|
S
|
Terkejut, tertanya-tanya,
apatah lagi hairan melihat gadis ‘orang putih’ mana muncul pagi-pagi begini di
Haiyan.
“Your
boss ada?” tanpa secalit senyuman, gadis itu menyoal.
“Maksud
cik, Tengku Harrys?”
“Why?
How many bosses do you have?”
“Maaf
ya, cik. Bos saya memang
Tengku Harrys. Tapi, Tengku Haiyan dan Tengku Hafiy pun bos kat sini. Tak salah kan kalau saya nak kepastian?”
Berubah terus air
muka gadis itu. Matanya mencerlung. “Hey, you...,”
Krekkk.
Kuakkan pintu
kedengaran.
“You
watch out, okay!”
“Apa-apalah
perempuan! Kau yang datang tempat orang, salam tak ada, adab tak ada... nak
marah-marah. Ingat aku hairan?!”
“Oi! Membebel sorang-sorang,
kau dah kenapa?”
“Itu... minah salleh
celup tulah, In!”
“Siapa tu?”
“Entah! Pagi-pagi dah
buat darah aku menyirap!” Natasya mencebik. Pantang betul dia dengan orang yang
tak tahu adab begini.
“Hye,
cousin!”
“Eh,
Lissa!” riak Tengku Hafiy sedikit terkejut. “What a surprise? Bila
balik?”
“Malam
tadi. Itu yang datang sini pagi ni... nak buat surprise.”
“Seorang
aje? Zafran mana?”
“Tidur
lagi kat rumah. Kejutkan juga tadi minta temankan I ke sini. Worthless!”
Tengku Hafiy
tergelak. “I tak tahu pula you
dengan Zafran dah balik. Tak dengar apa-apa news pun dari pak ngah?”
“Saja
tak nak beritahu. Nama pun surprise, kan? Ermm... Harrys ada, Fiy?”
“Ada
dalam bilik. Baru habis discussion dengan dia tadi.”
“Dah
habis, kan? So, bolehlah I
jumpa dia.”
“Yup. Tapi, dia tengah discuss
lagi. Kalau nasib you baik,
baiklah kut. Macam you tak
kenal adik I tu macam mana.”
Hujung
bibir Tengku Melissa tersungging. Kenal. Kenal sangat dengan sepupunya yang
seorang itu. Kalau tengah bekerja, memang serius. Jangan ada sesiapa pun berani
ganggu.
“Okey,
Lissa. I ada lunch meeting. Got to go now. Good Luck!” Tengku
Hafiy buru-buru kembali ke biliknya.
Tengku Melissa
menghampiri pintu pejabat berjarak semeter di depan. Terasa debar di dada
menekan-nekan.
Tuk! Tuk! tuk!
“Masuk.” Sayup suara
lelaki kedengaran dari dalam.
Daun pintu dibuka. Pandangan
langsung menangkap sesusuk tubuh dalam pakaian pejabat rona biru gelap. Khusyuk
meneliti fail atas meja bersama sorang gadis yang duduk bertentangan. Juga
sedang menatap fail di tangan.
“Yes, Tasya.
Ada apa?”
“Tengku Harrys
Damien.”
Lelaki itu angkat
muka. “Lissa.”
“Hye! It’s been a
long time since we last met. How are you doing, my dear cousin?”
Dua tahun tak bersua,
banyak perubahan ternampak di mata. Makin segak dan tampan lelaki di depannya.
Lelaki yang dalam diam dipuja sejak sekian lama.
Satu yang tak berubah
cuma. Senyumannya. Dari dulu memang sukar untuk lihat senyuman terukir di bibir
jejaka itu.
“I’m good.
Bila sampai?”
“Last night. Itu
yang I terus
datang sini pagi-pagi ni. Rindu nak jumpa you!”
Irish paling wajah ke
fail kembali. Rasa tak selesa mula mengusai. Dan, kegelisahannya disedari
Tengku Harrys bersama renungan tajam.
“You busy ke, Rys? I ingat nak ajak you lunch hari ni.”
Tengku Melissa mendekati
sepupunya. Duduk berlabuh di sisi kerusi. Leher lelaki itu dipaut mesra. Sekali
lagi kornea Tengku Harrys tepat jatuh ke raut Irish.
“Sorry, Lissa.
I am quite busy. You ajaklah orang lain,” tangan Tengku Melissa ditolak.
“Alah... you ni. I baru balik. Jomlah lunch dengan I. Then, teman I shopping and round KL. Boleh, kan?” sekali lagi Tengku
Melissa memaut leher figura di sisi.
Tak betah lagi
melihat ‘drama’ sedang berlangsung, Irish bangkit mengemas barang-barangnya.
“Err... saya keluar dulu, Tengku. Kita sambung nanti.”
Sikit pun tak pandang
dua insan di depan, susuk lampai itu langsung beredar tanpa menunggu jawapan.
Langkahnya deras menghampiri pintu dan terus menapak keluar.
“CIK Irish!”
Sekali lagi jantung
Irish rasa nak luruh. Kejutan di bilik tadi masih belum hilang, satu kejutan lagi
menyusul.
“Cik Irish okey ke? Semacam aje ni. Ada masalah
ke?” tanya Insyirah cemas.
“Ha’ah. Cik Irish
kenapa? Keluar tergesa-gesa macam baru nampak hantu dalam bilik bos saya tu. Ke... sebab minah salleh
celup tu?”
“Minah salleh celup?”
“Alah... perempuan
dalam bilik bos saya tulah, Cik Irish. Siapa lagi?”
“Maksud awak...
Lissa?”
“Ooo... itu Tengku
Melissa ke? Awat lain benar?”
“Kau kenal ke, In?
Siapa tu?” Natasya benar-benar mahu tahu. Sepanjang berkhidmat di sini, belum
pernah lagi dia bertemu gadis tersebut. Nak pula dia di jabatan lain sebelum
ini.
“Dia tu sepupu Tengku
Hafiy dengan Tengku Harrys. Anak buah big bosslah kiranya.”
“Oh, iya ke? Tapi aku
tak pernah nampak pun dia kat mana-mana event sebelum ni?”
“Masa kau masuk
Haiyan, dia dah sambung belajar kat US. Tapi rupa dia dah lain betul, tak macam
dulu. Dengan rambut blondenya. Itu yang aku tak cam tadi. Yalah... dah
duduk kat negara orang putih, kan? Gaya pun dah sama macam orang sana.”
“Tak kiralah sepupu
bos ke, anak buah bos ke, apa ke... beradablah sikit. Harap muka aje cantik. Tapi
perangai, huh... sedih!”
“Memang dari dulu pun
dia macam tu, Tasya. Tak ada sesiapa yang suka.”
“Hermm... patut pun!”
Natasya terus meluah geram. Nampak sungguh tak berkenan sejak awal pertemuan.
“Eh, Cik Irish pun belum jawab soalan kita o...,”
“I said... leave. Now!”
Bunyi pertengkaran terdengar
dalam bilik Tengku Harrys. Pintu bilik terbuka. Kelibat lelaki itu muncul, berdiri
di muka pintu lalu berpeluk tubuh.
“Sampai hati you halau I macam ni, Harrys!”
“I tak halau. I dah cakap baik-baik, tapi you yang tak nak dengar.”
“I cuma minta you temankan I,
itu aje. Susah sangat ke?!”
“I sibuk, Lissa.
So... please!” tangan kiri Tengku Harrys menunjuk isyarat keluar. Nada
suara sebolehnya ditahan. Takut terlepas... satu Haiyan nanti bergegar!
“Okay, fine! Today
is your day, Harrys!”
Tengku Melissa berlalu
dengan wajah merah padam. Kesal. Sangkanya lelaki itu sudah berubah. Tapi,
tetap keras.
“Irish! Come in!”
Irish telan liur.
Natasya dan Insyirah yang masih terkejung kaku dipandang silih berganti. Masing-masing
kecut perut melihat Tengku Harrys marah buat pertama kali.
“Sorry, Cik
Irish. Bab-bab ni kita orang tak boleh nak handle,” ujar Natasya.
“Dan ini... fail-fail
yang Cik Irish minta. Ingat nak masuk bagi tadi. Tapi ada tetamu...”
“Tak apa. Terima
kasih, In.”
Dalam langkah longlai,
Irish masuk kembali. Renungan lelaki itu langsung menyapa. Tempat yang ditinggalkan
tadi didudukkan semula. Fail diletak ke meja lalu dibuka.
“Kenapa keluar tadi?”
Irish tegar menunduk.
“Ada saya benarkan?”
“T... tak ada.”
“Jadi, kenapa
keluar?”
“Sa... saya cuma tak
nak mengganggu.”
“Tak nak mengganggu? Atau
tak sanggup tengok saya kena peluk macam tu?” Pandangan
deras Irish menyambar renungan lelaki itu.
“Am I correct,
Miss Irish?”
“Err... saya cuma tak
nak mengganggu. Itu saja. Boleh kita sambung discussion tadi?”
Irish kembali pada tugasnya.
Satu per satu dokumen diselak tenang, walau tenungan di depan masih memahat
tajam.
“Next time... bertindak
mengikut arahan. Apa pun awak buat, waktu dengan saya, mesti dapat izin saya
dulu. Selagi saya tak suruh pergi, stay with me. Am I making myself
clear?”
Irish pegunkan diri.
“Irish Qiara...,”
“Baik, Tengku.” Laju mulut
kecil itu memintas, bimbang marah lelaki itu datang semula. Sikit pun tak
diangkat mukanya.
Bening Tengku Harrys terus
merantai raut di depan. Entah kenapa emosinya agak tak keruan. Dengan kehadiran
Tengku Melissa yang mengejutkan.
Perbualan lewat malam
tadi selayang menjelma. Marahnya kembali meraja. Kepala disandar ke kerusi, mata
dipejam, mengusir segala andaian yang menerpa.
Seminit dua... bening
dibuka...
Wajah yang sama kembali
menyapa. Resah gundah beransur tenang. Jiwa kacau kembali aman.
Dan... dia memerlukan
beberapa tika lagi untuk terus menatap raut mulus itu. Moga segala rasa yang
berperang di lubuk kalbu pergi menjauh.
“RUGI betul aku tak tengok drama panas Haiyan pagi tadi. Mesti
gempak, kan?!” penuh teruja Zaryn mendengar cerita Insyirah dan Natasya perihal
insiden pagi tadi sewaktu makan tengah hari di restoran Mak Ani.
“Itulah... memang
rugi, Ryn! Kau patut tengok macam mana muka minah salleh celup tu kena marah
dengan Tengku Harrys. Merah padam habis! Kan, In?”
“Memang patut pun Tengku
Harrys buat macam tu. Perempuan gedik, itu aje ubatnya!”
“Mesti ada sebabnya
Tengku Harrys marah sampai macam tu. Sebelum ni, tak pernah pun. Cool
aje dia,” celah Kak Maisarah.
“Ha! Yang itu kena
tanya Cik Irish. Sebab Cik Irish yang ada dalam bilik masa mula-mula Tengku
Melissa masuk.”
Kata-kata Natasya memancing
semua pandangan tepat ke arah insan berkenaan.
“Betul ke, Cik Irish?
Apa yang dah jadi sebenarnya?”
“Eh... tak adalah,
Zaryn. Saya pun tak tahu apa-apa.”
“Alaa... Cik Irish.
Cerita ajelah. Kita orang cuma nak tahu,” pinta Zaryn lagi.
“Betul. Saya tak tahu
apa yang jadi. Lepas Tengku Melissa masuk, saya terus keluar dari bilik tu. Tak
naklah ganggu privacy dia orang.”
“Memang sejak dulu
Tengku Harrys tak berapa layan cousin dia tu, kan? Tengok ajelah masa annual
dinner syarikat dulu. Tengku Melissa tu aje yang dok tergedik-gedik. Tengku
Harrys mana layan pun. Tak kuasa betul akak tengok!”
Giliran Kak Maisarah melampiaskan
geramnya. Lebih sepuluh tahun bekerja di Haiyan, tahulah juga dia segala yang pernah
berlaku.
“Eeuww! Itu perempuan
haa tak ada rasa malu, mey? What’s wrong with her?”
“Mentallah kalau dah
macam tu, Elaine! Dah Tengku Harrys tak layan, yang dia nak terhegeh-hegeh buat
apa?”
“Sabar, Tasya. Sabar!”
Farisya menenangkan gadis di sebelahnya.
“Aku bukan apa, Isya.
Kita orang Malaysia ada adab, kan? Berbudi bahasalah sikit. Ini tak... dahlah
masuk tempat orang, lepas tu nak marah-marah. Ha... kan dah kena sebijik dengan
Tengku Harrys balik! Padan dengan muka dia!”
“Sabar ajelah, Tasya.
Dah memang dia spesies lagu tu, nak buat macam mana? Patutlah Tengku Harrys tak
layan pun dari dulu. Cuba perangai tu elok macam Cik Irish ni ke... memang
cairlah Tengku Harrys! ”
“Tak adalah, Kak Mai.
Kalau hati dah suka, teruk mana pun kena terima juga.” Irish meluah
pendapatnya.
Ingatan kembali melayang
kejadian di bilik Tengku Harrys tadi. Saat Tengku Melissa memaut leher lelaki
itu. Tampak tenang saja tengok diri diperlakukan begitu.
Zahir cuma menolak. Dalam
hati suka... siapa tahu?
“Tak apa, tak apa!
Hari ni aku terlepas tengok aksi drama queen tu. Tunggulah masa annual
dinner Haiyan minggu depan. Tak sabar nak tengok drama apa pula yang bakal berlaku!”
tutur Zaryn sinis tersenyum.
“Aku setuju! Aku pun
tak sabar nak tengok next acting minah salleh celup tu!”
“Yang you Tasya, tak habis-habis panggil
itu amoi serupa itu... kenapa, mey?”
“Kau patut tengok
perempuan tu, Elaine. Confirm kau pun akan setuju. Tak sedar diri tu
orang Melayu, ada hati nak jadi orang putih! Orang putih pun tak over
macam dialah!”
“MAMA!”
Berderau
darah Tengku Dafina satu badan. Dadanya diusap seiring mengucap panjang.
“Hafiy!
Kamu ni... kalau iya pun bagilah salam dulu. Terkejut mama, tahu? Nasib baik air
panas ni tak terbang ke muka tu!”
Tengku
Hafiy mengekek ketawa. “Sorry, maam!”
“Kenapa
tak tidur lagi ni?”
“Tengah
siapkan kerja ofis. Tiba-tiba haus. Ni yang turun nak minum. Yang mama pun tak
tidur lagi, kenapa? Haus juga ke buat air ni?”
“Bukan
mama. Papa kamu yang minta. Ada tu kat bilik bacaan buat kerja dia. Kau orang
anak-beranak ni sama aje. Dah tengah malam macam ni pun sibuk dengan kerja. Hermm,
nak minum apa? Boleh mama buatkan sekali.”
“Neslo
panas, boleh?”
“Tunggu
sekejap.”
Tengku
Hafiy berlalu ke kerusi kitchen island di ruangan dapur kering. “Ermm...
Hafiy nak tanya mama sikit boleh?”
“Tanya
apa?”
“Mama
serius ke dengan hajat mama nak pinang adik Izzul tu?”
“Kenapa?
Nampak macam mama ni tak bersungguh-sungguh?”
“Bukan
macam tu. Mama kenal anak bujang mama yang seorang tu, kan? Dan, kita pun tak
tahu penerimaan Irish nanti macam mana. Keluarga Izzul lagi. Lagipun, dia orang
tak bercinta. It’s quite complicated. Mama dah sedia ke dengan apa saja
keputusan mereka nanti?”
“Sekurang-kurangnya
kita cuba, Fiy. Terima atau tak, itu belakang cerita. Walaupun keputusan mereka
nanti sebaliknya, mama reda kalau Irish bukan jodoh Harrys. Mama dengan papa
dulu pun tak bercinta. Kenal pun tak. Tahu-tahu calon dah dicarikan atuk dan
nenek kamu. Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.”
“Itu dulu, ma. Orang
muda zaman dulu dengan sekarang dah tak sama. Masing-masing kalau boleh nak
cari pasangan sendiri. Baru serasi katanya.”
“Itu cakap orang yang
tak nak mencuba. Kahwin dengan pilihan sendiri pun ramai juga yang
bercerai-berai, kan? Kalau dah memang itu jodoh kita, pilihan orang tua pun
kalau dapat restu kedua-dua belah keluarga, insya-ALLAH... akan kekal bahagia
sampai akhir hayat.
Memanglah tak salah
nak cari pilihan sendiri. Tapi kalau dah perangai macam adik kamu tu, cuba beritahu
mama sampai bila kita nak tunggu dia dapat calon? Hmm?”
“Betul juga.
Alamat... berjanggutlah jawabnya. Entah-entah dalam kepala dia sekarang pun
belum tentu terlintas nak cari calon isteri.”
“Tahu
pun! Hai... manalah hati mama tak risau, Fiy. Ingat dah balik ke sini
berubahlah juga. Hermm... sama!”
Gelak Tengku Hafiy berderai
tak semena.
“Dah, pergi
naik atas siapkan kerja tu cepat. Nanti lewat pula tidur. Ni... air mama dah buatkan.
Mama pun nak hantar air ke papa. Tertunggu-tunggu dia nanti.”
“All
right, maam! Terima kasih untuk air ni. I love you!”
Sebuah ciuman hinggap
di pipi Tengku Dafina sebelum melangkah pergi. Terjerit kecil wanita itu.
“Isk...budak
ni, kan! Dari kecik tak berubah-ubah. Nanti dah kahwin tak tahulah macam mana
agaknya!”
“Dah
kahwin nanti Hafiy cium pipi wife Hafiy pula!” balas figura itu selamba
bersama tawanya di balik dinding.

No comments:
Post a Comment