T
|
![]() |
“Morning,
Cik Irish!”
Panjang umur. Baru
disebut-sebut, muncul terus di muka pintu dengan wajah ceria.
“Morning.”
“Lamanya Cik Irish outstation.
Rindu!” gadis itu duduk menghadap Irish.
“Iya ke rindu?
Entah-entah gembira kut saya tak ada kat sini. Hmm, In?”
“Isk...
mana ada, Cik Irish! Tengoklah, rindu punya fasal sampai tiap-tiap pagi saya
kemas bilik ni. Dapatlah juga tengok muka Cik Irish dalam gambar tu!” Insyirah
muncungkan mulut pada gambar keluarga terletak elok atas meja.
“Kan? Patutlah kemas
semacam bilik ni. Rajin orang tu.”
“Mestilah!” Insyirah
sudah tersengih-sengih dipuji. “Hurmm... lama kena tinggal pergi. Tak ada
ole-ole dari JB untuk saya ke, Cik Irish?”
“Ada. Mana boleh tak
ada. Tapi kat dalam kereta. Masa lunch nanti saya bagi. Untuk yang
lain-lain pun ada sekali.”
“Isk... ini
yang buat sayang lebih kat Cik Irish ni!”
“Iyalah,
Cik Insyirah. Hurmm... tak nak kerja ke? Dibuatnya tiba-tiba bos masuk sini,
macam mana?” Irish bangun menuju ke bahagian rak di sudut kiri. Tangannya mula
mencari sesuatu di antara fail-fail yang tersusun rapi.
“Yes, maam! Saya
keluar pergi buat kerja sekarang!” gadis itu bangkit berdiri. “Masa lunch nanti
tau, Cik Irish!”
“Iya, Insyirah.”
“Jangan
lupa!”
“Dah tentu.”
Insyirah menutup
pintu. Raut Irish membibit senyum.
Sekejap lagi gadis
itu pasti akan masuk semula. Selagi tak puas hati dengan jawapan, selagi itu
akan bertanya. Dah kenal sangat!
Dan... jangkaannya tepat. Daun pintu dibuka
semula dari luar.
“Iya,
sayang. Masa lunch nanti. Saya tak lupa!”
Dengan yakin Irish
menjawab sebelum sempat diaju pertanyaan, tanpa menoleh ke belakang.
“Sayang?”
Dum!
Berderau darah Irish bak
disambar kilat. Deras badannya dipalingkan.
Gulp!
“Awak panggil saya apa tadi?” soal Tengku
Harrys dalam posisi berpeluk tubuh di tengah-tengah bilik. Tepat korneanya
merenung gadis di depan.
“Ermm... err... ma...
maaf, Tengku. Sa... saya ingatkan Insyirah ta... tadi.”
Jeda.
Hanya renungan bening
redup itu mainkan peranannya.
“Tolong siapkan draf
laporan yang kita buat di JB untuk mesyuarat esok pagi. Dah siap nanti hantar
ke bilik saya. Kalau perlu bantuan, boleh minta Tasya bantu.”
“Ba... baik, Tengku.”
Tengku Harrys menggerak
langkah keluar semula. Saat di muka pintu...
“Awak memang macam
tu, kan? Suka cakap tak pandang orang. Next time, be careful. Fortunately,
the person entering... was me.” Bicaranya terus beredar F bilik.
Irish terpana. Naik
seinci terasa tembok mukanya.
“Ya Rabbi... apa aku
dah buat ni?!”
Pap!
Fail di tangan ditepuk
ke dahi.
“INI saja dapat saya masakkan hari ni. Nanti saya belanja
In dengan Tasya makan kat luar, ya.”
“Eh, ini
pun dah lebih dari cukup, Cik Irish. Janji perut kenyang!”
“Betul. Tapi kalau
Cik Irish nak belanja kita orang makan kat luar next time pun, boleh aje. Alhamdulillah
sangat-sa...”
“Isk...
kau, Tasya! Tak malu, kan?” Insyirah tepuk lengan gadis di depannya.
Sejak berkhidmat
sebagai setiausaha Tengku Harrys, Natasya secara rasmi masuk ke dalam geng
mereka. Dari jabatan pembinaan, kini dia menjadi sebahagian tim finance.
“Apa? Betullah! Kalau
dah Cik Irish nak belanja, takkanlah nak tolak? Rezeki tu! Kan, Cik Irish? Kau
tak nak, tak apa!”
“Cik Irish dah masakkan
untuk kita ni, kira okey dah. Bukan senang nak dapat, tahu?”
“Tak apa,
saya tak kisah. Lain kali saya bawa belanja makan kat luar. Dah, makanlah
cepat. Nanti sejuk tak sedap.”
Pinggan berisi mi
segera tomyam disuakan Irish pada keduanya. Doa makan dibaca, mulut langsung menjamah
mi segera yang betul-betul membuka selera.
“Tasya.”
Hampir tersembur
keluar mi segera dalam mulut Natasya. “Te... Tengku!”
“Tak
keluar lunch?”
“Tak.
Saya lunch kat sini aje. Tak sempat nak turun sebab tolong Cik Irish
siapkan report. Tengku cari saya ke?”
Tiada kata
balas. Hanya langkah diatur lelaki itu menghampiri meja makan pantri. “Makan
apa lunch kat sini?”
“Makan
mi segera, Tengku. Bolehlah buat alas perut. Ini pun Cik Irish yang masakkan.”
Bening
redup itu menangkap wajah yang hanya membisu bersama Insyirah.
“Boleh join?”
Tiga pasang mata berpandangan.
Belum sempat pertanyaan dibalas, Tengku Harrys lebih dulu melabuh duduk di
sebelah setiausahanya.
“Err... Tengku serius
ke ni?”
“Saya pun lapar juga,
Tasya. Ada pinggan?” Tengku Harrys memandang raut di depan.
Seakan soalan itu
dituju untuknya, Irish bangun. Pinggan kosong, sudu serta garfu diambil dari
dalam kabinet dan diberikan pada lelaki tersebut.
“Terima kasih.”
“Mi
segera aje kut! Tengku ni biar betul?” Insyirah masih terkesima.
“Rezeki juga,
kan? Kat UK dulu ini juga yang kadang saya makan.”
Dengan selamba Tengku
Harrys mencedok mi segera dari dalam pressure cooker ke pinggannya. Dia
tahu dirinya sedang diperhatikan dalam curiga.
“Bismillah...”
Mi disuap ke mulut. Menu
yang biasa-biasa terasa luar biasa dan sedap di tekaknya saat ini. Ditambah
dengan aromanya. Kena pula orang yang memasak. Senyuman kecil tak semena tersimpul
di sudut bibir.
“Dah... kenapa Tengku
senyum-senyum pula ni?” Natasya kian musykil.
“Saya
senyum ke? Tak adalah.”
“Tengku bukannya jauh
sangat dengan saya pun. Takkanlah saya salah pandang! Tak sedap ke mi segera
Cik Irish masak ni?”
Anak mata lelaki itu melirik
insan di depan sekali lagi. “Sedap.”
Natasya tak bertanya
lagi, meskipun dia masih belum berpuas hati. Entah kenapa tingkah bosnya semacam
lain hari ini.
“Kenapa tak lunch
kat luar?” Tengku Harrys kembali bersuara.
“Macam
tak sempat aje. Nak siapkan laporan projek JB tu. Kalau kita orang keluar... kasihan
pula Cik Irish kena buat sendiri nanti.”
“Kalau dah buat sendiri,
alamatnya... sampai ke malamlah Cik Irish kena stayback nanti, Tengku.
Siapa pula nak temankan? Satu hal lagi!” Insyirah mencelah.
“Adalah
tu yang temankan nanti.”
Serentak Natasya dan
Insyirah pandang lelaki itu. “Siapa?”
“Siapa-siapalah.”
Irish terus perhati lelaki
di depan menjamah kembali mi segera masakannya. Berselera betul. Entah apa yang
sedap sangat. Walhal boleh saja makan menu jauh lebih enak di luar.
Selayang... benak
teringat kejadian di tapak pembinaan beberapa hari lalu. Nampaknya lelaki ini
sudah beransur sembuh walaupun lengan masih berbalut. Itu pun tak pasti balutan
sudah berganti, atau masih kekal balutan yang sama tempoh hari.
“Berselera nampak,
Tengku!” tegur Natasya bila melihat mi segera dalam pinggan ketuanya hampir
habis.
“Rezeki jangan
ditolak.”
“Agak-agak kalau saya
yang masak mi segera ni, licin macam ni tak Tengku makan?”
Tengku Harrys tergelak
kecil. “Mungkin. Air untuk saya tak ada?”
Sekali lagi, raut
Irish meraih pandangan. Susuk lampai tersebut bangun semula mengambil gelas. Minuman
sejuk dituang buat lelaki itu.
“Thanks.”
Dalam meneguk, mata Tengku
Harrys kekal tak lepas dari raut mulus di depan. Agak lama. Tanpa sedar
kelakuannya sedang diperhati oleh dua pasang mata.
Insyirah dan Natasya saling
memandang. Bagai membaca apa yang sedang di fikiran.
Perlahan-lahan... senyuman
penuh pengertian terbit di bibir kedua-dua gadis berkenaan.


No comments:
Post a Comment