Assalamualaikum….. Readers, as your wish.. I continue the teaser of Bayangan Gurauan for 2 or 3 more since ramai yang request untuk saya sambung.. Harap anda berpuas hati.. Enjoy your reading, guys! ♥
B
|
UNYI deruman enjin
Nissan Fairlady berwarna hitam kedengaran memasuki kawasan banglo mewah milik
Tengku Arham. Beberapa minit berlalu, kelihatan seorang gadis keluar dari perut
kereta itu dan menapak masuk ke dalam banglo. Niat di hati ingin terus naik ke
bilik. Namun hasratnya dibatalkan sebaik terpandangkan ibu bapanya yang sedang
menjamah sarapan pagi di meja makan.
“Ha,
baru balik?”
Belum
pun sempat dia melabuhkan duduk, soalan Tengku Arham lebih dahulu menyapanya.
“Hmm.”
“Lissa
ke mana malam tadi?” tanya Tengku Kamelia. Tangannya mencapai teko berisi kopi
panas lalu dituangkan ke dalam cawan untuk diberikan pada suaminya.
“Jumpa
kawan.”
“Sampai rumah pun tak ingat nak balik?”
Tengku
Melissa yang baru sahaja duduk, sedikit tersentap dengan kata-kata itu.
“Mummy, Lissa ni kan masih muda. Orang
muda biasalah. Malam minggu keluar jumpa kawan. Lepak-lepak, borak-borak. Bila
dah jumpa kawan mana nak sedar jam dah pukul berapa. So, Lissa tidurlah rumah member.”
“Itu mummy tahu. Tapi sekurang-kurangnya
telefonlah. Mummy risau tahu tak?
Dahlah telefon pun tidak. Bila mummy
telefon, lansung tak dijawab. Dah tak ingat ada rumah agaknya!” tingkah Tengku
Kamelia sedikit geram.
“Alaa, mummy. Abang tu lagi lansung tak balik berapa hari. Mummy tak kisah pun!”
“Abang tu lelaki. Awak tu perempuan. Sedarlah sikit!”
Tengku Melissa seakan hilang sabar. Sudahlah marahnya
malam tadi belum habis. Ingatkan balik ke rumah dapatlah dia tenangkan fikiran.
Tetapi ini juga yang dia dapat.
“Mummy ni
jangan membebel boleh tak? Peninglah Lissa macam ni!”
“Ha, itulah dia! Bila ditegur sikit melenting. Tak tahulah
apa nak jadi dengan kamu ni, Lissa. Sama je dengan abang kamu tu!”
“Sudah, Lia. Kita depan rezeki ni. Tak baik gaduh-gaduh.
Sarapan dulu. Kang lepas ni awak nak bergaduh ke, bertumbuk ke, buat apa pun
dengan Lissa, hah buatlah. Tak ada siapa pun yang halang.”
“Ishh, abang ni. Ke situ pulak dia!” tingkah Tengku
Kamelia lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.
Tiga beranak itu mula menikmati nasi lemak kukus yang
disediakan oleh pembantu mereka. Agak berselera Tengku Arham dan isterinya
menjamah. Namun tidak pada Tengku Melissa. Gadis itu kelihatan hanya menguis
makanannya di dalam pinggan sambil termenung.
“Yang kamu dok terkuis-kuis nasi tu apahal, Lissa? Kenapa
tak makan?”
Kata-kata itu membuatkan lamunan Tengku Melissa terhenti.
Spontan dia menoleh, membalas pandangan kedua orang tuanya sebelum kepalanya
digeleng perlahan. Kemudian gadis itu tertunduk kembali. Tengku Kamelia
berkalih pandang pada suaminya, seakan bertanya. Namun Tengku Arham hanya
menjungkit bahu. Sudahnya, dibiarkan sahaja Tengku Melissa dengan dunianya lalu
mereka kembali menjamah makanan masing-masing.
Pap!
Satu tepukan yang agak kuat di atas meja menyentakkan
kedua suami isteri itu. Hampir tersembur segala apa yang ada di dalam mulut.
Habis beranjak kesemua barang-barang serta makanan di atas meja makan tersebut.
“Eeeee! Sakitnya hati aku!!!” Tengku Melissa menjerit
sekuat hatinya, melepaskan kemarahan yang tebuku di dada.
“Astaghfirullahalazim! Dah kenapa dengan kamu ni,
Lissa?!” selar Tengku Kamelia sambil mengurut dada. Tengku Arham di sebelah
juga sedikit kalut membetulkan kembali barang-barang yang bergolek di atas
meja. Namun gadis itu tidak menjawab. Sebaliknya hanya merenung dinding batu di
hadapan. Bahunya kelihatan turun naik dengan laju menahan marah.
“Ishhh!!” gadis itu menepuk meja sekali lagi sebelum
bangun dari kerusinya. Kemudian dia berjalan mundar-mandir di ruang makan itu
sambil menyeka rambut beberapa kali. Perlakuannya itu membuatkan kedua orang
tuanya semakin hairan.
“Kamu kenapa, Lissa?! Tiba-tiba nak mengamuk tak tentu
pasal ni!” sekali lagi Tengku Kamelia bertanya. Suaranya sudah sedikit
meninggi.
“Ya, Lissa. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang.” soal Tengku
Arham pula. Lembut sahaja kedengaran suaranya.
“Nak bertenang macam mana, daddy! Sakit hati Lissa ni tau!”
“Yelah. Kalau sakit hati sekalipun tak payahlah sampai
nak mengamuk macam ni. Kan depan rezeki ni. Tak baik.”
“Dengar cakap daddy
tu? Balik rumah nak marah-marah tak tentu pasal. Kenapa ni? Cuba cerita kat mummy dengan daddy. Apa yang buat kamu marah sangat ni?”
“Si Harrys tulah, mummy!”
“Kenapa dengan Harrys?”
“Kenapa dia buat Lissa macam ni?”
Tengku Kamelia mengerutkan dahi. “Apa yang Harrys dah
buat pada kamu?”
“He’s going to
enggage!”
Tengku Kamelia memandang wajah suaminya. Serentak itu
ketawa mereka berdua pecah di ruang makan tersebut. Rupa-rupanya perkara itu
yang membuatkan anak mereka mengamuk sampai begini sekali.
“Mummy! Daddy! Kenapa ketawa-ketawa pulak ni?
Lissa tengah bengang tahu tak?!” bentak Tengku Melissa geram sambil bercekak pinggang.
Dia yang asyik mundar-mandir sedari tadi terus terhenti langkahnya bila
melihatkan kedua orang tuanya bergelak sakan. Serta-merta rasa sakit hati
sewaktu melepak bersama teman-temannya di kelab malam tadi kembali menyerang.
Hatinya begitu sakit. Sakit bila mendengar mereka sibuk bercerita tentang
berita pertunangan Tengku Harrys bersama seorang gadis. Khabarnya majlis
pertunangan itu akan diadakan awal bulan hadapan. Namun yang menjadi topik
utama perbualan mereka adalah siapa gadis bertuah yang telah berjaya merebut
hati jejaka kacak itu. Mereka menyangka selama ini dialah yang bersama Tengku
Harrys. Rupa-rupanya bukan. Tidak tahu hendak sorok di mana mukanya saat itu.
Terasa seolah-olah semua teman-temannya mengejek serta mentertawakannya.
“Ini yang buat Lissa marah sangat rupanya? Hmm...
patutlah sampai ketuk-ketuk meja bagai. Nasib baik tak diterbalikkannya meja
ni, bang!” seloroh Tengku Kamelia, membuatkan Tengku Arham menyambung kembali
tawanya.
“Kenapa Harrys buat Lissa macam ni?! Kenapa dia pilih
orang lain? Apa kurangnya Lissa?!”
“Tak ada apa yang kurang pada Lissa. Daddy memang suka kalau Lissa kahwin dengan Harrys. Tapi ini semua
jodoh. Mungkin jodoh Lissa bukan dengan Harrys.”.
“Betul cakap daddy
tu, Lissa. Lagipun dari kecik Harrys tu anggap Lissa macam adik dia sendiri.
Nak tak nak Lissa kena terima semua tu, sayang. Mungkin perempuan pilihan
keluarga Pak Lang tu jodoh yang baik untuk dia.”
Berdesing telinga Tengku Melissa mendengarkan kata-kata
itu. Hatinya semakin berang bila perkataan ‘perempuan pilihan’ disebut oleh mummynya.
“Mummy dengan daddy tahu siapa ‘perempuan pilihan’
keluarga Pak Lang tu?” soalnya. Sengaja dia menekan ayat tersebut dengan nada
sedikit sinis.
“Entah. Kami pun tak tahu siapa, Lissa.”
“Are you sure?
Takkanlah mummy tak tahu kut!”
“Betul. Takkanlah mummy
nak bohong. Tak ada pulak alang bagitahu ya, bang?”
Tengku Arham hanya membalas dengan sebuah anggukkan.
“Kalau dah calon pilihan keluarga, mestilah perempuan tu ada istimewanya.
Sampai Harrys sendiri pun tak menolak. Kan ke budak Harrys tu dari dulu memang
payah dengan perempuan. Tapi bila orang tuanya yang carikan calon, senang pulak
dia terima.”
“Orang cakap pilihan orang tua ni selalunya lebih afdal.
Teringat zaman kita muda-muda dulu ya, bang. Tak ada chance nak bercinta lansung. Habis je belajar tub-tub mak bapak dah
jodohkan. Tapi Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.” Tengku Kamelia
berbicara sambil mengerling pada suaminya.
“Huh! Dah mula cerita pasal zaman muda diorang pulak!”
keluh Tengku Melissa.
“Apa dia, Lissa?”
“Tak ada apa-apalah, mummy.
Lissa nak naik dulu.”
Segera dicapai beg tangannya yang diletakkan di atas meja
makan. Daripada berada di sini hatinya lebih sakit, lebih baik dia naik ke
bilik dan tidur. Sekurang-kurangnya dapat melupakan segala masalah yang
membelenggu diri waktu ini walaupun untuk seketika.
“Eh, ni makan tak habis lagi ni?”
“Tak apalah, mummy.
Lissa dah kenyang!”
Tengku Melissa lansung meninggalkan kedua orang tuanya di
meja makan tersebut.
“Hmm... budak bertuah ni! Tu baru dia. Belum lagi yang
bujang seorang tu!” rungut Tengku Kamelia sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Nasib awaklah dapat anak macam tu, Lia.”
“Oh, saya sorang jelah? Abang tak?”
“Samalah tu.”
“Kalau saya tahu nak jadi macam ni, kecik-kecik dulu saya
dah hantar budak berdua tu ke sekolah pondok. Sejuk sikit perut saya ni, bang.
Sekarang dah jadi macam ni, hah, macam mana?”
“Macam mana apa? Tengok jelah jawapnya, Lia. Dahlah. Saya
ada janji dengan Dato’ Bazli nak pegi main golf ni. Lambat pulak nanti. Kang
tak cukup dengan awak berleter kat sini, kat sana pun saya kena ceramah jugak!”
bicara Tengku Arham. Seraya itu dia bangun dan berlalu dari ruang makan itu.
Tengku Kamelia hanya menuruti langkah suaminya dan menghantar lelaki itu sehingga ke
muka pintu banglo.
MUZIK rancak yang bergema di kelab
itu begitu membingitkan telinga. Ditambah dengan puluhan manusia yang
bersesak-sesak di dalam gelap. Hanya cahaya lampu spotlight yang terlihat menerangi, menjadikan penglihatan sekadar
samar-samar sahaja. Namun ia tidak menjadi masalah bagi anak-anak muda yang
sudah biasa berkunjung ke tempat sebegitu. Malah tempat itu bagaikan syurga
dunia pada mereka.
Dari
jauh kelihatan Tengku Melissa duduk keseorangan di salah sebuah meja yang ada
di situ. Rakan-rakannya yang lain sudah lama menghilang ke lantai tarian. Dia
tidak kisah. Yang dia kisah hanyalah ‘minuman’ yang berada di hadapannya
sekarang ini. Cukup untuk membantu dia melupakan segala masalah yang terbeban
di kepala. Entah sudah berapa gelas minuman itu diteguknya. Kepalanya juga
sudah semakin berat. Akhirnya gadis itu menyandarkan tubuh di kerusi sebelum
memejamkan matanya.
“Hey, girl! Takkan nak duduk sini je kut.
Jomlah menari!”
Satu
suara datang menyapa tatkala fikirannya sudah menerawang jauh entah ke mana.
Segera dia membuka mata. Dilihat temannya, Nina sudah duduk di sebelah.
Teman-temannya yang lain juga sudah kembali duduk setelah kepenatan menari.
“Ha’ah,
Lissa. Takkan you datang sini nak
duduk je kut. Tak havoclah!” sampuk
Jeslina, seorang lagi temannya sambil badan masih lagi bergerak mengikut rentak
lagu yang berkumandang.
“You all pergilah. I tak ada mood.”
“Pulak?
Tadi dia yang beria mengajak!” ujar Nina.
Tengku
Melissa hanya terdiam. Memang tadi dia yang beria-ia mengajak mereka melepak di
sini malam ini demi mencari hiburan dan keseronokan. Boleh jadi gila dia kalau
duduk di rumah dengan kepala yang tidak habis-habis memikirkan tentang Tengku
Harrys.
“Eh
Lissa, jomlah menari! Lagu tengah best
ni!” Nina cuba memujuk Tengku Melissa sekali lagi untuk turut sama menari bila
medengarkan lagu sudah bertukar ke rentak yang lebih rancak. Namun rakannya itu
sekadar menggeleng sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat tidak mahu.
“Hmm, okay!
Lissa tak nak menari tak apa, Jes. Biar kita berdua je pergi dengan yang
lain-lain,” ujar gadis itu seraya bangun dari kerusi. “Hey, guys! Let’s dance!”
Suasana sedikit hingar dengan sorakan mereka sepanjang
menuju ke lantai tarian. Tengku Melissa pula
sekadar menyaksikan telatah gila-gila kesemua temannya itu. Kotak rokok di atas meja diambil. Sebatang
rokok dikeluarkan lalu disua ke bibirnya sebelum rokok itu dinyalakan. Disedut
perlahan puntung rokok itu beberapa kali dan kemudian tangannya mencapai gelas
di atas meja untuk meneguk kembali minuman penenangnya. Belum pun sempat
bibirnya ingin menyentuh permukaan gelas itu, satu tangan dengan pantas
merampas gelas tersebut.
“Tak cukup-cukup lagi ke?”
Tengku Melissa mendongak. Dalam samar-samar cahaya,
matanya dapat menangkap seraut wajah yang sangat dikenali. Dilepaskan sebuah
keluhan sebelum dia bersandar semula pada kerusi untuk menyambung sedutan
puntung rokok tadi. “You buat apa kat
sini?”
“Patutnya I
yang tanya. You buat apa kat sini? It’s already 3.00 a.m!” soal Tengku
Zafran kembali seraya melabuhkan duduk di sebelah adiknya.
“Tak payahlah nak nasihatkan I, Zafran. You pun sama
je. At least I balik jugak nanti. But you?
Dah berapa hari tak nampak batang hidung kat rumah!”
Kata-kata Tengku Melissa membuatkan Tengku Zafran tertawa
kecil. “What’s up? Sampai
bergelas-gelas you layan hari ni. Anything wrong?” soal Tengku Zafran bila melihat gelas wain yang bersusun di atas meja. Dia sudah masak dengan perangai
Tengku Melissa. Adiknya hanya akan minum sebanyak ini jika mempunyai masalah.
“Pasal cinta?” tanya Tengku Zafran lagi bila melihatkan
tiada tanda-tanda yang adiknya itu akan membuka mulut.
“Mind your own
business!” bentak Tengku Melissa. Gelas wain
yang masih berada di tangan Tengku Zafran dirampas kembali lalu diteguk minuman
itu sehingga habis. Tengku Zafran yang melihat hanya mempamerkan senyum.
“Hey! Tell me. I
know I’m not a good brother. Tapi I pun
tak suka tengok you macam ni. Tell me,
what’s wrong?”
Tengku Melissa memandang wajah abangnya di sebelah.
Kelihatan lelaki itu benar-benar memberi perhatian terhadapnya kali ini.
Seketika dia mencari ruang untuk bernafas.
“It’s all because
of him!”
“Who?”
“Harrys.”
“Apa yang Harrys buat sampai you jadi macam ni?”
Tengku Melissa mengetap bibir. Lambat-lambat dia
menjawab. “He’s going to engage. With
another girl!”
“Who’s that girl?”
“I don’t know!”
Jawapan adiknya itu membuatkan Tengku Zafran terdiam.
Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Namun sesaat kemudian, tawanya tiba-tiba
terhambur di situ. Mujur muzik di dalam kelab itu lebih kuat dari suaranya.
“Why are you
laughing, Zaf?! This is not funny,
okay!” Tengku Melissa mendengus geram. Sakit hatinya bila melihat Tengku
Zafran mentertawakannya.
“I already knew it
actually.”
Membulat mata Tengku Melissa mendengar kata-kata itu. “What?!”
“Yes!”
“Since when??”
Tengku Melissa seakan tidak sabar untuk mengetahui.
Tetapi soalannya itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Tengku Zafran.
“And I knew who’s
that girl.”
Sekali lagi Tengku Melissa terkesima. Tepat dia merenung
ke wajah abangnya. “How did you know?
Sedangkan mummy dengan daddy pun tak tahu!”
“Macam mana I
tahu tak penting, Lissa.”
“Tell me, siapa
perempuan tu?!”
Tengku Zafran tersenyum kecil. Serta-merta bayangan gadis
itu muncul di mindanya. “Irish.”
“Irish?”
“Yes. Irish
Qiara.”
“That was the girl...,”
Belum sempat gadis itu mengakhiri ayatnya, Tengku Zafran
memintas dengan satu anggukkan. “Dia perempuan yang selalu ada dengan Harrys. I guess you still remember masa Pak Lang
kenalkan dengan kita during Haiyan
Holdings’s annual dinner. She came with her brother.”
Tengku Melissa terdiam sejenak. Kepalanya cuba mengingati
setiap peristiwa yang telah menemukan dia dengan gadis yang bernama Irish itu.
Dan serasanya kali terakhir dia bertemu gadis itu adalah semasa dia mengamuk di
hadapan pejabat Tengku Harrys. Spontan Tengku Melissa menyeka rambut perangnya
ke belakang. “Oh my God! Kenapalah I boleh terlepas pandang selama ni!”
“You bukan
terlepas pandang, Lissa. Tapi you
yakin sangat selama ni semua lelaki akan tunduk pada you, termasuk Harrys. And of course you tak sangka perempuan
macam tu yang jadi pilihan family Pak
Lang, right?”
“Definitely! Can you imagine perempuan macam tu nak
masuk keluarga kita? Jadi wife Harrys
pulak tu? Oh, please!!!”
“Bukan sebarang perempuan, Lissa. Kalau Harrys yang anti-perempuan
sejak dulu pun boleh cair tengok Irish, apatah lagi abang you ni.”
Spontan Tengku Melissa menoleh. “Don’t tell me that you also like her, Zaf?”
Tengku Zafran hanya terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng
pun tidak. Hanya bahasa tubuhnya menunjukkan seolah-olah apa yang dikatakan
oleh adiknya itu adalah benar.
“Oh, no! What’s wrong with you, Zafran? She’s not your type, okay!”
“But she’s
different. I know. Belum ada lagi perempuan yang berani tolak I. But
she did!” tutur lelaki itu.
Suasana sepi seketika antara mereka. Hanya kedengaran
rentak muzik yang masih berkumandang tanpa henti. Tengku Zafran sibuk
memerhatikan wanita-wanita cantik yang lalu-lalang di hadapannya. Sementara
Tengku Melissa masih leka menyedut puntung rokok yang masih lagi berbaki.
“I’ve got an idea.”
Tengku Zafran bersuara tiba-tiba, membuatkan Tengku
Melissa melirik padanya.
“Idea?”
“We make a deal. I
tolong you dapatkan Harrys balik, and you akan tolong I untuk dapatkan that girl.“
“How? Boleh
yakin ke?”
“Hey! This is
Zafran! Belum pernah lagi kecundang, Lissa. Don’t ever call me ‘abang’ if I can’t help my own sister. Keep my promise!”
Tengku Melissa tertawa. Terasa sedikit senang dengan
kata-kata yang dilafazkan abangnya. Walaupun ini baru sekadar pembuka janji
antara mereka, namun sudah mampu melegakan sedikit perasaannya.
“Okay. We’ll see!”
cabar Tengku Melissa.
“Alright! Deal?” Tengku Zafran menyuakan buku lima
pada adiknya. Sesaat, ia bersambut dan buku lima mereka bertemu.
“Deal!”
No comments:
Post a Comment