H
|
ANYA tinggal kira-kira
sebulan sahaja lagi sebelum majlis pertunangan Tengku Harrys dan Irish akan
berlansung. Kedua-dua belah keluarga sudah mula membuat persiapan. Dan hari ini
Tengku Dafina merancang untuk membeli-belah barangan yang diperlukan untuk
majlis tersebut bersama Puan Qarina serta Irish. Cuma dengan anak bujangnya itu
sahaja yang masih belum diberitahu tentang rancangannya ini.
“Kak
Ros, ada nampak Harrys?”
Mak Ros
yang ketika itu sedang mengelap almari cermin di suatu sudut, lansung menoleh.
“Tak ada pulak, Tengku.”
“Dewi,
kamu ada nampak ke?”
“Itu Mas
Harrys kayanya lagi berjogging, Ibu
Tengku. Lepas minum pagi tadi dia terusan keluar.”
“Hmm,
tak apalah. Nanti kalau dia balik tolong bagitahu saya cari dia ya, Dewi.”
“Iya,
Ibu Tengku.”
“Mama
cari Harrys ke?”
“Lorr!
Ini dia, Ibu Tengku. Baru dibilangin, udah muncul!” tingkah Dewi bila melihat
anak majikannya itu mucul di muka pintu utama villa dengan pakaian sukan.
“Ha... panjang pun umur kamu, Harrys.
Baru balik?”
Tengku
Harrys membalas dengan sebuah anggukkan. Dia kemudian melandaikan tubuh di atas
sofa sebelum menghidupkan televisyen di ruangan itu. “Dari luar tadi dengar
sebut-sebut nama Harrys. Kenapa?”
Tengku
Dafina bergerak menghampiri anak bujangnya itu lalu mengambil tempat di
sebelah. “Harrys ada keluar ke mana-mana ke hari ni?”
“Tak ada
kut,” jawab lelaki itu bersahaja.
“Jom,
teman mama.”
“Ke
mana?”
“Tanya ke mana pulak? Pergi cari barang tunanglah.
Tinggal sebulan je lagi majlis, kan?”
Tengku Harrys sekadar diam membisu. Matanya lansung tidak
dikalih dari kaca televisyen di hadapan.
“Hey, Rys! Diam pulak dia. Kamu tak nak cari
barang-barang hantaran kamu ke?”
“Mama pilih jelah mana yang mama berkenan. Harrys ikut
je.”
“Eh, macam
tu pulak? Kamu tu muda. Mama ni dah tua. Kang mama pilih ikut citarasa
mama nanti kamu
tak suka.”
“Tak
adalah. Harrys tak kisah. Lagipun Harrys ada kerja nak kena siapkan hari ni.”
“Betul
ni kamu tak nak ikut? Tak menyesal?” soal Tengku Dafina meminta kepastian.
Sekali lagi Tengku Harrys membalas dengan satu anggukkan. “Hmm, okaylah. Nanti mama suruh Irish je yang
pilihkan barang-barang kamu tu.”
Seraya itu Tengku Dafina bangkit dari sofa untuk naik ke
tingkat atas dan bersiap-siap. Namun belum pun sempat dia bangun, tangannya
pantas disambar oleh Tengku Harrys hinggakan dia terduduk semula.
“Ishh!
Kamu ni kenapa, Harrys?!”
Tengku
Harrys tidak mengendahkan soalan itu. Matanya dikecilkan, merenung tepat ke
wajah mamanya. “Irish?”
“Ha,
yelah! Sekejap lagi mama nak keluar dengan Irish dan maknya. Nak beli
barang-barang untuk majlis kamu berdua nanti.”
Mendengarkan
nama itu, Tengku Harrys lantas mematikan televisyen dan kemudian terus bangun
menuju ke tangga.
“Hah!
nak ke mana pulak tu?”
“Naik
ataslah. Bersiap. Tadi kata nak Harrys temankan.”
Pantas
lelaki itu mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Tengku Dafina yang masih di
sofa lansung terpinga-pinga. Kedua-dua pembantunya dipandang silih berganti.
“Tadi bukan main liat lagi budak tu. Sebut nama Irish je,
terus bangun!”
“Petanda
baiklah tu, Tengku. Hati yang keras dah mula cair nampaknya.” Mak Ros mula bermadah
sambil tersenyum-senyum.
“Ya, iya
sih! Sepertinya cinta udah mula berputik. Dewi juga udah boleh bau dari sini,
Ibu Tengku!” seloroh Dewi berjenaka, membuatkan ketawa berderaian di antara
mereka bertiga.
“Ada-ada
je kamu ni, Dewi. Hmm... Mak Engku nak naik dululah bersiap. Melayan kamu
sampai esok pun takkan habis!” Tengku Dafina sudah bangun dari duduknya.
Sebelum beredar sempat lagi dia berkata sesuatu. “Tapi kalau betul apa yang
kamu cakap tu Dewi, Alhamdulillah. Harap-harap masin mulut kamu!”
“Ya, pastilah! Mulut Dewi kalau bilangin sesuatu, pasti
benaran menjadi!”
“PUKUL berapa umi janji dengan Tengku nak jumpa?” Irish menyoal
uminya sebaik mereka
berdua tiba di
tempat yang dijanjikan.
“Tengku
cakap dalam pukul 11.00 pagi. Tu pun kalau tak jammed. Maklumlah hari ni kan hari Sabtu.” Puan Qarina melihat jam
di tangannya. “Sekarang baru pukul 10.30. Ada setengah jam lagi. Kita nak buat
apa ni, Rish?”
“Kita
pegi minum dulu, umi. Boleh?”
“Yelah.”
Irish
menggamit lengan Puan Qarina berjalan menuju ke dalam restoran Subway yang terdapat di pusat
membeli-belah The Mines itu. Pada Tengku Dafina sudah dimaklumkan keberadaan
mereka ketika ini. Daripada minum sambil berborak kosong, perbualan mereka
menjadi serius apabila topik mengenai persiapan majlis pertunangan Irish mula
dibincangkan.
“Assalamualaikum.”
Salam
itu dijawab oleh mereka berdua. Melihat tuan punya suara, lansung kedua beranak
itu bangun dari kerusi.
“Maaflah
ya lambat sikit. Jammed tadi. Dah
lama sampai Kak Ina, Irish?” tanya Tengku Dafina lalu bersalaman dengan
kedua-duanya.
“Tak
adalah, Tengku. Sampai pukul 10.30 tadi. Tu yang si Irish ajak minum dulu. Tapi
tak adalah menunggu sangat bila dah berborak ni.”
“Oh, ya? Hmm... risau saya kalau buat orang
tertungu-tunggu ni!”
Irish hanya tersenyum mendengar perbualan di antara kedua
wanita itu. Namun hanya sebentar saja senyuman itu melirik di bibir kala
matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arah mereka.
“Mama.”
“Ha,
Harrys. Sampai dah?” tutur wanita itu sebaik terpandangkan anaknya. Disebabkan
mereka terlewat sedikit tadi, Tengku Harrys menurunkannya di pintu utama pusat
membeli-belah itu dulu sebelum meletakkan kereta di tempat parkir. “Mari salam
dengan Aunty Ina.”
“Ishh! Tak payah aunty-auntylah,
Tengku. Makcik Ina cukuplah. Terasa macam orang putih pulak!”
“Mana-mana pun boleh, kak. Akak pun jangan
bertengku-tengku dengan saya. Panggil Fina je dah cukup. Kita pun nak berbesan
kan tak lama lagi!” pinta wanita itu. “So,
bolehlah kita gerak sekarang? Banyak barang nak dibeli ni. Takut tak sempat
pulak nanti.”
Tengku Dafina berjalan bersama Puan Qarina mendahuli di
hadapan. Semetara Irish hanya mengikuti
mereka berdua. Tengku Harrys pula berjalan di belakangnya.
“Kenapa tak bagitahu?”
Spontan Irish menoleh. Tidak sedar entah bila lelaki ini
sudah berada di sebelahnya. “Bagitahu apa?”
“My mom ajak keluar hari ni,” ujar Tengku
Harrys. Wajahnya hanya ditala ke hadapan zambil kedua tangan dimasukkan ke
dalam saku jeansnya.
“Saya
pun baru tahu pagi tadi,” terang Irish. Terasa janggal pula berjalan begini
dengan lelaki di sebelahnya. Seakan semua mata-mata di situ memerhatikan mereka
berdua.
Kedai
pertama yang dimasuki oleh mereka ialah sebuah kedai berjenama yang menyediakan
kelengkapan pakaian lelaki. Kalau sudah berjenama terkenal, harganya pun
tentu-tentulah mahal. Tetapi apalah sangat pada mereka yang berduit. Irish dan
Puan Qarina memilih untuk duduk sahaja di sofa yang disediakan di satu sudut
sementara menanti Tengku Harrys memilih barang-barangnya sambil ditemani Tengku
Dafina.
“Irish.”
“Ya, Mak
Engku.”
“Harrys
panggil kamu tu.”
Kening
Irish berkerut. “Panggil Irish?”
“Ha’ah.
Pergilah. Adalah tu yang dimahukannya. Bagi Mak Engku berbual pulak dengan umi
kamu kat sini, ya?” ujar wanita itu yang sudah pun duduk sambil tersenyum pada
Puan Qarina di sebelah.
‘Ada apa
dia panggil aku, ya?’ detik hati Irish. Langkahnya diatur ke arah Tengku Harrys
yang sedang memilih kemeja di salah sebuah rak yang terdapat di situ.
“Tengku
panggil saya?”
Tengku
Harrys yang membelakangi Irish ketika itu segera berpaling. “Hmm.”
“Kenapa?”
“Boleh
pilihkan baju untuk saya?”
Irish
termangu. “Saya? Pilihkan?”
Tengku
Harrys membalas dengan sebuah anggukkan. Dia berundur sedikit ke belakang untuk
memberi ruang pada Irish memilih kemeja yang digantung bersusun pada sebuah
rak. Hendak atau tidak, terpaksa juga Irish akur dengan permintaan itu.
Bagaimana dia ingin memilih sedangkan citarasa lelaki itu lansung tidak
diketahuinya. Tangan Irish mula membelek-belek setiap helaian
kemeja yang bersusun di situ.
“Tengku
suka warna apa?” soal Irish pada lelaki itu.
“What’s your favourite color?”
‘Hmmh... orang tanya dia, dia tanya orang balik!’ ngomel
gadis itu. Kalau ditanya warna
kesukaannya, semua dia suka. Sesaat dua dia memikir, bibirnya menguntum senyum.
“Pink.” Mulut kecil itu dengan selamba
menyebut warna tersebut. Sengaja dia ingin melihat reaksi Tengku Harrys. Sudah
pasti lelaki itu akan menolak.
“So, choose that color.”
“Hmm??”
Pantas Irish berpusing memandang lelaki itu.
“Yes. Just choose if that’s your favourite
color.”
Irish
merenung wajah lelaki itu. Rasa bersalah mula bertamu. Dia yang ingin menyakat,
dia pula yang terasa bersalah sekarang ini. Irish berpaling kembali menghadap
kemeja-kemeja di hadapannya. Akhirnya dia mencapai satu kemeja berwana hitam
bercampur maroon gelap. Memang cantik
kemeja itu. Ditambah dengan rekaan coraknya. Hatinya turut berkenan.
“Yang
ini.” Irish menyerahkan kemeja itu pada Tengku Harrys.
“You said pink just now?”
“Saya
rasa ini lebih sesuai untuk Tengku. ”
Tengku Harrys
menyambut huluran itu sebelum Irish berlalu meninggalkannya. Satu senyuman
lantas menghiasi bibir. Bukan dia tidak tahu gadis itu sengaja ingin
menduganya. Namun dirinya pula yang terkena. Dan satu kepuasan bila dapat
melihatkan wajah kalut Irish yang nyata terkejut dengan reaksinya. Tengku
Harrys menggeleng-geleng kepala bersama senyuman yang masih terselitt di bibir.
‘Hati kau sukar ditebak, Irish. But I know you hide something special inside there.’
“IRISH, Mak Engku rasa butik ni okay. Irish pilih je mana yang berkenan. Mak Engku akan bayar
nanti,” tutur Tengku Dafina kala sudah berada dalam sebuah butik kelengkapan
wanita.
“Fina, tak apalah. Barang-barang Irish biarlah kami yang
bayar sendiri. Tak sedap pulak macam tu, kan.”
“Ishh! Tak apa, Kak Ina. Saya memang dah niat. Lagipun
Irish ni dah macam anak saya sendiri. Saya rasa Irish pun tak kisah. Ha, Irish.
Pergilah pilih mana yang Irish suka. Tak payah fikir apa-apa. Ambil je. Mak
Engku nak pergi bershopping dengan
umi kamu kat belah sana. Harrys teman Irish, ya?”
Tanpa menunggu jawapan dari anaknya, Tengku Dafina terus
menggamit tangan Puan Qarina berlalu dari situ. Irish pula hanya mampu
memandang kelibat kedua-dua wanita tersebut sehingga mereka
menjauh.
“Tunggu apa?”
“Hmm?”
“Go and pick your
stuffs.”
Irish tidak menjawab. Hanya wajah Tengku Harrys
direnungnya sedikit geram. Lelaki ini kalau tidak terkejutkannya tidak sah
barangkali.
“Kenapa? Ke nak saya dukung? Dah penat, kan?” soal Tengku
Harrys.
Laju Irish menggeleng. Pantas dia meninggalkan Tengku
Harrys dan mula melihat-lihat barangan di situ. Sekadar memilih barang-barang
yang tidak terlalu mahal harganya. Walaupun Tengku Dafina sudah menyatakan
semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya. Itu bukanlah alasan untuk dia
mengambil kesempatan.
Irish bergerak ke bahagian yang menempatkan pelbagai
fesyen tudung. Dia jadi rambang mata seketika. Tidak tahu hendak memilih yang
mana satu. Setiap rekaan tudung dibeleknya. Sedang dia leka membelek, tangan
sesorang menghulurkan sesuatu. Irish mengangkat wajah.
‘Bukan tadi dia duduk baca majalah kat sana ke? Macam
mana tiba-tiba boleh tercegat kat sini?’ Wajah lelaki di hadapan di pandang.
“Apa ni?”
Tengku Harrys tidak menjawab. Sebaliknya dia mengangguk
sambil tangan masih menyuakan sehelai tudung pada Irish. Perlahan Irish
menyambut huluran tersebut.
“It will looks
perfectly beauty on you.” bicara Tengku Harrys lembut. Kemudian dia berlalu
meninggalkan Irish di situ sebelum kembali duduk di kerusi menunggu. Majalah
yang ditinggalkannya tadi ditatap semula.
Irish membuka lipatan tudung itu. Sehelai selendang yang
agak menarik rekaan serta gabungan warnanya ditatap dengan penuh minat. Entah
kenapa dia jadi berkenan dengan selendang itu. Bibirnya menguntum senyum.
Perlahan matanya melirik pada Tengku Harrys. Dan kebetulan lelaki itu juga
sedang merenung ke arahnya. Pandangan mereka berlaga seketika sebelum Irish
berpaling semula membelakangi lelaki itu. Dalam diam pujian tadi meresap
perlahan ke dalam sanubarinya. Bibirnya tersenyum lagi.
Irish memulangkan kembali tudung yang dibelek tadi.
Tudung yang diberi oleh Tengku Harrys diambil dan diletakkan di kaunter bersama
barang-barang yang telah dipilih.
“Apalagi yang belum, ya?” bicaranya sambil mata melilau
melihat sekelililing butik itu. Sehinggalah pandangannya terhenti pada bahagian
sudut kasut yang agak berjauhan dan tersorok sedikit dari yang lain. Tinggal
satu itu saja sebelum ‘tour’nya di
dalam butik ini tamat. Kakinya kembali dihayun. Dalam melangkah matanya sempat
mengerling Tengku Harrys yang kelihatan
khusyuk menatap
majalah.
Tiba di bahagian itu, Irish terus melihat pelbagai rekaan
kasut yang dipamerkan. Lantas sepasang kasut tumit tinggi beserta sepasang wedges yang agak menarik dicapai.
Duduknya terus dilabuhkan di sebuah kerusi sebelum mula mencuba kasut-kasut
tersebut.
“Seronok shopping?”
Satu suara menegurnya tiba-tiba, membuatkan Irish
mengangkat sedikit kepala. Dan kala melihat satu susuk tubuh sedang tegak
berdiri di hadapannya, pantas Irish mendongak. Serta-merta air mukanya berubah
bila mata menangkap seraut wajah yang sudah lama jauh dari penglihatannya.
“Reza.”
“Yes! It’s me.”
Lelaki itu tersenyum. Kacamatanya ditanggalkan sebelum melabuhkan duduk di
sebelah Irish. “Luckily you still
remember me.”
Irish masih lagi terkaku. Matanya tidak berkelip
memandang lelaki di sebelahnya. Sudah hampir tiga tahun dia tidak bertemu
dengan lelaki ini. Sejak pertemuan terakhir mereka dulu. Namun hari ini
tiba-tiba sahaja Reza muncul semula di hadapannya.
“Kenapa? Terkejut? Tak sangka akan jumpa aku kat sini?”
Agak sinis kata-kata itu kedengaran di telinga Irish.
Kata ganti ‘aku’ yang diucapkan oleh Reza juga sedikit mengejutkannya.
Sepanjang perkenalan mereka, inilah kali pertama Reza menggunakan perkataan itu.
Perasaan benci yang sudah bercambah semenjak tiga tahun dulu terhadap lelaki
ini kembali mengetuk tangkai hatinya. Irish memalingkan mukanya dari terus
memandang lelaki di sebelah.
“Awak nak apa?” soal Irish sedikit keras. Kasut yang
dicubanya tadi dibuka kembali. Hilang sudah moodnya
untuk memilih dek kedatangan lelaki ini.
“Tak ada apa-apa. Saja nak tengok cik adik manis kita ni
yang tengah seronok bershopping untuk
majlis tunang dia.”
Spontan pergerakan Irish terhenti. Sedikit terkejut
dengan apa yang didengar dari mulut Reza. Bagaimana lelaki ini boleh tahu
sedangkan keluarganya tidak pernah bercerita pada sesiapa akan hal pertunangan
itu? Setahu dia hanya keluarga serta saudara-saudara terapatnya sahaja yang
dimaklukan tentang majlis tersebut.
“Tak sangka, kan. Akhirnya dapat jugak kau cari pengganti
aku. Lebih cepat dari yang aku sangka. And
jauh lebih kaya dari aku. Well done,
Irish!” ujar Reza bertepuk tangan sambil mulutnya tidak henti-henti ketawa.
Irish hanya diam membisu walaupun kata-kata Reza semakin
panas menusuk ke telinga.
Matanya
dipejamkan, beristighfar memujuk diri untuk terus bersabar. Tangannya juga
sudah tergenggam kemas menahan gelodak hati yang semakin memuncak.
Melihatkan Irish terus berdiam, Reza berasa sedikit
tercabar. Tidak terasakah gadis ini dengan kata-katanya? Tetap tenang sahaja.
Malah satu hal yang tidak dapat disangkalnya tentang gadis ini, dia sangat
tabah. Malah lebih kuat dari Irish yang dikenalinya dulu.
“Kalau tak ada apa nak cakap lagi, please leave me now.” Irish terus membuang pandangnya ke tempat
lain. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu matanya melihat wajah lelaki yang telah
banyak melukakan hatinya ini.
“Okay! Aku
pergi. Anyway... have a nice enggagement
day, Irish! Send my regards to that
lucky guy. And...,” Reza
mendekatkan dirinya pada Irish sebelum menyambung kata-katanya semula. “....
aku nak tengok sejauh mana senyuman di bibir kau tu akan bertahan bila rahsia
sudah tidak akan menjadi rahsia lagi nanti.”
Sepantas kilat Irish menoleh. Satu renungan tajam
diberikan pada Reza, mencari maksud di sebalik kata-kata lelaki itu. Hatinya
bertambah sakit bila melihat ketawa sinis Reza yang semakin galak di
pendengarannya. Genggaman tangan Irish semakin erat. Airmatanya juga sudah
bertakung di tubir, hanya menunggu saat ia akan gugur.
Reza mengenakan kembali kacamatanya bersama sisa tawa di
bibir. “Bye, sayang.”
Serentak itu dia bangun dari kerusi dan terus berlalu
meninggalkan Irish. Hatinya berasa puas. Puas kerana dapat melepaskan rasa
sakit yang tebuku di hati sejak khabar pertunangan gadis itu singgah di
telinganya.
“Itu tak sepenuhnya, Irish. Kita tunggu dan lihat apa
akan berlaku nanti.”
Irish menghantar kepergian Reza dengan satu pandangan.
Hinggalah kelibat lelaki itu menghilang, renungan Irish masih tidah berganjak.
‘Apalagi yang kau nak? Tak cukup lagi ke beban yang kau tinggalkan untuk aku
selama ni? Belum puas lagi hidup aku kau nak seksa? Sampai bila?!’ hati kecil
Irish menjerit. Airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua akhirnya.
“Irish.”
Spontan Irish menoleh. Namun wajahnya dilarikan kembali
sebaik terpandangkan kelibat Tengku Harrys yang sudah bersandar sambil berpeluk
tubuh di salah sebuah rak di situ. Segera dia menyeka airmata yang jatuh
berjuraian di pipi, tidak mahu lelaki itu menyedarinya.
“Are you okay?”
tanya Tengku Harrys.
“Ya.”
“Our moms are
waiting you.”
Mendengarkan
itu, Irish bingkas bangun. Dua pasang kasut yang dicubanya tadi diletakkan
kembali ke tempat asal. Dengan tergesa-gesa dia melangkah untuk beredar dari
situ.
“Where your shoes?”
Langkah
Irish terhenti. “Hmm?”
“Dah
lama duduk kat sini takkan satu kasut pun tak ada yang berkenan?”
Irish
mengetap bibirnya. Sesaat dia berpatah balik dan mengambil semula kasut tumit
tinggi yang telah dicubanya tadi tanpa berfikir lagi. Kemudian gadis itu terus
berlalu melewati Tengku Harrys dan menapak ke kaunter pembayaran untuk
meletakkan kasut tersebut sebelum mendapatkan uminya yang sedang berbual-bual
bersama Tengku Dafina.
“Dah
pilih semuanya, Irish?”
“Dah, Mak Engku.”
“Kalau dah tunggu sini sekejap, ya. Mak Engku pergi bayar
dulu,” ujar wanita itu lalu beredar menuju ke kaunter.
“Irish
ke mana lama sangat?”
“Pilih
kasut tadi. Lama ke umi tunggu?”
“Hmm...
kalau bancuh kopi dah boleh duduk minum kat sini pun!”
Irish
tergelak kecil. “Ishh! Ada sampai macam tu umi ni.”
“Eh, apa
yang tak betulnya!” Puan Qarina turut sama tergelak.
“Amboi!
Seronoknya dua beranak ni ketawa.”
“Dah
sudah, Fina?” soal Puan Qarina bila melihat wanita itu sudah kembali semula.
“Belum.
Tu... dok berebut bayar dengan anak bujang sorang tu. Katanya itu barang-barang
bakal isterinya. Jadi biar dia yang bayar. Dengan kita-kita punya sekali diangkutnya!”
Tawa kedua-dua wanita itu berderaian di situ.
Irish pula sekadar membisu. Sekilas dia menoleh pada Tengku Harrys. Lelaki itu
masih dengan urusannya di kaunter pembayaran. Tidak tahu mengapa tiba-tiba satu
perasaan sedang memberat di jiwanya saat ini. Yang nyata dia tidak senang
dengan kemunculan Reza. ‘Apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya?’
Serta-merta satu keluhan berat terbit di celahan bibir
gadis itu.
BUTIK Pengantin D’Sara yang terletak di tengah-tengah
Bandaraya Petaling Jaya itu menjadi destinasi terakhir mereka setelah seharian
suntuk masa dihabiskan untuk membeli-belah. Tengku Dafina sendiri yang memilih
butik tersebut untuk tempahan hantaran, persalinan pertunangan serta kelengkapan
yang perlu ada semasa hari pertunangan nanti. Puas Puan Qarina menolak. Namun kalau sudah
Tengku Dafina yang bersuara, tiada siapalah yang mampu membantah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Eh, Tengku!” Kelihatan seorang wanita dalam usia lingkungan empat puluhan
menyambut kedatangan Tengku Dafina dengan penuh ramah. “Sampai pun! Ingatkan
tak jadi datang tadi!”
“Eh, apa
pulak tak jadi. Jadi! Cuma lambat sikit. Maaflah buat Sara tertunggu-tunggu.”
“Eh, tak
ada masalah pun. Janji Tengku sampai!”
Setelah
memperkenalkan Sara yang merupakan pemilik butik tersebut pada yang lain,
Tengku Dafina terus mengajak wanita itu untuk berbincang mengenai perancangan
majlis pertunangan Tengku Harrys dan Irish.
“Mama.”
“Ya,
Harrys. Kenapa?”
“Mama
pergi dulu dengan Makcik Ina. Harrys nak cakap dengan Irish sekejap,” pinta
lelaki itu. Irish yang nyata terkejut, spontan memandang Tengku Harrys.
“Hmm, yelah. Jangan lama-lama. Banyak benda nak dibincang
ni.”
Tengku Harrys sekadar mengangguk. Wanita yang bernama
Sara itu kemudian membawa Tengku Dafina serta Puan Qarina masuk ke dalam
pejabatnya yang terletak di sudut kanan butik.
“What’s wrong with
you?”
Soalan pertama diajukan Tengku Harrys sebaik kelibat
ketiga-tiga wanita tadi hilang dari pandangan. Duduknya sudah dilabuhkan pada
sebuah meja sambil berpeluk tubuh. Mujur tiada sesiapa berada di ruangan itu ketika
ini. Irish di belakang hanya dikerling melalui ekor mata.
“Kenapa
dengan saya?” soal Irish kembali tidak mengerti.
“I’m asking you, Irish. What is wrong with
you?” kali ini suara Tengku Harrys kedengaran sedikit tegas. Sejak di dalam
butik pakaian wanita tadi tingkah laku Irish dilihatnya berubah. Selepas dia
membiarkan gadis itu memilih kasut sendirian. Semasa mereka singgah makan di
sebuah restoran tadi juga gadis itu lebih banyak diam dan termenung. Tidak
pasti apa sebabnya. Yang pasti, dia perasan Irish menyeka airmatanya sewaktu
dia memanggil gadis itu ketika sedang memilih kasut tadi.
Tengku Harrys bangun dari duduknya bila soalannya terus
dibiarkan sepi. Perlahan dia melangkah mendekati Irish. Gadis itu seperti biasa
hanya tertunduk membisu.
“Irish.”
“Saya okay, Tengku.” Perlahan Irish menjawab. Suaranya
sudah mula bergetar.
“Irish
Qiara...,”
“Saya okay. Tak ada apa-apa,” balas Irish
memintas ayat Tengku Harrys. Dia sudah tidak betah lagi untuk berada di situ.
Segera dia meminta diri sebelum airmatanya akan gugur. “Saya masuk dalam dulu.”
Baru
selangkah Irish menapak, lengan kirinya terasa dicapai. Tindakan itu membuatkan
dia berpusing kembali menghadap Tengku Harrys hingga terdorong ke hadapan,
tepat mengenai tubuh lelaki itu.
“I know
you were not okay!” tingkah Tengku Harrys geram. Bertambah geram bila dia
melihat air jernih yang sudah gugur di pipi Irish.
Irish
hanya terkaku memandang Tengku Harrys. Kejap pegangan lelaki itu pada kedua
belah lengannya hingga dia tidak dapat bergerak lagi. Jarak yang memisahkan
mereka juga kini hanya sejengkal sahaja. Hinggakan Irish dapat merasa nafas
Tengku Harrys yang turun naik dengan laju. Kulitnya yang cerah juga sudah
kemerahan. Benar, lelaki itu sedang menahan marah. Irish tertunduk. Tidak
sanggup bertentang mata dengan lelaki di hadapannya. Lebih tepat, dia tidak
mahu Tengku Harrys mengetahui punca sebenar mengapa dia berubah menjadi begini.
“Lepaskan saya, Tengku.”
“No! Until
you tell me!” tegas Tengku
Harrys, walaupun hatinya terpukul melihat airmata gadis itu.
“Harrys! Irish!”
Pantas
kedua-duanya menoleh.
“Masuk
bincang mari!”
Sekali lagi suara itu kedengaran. Namun pegangan Tengku
Harrys masih lagi kejap. Irish semakin risau. Risau sekiranya Tengku Dafina
datang ke sini dalam keadaan mereka begini. Irish memandang semula Tengku
Harrys, mencari anak mata lelaki itu. Direnung sedalamnya mata itu memohon
simpati agar dirinya dilepaskan.
“Please...,”
rintih Irish. Setitis airmatanya gugur lagi di pipi.
Melihatkan itu, Tengku Harrys melonggarkan pegangannya
perlahan-lahan. Sekaligus memberi ruang pada Irish untuk berundur beberapa
tapak ke belakang, menjarakkan diri darinya.
“Saya minta maaf...,” ucap Irish dan terus berlalu tanpa
menoleh ke belakang lagi.
Tengku Harrys masih tidak berganjak dari tempatnya. Hanya
pandangannya menghantar Irish melangkah pergi, walaupun hatinya enggan
melakukan demikian. Bukan kerana dia takut akan kehadiran
mamanya. Tetapi dia tewas dengan airmata gadis itu!
No comments:
Post a Comment