K
|
“Hai, Tasya. Morning!”
sapa Tengku Harrys sewaktu tiba di meja setiusahanya. Sebuah senyuman manis
turut diberikan pada gadis itu.
“Morning, Tengku!”
“Any documents I need to sign?”
“Ada.
Semuanya saya dah letakkan atas meja Tengku.”
“Alright. Thanks!” ucap Tengku Harrys.
Segaris senyum terukir lagi di bibirnya sebelum dia berlalu dari meja itu.
Natasya
memandang Tengku Harrys tanpa berkelip sehinggalah lelaki itu menghilang ke
dalam biliknya. Sedikit terkejut dia dengan reaksi bossnya itu. Selalunya jangankan tegur, pandang sebelah mata pun
belum tentu lagi. Tetapi hari ini dirasakan lelaki itu begitu ramah
terhadapnya. Siap dengan senyuman manisnya lagi yang jarang sekali dipamerkan pada
sesiapa. Memang susah untuk melihat Tengku Harrys tersenyum walaupun dia
menghadap lelaki itu setiap hari. Pendek kata, bertuahlah siapa yang dapat
melihatnya. Kiranya bertuah jugalah nasib dia hari ini.
“Ai!
Lain macam je boss aku hari ni.
Tersenyum-senyum. Siap tegur lagi! Selalu menonong je jalan dengan muka serius
dia tu. Okay ke tak dia ni?” ngomel
Natasya yang masih merenung pintu bilik Tengku Harrys walaupun lelaki itu telah
lama masuk.
“Hai,
nasib kaulah Tasya dapat boss yang unpredictable macam tu! Baik aku buat
kerja. Mana tahu sekejap lagi tiba-tiba angin dia dah datang. Hah, satu ofis ni
kang bergegar dengan suara dia!”
Natasya
kembali menyambung kerjanya walaupun dalam hati masih tertanya-tanya dengan
kelakuan Tengku Harrys yang agak ‘baik’ pagi ini.
Masuk
sahaja ke dalam bilik, Tengku Harrys meletakkan beg di atas meja dan kemudian
melangkah ke cermin tingkap. Pandangan dihalakan ke luar jendela, menghadap
kesibukan kota di waktu pagi begini. Tirai yang menghalang pandangannya diselak
sedikit agar dia dapat melihat pemandangan luar dengan lebih jelas.
Beberapa minit berdiri di situ, dia tersenyum sendiri.
Lelaki itu kemudian beralih ke tempatnya pula. Melabuhkan duduk di atas kerusi
empuk sambil bersandar merenung ke arah skrin komputer yang sudah sedia
terpasang. Lama dia merenung skrin itu. Entah apa yang dimenungkannya. Berita
yang baru diterimanya semalam benar-benar membuatkan dirinya sedikit tidak
keruan. Bukan sedikit rasanya. Memang dia sudah terkeluar dari garisan normal
dirinya yang biasa. Mindanya pula asyik memikirkan tentang gadis itu. Gadis
yang suatu ketika dulu pernah menggugat kedamaian hatinya, pernah meragut
ketenangan jiwanya, juga menganggu setiap hari-hari dan malam-malamnya dengan
bayangan yang seringkali hadir baik dalam jaga mahupun dalam lena. Malah,
hingga kini bayangan itu sentiasa hadir menerpa dalam setiap sudut ruang
hidupnya.
“Irish.”
Sekali lagi bibirnya menyebut nama itu. Entah yang ke
berapa kali dia tidak pasti. Apa yang dia pasti, gadis itu benar-benar memberi
tamparan padanya yang selama ini buta hati terhadap perempuan.
‘Hmhh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Parah kau ni.
Parah!’ getusnya dalam hati. Diraup wajahnya beberapa kali.
“Focus, Harrys!
Focus! It’s time to work!”
Tengku Harrys bagai mengingatkan diri-sendiri agar tidak
terus leka dengan perasaannya. Lantas fail-fail yang telah diletakkan oleh
Natasya dibuka dan kemudian diteliti satu demi satu sebelum menurunkan
tandatangan. Setengah jam berlalu, dia selesai menyemak semua fail-fail tersebut.
Setelah itu, dia menghadap ke skrin komputer untuk menyelesaikan beberapa kerja
yang masih tertangguh. Namun hanya beberapa ketika dia menaip, jarinya
terhenti. Tengkuknya digosok perlahan sebelum menyambung kerja semula.
“Arghh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Satu apapun pun
kau tak boleh nak fikir!”
Lelaki itu menekap
kepalanya dengan tangan, memaksa mindanya untuk berfikir. Hinggalah akhirnya
dia tersandar di kerusi. Tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini. Kalau
keadaan berterusan begini, mahu satu apapun kerja tidak jalan. Lantas matanya
dipejamkan. Cuba mencari semangat agar dia dapat bertahan untuk menghadap
tugas-tugasnya sepanjang hari ini. Lewat minit tercari-cari, bibirnya tiba-tiba
mengukir senyum.
“Tasya.”
Punat interkom yang menghubungkannya dengan Natasya
ditekan. Beberapa saat, suara gadis itu kedengaran.
“Ya, Tengku.”
“Please ask Miss
Irish to come and see me.”
“Sekarang ke, Tengku?” soal Natasya tidak pasti.
“Yes! Now.”
“Baik, Tengku.”
Serentak itu, punat interkom dilepaskan. Tengku Harrys
melepaskan keluhan. Serasanya itulah sahaja cara untuk dia mengembalikan
semangatnya hari ini. Dia cuma ingin menatap wajah itu buat seketika. Terasa
rindu pula.
‘Rindu? Macam ni rasanya rindu?’ soal lelaki itu sendiri.
Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia merasai perasaan seperti ini.
Ketukan di muka pintu sedikit menyentakkan lamunan lelaki
itu. Pantas dia menoleh. Tidak pasti siapa gerangan yang mengetuk. Sama ada
Irish ataupun Natasya. Atau mungkin juga orang lain. Dengan perlahan dia menarik
nafas.
“Masuk.”
Kedengaran tombol
pintu dipulas. Perlahan-lahan daun pintu ditolak dari luar. Seketika, terpancul
wajah seseorang dari balik muka pintu itu dan kemudian berjalan masuk ke dalam
bersama ayunan langkah yang tersusun kemas.
“Tengku panggil saya?”
Sepotong ayat lahir dari mulut kecil itu. Hanya sepotong
ayat, namun sudah mampu mengundang debaran di dadanya. Soalan itu hanya dibalas
dengan satu anggukkan kecil.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Tengku Harrys tidak menjawab. Entah mengapa lidahnya
terasa kelu pula untuk bersuara bila gadis itu sudah berada di hadapannya.
Sebelum ini mereka hanya berhadapan sebagai majikan dan pekerja. Atau paling
tidak pun, sekadar memerhati dari jauh. Tetapi hari ini dia seperti berhadapan
dengan orang lain. Berdepan dengan insan yang merupakan calon bakal isterinya.
Sesuatu yang tidak terjangkau di fikiran walau sememangnya itu yang diimpikan
sejak bertemu gadis itu dek insiden perlanggaran dulu.
“Tengku?” Irish memanggil lelaki itu bila melihat Tengku
Harrys hanya membisu.
“Hmm?”
“Are you okay?”
soal Irish.
“No.”
“Any problem?”
“Yes.”
“What’s wrong?”
“Don’t know.”
Irish mengerutkan dahinya. Terasa sedikit pelik dengan
jawapan tersebut.
“Err... how can I
assist you, Tengku?”
“Nothing.”
Dahi Irish berkerut lagi. Semakin tidak faham dia dengan
tingkah Tengku Harrys. ‘Kata ada masalah. Bila ditanya tak tahu pulak. Nak offer tolong, cakap tak ada apa-apa.
Hmmh.’
“Kalau macam tu saya minta diri dululah,” ujar Irish
seraya berpaling untuk keluar.
“Ada saya suruh awak keluar? Did I?”
Langkah Irish terhenti. Matanya terpejam. Bibirnya
diketap. ‘Dia dah mula dah.’ Lantas gadis itu berpusing kembali menghadap
Tengku Harrys sambil tersenyum.
“Tak, Tengku.”
“So... why don’t
you just stand up there and keep quiet.”
Mata Irish membulat. Tangannya sudah tergenggam kemas.
Cuba menahan geram yang tiba-tiba memuncak di dada. Bibirnya kembali mengukir
senyum. “Okay.”
Tengku Harrys menyembunyikan tawa di balik tangannya. Dia
tahu gadis itu sedang menahan marah. Dari riak wajahnya yang bertukar kemerahan
sudah cukup untuk memberitahu. Tetapi dia suka. Dia suka cara gadis itu yang
tidak menunjukkan rasa marahnya terang-terangan. Lebih gemar menyimpan. Namun
siapa tahu seorang yang pendiam begitu bila rasa marahnya sudah dikeluarkan,
pasti dunia ini pun boleh terbalik. Sama juga sepertinya.
Irish diam tidak
berkutik. Pandangannya hanya ditala ke arah lantai di bawah. Itu lebih baik
dari hatinya terus-terusan menahan geram disebabkan lelaki di hadapannya ini.
“Kenapa senyap? Dah tak boleh cakap?”
Irish memejamkan matanya sekali lagi. ‘Tadi bukan dia yang
suruh aku duduk sini diam-diam ke? Sekarang tanya kenapa senyap pulak?
Astaghfirullahalazim! Sabarlah wahai hati!’
“Dah puas marah saya dalam hati?”
“Hmm?”
Seakan hendak terkeluar jantung Irish bila mendengar
suara itu hanya beberapa incisahaja dari telinganya. Entah bila lelaki itu bangun dan
berada di belakangnya.
“Bila masa Tengku ada kat belakang ni? Bukan tadi duduk
kat kerusi tu ke?” tanya Irish kebingungan, membuatkan tawa Tengku Harrys
berderai.
“Macam mana nak perasan kalau dalam hati asyik kutuk saya
tak henti-henti.”
“Eh, mana ada.”
“Tak mengaku? Atau nak saya dengar sendiri dalam hati
awak tu? Hmm?” duga Tengku Harrys sambil mendekati Irish. Kali ini nada suaranya
sudah bertukar lembut dan sedikit romantis, menyebabkan Irish bergerak sedikit
menjauhinya. Sekali lagi ketawa Tengku Harrys kedengaran. Lelaki itu kemudian
berjalan ke mejanya dan bersandar di situ sambil berpeluk tubuh menghadap
Irish.
“Kenapa nak takut? I
am your future husband, right?”
Berderau darah Irish mendengar ayat itu. Spontan matanya
memandang Tengku Harrys yang ketika itu turut sama merenung ke arahnya. Hanya
seketika sebelum dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.
“Why? Did I said anything wrong?”
Senyap lagi. Tiada tanda-tanda yang Irish akan membalas
pertanyan lelaki itu. Untuk seketika, keadaan bilik tersebut kembali sunyi.
“Kenapa terima lamaran tu?” soalan itu terpancul dari
mulut Tengku Harrys tiba-tiba. Nada suaranya juga sudah berubah serius. Memang
soalan itu yang ingin diajukan pada Irish semenjak semalam. Tidak sangka Irish
akan menerima lamaran keluarganya, walaupun tempoh hari sedikit pertelingkahan
berlaku sewaktu mereka berbincang mengenai perkara itu.
Irish
masih terdiam kaku. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada lelaki di
hadapannya ini. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mengambil keputusan untuk
menerima lamaran tersebut. Yang pasti sewaktu ayahnya meminta dia memberikan
kata putus semalam, mulutnya ringan saja menuturkan perkataan ‘ya’ tanpa
berfikir lagi. ‘Mungkinkah itu petunjuk yang diberikan Allah seperti yang
dikatakan oleh ayahnya?’
“Irish.”
“Hmm?”
“I’m still waiting your words. Atau nak
saya datang dekat lagi dengan awak baru awak berani buka mulut?”
“Eh, tak payah!” separuh menjerit Irish bila melihat
Tengku Harrys ingin berdiri dan melangkah mendekatinya. Namun jeritannya tidak
diendahkan. Semakin hampir Tengku Harrys
merapatinya hingga
menjadikan jarak mereka kini terpisah beberapa jengkal sahaja.
“Cakaplah. Saya dah dekat dengan awak sekarang.”
“Err....”
“Kenapa terima
lamaran tu? Sebab keluarga awak?”
“Tak.”
“Sebab keluarga saya?
“Tak.”
“Atau sebab awak dah jatuh cinta dengan saya?”
Sekali lagi darah Irish berderau. Matanya terus mencari
seraut wajah di hadapan. Seperti tidak percaya yang Tengku Harrys akan berkata
begitu.
“Why are you
looking me like that? Is it true?”
Irish tidak membalas. Hanya matanya melirik memandang
anak mata Tengku Harrys.
“Is it true,
Irish?” soal lelaki itu lagi. Kakinya mula melangkah setapak ke hadapan,
membuatkan dirinya semakin dekat dengan Irish. Kemudian dia melangkah lagi,
hingga memaksa Irish untuk berundur ke belakang hingga akhirnya tubuh gadis itu
tersandar di dinding bilik.
Menyedari langkahnya sudah terkunci, Irish cuba
meloloskan diri dari lelaki itu. Namun Tengku Harrys lebih pantas menghalangnya
bila kedua-dua tangan lelaki itu ditekapkan ke dinding, sekaligus mematikan
terus pergerakannya di situ.
“Where do you thing
you are going? Awak masih belum jawab soalan saya. Dan saya masih belum
dapat jawapan untuk soalan saya, Irish.”
“Perlu ke saya jawab soalan tu?”
“Yes. Of course.”
Irish tertunduk.
Matanya dipejam sambil kepalanya ligat menyusun ayat-ayat yang sesuai untuk
diberikan pada Tengku Harrys.
“Irish...,”
“Saya cuma tak nak buat
keputusan yang akan bagi bad effect
pada family Tengku kalau saya tolak
lamaran tu. Itu yang Tengku cakap pada saya tempoh hari. Dan saya pun kena jaga
maruah keluar saya jugak!” Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut
Irish. Sama ada betul atau tidak, dia tidak tahu. Hanya itu sahaja yang
terlintas di fikirannya. Itu lebih baik daripada membiarkan kata-kata terakhir
lelaki itu berlaku.
“Walaupun hati awak sendiri yang
terluka?”
“Kalau itu yang boleh bahagiakan semua
orang.”
“Macam mana pulak dengan hati saya?”
Irish mendongak
semula. “Kenapa pulak dengan hati Tengku?”
“Nothing.”
Perlahan Tengku Harrys menurunkan tangannya. Irish direnung buat kesekian kali.
Kemudian dia berlalu ke mejanya bersama satu senyuman kecil. “You may leave now.”
Mendengarkan itu, Irish menghembus nafas lega. Tanpa
berlengah lagi dia terus menghayun kakinya untuk segera keluar dari bilik itu
sebelum lebih banyak perkara-perkara pelik akan terjadi.
“Thanks. Have a
nice dream.”
Langkah Irish terhenti sekali lagi. Pantas dia berpaling
semula memandang Tengku Harrys yang ketika itu sudah pun duduk di kerusinya
sambil menatap fail di atas meja.
“Please save your
future husband’s number on your phone after this.”
Irish tergamam. Untuk beberapa saat, dia tercegat di
situ. Dan kemudian langkahnya diteruskan semula hingga ke pintu. Sebelum
keluar, sempat lagi dia menjeling ke arah Tengku Harrys.
‘Sabar, Irish. Sabar! Hari ini hari dia.’
Bagai ada satu suara halus yang berbisik ke telinga
Irish.
“Ini hari, hari dialah. Esok-esok jangan sampai hari pun
dia dah tak kenal!” ngomel gadis itu sendirian dengan langkah yang agak deras
menuju kembali ke biliknya.
TENGKU HARRYS membelek gelas di
hadapan sambil jarinya bermain-main di permukaan gelas tersebut. Sedari tadi
makanan dan minumannya lansung tidak berusik. Hanya direnung dengan satu
pandangan. Sesekali senyuman kecil terbit di wajahnya.
“Hoi!”
Tengku
Harrys sedikit tersentak apabila satu sudu kecil dicampakkan di hadapannya.
Pantas dia mendongak.
“Kau dah kenapa senyum sorang-sorang dari tadi?” soal
Fezrul kehairanan. Malam ini dia dan Tengku Harrys keluar makan bersama di
sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Selepas Maghrib tadi tiba-tiba sahaja
rakannya itu muncul di kondo mereka sewaktu dia sedang berehat menonton
televisyen. Kemudian Tengku Harrys mengajaknya untuk makan malam. Bagai orang
mengantuk disorongkan bantal, dia pun apalagi. Seronok sedikit dapat makan
berteman begini.
“Nothing.”
“Nothing
konon! Dari masa muncul kat rumah tadi happy
semacam. Sampai kat sini pulak dah tersenyum sorang-sorang. Takkanlah tak ada
apa. Hey, ini Fezrullah! Sekilas ikan di air, tahulah mana jantan betina!”
Kata-kata
Fezrul mengundang senyum Tengku Harrys sekali lagi. Sungguhlah bagai dikata. Hanya melalui perubahan air muka sahaja rakannya itu
sudah dapat meneka.
“What’s up, bro? Last jumpa aku hari tu dengan muka sikit punya serabut. Now, macam dah tak cukup mulut nak
senyum pulak aku tengok! Any good news?”
sekali lagi Fezrul menyoal.
“Tak
adalah good news sangat.”
“Are you sure? But your face now telling me instead of that.”
Tengku Harrys terkedu. Nampaknya memang dia sudah tidak
dapat menyembunyikan lagi rasa yang sedang bergelodak di hati. Lebih-lebih
dengan lelaki di hadapannya ini.
“Rys...,”
“She had accepted that propose.”
Terhenti
tangan Fezrul yang ingin menyuap makanan ke mulut kala ayat itu masuk ke
telingannya. Muka Tengku Harrys ditenung tanpa berkelip. Namun lelaki itu hanya
berlagak selamba. Tidak jadi dia ingin meneruskan suapan. Sudahnya dia
meletakkan semula sudu dan garfu di atas pinggan. Tumpuannya kini terarah pada
Tengku Harrys di hadapan. “Betul ke ni? Aku tak salah dengar?”
“Kau
dengan aku bukan jauh mana pun.”
“Bila
dia bagitahu?”
“Semalam.”
“Pada
kau?”
“No. Abang dia call abang aku dan sampaikan berita tu.”
Fezrul
terdiam. Beberapa saat kemudian dia kembali bersuara. “Reaksi family kau macam mana?”
“Ini
hajat family aku, Rul. Dah tentulah
diorang gembira.”
“Kau?”
Spontan
kening Tengku Harrys berkerut. “Kenapa dengan aku?”
“Kau sure ke dengan pilihan family kau?”
“Soalan
apa yang kau tanya ni? I already told you everything, right?”
“I know. Tapi kau dah get ready ke?”
“Ready for what?”
“Yelah. Kau belum kenal hati budi dia lagi, kan. Bercinta
memang tak pernahlah. So kau dah get ready ke dengan any possibility that’s going to be happen in future? And hati kau pada dia, macam mana?
Setakat suka je tak cukup untuk bina masjid, Rys.”
Kata-kata Fezrul sedikit sebanyak meninggalkan kesan
dalam diri Tengku Harrys. Bukan dia tidak terfikir tentang semua itu. Malah
sejak pertemuan pertamanya dengan Irish, hal itulah yang mula-mula menerjah ke
dalam fikirannya. Lama Tengku Harrys bermenung. Mencari-cari jawapan yang
mungkin akan merungkai isi hati yang disorokkan selama ini.
“Aku tak pernah minta semua ni berlaku, Rul. Dan aku tak
pernah minta Tuhan hadirkan perasaan ni dalam hati aku. Untuk seorang perempuan
yang aku tak kenal pulak tu. Semua tu berlaku atas kehendak-Nya. Kau sendiri
tahu dari dulu aku tak pernah buka hati aku untuk mana-mana perempuan. Sebab
aku tak percaya untuk hidup bahagia dan berjaya dalam dunia ni, kehadiran
perempuan tu perlu dalam diri seorang lelaki. Tapi kenapa mesti dia? Dan
semuanya bermula just because of that
incident.” Kata-kata Tengku
Harrys mati di situ. Dia memandang
Fezrul. Rakannya itu masih setia menanti butir bicara seterusnya.
“Tiga kali aku
berlanggar dengan dia, Rul. Tiga-tiga kali tu jugak aku tak berkesempatan untuk
kenali dia. Yang ada cuma bayang-bayang dia yang selalu datang dalam hari-hari
aku. Aku ingat semua tu hanya gurauan semata-mata. Tapi aku tak putus berdoa
siang dan malam untuk Allah pertemukan aku dengan dia satu hari nanti. Aku
ingat doa aku tu cuma harapan tinggal harapan. Tapi tak sangka pulak family aku dah kenal dia lebih dulu.
Aturan Allah tu memang indah, Rul. Tak ada siapa tahu. Aku tak tahu. Kau tak
tahu. Orang lain pun takkan tahu,” jelas
Tengku Harrys panjang lebar.
Fezrul bungkam. Wajahnya serius. Dahinya juga berkerut
seperti berfikir sesuatu. Tengku Harrys yang menyedari semakin kebingungan.
Adakah rakannya itu tidak senang dengan perkhabaran ini? Sangkanya Fezrul akan
gembira sama sepertinya. Namun bila melihat kebisuan Fezrul begini membuatkan
hatinya dilanda resah. Lantas dia membetulkan duduknya. Baru sahaja dia ingin
membuka mulut, ketawa Fezrul tiba-tiba pecah di situ..
“Congracts, bro! Akhirnya!” ucap Fezrul dengan gembira. Tangan Tengku Harrys dicapai
dan dijabat dengan erat. Namun hanya dia seorang sahaja yang ketawa sedangkan
rakannya di hadapan masih lagi terpinga-pinga. “Yang kau buat muka macam tu
kenapa?”
“Bukan
kau ke yang buat dulu?”
Tawa Fezrul berderai sekali lagi. Gelihati melihat reaksi
lelaki di hadapannya. “Aku saja je. Nak acting
sikit. Nak tengok reaksi kau ni macam mana. Dulu cakap apa, tak mainlah
jiwang-jiwang ni. Takkan pernah ada cinta dalam kamus hidup kau. But now you see? Tak pasal-pasal malam
ni aku dapat korek rahsia hati seorang lelaki yang paling anti-perempuan selama
dua puluh sembilan tahun dia bernafas kat bumi ni. Amacam? Hebat tak penangan
cinta?” Fezrul menyambung kembali tawanya.
“Macamlah
kau tu dah bercinta sangat.”
“Eh, aku
lain! At least aku berkawan dengan
perempuan. Ramai perempuan yang aku kenal. Sambil menyelam tu minum airlah!”
“So,
dah jumpa?”
“Dalam
pemerhatian. Nak cari calon isteri bukan senang, Rys. Lainlah macam kau.
Pilihan keluarga pulak tu. Tak payah nak fikir banyak dah!”
“Baru
merisik, Rul. Belum apa-apa lagi.”
“At least dah ada tanda, kan? Anyway, siapa nama dia? Dari hari tu dok
asyik sebut-sebut pasal dia tapi nama dia pun kau tak bagitahu.”
“Irish.
Irish Qiara.”
“Wow!
Cantik nama dia. Mesti secantik orangnya. Kalau tak, takkan mister anti-perempuan ni boleh tangkap
cintan. Am I right?”
Tengku
Harrys hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Yelah
tu, Harrys. Bukan aku tak tahu. Sejak dulu perempuan yang beratur nakkan kau
semuanya cantik, hot, meletup! Kau tu
je yang hati kering. Tapi dengan si Irish ni tak tahulah tang mana yang boleh
buat kau sangkut. Bila kau nak kenalkan dia kat aku? Nak sangat aku jumpa
perempuan yang dah buat kawan aku jadi teruk macam ni!”
“Teruk?”
“Hmm...
dah macam gila bayang aku tengok. Parah!”
“Kau
cakap aku gila bayang?”
“Of courselah! Kalau dah asyik termenung,
then senyum sorang-sorang. Gila
bayanglah tu namanya!”
Tengku Harrys ketawa sepuas-puasnya. Namun tawanya itu
hanya terlahir dalam hati. ‘Dah lama aku gila bayang, Rul. Bayang dia yang buat
aku jadi gila!’
No comments:
Post a Comment