaklumkan tentang hal yang satu ini.
“Yelah, akak kan secretary abang dia. Kadang-kadang adalah jugak Tengku Hafiy tu
luahkan masalah pada akak. Termasuklah pasal adik lelaki dia tu. Dia sendiri
pun tak faham. Bukan tak ada perempuan yang nak. Beratur, hah! Tapi adik dia tu
je yang tak layan! Sampai sekarang. Even
dah bertahun duduk kat UK tu.”
“Tak
apa, tak apa. Manalah tahu dia balik kali ni dah berubah. Kat Haiyan Holdings
tu ramai je staff perempuan.
Termasuklah kita-kita ni. Kut ada salah seorang yang berjaya buka mata adik
Tengku Hafiy tu, tahulah dia nanti!” ucap Zaryn dengan penuh yakin.
“Eh!
Korang je, ya. Akak tak! Prince charming
akak dah ada kat rumah tu!”
“Laaa...
Kak Mai ni. Maksud Zaryn staff
perempuan yang masih singlelah! Yang
dah kahwin, dah terkeluar dah dari list!”
“Amboi!
Sedapnya mulut dia bercakap! Tahulah orang dah kahwin ni dah tak glamour, saham dah turun sikit!” tingkah
Kak Maisarah sambil bercekak pinggang pada Zaryn. “Tapi kan... kalau pun anak boss tu nak pandang perempuan macam
kita-kita ni pun, akak rasa Cik Irish ni yang paling up sikit dalam list!” Kak
Mai menyambung kata-katanya sambil menepuk bahu Irish yang berada berhampiran.
Irish pula yang ketika itu sedang menyedut minuman, sedikit tersedak
diperlakukan begitu.
“Hmm?
Saya?”
“Yelah.
Antara kita ni, semuanya staff biasa
je. Lainlah kalau Cik Irish ni. Salah seorang yang berpangkat kat syarikat.”
Insyirah mencelah.
“Betul,
betu, betul! Setuju seratus peratus!” sokong Zaryn.
“Tak adalah. Cinta tu kan buta. Kalau
dah suka, dan ikhlas, benda-benda tu semua bukan masalah. Yang penting, hati. So, semua orang tak perlu risau,” jawab
Irish bersahaja.
“Oh, Cik Irish! Kalau itu anak boss akan suka you, tapi you tak nak,
tak payah susah-susahlah. Kasi tolak sama I
saja, maa!” pantas Elaine mengusulkan cadangannya. Dan tawa mereka sekali lagi
terburai meliha gelagat gadis berbangsa Tionghua yang lucu itu.
TERGESA-GESA Irish keluar dari lif. Hampir dia terlupa mesyuarat
belanjawan di Putrajaya itu. Walhal
baru sahaja pagi tadi dia dimaklumkan tentangnya. Nasib baiklah Tengku Hafiy
menelefon sebentar tadi mengingatkan. Langkahnya pantas diatur menuju ke luar
bangunan syarikat. Dia keburuan masa kerana Tengku Hafiy sudah menunggu di
kereta. Matanya lansung tidak dihala ke arah lain.
“Oppss!”
Langkah Irish terhenti. Dalam sibuk
memikirkan tentang majikannya itu, dia hampir terlupa di mana dirinya sekarang.
Gadis itu memejamkan mata. ‘Aduh! Lagi sekali ke?’
Irish kalut. Berkira-kira untuk menemui
orang itu terlebih dahulu atau terus sahaja melangkah. Memikirkan yang Tengku
Hafiy sudah menanti lama, spontan kakinya dihayun kembali. Namun hanya beberapa
langkah sahaja sebelum dia berhenti dan memalingkan tubuhnya.
“Err...
maaf, ya.”
Irish
meneruskan langkahnya semula tanpa menoleh ke belakang lagi. Walaupun di hati
terasa bersalah namun dalam kepalanya ketika itu hanya memikirkan Tengku Hafiy.
‘Bahu nipun time-time macam nilah dia nak langgar orang. Berapa kali dah? Hmmh!
Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku sempat minta maaf. Harap-harap dia tak
kisah. Aku betul-betul nak cepat!’ Irish cuba menyedapkan hati sendiri. Kaki
terus dihayun tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata
yang tajam merenung setiap gerak langkahnya.
‘Memang dia tak sudi nak pandang aku
agaknya,’ bisik lelaki itu sambil memerhati tubuh gadis tinggi lampai tadi yang
semakin menjauh. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus perlahan. Sesaat,
satu senyuman nakal terlihat di bibirnya.
“It’s
okay, girl. We’ll see!”
No comments:
Post a Comment