LELAKI itu atur langkah
memasuki balai ketibaan. Kakinya terus dihala hingga ke pintu utama lapangan
terbang. Nafas lega dihela sebaik terpandang deretan teksi di luar yang setia
menunggu para penumpang.
“Teksi, nak?”
Satu suara tegurnya dengan sopan. Saat menoleh, seorang lelaki tua usia
linkungan 60-an dah tercegat di sisi dengan sebuah senyuman.
“Iya. Bapak bisa hantarin saya ke alamat ini?”
Saku jaket kulit lantas diseluk. Sekeping kertas bertulis sebuah alamat
dikeluarkan. Dihulurnya terus pada pemandu teksi tersebut.
“Boleh. Boleh, nak. Silakan. Mari pakcik angkatkan begnya.”
“Oh, nggak usah. Bapak buka aja bonnetnya. Saya angkat sendiri.”
“Tapi…,”
“Nggak apa-apa, pak. Saya bisa angkat sendiri,” tolak lelaki itu lembut. Tak
sampai hati nak tengok pemandu teksi berusia itu angkat bagasinya yang boleh
tahan berat.
Teksi mula bergerak tinggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur. Separa laju ia menyusur keluar ke lebuhraya yang tampak lancar. Mana
taknya. Office hour. Dah tentu-tentu semua orang sibuk
bekerja.
“Anak ni dari Indonesia, ya?”
Sapaan itu memecah hening suasana.
“Iya, pak. Saya asal dari Indonesia.”
“Datang bercuti ke sini?”
“Nggak juga. Keluarga saya menetap di sini.”
“Ooo… pertama kali datang Malaysia?”
“Iya. Kali pertama ini.”
Pemandu teksi itu terangguk-angguk. “Nama pakcik,
Zainuddin. Tapi biasa orang panggil pakcik, Pak Din. Nama anak siapa?”
“Aryan.”
“Maaflah ya Aryan kalau Pak Din ni banyak bertanya.
Sekadar nak beramah-mesra.”
“Oh! Nggak apa-apa, kok. Saya juga lagi senang.”
Aryan balas senyuman Pak Din lewat cermin pandang belakang.
Memang dia begitu senang dengan lelaki tua itu. Sejak
awal tadi. Tinggi budi bahasa. Murah senyuman. Baru berapa minit jumpa tapi
macam dah lama kenal.
‘Karena itu baba sama mama suka banget tinggal di sini barangkali.
Orangnya baik-baik dan ramah sekali.’
Ingatan Aryan teus melayang pada orang tuanya. Dah lama betul mereka tak jumpa.
Kali terakhir lima tahun lalu di China. Ketika itu babanya sedang pantau
perniagaan yang baru bertapak di sana.
Sekarang, mereka sudah bermastautin di Malaysia pula.
Melengkap sayap perniagaan keluarga di bumi Asia Tenggara. Lepas ini tak tahu
giliran negara mana akan ditawan babanya.
Aryan terus leka tatap pemandangan bumi Malaysia di balik kacamata hitamnya.
Tak banyak beza dengan negara-negara yang dah dia jelajah sebelumnya. Indah.
Maju. Pesat membangun. Sepertinya dia sudah mula jatuh suka.
Gggrrr.
Getar telefon bimbit menyentak lamunan Aryan. Pantas saku jaket diseluk. Nombor
yang amat dikenali terpapar jelas di kaca skrin.
“Mau dijawab apa nggak? Kalau dijawab, pasti lagi ketahuan aku udah sampei. Surprisenya
juga pasti lagi berantakan!” bisik lelaki itu perlahan.
Cukup 25 saat, panggilan itu mati. Aryan hela nafas.
“Kalau bunyi lagi ini, emang pasti harus diangkat. Kalau nggak, tidur luar aku
ini malem.”
Dan jangkaan Aryan tepat. Telefonnya bergetar lagi. Nak tak nak, dia harus juga
jawab. Ibu jari sentuh perlahan skrin telefon.
“Hello, ma. Assalamu…,”
Salam Aryan terhenti tengah jalan. Tiba-tiba saja teksi Pak Din brek kecemasan.
Kepalanya terhantuk kerusi depan. Telefonnya turut terlepas dari tangan. Terasa
bergegar otak sekejap. Matanya turut berpinar sakan.
“Aryan!
Aryan tak apa-apa ke, nak?!” Pak Din menyoal cemas.
“Nggak
apa-apa. Pak Din gimana? Ngapain sih breknya tiba-tiba?”
“Ma…
maaf, Aryan. Pak Din tak… tak sengaja. Van pu… putih tu tiba-tiba blocked
kat depan.”
Aryan dongak. Sebuah van putih memang betul-betul
berhenti di depan teksi Pak Din. Kala itu juga beberapa sosok tubuh berbaju
serba hitam dengan wajah bertopeng dan ber’hoodie’ berjalan meluru ke
arah mereka. Pintu teksi dibuka.
“Keluar!”
“Apaan ini?” soal Aryan terpinga-pinga.
“Keluar!”
Belum sempat nak buka mulut lagi, tubuh Aryan dan Pak
Din terus ditarik keluar dengan kasar.
“Hei! Apaan ini?! Lepasin!”
Aryan cuba lepaskan pegangan. Namun cengkaman tangan
di kiri kanan lengannya begitu kejap.
“Kalian siapa? Apa kalian mau dari kami?!”
“Diam!”
Aryan cuba melawan lagi. Untung-untung dapat loloskan
diri kali ini. Tapi tetap gagal. Nak buka seni pertahanan diri celah mana pun
dia tak dan. Pergerakannya lansung terhalang.
“Aduh! Allahuakhbar!”
“Hei! Lo jangan berani-berani sentuh orang tua itu!”
bentak Aryan kuat. Tapi muka tubuh Pak Din terus dikerjakan sampai lelaki itu
terbaring longlai atas jalan.
Tak boleh jadi!
Dalam geram yang berapi, ditendang tubuh orang yang
pukul Pak Din sekuat hati. Tak dapat tumbuk dengan tangan, dengan kaki dia
bagi!
“Wei! Kau kurang ajar, kan!”
“Apa?! Lo yang kurang ajar! Mukulin orang tua kayak
binatang!”
“Kau ni dah lebih ni…,”
“Enough! Bawak dia masuk van cepat!” satu suara
lain beri arahan.
“No. Let me go!”
“Hurry up!”
Tubuh Aryan terus diseret ke dalam van. Kiri kanannya
masih diapit dua sosok tadi. Dua orang masuk di belakang. Seorang duduk di
sebelah pemandu. Dan yang terakhir ambil tempat berhadapan dia.
Pintu ditutup. Van putih itu terus pecut tinggalkan
kawasan tersebut.
“Lepasin tangan aku.” Arah Aryan pada orang di depan,
setelah van masuk ke lebuhraya.
“Diam.”
“Aku bilang lepas.”
“No.”
“Aku bilang lepas, lepas!!!”
Kali ini orang itu tak balas. Hanya pandangan tajam
diberi sekilas. Sebaik dia angguk, baru kedua-dua lengan Aryan dilepaskan.
Huh!
Aryan dengus geram. Melepas rasa sengal satu badan.
Mana tak sengal. Kalau dah sosok dua-dua yang memegang
bak kereta kebal. Tapi tak sekebal rasa marah yang sedang meluap-luap dalam
dadanya sekarang.
Belum pun satu jam dia jejak bumi Malaysia.
Belum pun sempat dia berjumpa orang tuanya. Tapi sekarang, dia berada dalam van
ini bersama orang yang entah siapa-siapa.
Aryan kembali tenung gerangan di depan. Cerun
pandangannya menerkam anak mata berwarna biru itu. Dibalik kain yang membalut
separuh wajah, dengan hoodie menutup kepala, dia pasti mata itu juga sedang
renung ke arahnya dengan rasa geram yang berbuku.
“Kamu siapa? Apa kamu mau dari aku?”
Tak ada balasan. Sekadar pandangan tajam yang diterima
sebagai jawapan.
“Aku lagi nanya. Kamu siapa? Kenapa kamu menculik
aku?”
“Diam.”
“Diam? Setelah apa yang kamu lakuin ke aku, kamu
nyuruh aku untuk diam?”
“Shut up.”
“Kamu pikir aku apa? Binatang? Haiwan? Hmm?”
“I said shut up.”
“Kamu yang harus diam!!!”
Satu tamparan kuat spontan singgah di pipi kiri Aryan.
Hingga tubuhnya sedikit melayang. Segera dia bangkit semula untuk balas. Namun
cepat-cepat tubuhnya ditarik dua manusia di kiri kanan.
“Pengecut! Kalau kamu berani, bukain penutup itu.
Perlihatkan wajah sebenar kamu!” tingkah Aryan makin geram. Sengaja nak cabar
empunya tubuh di depan.
“Ayuh, buka!”
Masih tak ada reaksi dari sosok berkenaan. Hanya
bahunya turun naik laju dalam gelodak marah yang ditahan-tahan.
Aryan senyum sinis. “Dasar pengecut! Usah jadi preman
kalau mau terus selindung di balik kain penutup itu! It’s useless!”
Kali ini kata-kata Aryan benar-benar dah cabar
kesabaran orang di depan. Serentak, hood jaket di kepala diselak keras. Kain
menutupi hidung ke dagu, direntap kasar.
“Puas?!!”
Air muka Aryan serta-merta berubah. Lidahnya kelu.
Suaranya mati. Matanya membuntang.
Benarkah apa yang dilihat? Atau pandangannya yang
tersilap?
Mata biru di depan terus tajam merenung Aryan. Bak api
menyala yang ingin tembus ke anak matanya. Dan Aryan tegar membalas. Ditenung
dalam-dalam sepasang mata yang sedang membara itu. Bagai tak percaya sosok yang
ada di depannya sejak tadi ternyata seorang gadis!
**********
TERGESA-GESA Pak
Aryawan keluar dari perut kereta. Kaki terus diatur masuk ke dalam banglo. Sebaik
melangkah, mata lansung menangkap sosok Ibu Dian yang sedang duduk gelisah di
ruang tamu.
“Mama.”
“Mas!” Ibu Dian bingkas bangun dapatkan suaminya. “Syukur mas udah pulang!”
“Anak kita gimana?”
“Nggak tau, mas. Sampei sekarang belum ada khabar beritanya.”
Pak Aryawan lepas keluhan.
Terkejut
bukan kepalang dirinya saat terima panggilan mengejut Ibu Dian. Dan-dan itu dia
terus terbang pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur dalam tak keruan. Mesyuarat
yang patut berlansung sampai esok di Kota Singa itu juga terpaksa ditangguhkan.
“Itu siapa, ma?”
“Ah, mama lupa terus! Itu pemandu taksi yang mama ceritain tadi, mas.”
Pak Aryawan hampiri lelaki tua berkopiah putih itu.
“Assalamualaikum. Saya Aryawan.”
“Waalaikumussalam. Pakcik Zainuddin. Panggil Pak Din aje.”
“Pak Din nggak apa-apa, kan?” soal Pak Aryawan sebaik lihat kesan-kesan lebam
di wajah lelaki tua tersebut.
“Oh, tak apa-apa. Pak Din baik-baik aje, tuan.”
“Tapi lukanya kelihatan teruk ini. Udah ketemu doktor?”
“Sikit aje ni, tuan. Dah, dah. Lepas kes tadi Pak Din terus ke klinik sebelum
ke sini.”
Pak Aryawan terangguk-angguk. Pak Din disuruh duduk semula sebelum dia ambil
tempat sebelah Ibu Dian. “Gimana bisa terjadi hal ini, Pak Din.”
“Pak Din pun tak tahu nak cakap macam mana, tuan. Semuanya berlaku terlalu
pantas. Pak Din bawak Aryan dari airport. Lepas tu teksi Pak Din
kena tahan dengan van putih. Keluar dari teksi aje Pak Din terus kena pukul.
Aryan pulak diseret masuk dalam van dan terus dibawak lari.”
“Lalu, gimana Pak Din bisa sampai ke mari?”
“Tadi Aryan sempat bagi alamat rumah ni. Tu yang Pak
Din nekad datang ke sini nak bagitahu. Maaflah, tuan. Pak Din tak sempat nak
selamatkan Aryan.”
“Nggak apa-apa kok, Pak Din. Yang penting Pak Din udah
selamat sekarang.”
“Tapi Aryannya juga udah diculik sekarang, mas!” Ibu
Dian mencelah.
“Iya. Mas tau.”
“Terus, gimana? Mas mau biarin aja?”
Pak Aryawan mengeluh lagi. Wajahnya diraup. Seumur
hidup, ini kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Siapa yang lakukan?
Seingatnya dia tak pernah ada musuh.
Pantas lelaki itu berkalih pada si isteri.
“Apa anak kita itu punya musuh, ma?”
“Siapa? Aryan?”
“Ya, siapa lagi?”
“Mama nggak tau, dong. Aryan itu udah merata-rata
pergi. Dengan siapa dia ketemu, sama siapa dia berurusan, kita nggak pernah tau
kok.”
“Di sini?”
“Ah! Masakan begitu, sih! Aryan itu baru pertama kali
kok datang ke mari. Baru berapa menit jejak kaki ke sini juga udah diculik. Apa
sempat dia mau nyariin musuh?” bidas Ibu Dian kembali.
“Ya, siapa tau. Musuh itu selalu ada di mana-mana.”
“Mendingan soalan itu dituju sama mas. Apa mas punya
musuh?”
“Loh! Kok mas?”
“Ya siapa tau musuh perusahaan mas barangkali.”
“Pak Din rasa… ini mungkin kerja geng Crazier.”
Serentak Pak Aryawan dan Ibu Dian toleh ke arah lelaki
berkenaan.
“Geng Crazier? Maksud Pak Din apa?”
“Tuan tak tahu ke pasal ni?”
“Saya kurang ngerti, kok. Bisa Pak Din jelasin?”
“Sekarang ni memang tengah viral kes culik geng
Crazier yang melibatkan golongan berstatus tinggi macam tuan ni. Sana sini
orang tengah sibuk bercakap pasal benda ni. Bulan lepas anak seorang jutawan.
Sebelum itu anak seorang menteri. Dan sebelum-sebelum tu banyak dah kes
berlaku.
Yang peliknya, pihak polis tak dapat nak kesan lansung
jejak Crazier ni. Dia orang tu licik. Setiap kali polis serbu markas, dia orang
lesap. Tiap kali polis serbu waktu pertukaran tebusan, dia orang terlepas.
Sekelip mata!”
“Jadinya maksud Pak Din… Aryan itu udah diculik sama
kumpulan ini? Gitu?”
“Tak mustahil, puan. Geng Crazier ni dah bergiat lama
sebenarnya. Cuma tulah… susah polis nak jejak. Dia orang sangat licik dan
bijak. Agak-agak tengah panas, dia orang senyap. Bila orang dah lupa, dia orang
buat balik. Orang kata Crazier ni memang gangster yang paling handallah antara
gangster-gangster kat Malaysia.”
“Err… mangsa culiknya gimana, Pak Din? Apa selamat
semuanya?” tanya Pak Aryawan.
“Bergantung pada keadaan. Ada yang selamat. Ada yang
tak jumpa lansung.”
“Ya ampunnn! Makanya Aryan lagi dalam bahaya sekarang
ini, mas! Mas. Mas harus selamatkan anak kita, mas. Sebelum terjadi apa-apa!”
tingkah Ibu Dian cemas. Lengan suaminya turut digoncang keras.
“Iya, ma. Mas tau. Sabar, dong!”
“Gimana mau sabar? Anak kita lagi dalam bahaya, tau!”
“Terus, mama mau mas lakuin apa? Aryan lagi di mana
sekarang kita juga nggak tau. Penculiknya masih belum nelefon kita,
kan.”
“Kita laporin ke polisi aja, deh!”
“Mama pikir ini kayak main police entry?
Gampang aja mau bikin report sama polisi tanpa bukti?”
“Aduh! Mau bukti apa lagi, sih? Pak Din ini kan udah
cukup dijadikan bukti!”
“Pak Din rasa ada betul cakap isteri tuan tu. Ada
baiknya kita buat laporan polis.”
“Apa selamat Pak Din kalau kita libatkan polisi? Saya
khawatir sama keselamatan Aryan.” Pak Aryawan semakin resah.
“Kes-kes sebelum ni pun semuanya serahkan pada pihak
polis, tuan. Tuan jangan risau. Selagi penculik tu tak tahu tentang hal ni,
Insya-ALLAH semuanya akan selamat.”
Ring….
Telefon di ruang tamu banglo besar itu tiba-tiba
berdering. Masing-masing terpana. Lidah kelu. Hanya mata saling pandang antara
satu sama lain.
Mungkinkah itu panggilan yang ditunggu-tunggu?
Jelasin – jelaskan
No comments:
Post a Comment