I
|
Jam dinding dikerling.
Tepat pukul 8.00.
“Awal lagi. Hermm...”
Pagi tadi dia tak sempat jamah sarapan. Nak bertolak awal konon. Membebel
jugalah Puan Qarina. Sekarang, baru terasa lapar. “Buat air sekejaplah.”
Suasana pejabat masih
lengang. Hanya beberapa staf baru sampai. Insyirah pun masih tak nampak bayang.
Haluan terus dibawa ke ruangan pantri.
Sebiji mug dicapai.
Seuncang teh dimasukkan bersama dua sudu gula. Air panas dituang. Dikacau hingga
sebati. Leka dia melakukan semua itu, tanpa sedar kelibat seseorang melangkah ke
dalam. Merenung dan memerhati dari belakang
“Boleh buatkan air
untuk saya?”
Deras Irish
berpaling. Macam nak luruh jantungnya dikejutkan. Hampir terlepas gelas yang
dipegang. Kalut melihat empunya suara sedang elok bersandar di dinding berpeluk
tubuh merenungnya.
“Te... teng...
Tengku!”
“Sorry. Saya
dah terkejutkan awak.” Bersahaja Tengku Harrys menjawab. Bening redupnya masih tak
lepas dari raut di depan.
“Tengku nak air?”
“Hmm. Boleh buatkan?”
Irish mengangguk.
Dicapai sebiji lagi mug yang lain “Nak saya buatkan air apa?”
“Milo panas.”
“Nak letak susu atau
gula?”
“Kenapa? Biasa awak
buat air milo letak apa?”
“Gula. Saya tak minum
susu.”
“Buatlah macam yang
selalu awak buat.”
Tengku Harrys terus
memerhati susuk lampai itu membuat kerja. Tangkas, cermat, tak kekok. Seumpama
dah biasa melakukannya.
“Dah siap... air
Tengku.”
Tengku Harrys datang menghampiri.
Huluran gadis itu disambut.
“Thanks.”
Milo ‘o’ panas itu perlahan
dihirup. Setapak dia mendekat jarak membisikkan sesuatu.
“Saya anggap ini
sebagai denda. Disebabkan tiga kali awak langgar saya, tiga kali itu juga awak
mintak maaf tanpa pandang muka saya.”
Tengku Harrys terus
beredar meninggalkan pantri bersama senyuman penuh makna.
Dum!
Bak halilintar
menyambar semesta.
Kali ini Irish pasti jantungnya benar-benar tercampak keluar. Tubuhnya dipaling, tapi... susuk tinggi itu sudah menjauh hilang.
TENANGNYA terganggu. Minda tak menentu. Jiwa bercelaru. Tugas yang ingin disiapkan turut tersasar fokus. Gara-gara pengakuan yang dibuat lelaki itu.
“Ya ALLAH, ya TUHANku...
habislah aku macam ni. Astaghfirullahalazim!”
Irish meraup muka
yang entah berapa kali. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku
“Kecilnyalah duniamu
ini, ya ALLAH. Dalam banyak-banyak manusia, kenapa mesti dia yang aku langgar?
Tiga kali pula tu! ALLAHUAKBAR!”
Kalaulah waktu boleh diputarkan,
mahu saja dia kembali pada insiden perlanggaran dulu. Sudah tentu dia akan
meminta maaf dan melihat lelaki itu.
“Tapi semua tu
berlaku mesti time aku nak cepat. Kejar masa. Isk! Irish, Irish... apa kau
nak buat ni? Macam mana kalau Tengku Harrys simpan dendam?”
Kepalanya yang mula
terasa berdenyut dipicit-picit. Fikir, fikir, dan terus fikir. Tapi satu jalan
keluar pun tak mahu hadir. Akhirnya...
“Nak buat macam mana. Benda dah jadi. Kasi
redah ajelah!”
“Apa yang kasi redah
aje, Cik Irish?”
Irish mendongak.
Insyirah sudah tercegat di muka pintu.
“Err... tak ada
apa-apa.”
“Are you sure?”
“Ya!” jawab Irish
dengan yakin. Walaupun dasarnya... “Ada apa, Insyirah?”
“Lagi lima belas
minit pukul 10.00. Masa untuk mesyuarat, Cik Irish.”
“Oh... lupa saya!
Terima kasih ingatkan, In.”
“No problem,
Cik Irish! Saya pergi dulu.”
Fail-fail laporan atas
meja untuk diserahkan pada Encik Naufal lantas diperkemaskan. Bilik mesyuarat
di tingkat tiga belas ditujui bersama jiwa yang gundah gulana tak tenteram.
MELEBAR senyum di bibir kala susuk yang dinanti berjalan masuk. Wajah yang tadi pucat tak berdarah bak mayat hidup dek terkejut, sudah nampak tenang kini.
Zahir luaran mungkin tampak tenang.
Jauh di dasar hati...
entahkan tengah berperang barangkali!
Tak dapat digambarkan
bagaimana rupa gadis itu saat dibongkarkan ‘rahsia’ tersemat rapi disimpan
olehnya selama ini. Ketawa yang cuba ditahan sejak di pantri terhambur jua
sebaik dia melangkah ke dalam bilik.
“Irish, Irish. Tak
sangka kita akan bertemu di sini. What a small world!” bicara lelaki itu
dengan tawa yang masih tersisa.
Jujur... insiden
perlanggaran itu benar-benar meninggalkan kesan pada diri, jiwa serta
fikirannya. Insiden yang membuat wajah gadis itu sentiasa melekat di mindanya.
Tiga kali!
Kali pertama lebih
setahun yang lalu di SACC Mall... ketika dia pulang bercuti.
Kali kedua, beberapa
minggu selepas itu... semasa datang ke sini berjumpa abang dan papanya sebelum dia
berangkat pulang ke UK.
Kali ketiga sewaktu dia
baru pulang ke Malaysia.... ketika datang ke sini juga untuk mengambil beberapa
fail dan dokumen dari Tengku Haiyan.
Tiga kali Irish telah
melanggarnya. Sebanyak tiga kali itu jugalah empunya diri cuma meminta maaf
tanpa memandang langsung padanya. Hanya berlalu pergi meninggalkannya tanpa
berkata apa-apa.
Masih terbayang
betapa kalutnya gadis tersebut sewaktu insiden berlanggar. Namun, disebabkan tingkah
itulah hatinya yang selama ini beku terhadap perempuan, sedikit terjentik.
Malah semenjak itu,
wajah Irish tersemat utuh dalam memori ingatannya bersama harapan akan
dipertemukan suatu hari nanti atas izin Yang Esa.
“ALLAH mendengar doa
aku, Irish. Suara hati aku...” ucapnya dalam sorotan pandangan ke Bandaraya Petaling
menerusi dinding kaca bilik pejabatnya.
![]() |
“Assalamualaikum.
Selamat pagi, semua.”
Kemunculan Tengku
Haiyan mematikan lamunan Tengku Harrys semerta. Tak sedar entah berapa lama dia
melayan lamunan.
Tepat jam 10.10 pagi
Tengku Hafiy mempengerusikan mesyuarat selaku CEO Haiyan. Mesyuarat yang
berlangsung lebih kurang dua jam diberi sepenuh perhatian oleh setiap ahlinya.
Tetapi tidak Tengku
Harrys. Tumpuannya sedikit terganggu dek kerana seorang insan yang turut berada
di situ.
Inilah kali pertama
komitmennya terhadap kerja rapuh. Lantaran dia dikenali sebagai seorang yang
begitu komited dalam menjalankan tugas. Baik di universiti, mahupun sewaktu
bertugas di UK dahulu.
Nampaknya hari ini...
rekod bersih miliknya telah terpecah.
‘Apa kena dah dengan kau ni, Harrys? Tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Hermm... parah!’
HONDA City putih miliknya selamat diletak di tempat parkir. Langkah terus diatur memasuki sebuah kafe di tengah Bandaraya Shah Alam. Pulang dari pejabat, dia terus hubungi Athirah untuk bertemu. Kehadiran sahabatnya itu benar-benar dibutuhkan buat mengusir resah yang sedang bertamu.
![]() |
“Hah... mengelamun!”
sergah suara itu saat tiba.
Mana
ada. Tengok-tengok orang kat sini aje. Tunggu kau lama sangat.”
“Iya ke
lama? Sorrylah, Rish. Aku keluar ofis
lewat sikit tadi. Banyak kerja!” Athirah mengambil tempat berhadapan temannya.
“Ha... ada apa kau call aku ajak jumpa ni? Sampai tak sempat-sempat nak
tunggu hujung minggu.”
“Tak ada apa. Saja
nak jumpa kau. Rindu.”
“Iya ke? Macam tak
percaya aje. Ke kau ada masalah?”
“Tak adalah. Tak nak
makan ke? Ke kau tak lapar?”
“Mahu
tak lapar balik-balik kerja ni. Tengah hari tadi pun aku tak sempat makan, kau
tahu? Sibuk dengan kerja punya fasal.”
“So,
tunggu apa lagi? Orderlah.”
Athirah
memanggil seorang pelayan kafe. Hanya dalam tempoh suku jam hidangan yang
dipesan tersaji.
“So far kerja kau macam mana? Okey?”
“Okeylah,
Rish. Cuma stress sikit. Biasalah... kerja bank, kan? Tak boleh
tangguh-tangguh. Hari tu juga nak kena selesai. Dengan menghadap customer
lagi.” Athirah bercerita tentang kerjayanya sebagai eksekutif di salah sebuah
bank di Shah Alam. “Kau?”
“Okey.
Cuma...,”
“Cuma apa?”
Pertanyaan Athirah
tidak disambut Irish. Baru tadi dia rasa beban yang ditanggung hilang sebaik
bertemu susuk di depan. Namun kini, resahnya kembali bertandang.
“Kau
kenapa, Rish? Betulkan kau ada masalah? Kalau tak, tak adanya kau cari aku
malam-malam macam ni. What’s wrong? Ceritalah dengan aku.”
Irish melepas keluhan berat. Terus Athirah alihkan pinggan dan gelasnya ke tepi. Tumpuan diberikan seratus peratus pada raut di depan kini.
“Cepatlah cerita. Aku tunggu ni.”
“Kau
ingat lagi tak, cerita aku terlanggar orang dulu?”
“Yang
dua kali tu? Yang kau cakap kau cuma minta maaf tapi tak sempat nak pandang
mukanya sebab nak cepat?”
Irish
mengangguk. “Baru-baru ni aku terlanggar orang lagi.”
“Hah?! Dah
jadi tiga kalilah ni?”
“Iya.”
“So, apa
masalahnya? Apa kena-mengena kes tu dengan kerja kau? Dan... bukannya tiga-tiga
insiden tu orang yang sama kau langgar, kan? At least kau dah minta maaf.
Cuma tak sempat nak pandang muka aje sebab kau memang betul-betul nak kejar
masa time tu!”
“Memang masalah pun,
Ira. Yang tiga kali aku terlanggar tu... orang yang sama.”
Membulat mata Athirah
bagai nak terkeluar. “Uishhh! Kau biar betul, Rish?!”
“Betullah.”
“Mana
kau tahu tiga kali kau langgar tu orang
yang sama?”
“Sebab
orang yang aku langgar tu... anak big boss aku.”
“Hahhh??!”
melopong Athirah kali ini. Tergamam, terkejut, tersentak. Duduk yang santai
tadi sudah menegak.
“Tutuplah
sikit mulut tu. Masuk lalat nanti.” Tangan kanan Irish menutup mulut Athirah. Cepat-cepat
gadis itu menepis semula.
“Kejap!
Kau cakap yang kau langgar tu lelaki, kan? Anak big boss kau. Setahu aku
anak big boss kau yang lelaki, seorang tu aje. Kawan along kau. Yang
lain perempuan, kan?”
“Tengku
Haiyan ada seorang lagi anak lelaki. Adik Tengku Hafiy. Baru balik dari London.
Sebelum ni dia menetap kat sana. Sekarang dah balik dan kerja kat Haiyan.”
“Ha! Don’t
tell me anak big boss kau tu yang beritahu sendiri fasal semua ni,
Irish?”
“Memang ya pun. Siang
tadi dia beritahu. Aduh... parah aku macam ni, Ira!” Irish tepuk dahi. Dah tak
tahu nak eskpresikan emosinya macam mana lagi.
“Hahahaaaaa...”
Ketawa Athirah tak
semena bertebaran. Tak dapat lagi nak tahan. Rasa simpati yang bertandang tadi
turut terbang menghilang.
“Seronok
kau gelakkan aku, kan. Tadi kata nak dengar masalah. Sekarang bukan main suka lagi
ketawakan. Baliklah macam ni.”
“Eh, Rish.
Janganlah merajuk! Okey, okey. Aku stop!” Cepat-cepat Athirah menarik
tangan gadis itu sebelum sempat bangun. Sisa tawa di bibir perlahan-lahan
luntur. “So, memang betullah... orang yang kau langgar tiga kali tu anak
Tengku Haiyan?”
“Hmm.”
“Macam mana dia?
Err... siapa namanya?”
“Tengku
Harrys.”
“Ha, macam mana reaksi Tengku Harrys tadi masa beritahu fasal semua ni kat kau? Dia marah ke? Atau mengamuk?”
“Biasa aje. Tak ada nampak marah. Tapi, itu luaranlah. Dalam hati... tak tahu. Sebab lepas beritahu tadi dia terus pergi macam tu aje.”
“Ha... maknanya dia
tak marahlah tu. Dia okey kut. Kau jangan risaulah!”
“Mana
kau tahu? Tahu tak, sebelum dia beritahu tadi... dia minta aku buatkan air.
Lepas dapat aje air, dia ucap terima kasih dan anggap itu sebagai denda sebab
tiga kali aku langgar dia, tiga kali tu juga aku minta maaf tanpa pandang muka
dia.”
Sekali lagi ketawa
Athirah pecah. Kali ini lebih kuat.
“Kau
janganlah gelak, Ira! Aku dah rasa nak menangis ni. Itu baru dia suruh buat
air. Lepas ni? Tak tahulah apa lagi. Agaknya lebih teruk dari tu!”
“Sabarlah,
Rish. Tak ada apa-apalah! Dia saja nak menyakat kau tu. Itulah... lain kali
kalau jalan tu pandang depan. Ini tak... asyik tunduk bawah aje!” tingkah
Athirah geram. “Tapi kan... handsome tak Rish Tengku Harrys tu?”
Pap!
Tamparan Irish tepat
mengena lengan rakan di depan.
“Kau sempat, kan? Memang
suka kalau bab-bab macam ni, kan?”
“Eh,
mestilah. Aku nak tahu juga level kekacakan anak bos kau tu. Cakaplah,
Rish. Handsome tak dia?”
“Bolehlah.”
Dengan
abangnya... handsome lagi siapa?”
“Entah.
Dua-dua kut.”
“Iya ke? Hermm... menarik!”
“Apa yang menarik?”
“Kalau
akulah jadi kau, tak kisahlah Tengku Harrys tu suruh buat apa. Mana tahu... something
interesting is going to happen.”
“Apa yang happen?”
Athirah
mengangkat-angkat kening dalam bibir melakar senyum. Senyum yang bagaikan
menyimpan seribu satu maksud tersirat di kalb



No comments:
Post a Comment