B
|
ANGUNAN tinggi yang tersergam indah itu
direnung dari jauh. Entah mengapa kakinya terasa berat untuk melangkah ke situ.
Mengenangkan insiden malam kelmarin serta pertemuannya dengan Tengku Harrys
semalam, hatinya berbelah bahagi untuk masuk ke pejabat. Puas dia mencari-cari
apa salahnya sehingga tiba-tiba lelaki itu bersikap dingin terhadapnya. Adakah
disebabkan hal kerja, ataupun hal lain. Atau juga lelaki itu masih berdendam
dengan insiden pelanggaran dulu. Dia sendiri bingung memikirkannya.
Agak lama Irish duduk termenung di dalam kereta.
Berkira-kira untuk keluar ataupun tidak. Akhirnya gadis itu memutuskan untuk
keluar sahaja. Walau apapun yang berlaku, dia harus bersedia untuk berhadapan
dengan Tengku Harrys sekiranya hari ini dia akan bertemu dengan lelaki itu.
Dengan perasaan yang agak berat, Irish melangkah memasuki bangunan Haiyan
Holdings. Sepanjang kakinya melangkah menuju ke pejabat, hati tidak putus-putus
berdoa agar tiada apa-apa perkara tidak diingini akan berlaku hari ini. Sewaktu
melintasi pejabat Tengku Harrys, dilihatnya pintu bilik itu masih tertutup
rapat.
‘Belum masuk lagi
kut!’ detik hatinya.
Masuk
sahaja ke dalam bilik, Irish menjatuhkan tubuhnya di atas kerusi. Hari ini dia
merasakan seperti kurang bersemangat untuk melakukan kerja. Tidak seperti
hari-hari selalu. Namun bila mengingatkan banyak kerja yang masih tertangguh,
digagahkan juga diri untuk menyelak fail-fail yang berada di hadapannya.
“Cik Irish.”
Irish
mendongak. Wajah Natasya tiba-tiba terpancul di muka pintu.
“Ya,
Tasya?”
“Tengku
Harrys panggil Cik Irish masuk bilik dia.”
Terkedu
Irish mendengar kata-kata gadis itu. Seingat dia waktu sekarang baru pukul 8.45
pagi. “Boss awak dah sampai ke?”
“Dah.
Pukul 8.30 tadi dah sampai. Tak tahu mimpi apa dia datang awal hari ni.”
Jantung
Irish serta-merta berdegup laju. ‘Hmmh... siaplah kau Irish!’ gumamnya.
“Tak apa, Tasya. Sekejap lagi saya datang. Thanks, ya!”
Natasya mengangguk dan sejurus kemudian dia beredar dari
bilik itu. Dengan malas Irish bangun dari kerusinya. Dalam hati tertanya-tanya
apa tujuan lelaki itu memanggilnya seawal pagi begini. Sampai di bilik Tengku
Harrys, Irish mengetuk pintu terlebih dahulu. Terdengar suara lelaki itu memberi
arahan dari dalam. Sebaik melangkah masuk, dilihatnya Tengku Harrys sedang
bercakap di talian. Irish hanya tegak berdiri sambil menanti lelaki itu
menghabiskan perbualannya.
Hampir lima minit menunggu, Tengku Harrys akhirnya
meletakkan telefon. Irish di hadapan dipandang sekilas sebelum matanya kembali
dihalakan pada skrin komputer. “Hari ini awak ada apa-apa hal penting?”
“Tak ada.”
“Good. Saya nak
awak follow Encik Naufal hadiri
mesyuarat di Putrajaya hari ini. Saya tak dapat attend. Ada hal lain.”
“Baik, Tengku.” Irish menjawab perlahan, akur dengan
arahan terebut. Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri oleh Tengku Harrys bersama
Encik Naufal pada awalnya. Tetapi memandangkan arahan yang baru diterima ini
memintanya untuk pergi, terpaksalah dia patuhi. “Kalau tak ada apa-apa, saya
keluar dulu.”
Tengku Harrys membisu. Tiada tanda-tanda ingin membalas
kata-kata tersebut. Matanya juga tidak merenung Irish seperti selalu.
Melihatkan tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu, Irish
ingin segera beredar keluar. Namun belum pun sempat kakinya melangkah, Tengku
Harrys memanggil namanya kembali. Lantas dia berpaling. Mata lelaki itu masih
setia menatap skrin komputer di mejanya.
“Tolong siapkan
final draft laporan projek di Johor Bharu tu. As soon as possible. Then,
submit to me.”
“Baik. Ada apa-apa lagi, Tengku?”
“Nothing.”
Sebaik mendengar jawapan tersebut, Irish terus melangkah
keluar. Kecut perut dibuatnya mendengar suara serius lelaki itu. Lain benar
tingkah Tengku Harrys sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti dulu. Tidak banyak
cakap, apatah lagi memandangnya. Tidak mengusiknya seperti selalu. Yang jelas
di matanya hanyalah sikap dingin lelaki itu sahaja.
“Apa kena dengan dia, ya? Hari tu lain, semalam lain,
hari ni pun dah lain jugak.”
Irish mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik
dengan sikap Tengku Harrys yang tidak terjangkakan olehnya.
“Effect duduk oversea lama sangat kut!” Irish
menjungkitkan bahu, menjawab persoalan itu dengan andaiannya sendiri. Tanpa
menunggu lagi, dia mula menapak ke bilik Encik Naufal untuk bertanyaan tentang
mesyuarat yang perlu mereka hadiri nanti.
“ZUL.” Tengku Hafiy bersuara sewaktu dia dan Izzul dalam
perjalanan pulang dari melawat tapak projek usahasama Haiyan Holdings dengan
Mega Putra tempat Izzul bekerja.
“Yes?”
“Aku ada
benda nak tanya ni.”
“Tanya
apa?”
“Tentang
hajat mama aku tu.”
“Hajat?”
“Ya. Hajat untuk pinang Irish. Kau dah lupa ke?”
Izzul menghela nafas. Spontan jantungnya berdebar-debar.
Satu-satunya perkara yang cuba dielak daripada dibincangkan buat masa ini.
“Tak. Tak lupa pun.”
“So, macam mana?”
“Macam
mana apa?”
“Yelah.
Dah bagitahu dengan family kau ke
yang family aku nak datang merisik?
Mama aku tu hari-hari dah bertanya aku pasal hal ni.”
Izzul
terdiam sejenak. Lambat-lambat dia menjawab pertanyaan itu. “Belum lagi.”
“Laaa...
ingatkan kau dah bagitahu!”
“Bila family kau nak datang?”
“Mama
aku cakap Insyaallah lepas majlis aku nanti,” beritahu Tengku Hafiy. Suasana
sepi seketika.
“Boleh aku tanya sikit?”
“Ai! Kau
pun nak tanya jugak?”
“Habis,
kau ingat kau sorang jelah ada soalan?” bidas Izzul, membuatkan rakannya itu
tergelak.
“Okay, okay! Ha, apa dia yang kau nak
tanya?”
“Masa dinner malam tu. Aku tengok Harrys mesra
betul dengan cousin kau tu. So, aku agak diorang ada special relationship. Tapi kenapa Mak Engku
masih nak teruskan hajat pinang adik aku?”
“Maksud
kau Harrys dengan Melissa? Ada affair?”
“Hmm.”
Serentak
itu kedengaran tawa Tengku Hafiy berderai. Izzul di sebelah lansung
terpinga-pinga melihat reaksi rakannya itu.
“Yang
kau gelak ni kenapa? Salah ke apa aku cakap?”
“Memang
salah pun! Harrys dengan Melissa? Hmm... alamat meletuplah gunung berapi kat
rumah aku tu jawabnya!”
“Gunung
berapi?”
“Mama
akulah. Siapa lagi. Dah sah-sah kena reject
awal-awal kalau si Melissa tu pilihan Harrys.”
“Kenapa?
Cousin kau tu cantik apa.”
“Hai... cantik je tak cukup, Zul.
Sosial, kaki clubbing, dengan seksi
macam tu. Tak ada ciri-ciri ketimuran lansung! Manalah mama aku berkenan. Tak
sesuai nak dibuat bini katanya!” jelas Tengku Hafiy. Izzul di sebelah
dikerlingnya. “So, macam mana? Boleh
ke family aku datang? Aku ni kena
bawa balik jawapan, Zul. Kalau tak, hmm... masak aku!”
Pertanyaan Tengku Hafiy itu hanya dibiarkan oleh Izzul.
Dia juga masih tercari-cari jawapan yang sesuai untuk diberikan. Puas
memikirkan, akhirnya dia bersuara walaupun tidak pasti sama ada betul atau
tidak keputusan yang dibuatnya ini.
“Macam nilah, Fiy. Kau bawa jelah family kau datang rumah parents
aku. Nanti pandailah aku bagitahu diorang macam mana.”
“Sure?” Tengku
Hafiy meminta kepastian. Dan soalannya hanya dibalas dengan satu anggukkan oleh
Izzul. “Alright!”
Tengku Hafiy tersenyum lega. Seolah-olah dia telah
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh mamanya. Hilang sudah bebanan
yang ditanggung. Namun sebaliknya bagi Izzul. Saat dia menyatakan keputusannya
tadi, serasa bagai ada satu batu besar yang telah diletakkan di atas bahunya
untuk digalas sehingga tiba hari yang dimaksudkan oleh Tengku Hafiy itu nanti.
No comments:
Post a Comment