S
|
Destinasi pemanduan Irish dihalakan ke
Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang Jaya. Setibanya di sana, Irish
memaklumkan pada Athirah bahawa dia menunggu di Restoran Vivo yang terdapat di
dalam bangunan pusat membeli-belah itu. Setelah membeli makanan di kaunter,
Irish lansung mencari tempat duduk yang agak tersorok agar lebih privacy apabila berbual bersama Athirah
nanti. Bukan dia tidak tahu gadis itu bila bercerita tidak sah kalau orang
berhampirannya tidak mendengar sekali. Mengingatkan itu, spontan Irish tertawa
kecil sambil mengesat matanya. “Ira, Ira. Lawak betullah kau ni.”
“Ha! Apa yang lawak betul tu?!”
Secara tiba-tiba Irish dikejutkan dengan
sergahan itu. Bagai ingin lurut jantungnya menahan rasa terkejut di dada.
“Ira! Kau ni, kan. Tak sudah-sudahlah
dari dulu!”
Mengekek ketawa Athirah melihat reaksi
rakannya. Dia kemudian mengambil tempat di hadapan Irish dan terus sahaja
menyedut minuman di atas meja. “Sorry,
Rish. Dah lama aku tak menyakat kau macam ni. Seronok pulak!”
“Kan? Kau memang. Jumpa kalau tak
menyakat aku, tak sah kan?” tingkah Irish geram. “Awal kau datang hari ni? Baru
pukul 10.50 dah sampai. Azam baru ke?”
“Kau perli aku, ya? Tahulah selalu aku
yang lambat. Tapi tu dulu, ya. Sekarang, no
more!” balas Athirah sambil menggerakkan jari telunjuknya di hadapan Irish.
“Tu aku tanya. Azam baru ke? Ke sebab
lain? First time ni kau sampai on time.”
“Ha! Sebab tulah aku ajak kau jumpa hari
ni. Pasal berita gembira yang aku nak bagitahu kau tu!”
“Oh! Yang kau cakap surprise tu? Hmm, apa dia? Cakaplah.”
“Irish, sebenarnya kan aku… aku...,”
tersipu-sipu Athirah ingin memulakan ayatnya.
“Dah, tergagap-gagap pulak dia. Cakap
jelah!”
“Aku nak bertunang, Irish!”
“Hmm?? Biar betul? Bila? Dengan siapa?”
riak Irish jelas terkejut sebaik mendengarkan
perkhabaran tersebut. Selama ini rakannya itu
tidak pernah bercerita dengan siapa dia serius berkawan, walaupun dia tahu
gadis itu memang ramai kawan lelaki. Dia ingat Athirah berkawan dengan mereka
hanya sekadar suka-suka.
“Amboi! Banyak benor soalannya!”
“Dah kau tiba-tiba je. Langsung tak
bagitahu kut!”
“Okay, okay! Sorry sebab tak pernah cerita kat kau. Bukan tak nak cerita, tapi
kau tu yang busy dua puluh empat jam.
Manalah ada masa untuk aku ni.”
“Okay,
my mistake. I’m sorry, Ira.”
Irish menggenggam tangan Athirah.
“Hey! Aku main-main jelah. Kau ni,
sensitif sangat! Aku faham kau sibuk. So
tak naklah kacau. Ni yang aku beria-ia nak jumpa kau hari ini. Bolehlah aku
cerita panjang.”
“So,
ceritalah. Aku nak dengar ni. Siapa lelaki yang bertuah tu?” Irish menongkat
dagu memandang Athirah.
“Sebenarnya dia client aku. Mula-mula client.
Bila dah selalu jumpa, kau faham-faham jelah sendiri. Client bertukar jadi boyfriend!
Then lapan bulan berkawan, dia proposed aku jadi isteri dia.”
“Serius?”
Athirah hanya terangguk-angguk menjawab
pertanyaan gadis di hadapannya.
“So,
bila majlis tu?”
“Next
month. Kau kena datang tau. Wajib!”
“Insyaallah. Siapa nama dia?”
“Zamir. Dia tua dua tahun dari kita. Ada
masa nanti aku kenalkan kau dengan dia.”
Irish tersenyum mendengar kata-kata
rakannya itu. Jelas Athirah sangat gembira menanti hari pertunangannya. Dan dia
senang melihat kegembiraan itu.
“Kau bila, Rish?”
“Hmm?” Irish yang sedang meneguk
minumannya, terhenti. “Apa yang bila?”
“Yelah. Kau bila lagi? Dah jumpa?”
“Belum. Nantilah.” Lambat sahaja Irish
menjawab, membuatkan Athirah mengeluh.
“Itu je jawapan kau, kan. Sama je dari
dulu. Sampai bila, Rish?”
“Sampai aku jumpa pemilik tulang rusuk
kiri nilah.”
Kali ini lengan Irish dipukul Athirah.
“Kau ni, kan! Aku serius, kau main-main pulak!”
“Main-main apanya. Betullah apa aku
cakap, kan.”
“Yelah, Irish. Nanti dah tua tak laku,
baru tahu!” tingkah Athirah seraya mengambil sepotong pizza lalu menjamahnya. “Tapi kalau kau nak cari calon, aku ada. Kau
nak? ”
Irish menjuihkan bibirnya. Pantas dia
menggeleng. “Tak nak.”
“Ishh, kau ni! Dari dulu susah betullah!
Bukannya tak ada yang nak. Ramai. Tapi kau tu yang jual mahal sangat!
Ataupun...,” Athirah mendekatkan dirinya pada Irish, seakan ingin berbisik
sesuatu. “Kau dah sangkut dengan boss
kau tu?”
Membulat mata Irish mendengar. “Siapa?”
“Alaa... boss kau tulah. Siapa nama dia? Tengku... Tengku Harrys? Ha, yes! Mamat yang kau langgar sampai tiga
kali tu!”
“Tak ada maknanya, Ira. Minta
dijauhkan!”
“Kenapa? Apa salahnya kalau kau sangkut
dengan dia pun. Aku rasa kau ada jodoh dengan dialah, Rish. Tiga kali
berlanggar, then kerja bawah satu
bumbung, satu department pulak tu.
Hmm... Aku rasa kalau hari ni kau terjumpa atau terlanggar dia kat sini, memang
confirm dia jadi laki kau!” bicara
Athirah dengan selamba.
“Eh, kau makan! Baik kau makan. Sebelum
aku sumbat mulut kau dengan pizza aku ni pulak!” ugut Irish apabila rakannya
itu tidak henti-henti bercakap dan mengusiknya. Namun yang sebenarnya dia
berasa sedikit gelisah apabila nama lelaki itu disebut-sebut semula. Hanya
mengingatkannya kembali tentang insiden yang berlaku malam tadi.
“Uiittt! Garangnya kau hari ni, Irish! First time aku tengok kau macam ni!”
“Ha’ah! Dengan kau je aku garang. Suka
kan dapat usik aku? Dah, cepat habiskan makan. Lepas ni temankan aku cari
barang.”
“Yes,
maam! Arahan diterima!” balas Athirah sambil terus menghabiskan makanannya
dengan tawa yang masih bersisa. Seronok sekali sekala dapat melihat Irish marah
begini. Namun dia tahu gadis itu bukanlah bena-benar marah. Sepanjang mengenali
Irish, dia tidak pernah melihat rakannya itu marah-marah tidak tentu pasal.
Kecuali jika ada yang telah mengguris hatinya, dan kesabarannya sengaja
dicabar. Jadi jangan terkejut bila Irish akan bertukar perwatakan dalam sekelip
mata. Bak kata orang, orang yang nampak lembut ini kalau sekali marah dia sudah
datang, dunia pun boleh terbalik jadinya.
KEDUA sahabat itu menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar pusat
membelah berkenaan. Sekadar ingin mencuci mata. Bila ada yang berkenan, barulah
mereka membelinya.
“Ira, aku nak pergi kedai buku
sekejaplah.”
“Okay.
Jom!” Terus sahaja Athirah menggamit lengan Irish masuk ke dalam sebuah kedai buku. “Alright! We are here. Kau nak cari buku apa, Rish?”
“Buku finance.”
“Hai! Ingatkan dah kerja tak payah beli
buku-buku finance ni. Rupanya sama
jugak!”
Spontan Athirah tergelak. Namun Irish
hanya membiarkan. Dia mula mencari buku-buku berkaitan kewangan. Satu-persatu
buku di situ dibeleknya. Habis itu, dia bergerak untuk mencari buku yang lain
pula. Athirah dibiarkan sendirian mencari buku-bukunya.
“Aduh!”
Irish terjerit kecil. Tangan kirinya
memegang bahu kanan yang kesakitan. Buku-buku yang dipegangnya lansung jatuh ke
atas lantai. Mata-mata di sekeliling juga sudah memandang ke arahnya. Tidak
mahu terus menjadi perhatian, Irish duduk lalu mengambil buku-bukunya semula.
Namun pergerakannya terhenti bila tiba-tiba kepalanya menangkap insiden yang pernah
berlaku suatu ketika dulu.
‘Dia lagi ke? Ya Allah, janganlah!’
detiknya.
Pantas Irish mendongak. Namun apa yang
diharapkan sebaliknya. Wajah lelaki itu juga sekali lagi yang muncul di
hadapannya. Irish mengetap bibir. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Tubuhnya
dirasakan lemah. Lututnya juga menggeletar tiba-tiba. Serasa bila-bila masa
sahaja dia boleh rebah di sini.
“Irish!” terkocoh-kocoh Athirah
mendapatkan Irish sebaik mendegar jeritan gadis itu. “Kenapa ni? Kau okay ke?” Athirah memegang muka Irish
yang sudah pucat. Kalau ditoreh mahu tiada darah yang keluar.
“Irish, kau okay tak?!” Sekali lagi Athirah bertanya sambil mengongcang bahu
Irish. Namun gadis itu masih tetap membatu. Hanya matanya sahaja memandang ke
arah seseorang di hadapan. Athirah menyoroti pandangan mata Irish. Dilihatnya
seorang lelaki sedang tegak berdiri sambil membalas pandangan rakannya itu.
Melihat Irish hanya terkaku, Tengku
Harrys turut sama duduk untuk membantu mengambil buku-buku yang terjatuh di
atas lantai sebelum dia berdiri semula. Matanya tidak lepas dari merenung wajah
pucat di hadapan. Mungkin gadis itu masih terkejut. Walhal dia sendiri tidak
menyangka akan bertemu dengan Irish di sini. Niat di hati ingin mencari
beberapa buku serta majalah kegemarannya. Namun tidak sangka dia akan
dikejutkan dengan kejadian sebegini. Untuk sekali lagi.
“Siapa?” Athirah berbisik perlahan
sambil menyenggol bahu Irish. Hairan melihat lelaki itu juga tidak lepas-lepas
dari merenung Irish sedari tadi.
“Harrys... dah dapat buku yang you cari?”
Kelibat Tengku Melissa yang muncul entah
dari mana, datang menerpa ke arah Tengku Harrys tiba-tiba. Dengan hanya
mengenakan baju sleeveless serta mini skirt separas peha, dia memaut
lengan lelaki itu tanpa rasa segan.
“Hey, sayang! Kenapa ni?” soal Tengku
Melissa sekali lagi apabila lelaki itu hanya diam membisu sambil matanya masih
terpaku pada gadis di hadapan.
Melihatkan itu, Irish segera bangkit dan
terus mengambil buku-bukunya dari pegangan Tengku Harrys. “Err... thanks!”
Seraya Irish menarik tangan Athirah
untuk beredar dari situ. Athirah yang tidak mengerti apa-apa, hanya akur dengan
perlakuan Irish. Sedikit hairan dia dengan keadaan yang sedang berlaku. Dan
yang lebih menghairankan lagi adalah kehadiran lelaki serta wanita tadi yang
menyebabkan Irish tergesa-gesa menariknya keluar dari kedai buku tersebut.
“SO, itulah boss kau? Tengku Harrys? Yang kau cakap tu?” Athirah bertanya
sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta. Keluar sahaja
dari kedai buku tadi, Irish terus mengajaknya pulang. Hinggakan novel dan
majalah yang sudah dipilihnya tadi, terpaksa diletakkan semula. Begitu juga
dengan buku-buku Irish.
“Iya.”
“Serius?!”
“Ya,
Ira.” Lemah sahaja Irish menjawab.
“Hmm...
boleh tahan. Handsome, putih, tinggi.
Kalau aku jadi kau, tak lepas dah!”
Serta-merta
langkah Irish terhenti. “Apa yang tak lepas?”
“Tak
lepaskan dia kat orang lainlah! Bertuah kalau kau dapat dia, Rish!”
Jawapan
Athirah itu membuatkan Irish merenung tajam gadis tersebut. Tidak menyangka rakannya
akan berfikir hingga ke tahap itu. Lantas dia menyambung kembali langkahnya
sebelum Athirah mengikuti di belakang.
“Jangan
nak beranganlah, Ira. Fikir sikit dia tu siapa, keturunan apa. Tu tadi tak
nampak, perempuan kat sebelah dia tu.”
“Ha!
Lupa aku nak tanya pasal perempuan tu. Siapa dia? Bukan main manja lagi dengan boss kau. Daring betul! Dengan baju yang tak cukup kain tu. Menyampah pulak
aku tengok! Siapa tu, Rish?”
“Sepupu dia. Baru balik dari US.”
“Hmm...
sepupu je. Bukan girlfriend dia pun!”
Sekali
lagi langkah Irish terhenti. “Kenapa kalau bukan girlfriend dia? Kau nak try?”
“Eh!
Apa pulak aku? Zamir aku nak campak mana?”
“Tahu
pun. Dah tu, yang kau sibuk sangat pasal boss
aku tu kenapa?”
“Bukan
aku. Kaulah! Tak salah kalau kau cuba, kan? Aku tengok tadi bukan main lagi
Tengku tu tenung kau. Tak toleh kiri kanan pun. Aku rasa kan, dia syok kat
kaulah!”
Pantas
Irish mengangkat tangannya sebagai isyarat agar Athirah berhenti dari
berbicara. Dan serentak itu satu getaran halus menjalar di tangkai hatinya.
“Kau sebut lagi pasal tu lepas ni, kau balik sendiri!”
Terus Irish mempercepatkan langkahnya
menuju ke kereta yang hanya beberapa meter sahaja di hadapan. Malas dia mahu
melayan Athirah lagi.
Athirah
semakin terpinga-pinga dengan tingkah rakannya. “Yang dia nak sentap sangat ni
kenapa? Aku saja je main-main. Kalau betul pun, apa salahnya?” mengomel dia
sendirian di situ tanpa menyedari Irish sudah jauh berjalan meninggalkannya di
hadapan. Pantas dia mengejar langkah gadis itu.
“Eh,
Irish! Tunggu! Okay, okay, aku tak
sebut lagi dah!”
No comments:
Post a Comment