T
|
ENGKU MELISSA bermalasan di
sofa ruang tamu sambil menonton televisyen petang Sabtu itu. Matanya masih
terasa mengantuk walaupun dia baru bangkit dari katil tiga puluh minit yang
lalu. Penangan dari majlis yang diadakan oleh temannya sewaktu belajar di US
dulu membuatkan dia begitu seronok berparti lewat malam tadi sehingga terlupa
untuk tidur. Menjelang subuh barulah dia pulang dan melelapkan matanya.
“Lissa.
Tak siap lagi kamu?” sapa Tengku Kamelia yang baru sahaja turun dari tingkat
atas sebaik terpandangkan anak gadisnya.
“Siap ke
mana, mummy?” Tengku Melissa membalas
sambil lewa.
“Tanya
ke mana pulak dia! Kan mummy dah
bagitahu malam tadi nak jemput Mak Long sekeluarga dekat airport petang ni. Lupa?”
Tengku Melissa terdiam. Terlupa lansung dia akan hal itu.
Memang mummynya ada menyatakan
padanya sewaktu dia ingin keluar malam tadi. Oleh kerana dia sudah lewat dan
agak kelam-kabut meninggalkan rumah, apa yang disampaikan oleh wanita itu hanya
berlalu bersama angin sahaja.
“Ada apa
bising-bising ni, Lia? Sampai ke atas abang dengar.”
“Tak ada
apa, bang. Ni hah, anak dara awak tak bersiap lagi. Padahal saya dah bagitahu
malam tadi,” jelas Tengku Kamelia pada suaminya yang baru muncul.
“Lissa
tak nak ikut jemput Mak Long?
“Tak
kut, daddy. Lissa tak berapa sihat.”
“Bila
siang tak sihatlah, ya. Tapi kalau malam macam burung hantu. Ligat bukan main!”
tingkah Tengku Kamelia. Sengaja dia memerli anaknya itu.
“Dahlah,
Lia. Kalau tak sihat, tak apalah. Lissa rehat je kat rumah. Biar daddy dengan mummy je yang pergi.”
Seraya itu Tengku Arham dan isterinya beredar
meninggalkan ruang tamu dan bergerak menuju ke pintu utama. Pemandu mereka
kelihatan sudah sedia menanti di luar bersama kereta.
“Jap,
jap, jap!” tiba-tiba Tengku Melissa bangun dan menahan kedua orang tuanya dari
meneruskan langkah. “Mummy dengan daddy cakap nak jemput Mak Long kat airport, kan? Kenapa tiba-tiba je Mak
Long balik dari London?”
“Saja je
nak makan angin!”
“Mummy ni, kan!
Lissa tanya betul-betul ni. Kenapa tiba-tiba Mak Long balik sini?”
“Lissa
dah lupa ke? Esok kan Harrys nak bertunang. Sebab tulah Mak Long balik ke sini. Nak ikut hantar
rombongan sekali,” jelas Tengku Arham.
Serentak
itu jantung Tengku Melissa bertukar rentak. Terasa dadanya seakan mahu meletup
saat ini. Terus dia berpaling dan kembali duduk semula di sofa.
“Eh! Dia
yang tahan kita, lepas tu pergi macam tu je? Memang betullah budak ni! Jomlah,
bang. Kita dah lambat!”
“Lissa,
kami pergi dulu. Ni... daddy dengan mummy balik lewat sebab terus bawa Mak
Long ke rumah Pak Lang. Ada jamuan sikit. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa
makan ubat!” sempat Tengku Arham berpesan sebelum Tengku Kamelia menggamit
tangannya keluar dari banglo, meninggalkan Tengku Melissa terkaku di ruang tamu
sendirian.
‘Macam
mana aku boleh lupa yang Harrys bertunang esok?!’ bentak hatinya resah.
“Arrgghhh!!!”
Tengku Melissa menumbuk geram sofa yang didudukinya. Rasa
marah datang membuak tiba-tiba. Beberapa minit termenung di situ, akhirnya
gadis itu menutup televisyen yang ditontonnya sejak tadi sebelum berlalu naik
ke bilik. Satu jam kemudian dia turun semula dengan pakaian yang sudah
berganti.
“Nak ke mana?”
Satu suara tiba-tiba menegurnya sewaktu dia melintasi
ruang tamu. Pantas dia menoleh. Dilihatnya Tengku Zafran sedang berbaring di
atas sofa.
“Keluar.”
“Ke mana?”
Tengku Melissa mendengus geram. “Apa you kisah? You dah berapa
hari tak nampak batang hidung kat rumah ni,
I tak kisah pun!”
“Hai! Tanya macam tu pun nak marah? Relaxlah!”
Tengku Melissa
melepaskan keluhan. Kerana terlalu ikutkan rasa marah, abangnya pula menjadi
mangsa tempat dia melepaskan geram. Perlahan kakinya dihala menghampiri Tengku
Zafran lalu duduk di sisi lelaki itu.
“Sorry. I tak sengaja nak marah you.”
“You bukan marah kat I. Tapi kat orang lain,” selamba Tengku Zafran menjawab. Dia tahu
marah gadis itu bukan ditujukan buatnya. “Apa yang buat you marah sangat ni?”
“I hope you’re still remember your promise.”
“Promise? Promise what?”
Sekali
lagi Tengku Melissa menoleh. Dijegilkan matanya tepat mengenai wajah abangnya
itu. “You lupa atau buat-buat lupa?”
“Can you please straight to the point, girl?
Janji apa ni?”
“You janji apa dengan I hari tu kat kelab? Lupa? You janji nak tolong I dapatkan Harrys balik. Esok Harrys dah
nak bertunang. Tapi plan you satu apa
pun I tak nampak!”
Tengku Zafran terdiam sebaik mendengar kata-kata adiknya.
Dia yang tadinya santai berbaring kini sudah menegak duduk. Mukanya turut
berubah. Jika Tengku Harrys bertunang esok, bermakna gadis pujaannya juga akan
jatuh ke tangan orang lain. Bagaimana dia boleh lupa hal yang penting itu?
Tengku Zafran meraup wajahnya. Namun seketika kemudian terdengar tawa pecah
dari mulut lelaki itu.
“You are still
laughing, Zaf?!” sedikit meninggi
suara Tengku Melissa kali ini.
“Just cool, girl!
Baru nak bertunang, kan? Belum kahwin lagi. Even
dah kahwin pun boleh bercerai-berai.”
“Habis you nak
tunggu sampai diorang kahwinlah baru you
nak bertindak?”
“I tak kata
macam tu. Relax! Masih ada masa lagi.
I tahulah apa I nak buat nanti.”
“Apa yang you
nak buat?”
Tengku Zafran merenung adiknya dengan sebuah senyuman
penuh makna. “Just wait, Lissa. The time will come. And I guarantee you akan tersenyum lebar masa
tu.”
Melihatkan reaksi abangnya, Tengku Melissa berasa sedikit
lega walaupun hatinya masih tidak yakin dengan rancangan lelaki itu. Sekurang-kurangnya
dia masih punya harapan untuk memiliki insan yang sudah sekian lama bertakhta
di hatinya dalam diam.
“Okay! I percaya you, Zaf. I tak kisah apa
pun plan you. Yang penting...,”
Tengku Melissa bingkas bangun dari sofa. “… I
dapat balik hak I and you pun dapat apa yang you nak. That’s our deal!”
“No problem!”
sahut Tengku Zafran selamba.
“Okaylah. I chow dulu!”
“Nak ke mana?”
“Keluarlah. Have
some fun with my friends. Duduk kat rumah pun buat apa. Menyakitkan hati
je!”
“May I join you?”
soal Tengku Zafran bersama sebuah renungan untuk adiknya.
“Excuse me! Hello! Sejak bila pulak you pandai nak join I ni? Bukan kawan-kawan you
tu lagi havoc ke dari I punya!”
“Saja. Mana tahu dapat kenal kawan-kawan you yang lagi cantik and sexy.”
“Enough, Zafran! Tak payah nak buat lawak kat
sini. Lebih dari tu pun you boleh
dapat! Macam I tak tahu. Dahlah, I keluar dulu. Bye!”
Tengku Melissa melangkah keluar dan terus mendapatkan
keretanya sebelum memecut laju meninggalkan kawasan banglo itu. Tengku Zafran
pula hanya memerhati adiknya sehinggalah bayang kereta tersebut lenyap dari
pandangan.
“Irish.”
Nama gadis itu terungkap di bibir sebelum Tengku Zafran
tersenyum sinis. “Sorry, Harrys. Aku
akan pastikan that girl jadi milik
aku. Walau dengan apa cara sekalipun!”
**********
“KAK
LONG! Apa khabar? Sihat?”
Tengku Kamelia yang baru muncul di ruang tengah villa terus sahaja meluru ke
arah kakak iparnya, Tengku Yasmin yang tiba bersama Tengku Arham dan Tengku
Kamelia. Dua orang anak Tengku Yasmin, Tengku Syaffi dan Tengku Safra turut
sama pulang menemani ibunya.
“Alhamdulillah, sihat.” Tengku Yasmin menyambut huluran
salam Tengku Dafina. Ahli keluarga yang lain telah pun ditemuinya seawal dia
sampai ke sini tadi. “Fina sihat?”
“Sihat, Kak Long.”
Tengku Dafina duduk menyertai suaminya dan yang lain-lain
di ruangan itu. Suasana Villa Haiyan malam ini sedikit meriah dengan kehadiran
saudara-mara terdekat mereka sebagai memenuhi undangan majlis doa selamat dan
jamuan makan yang diadakan oleh Tengku Haiyan sempena majlis pertunangan Tengku
Harrys dan Irish yang akan berlansung esok.
“Lama dah tak jumpa Kak Long. Makin cantik Fina tengok
sekarang!” puji Tengku Dafina. Seingatnya, kali terakhir mereka bertemu adalah
sewaktu dia sekeluarga datang melawat Tengku Harrys di UK sambil bercuti di
negara Eropah itu.
“Ishh! Pandai jelah kamu ni, Fina. Kak Long sama je macam
dulu.”
“Sama macam dulu maknanya awet mudalah tu, kan.”
“Kita ni orang perempuan kenalah jaga diri, Fina. Nak-nak
yang masih bersuami macam kamu ni. Kena jaga betul-betul. Kalau tidak, hmm...
mulalah lelaki pasang mata!”
“Dengar tu, bang?” Tengku Dafina mengajukan kata-kata itu
pada suaminya.
“Eh, apa pulak saya! Kak Long tu bagi nasihat pada awak.
Dengar baik-baik.”
Sebagai seorang wanita bekerjaya, memang soal penampilan
amat dititikberatkan oleh Tengku Yasmin. Lebih-lebih lagi dia mencari rezeki di
tempat orang. Sejak arwah suaminya meninggal, dia dan anak-anaknya terus
bermastautin di bumi London mengikut anak sulungnya yang telah berkahwin dengan
jejaka warganegara itu. Di sana, dia telah memulakan perniagaan dengan membuka
sebuah butik yang diuruskan bersama-sama kedua anak perempuannya.
“Saffa tak ikut balik sekali, Kak Long?” soal Tengku
Dafina merujuk pada anak sulung kakak iparnya, Tengku Saffa.
“Tak ada, Fina. Dia yang tolong tengok-tengokkan butik
kat sana. Lagipun suaminya tengah sibuk sekarang. Susah nak dapat cuti. Tu yang
bawa budak berdua tu je.”
“Kak Long sampai bila kat sini?” soal Tengku Arham.
“Tengok keadaan dulu, ngah. Kalau rasa nak lama, lamalah
Kak Long kat sini.”
“Tinggal lama sikitlah, Kak Long. Kak Long pun dah lama
tak balik sini. Ya tak? Bolehlah nanti kitorang bawa jalan-jalan round satu Malaysia!” Tengku Kamelia
turut mencelah, sekaligus membuatkan mereka tertawa.
“Dah masak kuah
kacang tu, Dewi?” tanya Mak Ros. Kelihatan dia tidak menang menyiapkan juadah
makanan untuk malam ini bersama Dewi. Tidak seperti sebelum-sebelumnya, kali
ini majikan mereka memilih untuk menyediakan hidangan sendiri.
“Udah, mak. Sebentar Dewi mahu masukin ke dalam
bekasnya!” sahut Dewi. Kuah kacang yang telah masak itu dimasukkan ke dalam
sebuah bekas kaca untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit sebagai salah satu
menu yang terdapat pada malam ini.
“Dah siap tu nanti pergi hidang makanan-makanan ni semua
kat depan, ya.”
“Hah?! Apa mak bilang?”
“Eh, budak ni! Apa tak cukup kuat ke mak cakap sampaikan
kau tak dengar? Mak cakap dah siap masukkan kuah kacang tu, pergi hidang semua
ni kat depan. Dengar?”
Dewi menghampiri Mak Ros yang ketika itu sedang memotong puding
caramel untuk dihidangkan kepada
tetamu. “Iya... yang itu Dewi dengar, dong.”
“Habis
apa yang kau tak dengar?”
“Maksud
Dewi ya masakan mak suruhin Dewi pergi ke ruang depan dengan pakaian begini?
Ah, malu sih!” tingkah gadis itu sambil menunjukkan apronnya yang sudah kotor.
“Apa masalahnya kalau kau keluar macam ni? Selama ni pun
kau memang pakai baju ni kan hari-hari?”
“Ya, iyalah! Tapi kan malam ini tetamunya ramai sekali.
Nanti ada cowok-cowok yang lihatin Dewi comot begini, malu ah!”
Tangan Mak Ros yang laju membuat kerjanya terus terhenti.
“Amboi, amboi! Perasannya kau, Dewi! Siapa
yang nak tengok kau ni? Cuba cakap dengan mak.”
“Ya itulah... cowok-cowok ganteng di depan sana itu. Apa
mak enggak perasan?”
“Ingat mak ni macam kau? Dok terjenguk-jenguk kat depan
dari tadi. Banyak lagi kerja yang mak kena buat dari perhati orang-orang kat
depan tu. Dah. Tak usah nak tercegat kat sini lagi. Pergi hantar semua makanan
ni ke depan sana!”
“Bisa aja. Tapi mak kasi Dewi lima minit. Boleh enggak?”
“Kenapa pulak?”
“Dewi mahu tukarin baju ini dulu, ya! Udah itu nanti Dewi
hantarin semua-semuanya ke depan. Kalau mak mahu Dewi duduk depan terus pun
Dewi enggak kisah, mak!” Dewi sudah tersengih-sengih sambil memintal hujung
rambutnya di hadapan Mak Ros.
“Nak jugak kau Dewi, kan?”
“Jiwa orang muda, mak. Biasa sih!”
“Dah pergi tukar cepat. Lima minit je!”
“Apa?? Benaran, mak? Tidak main-main ini?” tanya gadis
itu seakan tidak percaya.
“Iya! Dah, pergi cepat sana!”
“Ah, senang sekali!” Dewi lansung memeluk Mak Ros lalu
mencium pipi wanita itu. “Ini yang Dewi sayang bangat sama mak. Dewi pergi
salin bajunya dulu, ya. Bentar aja!”
Gadis itu terus berlalu meninggalkan Mak Ros di dapur.
“Lima minit!”
“Ya, iya. Lima minitlah!” laung gadis itu yang sudah
menjauh. Mak Ros yang memerhati hanya menggeleng kepala melihat telatahnya.
“Dewi, Dewi! Ada hati jugak kau, ya. Ikut kaulah, nak.
Janji kau bahagia!” ngomel Mak Ros sambil menyudahkan tugas yang tergendala dek
kerana gadis bernama Dewi itu.
“Macam mana
persiapan untuk majlis esok? Dah selesai semuanya?” Tengku Yasmin mula bertanya
perihal majlis pertunangan yang akan berlansung.
“Alhamdulillah, Kak Long. Nampak gayanya macam tulah.
Tinggal nak dibawa badan ke sana je ni,” jawab Tengku Haiyan.
“Dapat jugak Kak Long tengok si Harrys tu bertunang, ya.
Ingatkan kempunan. Punyalah terkejut Kak Long waktu kamu telefon bagitahu hari
tu. Macam mimpi pun ada!”
“Betul tu, Kak Long. Saya pun terkejut sama!” celah
Tengku Arham.
“Mahunya tak, angah. Dari dulu bukan main susah nak tengok
perempuan dekat dengan
dia. Anak
kawan-kawan Kak Long tu, ramai je yang nak kenal. Dia je yang tak nak.
Tiba-tiba dapat berita nak bertunang. Alhamdulillah. Terbuka jugak
hati dia akhirnya!”
“Itu pun payah nak memujuk, Kak Long. Jenuh jugak saya dibuatnya!”
“Eh, kenapa pulak Fina cakap macam tu?”
“Sebenarnya itu calon pilihan saya. Kebetulan dia adik
pada kawan baik Hafiy. Dan dia pun bekerja kat Haiyan Holdings.”
“Laaa... ya ke. Macam mana budaknya? Okay ke?” tanya Tengku Yasmin seakan berminat tentang gadis yang
telah berjaya membuka hati anak buahnya yang seorang itu.
“Alhamdulillah, kak. Setakat yang saya tengok, baik
budaknya. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi pertama kali saya jumpa dia, hati
saya ni dah berkenan. Bila saya suarakan hajat untuk meminang dia nampaknya
semua orang pun setuju.”
“Harrys macam mana?”
“Mula-mula tu memang dia setuju tidak, membantah pun
tidak. Dia cakap terpulang pada saya. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Nampaknya
dia boleh terima. Ya, bang?”
“Hmm. Itulah yang dikatakan jodoh. Bila jodoh tu dah
sampai, nak elak macam mana pun takkan dapat. Keras hati macam mana pun kalau
ada usaha, ada doa, Insya-ALLAH Dia akan berikan yang sebaik-baiknya.”
“Baguslah macam
tu. Kalau nak tunggu Harrys yang cari sendiri sampai bilalah baru terbuka hati
budak tu agaknya!” bicara Tengku Yasmin lagi.
“Assalamualaikum.”
Serta-merta perbualan mereka terhenti. Perhatian
masing-masing teralih pada suara yang memberikan salam. Kelihatan Tengku Harrys
yang segak berpakaian baju melayu hitam sedang berjalan menuju ke arah mereka.
“Apa khabar, Mak Long?” soal lelaki itu sambil menyalami
ibu saudaranya. Perkara yang sama juga turut dilakukan pada Tengku Arham serta
Tengku Kamelia.
“Baik. Kamu sihat, Rys?”
“Sihat, Alhamdulillah. Mak Long balik sorang ke?”
“Eh, tak adalah! Syaffi dengan Safra ada tu kat sana. Dah
jumpa sepupu, masing-masing lupa Mak Long kat sini. Kak Saffa kamu je yang tak
dapat nak ikut. Dia sampaikan salam dan tahniah pada Harrys.”
“Waalaikumussalam. Pak Ngah dengan Mak Ngah berdua je?”
“Ha’ah, Rys. Biasalah dua orang sepupu kamu tu. Kamu pun
dah faham sendiri, kan?” ujar Tengku
Kamelia.
Tengku Harrys hanya tersenyum simpul. “Tak apalah.
Sambunglah berborak. Harrys minta diri dulu. Nak jumpa yang lain-lain.”
Setelah meminta diri, Tengku Harrys bergerak ke ruang
istirehat hadapan untuk menemui saudara-maranya yang lain. Kelihatan sudah
ramai sanak-saudara yang telah hadir memenuhi villa. Sewaktu dia naik ke atas
untuk membersihkan diri dan bersolat tadi tidaklah seramai seperti sekarang
ini. Kakinya terus melangkah sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada
hinggalah dia berhenti di suatu sudut sebaik terlihat abangnya sedang
berbual-bual bersama adik perempuan serta sepupu mereka.
“Ha, Rys. Come!
Meet our cousins dari London ni!”
“Ishh! Apalah Abang Hafiy ni. Tak payahlah cakap macam
tu!” ujar Tengku Safra seraya memukul lengan sepupunya itu.
“Eh! Tak betul ke apa abang cakap?”
“Bukan tak betul. Tapi janganlah mention macam tu. Malulah!”
Tengku Harrys lansung datang menghampiri sebelum
bersalaman dengan dua orang sepupunya yang baru tiba dari London itu. “Syaffi
dengan Safra sihat?” soalnya lalu duduk di sofa bersebelahan Tengku Hafiy.
“Sihat, bang. Macam yang abang tengoklah.” Tengku Syaffi
menjawab.
“Amboi! Makin handsome
Abang Harrys sekarang, kan. Berseri-seri muka tu Safra tengok!”
“Mana tak berseri-seri, Safra oi! Hati sedang dilamun
bahagialah katakan!” sampuk Tengku Hazreen yang bersila di atas lantai sambil
menghadap mereka yang lain.
“Ha’ah. Cuba cerita sikit. Macam mana Abang Harrys boleh
jatuh cinta tiba-tiba ni? Setahu Safra, hati abang ni keras macam batu. Kalau
kena siram dengan air satu sungai pun belum tentu boleh lembut! Betul tak,
Reen?”
“Memang pun!”
“Ha, Abang Rys. Tiba-tiba je ni. Ada apa-apa ke?” Tengku
Syaffi turut sama menyoal, begitu berminat untuk mengetahui tentang perkara
tersebut.
“Jodoh dah sampai kut.”
“Takkan tu je? Mesti ada sebab lain, kan?” Tengku Safra
seakan tidak berpuas hati.
“Abang Harrys korang ni memang dari dulu hati beku dengan
perempuan. Bukan tak ada yang nak. Dia yang jual mahal sangat. Tapi sebeku-beku
hati lelaki dia, ada jugak taman dalam tu. Tak tahulah kenapa dengan sorang perempuan
ni hati dia boleh cair pulak!”
“Perempuan? Maksud Abang Fiy, bakal tunang Abang Harrys?”
“Yelah, Safra. Siapa lagi.”
“Wow! Sound
interesting! Macam mana bakal tunang Abang Harrys tu, ya? Definitely she’s really amazing, right?”
Tengku Syaffi semakin berminat untuk mengetahui.
“Of courselah,
Syaffi! Cantik, baik, sopan, lembut. So
special!” ujar Tengku Hazreen lagi dengan riak muka penuh perasaan. Dan
gelagatnya itu membuatkan Tengku Harrys terus mencapai sebiji bantal kecil di
sebelahnya.
“Eh, eh! Jangan! Baik abang letak balik bantal tu.”
“Sekali lagi, abang tak jamin bantal ni akan duduk diam.”
“Okay, okay!
Reen tutup mulut!”
Spontan Tengku Hazreen menutup mulut dengan telapak
tengannya, membuatkan ketawa yang lain pecah di situ.
“Tak sabar Safra nak tunggu esok. Nak tengok perempuan
yang dah berjaya mencairkan hati Abang Harrys yang keras dan beku macam tembok
China tu!”
“Exactly!”
Tengku Syaffi turut menyokong.
“Aku gerenti korang akan suka dengan Kak Irish tu
punyalah! Tengoklah bakal kakak ipar siapa, kan!” Tengku Hazreen berdehem
beberapa kali sambil mengangkat baju kurung di bahagian bahunya. Sedikit bangga
bila bercerita tentang Irish. Dan serentak itu tangan Tengku Harrys mencapai
semula bantal tadi lalu disuakan pada gadis tersebut. Belum pun sempat dia
membaling, adiknya itu lebih dulu bangun.
“Mamaaaaa!” jerit Tengku Hazreen dan terus berlari
meninggalkan tempat itu. Sekali lagi tawa mereka berderaian melihatkan tingkah
gadis manja tersebut.
“Err... siapa nama yang Reen sebut tadi?” soal Tengku
Safra.
“Irish. Irish Qiara. Itulah nama bakal tunang Abang
Harrys korang.” Tengku Hafiy menjawab sebelum sempat adiknya di sebelah membuka
mulut.
“I see. Indah
nama tu. Mesti seindah orangnya, kan!”
Tengku Harrys yang mendengar pujian Tengku Safra sekadar
mempamer senyuman. Terusik sedikit hatinya kala nama itu diperkatakan. Seperti
yang lain, dirinya juga tidak sabar untuk menunggu hari esok. Hari yang mungkin
bakal merubah perjalanan hidupnya selepas ini!
No comments:
Post a Comment