“Z
|
“Adalah
dalam sepuluh minit macam tu,” jawab Izzul sambil melihat jam di tangan. Pada Safiya
sudah dimaklumkan tentang kelewatan mereka pulang ke rumah orang tuanya hari
ini.
“Oh,
ya ke? Sorrylah lambat. Jalan jammed. Biasalah, malam ni malam minggu.
Dah order belum?” soal Tengku Hafiy
sambil menanggalkan kacamata hitamnya.
“Dah.
Kau punya pun aku dah orderkan
sekali. Our favourite foods here!”
“Yeah!
That’s why you were my best friend, bro!”
Tengku Hafiy menyuakan buku limanya sebelum ia bertemu dengan buku lima Izzul.
“Apahal
kau nak jumpa aku ni, bro? Tiba-tiba
je.” Izzul memulakan bicara mereka.
“Saja.
Lagipun dah lama kita tak lepak-lepak minum macam ni. Yelah, orang tu dah
kahwin kan. Anak dah tiga pun!”
“Ha,
tulah! Aku suruh kahwin cepat-cepat, tak nak. Nak ke mana-mana ada teman.
Hujung minggu pun ada orang nak dipandang, dilayan. Tak adalah sunyi macam ni.
Tengok... aku jugak yang kena layan sunyi kau tu, kan!”
“Bukan
tak nak, bro. Cuma masa belum sampai
lagi. Tapi since kau dah cakap macam
ni, aku rasa dah sampai masanya kut.”
“Hah!
Bila?”
“Tengoklah.
Kalau tak ada aral melintang dalam tahun ni kut. Insyaallah.”
“Serius??
Alhamdulillah. Cepat dari sangkaan aku!” ucap Izzul yang begitu gembira
mendengar perkhabaran dari Tengku Hafiy itu. Maklumlah, siapa yang tidak
gembira bila rakan baik akan berkahwin dan mempunyai teman hidup untuk
menjaganya sehingga ke hari tua nanti. Waktu dia menyampaikan hasrat ini dulu,
Tengku Hafiylah orang yang paling gembira sebaik mengetahui. Tapi sayang,
rakannya itu tiada di sini sewaktu dia melangsungkan hari bahagianya lantaran
peperiksaan tahun akhir yang sedang dihadapi di England ketika itu. “Baguslah
kalau kau dah terfikir ke arah tu. Kau
pun dah lama ikat si Helena tu. By the
way, aku nak tahu jugak. Apa yang buat kau tiba-tiba terbuka hati fikir
pasal kahwin ni? Selalunya bila aku tanya ada je
alasan kau bagi, kan.”
“Dah
sampai seru kut! Lagipun, adik aku yang sorang tu dah balik.”
“Adik
kau dah balik? Bila dia balik sini?” soal Izzul. Namun tidak sempat dijawab
oleh Tengku Hafiy dek kedatangan pelayan restoran yang membawa hidangan mereka.
Selepas pelayan itu beredar pergi, barulah Tengku Hafiy berpeluang untuk
menjawab.
“Hmm,
dia dah balik. Balik terus. Dah seminggu dia kat sini. Cuma dia minta nak rest dulu sebelum masuk kerja. Nak
biasakan diri dengan keadaan kat sini katanya. Dua minggu lagi mungkin masuklah
office tu. So, since dia dah ada kat sini legalah sikit aku bila dah ada orang nak tolong uruskan
syarikat tu. Tak adalah beban terpikul kat bahu aku sorang. Dan, fokus aku pun
dah boleh lari sikit dari syarikat. Tapi yang sebetulnya memang niat aku nak
tunggu adik aku tu balik pun. Then
baru aku nak fikir pasal kahwin ni.”
Izzul tergangguk-angguk mendengarkan
cerita Tengku Hafiy. Dalam pada itu, hidangan fish and chip serta orange
juice di depan mata turut dijamah oleh mereka.
“Eh!
Sebelum lupa. Aku nak jumpa kau ni pun sebab nak sampaikan pesan mama aku.”
“Pesan
apa?”
“Hujung
minggu depan parents aku buat
makan-makan sikit. Nak sambut adik aku yang dah balik tu. Tak adalah
besar-besaran. Untuk saudara-mara dan kenalan terdekat je. Sambil tu, sambut
sekali hari jadi anak buah aku yang kecik tu,” jelas Tengku Hafiy merujuk pada
anak kakaknya, Tengku Hazleen.
“Insyaallah.
Kalau tak ada apa-apa sampailah aku nanti.”
“Ha,
lagi satu. Yang ni pun mama aku asyik pesan. Jangan lupa bawa Irish sekali.
Takut betul dia kalau aku lupa sampaikan!”
Izzul
mengangguk-anggukkan kepalanya sekali lagi. “Insyaallah.”
“Jangan
cakap je, Zul. Make sure kau datang.
Kalau tak, mati aku nanti!”
Izzul
sudah tergelak kecil. “Ya. Aku datang!”
Mereka
kembali menikmati makanan tanpa bicara. Namun hanya seketika bila Tengku Hafiy
kembali bersuara.
“Zul, boleh aku tanya sikit?”
“Tanya
jelah. Sejak bila pulak kau pandai minta permission
nak tanya aku ni?”
“Sebab
benda yang aku nak tanya ni tentang adik kau.”
Serentak
itu Izzul memandang tepat ke wajah rakannya. “Kenapa dengan Irish? Dia buat hal
kat office ke?”
“Eh,
tak adalah! Bukan macam tu.”
“Habis
tu, kenapa?”
Tengku Hafiy menarik nafas sebelum memulakan
ayat. “Irish tu tak ada teman ke? Err... maksud aku teman lelaki. Sepanjang
kerja kat situ aku tak pernah nampak lansung dia keluar dengan mana-mana
lelaki. Selalunya dia cuma keluar dengan budak-budak office perempuan. Itu yang aku perhatikanlah. Yelah, adik kau tu
kan cantik. Mustahillah tak ada lelaki yang berkenan. Aku bukan apa. Kan kau
suruh aku tengok-tengokkan Irish. So,
aku nak jugaklah tahu serba sedikit tentang diri dia. Manalah tahu kalau-kalau
ada certain orang yang tak boleh
dekat dengan dia ke. Kalau apa-apa jadi, senanglah sikit aku nak get ready.”
Penuh berhati-hati tutur kata yang
diucapkan Tengku Hafiy. Izzul yang mendengar hanya terdiam, memikirkan jawapan
yang sesuai untuk diberikan. Untuk menceritakan keadaan sebenar, mustahil dia
akan berbuat demikian. Inilah perkara yang paling tidak suka untuk dijawab.
Kalaulah diberi pilihan, dia lebih memilih untuk berdiam daripada menjawab
soalan berkenaan adik perempuannya itu. Entah mengapa setiap kali hal berkaitan
Irish disebut atau dibangkitkan, hatinya pasti akan terusik.
Melihat Izzul hanya membisu, Tengku
Hafiy dipagut rasa bersalah. “Hey Zul! Kau okay
ke? Atau aku salah cakap? Kalau kau tak nak jawab tak apa. Aku tak paksa
pun.”
“Tak adalah. Irish tu memang macam tu
dari dulu. Susah sikit dengan lelaki. Dengan kau pun dia berani sebab kau kawan
baik aku. Tapi tentang teman lelaki tu, aku tak pasti. Kalau ada pun memang dia
takkan bagitahu. Nak cakap adik aku tu ada certain
orang yang tak boleh dekat dengan dia, tak adalah jugak. Cuma kalau kau nampak
dia dengan sesiapa yang mencurigakan, kau get
readylah awal-awal. Aku pun bukan ada dengan dia setiap masa. Jadi aku bagi
sepenuh kepercayaan pada kau untuk jaga dia bila aku tak ada. Boleh kau janji?”
pinta Izzul. Buku limanya diangkat lalu disuakan pada Tengku Hafiy. Lelaki itu
tersenyum lalu menyambutnya.
“As
you wish. Kau jangan risaulah pasal tu, Zul. Tahulah aku nak jaga Irish
nanti.”
“IRISH buat apa sorang-sorang kat luar?” Izzul menegur adiknya yang
kelihatan duduk termenung di atas buaian di sudut halaman rumah seorang diri.
Semua ahli keluarga mereka sedang asyik melayan rancangan TV di dalam rumah.
Hanya kelibat Irish seorang yang tidak
kelihatan. Rupa-rupanya di sini adiknya itu
membawa diri.
“Eh,
along. Tak ada apalah. Saja ambil angin kat luar,” sapaan Izzul mengejutkan
Irish dari lamunan. Sengaja dia ingin mengambil angin di luar malam ini sambil
menenangkan fikiran.
“Boleh
along join?” Izzul meminta izin.
“Duduk
jelah, long.”
Irish
menepuk-nepuk ruang di sebelah, sebagai isyarat menyuruh alongnya duduk di
situ.
“Mak
Engku jemput kita datang rumah Sabtu depan,” beritahu Izzul sebaik melabuhkan
duduk di atas buaian.
“Ada
apa?”
“Anak
lelakinya yang duduk luar negara tu dah balik. Jadi dia buat jamuan sikit.
Sekali sambut hari jadi cucunya.”
“Insyaallah.
Kalau along nak bawa, Irish ikut je.”
Izzul
menganggukkan kepalanya. Setelah itu, keadaan menjadi senyap seketika.
Masing-masing mencari idea untuk menyambung perbualan.
“Irish
fikir apa? Dari tadi along tengok termenung panjang.”
“Eh,
mana ada termenung. Along ni pandai jelah. Saja duduk sini tenang-tenangkan
fikiran. Seminggu kepala dok asyik fikir pasal kerja je.”
“Kerja
kat pejabat okay?”
“Okay. Semuanya okay. Alhamdulillah,” balas gadis itu. Sejenak dia teringatkan
kerjanya di pejabat. Masuk setahun bekerja di Haiyan Holdings, dia semakin
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Memang agak sibuk. Lebih-lebih
lagi menjelang pertengahan dan akhir tahun kerana dia perlu membantu
pegawai-pegawainya untuk menyiapkan laporan kewangan yang akan dihantar dan
disemak oleh orang atasan sebelum diserahkan kepada ahli lembaga pengarah
syarikat.
“Along
nak tanya sikit, boleh?” pinta Izzul.
“Boleh. Tanyalah. Apa dia?”
“Irish...
Irish...,”
Irish
menoleh ke sisi, hairan melihat alongnya seperti teragak-agak ingin membuka
mulut. “Kenapa ni, long? Tanya jelah apa along nak tanya.”
Izzul menghela nafasnya, cuba menyusun
ayat dengan penuh berhati-hati. Bimbang jika tersilap kata akan membuatkan
adiknya terasa. “Irish tak terbuka hati nak bercinta lagi?”
Sekali
lagi Irish mengerling sekilas ke sisinya. Kemudian dia menguntum senyum.
“Tak.”
Hanya
itu jawapan yang keluar dari mulut Irish, membuatkan Izzul serta-merta menoleh
memandang adiknya. Bagai tidak percaya gadis itu hanya boleh tersenyum
mendengarkan soalan tersebut. Jangkanya, Irish akan memarahinya. Paling tidak
pun, adiknya itu akan angkat kaki meninggalkannya seorang diri di sini. Namun
apa yang berlaku sekarang jelas sebaliknya.
“Irish
tak marah ke along tanya macam ni?”
“Tak. Nak marah buat apa. Along bukan
buat salah apa pun.”
“Betul,
Irish tak teringin nak bercinta lagi?”
“Tak.
Irish lebih suka macam ni.”
“Tak
terfikir untuk cuba buka hati tu pada lelaki lain?”
Pantas
Irish menggeleng kepalanya yang hanya ditundukkan sedari tadi. “Tak.”
“Sampai
bila?”
“Entah.”
“Tak
salah kalau mencuba. Beri peluang pada diri Irish, pada lelaki lain.”
“Irish
tak layak untuk bercinta lagi, long.” Rintih Irish. Suaranya sudah
tersekat-sekat.
“Jangan menghukum diri sendiri. Kita
manusia tak layak untuk menghukum. Yang layak menghukum hanya Allah seorang
saja. Setiap orang berhak untuk bahagia. Termasuk adik along ni,” bicara Izzul
lembut, lalu tangan kirinya memaut mesra bahu adiknya itu.
“Dengan
siapa?”
“Dengan
lelaki yang lebih baik, yang boleh menerima Irish seadanya.”
“Wujud
lagi ke lelaki macam tu kat dunia ni?”
“Ada. Pasti ada!” bicara Izzul, seakan
memujuk.
Irish
menghela nafas yang memberat dada. “Entahlah, long. Irish takut nak fikirkan
tentang tu lagi. Biarlah masa yang tentukan. Kalau pun suatu hari nanti pintu
hati ni terbuka balik untuk terima lelaki, biarlah semua tu dengan izin Dia.
Irish redha,” ucap Irish perlahan. Air mata yang sudah berada di tubir sedaya
upaya ditahan agar tidak keluar. Dia tidak ingin menangis lagi.
Mendengarkan
rintihan hati adiknya itu, Izzul mengeratkan lagi pelukan. Kepala Irish
dikucup, bagai menenangkan jiwa yang sedang kesedihan itu. Matanya juga
dipejam, cuba menahan sebak di dada. Dia pasti Irish juga berperasaan berat
sama sepertinya saat ini.
“Ingat.
Walau apapun yang terjadi, walau beribu orang pun yang datang dan pergi
tinggalkan Irish, along tak akan pernah sesekali tinggalkan adik along ni. Itu
janji along!”
Dan
air mata yang sedari tadi ditahan, merembes juga akhirnya ke bumi. Angin malam
yang bertiup lembut dan nyaman, bulan bintang yang indah bersinar di awanan,
pungguk yang terbang hinggap di dahanan, turut menyaksikan dua beradik itu
berdakapan melayani emosi yang hanya mereka berdua sahaja yang mengerti.
No comments:
Post a Comment