Friday, October 13, 2017

CHAPTER 2 : RELA KU PUJUK







LELAKI itu mengatur langkah memasuki balai ketibaan. Kakinya terus dihala hingga ke pintu utama lapangan terbang. Nafas lega dihela sebaik terpandang deretan teksi yang setia menunggu para penumpang di luar.

            “Teksi, nak?”

            Satu suara menegurnya dengan sopan. Sebaik menoleh, seorang lelaki tua berusia linkungan 60-an sudah berdiri di sisinya bersama sebuah senyuman.

            “Iya. Bapak bisa hantarin saya ke alamat ini?”

            Saku jaket kulit lantas diseluk. Sekeping kertas yang sudah bertulis sebuah alamat dikeluarkan lalu diberi pada pemandu teksi tersebut.

            Kertas bertukar tangan. Sejenak, kertas itu diamati.

            “Boleh, boleh. Silakan. Mari saya angkatkan begnya.”

            “Oh, nggak usah. Bapak buka aja bonnetnya. Saya angkat sendiri.”

            “Tapi…,”

            “Nggak apa, pak. Saya bisa angkat sendiri,” balasnya. Tak sampai hati melihat pemandu teksi sudah berusia itu mengangkat bagasinya yang boleh tahan berat.

             Teksi mula bergerak meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut sebelum menyusur ke lebuhraya. Lalu lintas ketika ini tampak tenang. Waktu bekerja. Sudah tentu semua orang sedang sibuk di pejabat.

            “Anak ni dari Indonesia ke?”

            Sapaan itu memecah hening suasana.

            “Iya, pak. Saya asal dari Indonesia.”

            “Datang bercuti ke sini?”

            “Nggak juga. Keluarga saya menetap di sini.”

            “Ooo… pertama kali datang Malaysia?”

     “Iya. Pertama kali ini.”

Pemandu teksi itu terangguk-angguk. “Nama pakcik, Zainuddin. Tapi biasa orang panggil pakcik, Pak Din. Nama anak siapa?”

“Aryan.”

“Aryan, ya. Maaflah ya Aryan kalau Pak Din ni banyak bertanya. Sekadar nak beramah-mesra.”

            “Oh! Nggak apa-apa kok, Pak Din. Saya juga lagi senang.”

             Aryan membalas senyuman Pak Din melalui cermin pandang belakang. Memang dia begitu senang dengan lelaki tua itu. Sejak dari awal tadi. Tinggi budi bahasa. Murah senyuman. Baru berapa minit jumpa tapi macam dah lama kenal. 

             ‘Karena itu baba sama mama suka banget tinggal di sini barangkali. Orangnya baik-baik dan ramah sekali.’

            Ingatan Aryan melayang seketika pada kedua orang tuanya. Sudah lama mereka tak berjumpa. Kali terakhir adalah lima tahun lalu di China. Ketika itu babanya sedang memantau perniagaan yang baru bertapak di sana.

Sekarang, mereka sudah bermastautin di Malaysia pula. Melengkap sayap perniagaan keluarga di bumi Asia Tenggara. Selepas ini tak tahu giliran negara mana akan ditawan babanya.

            Aryan terus leka menatap pemandangan bumi Malaysia di balik kacamata hitamnya. Tak banyak beza dengan negara-negara yang sudah dijelajah sebelumnya. Indah. Maju. Pesat membangun. Sepertinya dia sudah jatuh suka.

            Gggrrr.

            Getaran telefon bimbit menyentakkan lamunan Aryan. Pantas diseluk saku jaketnya. Nombor yang amat dikenali terpapar jelas di kaca skrin.

            “Mau dijawab atau nggak? Kalau dijawab, pasti lagi ketahuan aku udah sampai. Rosak nanti surprisenya,” bisik lelaki itu perlahan.

            Cukup 25 saat, panggilan itu mati. Aryan menghela nafas.

            “Kalau bunyi lagi ini, memang pasti harus diangkat. Kalau tidak, tidur luar aku ini malam.”

            Dan jangkaan Aryan tepat. Telefonnya bergetar lagi. Nak tak nak, dia harus juga menjawab. Ibu jari menyentuh perlahan skrin telefon.

            “Hello, ma. Assalamu…,”

            Salam Aryan terhenti di tengah jalan bila Pak Din menekan brek tiba-tiba. Kepalanya terhantuk pada kerusi. Telefonnya turut terlepas dari tangan. Terasa bergegar otak saat ini. Matanya turut berpinar.

            “Aryan! Aryan tak apa-apa ke, nak?!” Pak Din menyoal cemas.

“Nggak apa-apa. Pak Din gimana? Ngapain sih breknya tiba-tiba begini?”

“Ma… maaf, Aryan. Pak Din tak… tak sengaja. Van pu… putih tu tiba-tiba berhenti kat depan.”

Aryan mendongak. Kelihatan sebuah van putih memang betul-betul berhenti di depan teksi Pak Din. Kala itu juga beberapa susuk tubuh berbaju serba hitam dengan wajah bersarung berjalan keluar lalu meluru ke arah mereka. Pintu teksi dibuka.

“Keluar!”

“Apaan ini?” soal Aryan terpinga-pinga.

“Keluar!”

Belum sempat ingin buka mulut lagi, tubuh Aryan dan Pak Din terus ditarik keluar dengan kasar.

            “Hey! Apaan ini? Lepasin!”

Aryan cuba melepaskan diri. Namun cengkaman tangan di kiri dan kanan lengannya terasa begitu kejap.

“Kalian siapa? Apa kalian mau dari kami?!”

“Diam!”

Aryan cuba melawan lagi. Untung dapat meloloskan diri kali ini. Tapi tetap gagal. Mahu buka seni pertahanan diri celah mana pun dia tidak tahu. Pergerakannya lansung termati.

“Aduh! Allahuakhbar!”

“Hey! Kamu jangan berani sentuh orang tua itu!” bentak Aryan kala melihat Pak Din sudah terbaring kesakitan di atas jalan. Ditendang sekuat hati tubuh orang yang memukul lelaki tua itu. Tak dapat tumbuk dengan tangan, dengan kaki dia bagi.

Enough! Bawak dia masuk van cepat!” satu suara lain memberi arahan.

No. Let me go!”

Hurry up!”

Tubuh Aryan terus diseret ke dalam van. Kiri kanannya masih diapit dua manusia tadi. Dua orang masuk di belakang. Seorang duduk di sebelah pemandu. Dan yang terakhir mengambil tempat berhadapannya. Pintu ditutup. Van putih itu terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

“Lepasin aku,” arah Aryan pada orang di depan setelah van memasuki lebuhraya.

“Diam.”

“Aku bilang lepas.”

No.”

“Aku bilang lepas, lepas!!!”

Kali ini orang itu tidak membalas. Hanya pandangan tajam saja diberikan. Sebaik dia mengangguk, baru kedua-dua lengan Aryan dilepaskan.

Aryan mendengus geram. Sengal terasa satu tubuhnya. Masakan tidak kalau badan dua-dua yang memegang bak kereta kebal. Tapi tak sekebal rasa marah yang sedang berbuku-buku di dadanya ketika ini.

 Belum pun satu jam dia menjejaki bumi Malaysia. Belum pun sempat dia berjumpa orang tuanya. Sekarang, dia berada di dalam van ini bersama orang yang entah siapa-siapa.

Mata Aryan kembali merenung orang di hadapan. Cerun pandangannya menyinggah anak mata berwarna biru itu. Disebalik sarung yang membaluti wajah, Aryan pasti mata itu juga sedang merenung ke arahnya.

“Kamu siapa? Apa kamu mau dari aku?”

Tiada balasan. Sekadar pandangan tajam orang itu yang diterimanya.

“Aku tanya kamu siapa? Kenapa kamu menculik aku?”

“Diam.”

“Diam? Setelah apa yang kamu lakuin ke aku, kamu lagi suruh aku diam? Kamu pikir aku apa? Haiwan? Hmm?”

I said shut up.”

“Kamu yang harus diam!!!”

Serentak itu satu tamparan kuat singgah di pipi kiri Aryan. Hingga tubuhnya sedikit melayang. Aryan bangkit semula untuk membalas. Namun cepat-cepat tubuhnya ditarik dua manusia di kiri kanannya.

“Pengecut! Kalau berani, bukain sarung itu. Perlihatkan wajah sebenar kamu!” tingkah Aryan semakin geram. Sengaja ingin mencabar gerangan manusia di depan.

“Ayuh, buka!”

Masih tiada reaksi dari orang itu. Hanya bahunya kelihatan turun naik dengan laju menahan marah. 

       Spontan Aryan tersenyum sinis.

“Dasar pengecut! Usah jadi preman kalau mau terus berselindung di balik kain sarung itu! It’s useless!”

Kali ini, kata-kata Aryan benar-benar mencabar kesabaran orang di depannya. Pantas sarung yang menutupi wajah dibuka dengan kasar.

“Puas?!”

Air muka Aryan serta-merta berubah. Lidahnya kelu. Suaranya mati. Benarkah apa yang dilihat? Atau pandangannya yang tersilap?

Mata di hadapan terus merenung tajam ke arah Aryan. Bak api menyala yang ingin menembusi anak matanya. Dan Aryan tegar membalas. Ditenung dalam-dalam sepasang mata biru yang sedang membara itu. Bagai tidak percaya orang yang berada di depannya semenjak tadi ternyata seorang gadis!


                                                         **********


TERGESA-GESA Pak Aryawan keluar dari perut kereta. Kakinya lansung diatur ke dalam banglo. Sebaik melangkah masuk, mata terus menangkap susuk tubuh Ibu Dian sedang duduk kegelisahan di ruang tamu bersama pembantu rumah mereka, Mak Minah. Seorang lelaki tua turut kelihatan bersama.

            “Mama.”

            “Mas!” Ibu Dian bingkas bangun mendapatkan suaminya. “Syukur mas udah pulang!”

            “Anak kita gimana?”

            “Nggak tau, mas. Sampai sekarang belum ada khabar beritanya.”

            Pak Aryawan mengeluh perlahan. Terkejut bukan kepalang dirinya saat menerima panggilan mengejut dari si isteri. Sejurus itu dia mengambil penerbangan pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur tengah hari tadi. Mesyuarat yang sepatutnya berlansung sehingga esok di Kota Singa itu juga terpaksa ditangguhkan.

            “Itu siapa, ma?”

            “Ah, mama lupa terus! Itu pemandu teksi yang mama ceritakan tadi.”

            Pak Aryawan berjalan menghampiri lelaki tua itu.

            “Assalamualaikum. Saya Aryawan.”

            “Waalaikumussalam. Pakcik Zainuddin. Panggil Pak Din aje.”

            “Pak Din nggak apa-apa, kan?” soal Pak Aryawan sebaik melihat ada kesan-kesan lebam di wajah lelaki itu.

            “Oh, tak apa-apa. Pak Din baik-baik aje, tuan.”

            “Tapi lukanya kelihatan teruk ini? Udah ketemu doktor?”

            “Sikit aje ni, tuan. Sudah. Lepas kes tadi Pak Din terus ke klinik sebelum ke mari.”

            Pak Aryawan terangguk-angguk. Pak Din disuruh duduk semula sebelum dia mengambil tempat di sebelah Ibu Dian. “Gimana bisa terjadi ini, Pak Din?”

            “Pak Din pun tak tahu nak cakap macam mana. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pak Din bawak Aryan dari airport. Lepas tu teksi Pak Din kena tahan dengan van putih. Keluar dari teksi aje Pak Din terus kena pukul. Aryan pulak diseret masuk dalam van dan terus dibawak lari.”

“Terus, gimana Pak Din bisa sampai ke sini?”

“Tadi Aryan sempat bagi alamat rumah ni. Tu yang Pak Din nekad datang ke sini untuk bagitahu. Maaflah, tuan. Pak Din tak sempat nak selamatkan Aryan.”

            “Nggak apa-apa, Pak Din. Yang penting Pak Din udah selamat sekarang.”

“Tapi Aryan juga udah diculik sekarang, mas!” Ibu Dian mencelah.

“Iya. Mas tau.”

“Terus, gimana? Mas mau biarin aja?”

Pak Aryawan mengeluh lagi. Wajahnya diraup. Seumur hidup, ini kali pertama kejadian sebegini menimpanya. Siapa yang lakukan? Seingatnya dia tak pernah ada musuh. Pantas lelaki itu berkalih pada isterinya.

“Apa anak kita itu punya musuh, ma?”

“Siapa? Aryan?”

“Ya, siapa lagi?”

“Mama nggak tau, dong. Aryan itu udah merata-rata pergi. Dengan siapa dia berjumpa, sama siapa dia berurusan, kita nggak pernah tau kok.”

“Di sini?”

“Masakan begitu. Aryan kan baru pertama kali datang ke mari, mas. Baru berapa minit jejak kaki di sini juga udah diculik. Apa sempat dia mau cari musuh?” bidas Ibu Dian kembali.

“Ya, siapa tau. Musuh itu selalu ada di mana-mana.”

“Mendingan soalan itu dituju sama, mas. Apa mas punya musuh?”

“Loh! Kok mas?”

“Ya siapa tau musuh perusahaan mas barangkali.”

“Pak Din rasa ini mungkin kerja sindiket penculikan.”

Serentak itu Pak Aryawan dan Ibu Dian menoleh ke arah Pak Din.

“Sindiket penculikan? Maksud Pak Din apa?”

“Tuan tak tahu ke pasal ni?”

“Saya kurang ngerti. Bisa jelasin?”

“Sekarang ni memang tengah viral kes culik melibatkan golongan berstatus tinggi macam tuan ni. Sana sini orang sibuk bercakap. Minggu lepas anak seorang jutawan. Sebelum itu anak seorang menteri. Dan sebelum-sebelum tu banyak dah kes berlaku. Yang peliknya, pihak polis tak dapat nak kesan lansung jejak kumpulan ni. Setiap kali polis serbu markas, mereka lesap. Setiap kali polis serbu waktu pertukaran tebusan, mereka terlepas. Sekelip mata.”

“Jadinya maksud Pak Din sekarang, Aryan itu diculik sindiket yang sama? Gitu?”

“Tak mustahil, puan. Kumpulan ni dah bergiat sejak dulu sebenarnya. Cuma tulah… susah polis nak jejak. Mereka sangat bijak dan licik. Agak-agak tengah panas, mereka senyap. Bila orang dah lupa, mereka buat balik.”

“Err… mangsa culiknya gimana, Pak Din? Apa selamat semuanya?” tanya Pak Aryawan.

“Bergantung pada keadaan. Ada yang selamat. Ada yang tak jumpa lansung.”

“Ya ampun! Makanya Aryan dalam bahaya sekarang, mas! Mas. Mas harus selamatkan anak kita, mas. Sebelum terjadi apa-apa!” tingkah Ibu Dian cemas. Lengan suaminya turut digoncang keras.

“Iya, ma. Mas tau. Sabar.”

“Gimana mau sabar? Anak kita lagi dalam bahaya!”

“Terus, mama mau mas lakuin apa? Aryan lagi di mana sekarang kita nggak tau. Penculiknya juga masih belum nelefon kita.”  

“Kita laporin polisi aja, deh!”

“Mama pikir ini kayak main police entry? Senang-senang mau bikin report sama polisi tanpa bukti?”

“Aduh! Mau bukti apa lagi? Pak Din ini kan udah cukup dijadikan bukti!”

“Pak Din rasa ada betul cakap isteri tuan tu. Ada baiknya kita lapor pada polis.”

“Apa selamat Pak Din kalau kita libatkan polisi? Saya khuatir sama keselamatan Aryan.” Pak Aryawan semakin resah.

“Kes-kes sebelum nipun semuanya serahkan pada pihak polis. Tuan jangan risau. Selagi penculik tu tak tahu tentang hal ni, Insya-ALLAH semuanya akan selamat.”

Dan kala itu telefon di ruang tamu banglo besar itu berdering. Masing-masing terpana. Lidah turut kelu. Hanya mata masing-masing berpandangan sesama mereka.

Mungkinkah itu pemanggil yang ditunggu-tunggu?



* WORDS TRANSLATION :-

bisa – boleh
hantarin – hantar / hantarkan
nggak – tak / tidak
senang – suka / gembira
banget – sangat
mau – mahu / nak
udah – sudah
ketahuan – diketahui / didapati
gimana – bagaimana / mcam mana
ngapain – kenapa
apaan – kata tanya yang digunakan untuk menayakan sesuatu tindakan 
lepasin – lepaskan
lakuin – lakukan
bukain – buka
perlihatkan – tunjukkan
preman – penjahat
ketemu – berjumpa  
biarin – biarkan
mendingan – lebih baik
perusahaan – perniagaan
ngerti – faham
Jelasin –  jelaska
nelefon – telefon
polisi – polis
pikir – fikir
kayak – seperti / macam
bikin – buat




No comments: