“C
|
IK Irish!” panggil
Insyirah sebaik dia memasuki bilik ketuanya. Irish yang ketika itu sedang
mencari fail yang bersusun di atas rak, pantas menoleh. Kelihatan pembantunya
itu sedang berdiri di muka pintu bersama berapa fail bertimbun di tangan.
Tercungap-cungap gadis itu membawa fail-fail yang datang entah dari mana.
“Eh, Insyirah! Kenapa ni? Awak dari mana sampai bawa fail
sebeban macam ni?” Irish menyoal. Segera dia mendapatkan gadis itu. Diambilnya
separuh dari fail tersebut lalu diletakkan di atas mejanya. Insyirah turut
berbuat yang sama.
“Huh! Rasa macam nak patah tangan ni!”
“Awak dari mana sebenarnya, In? Mana awak dapat semua
fail-fail ni?”
“Dari bilik Encik Naufal. Dia yang suruh saya serah semua
fail ni kat Cik Irish.”
“Hmm? Serah kat saya? Fail apa sampai banyak macam ni?”
Irish pantas membuka fail-fail di atas meja dan diselak satu demi satu untuk
melihat isi kandungannya.
“Entahlah, Cik Irish. Saya pun tak tahu. Tapi sebenarnya
arahan ni bukan direct dari Encik
Naufal.”
Irish memandang Insyirah. Matanya dikecilkan. “Habis tu
dari siapa?”
“Tengku Harrys.”
Kali ini kening Irish pula berkerut. “Kenapa, ya?”
Insyirah hanya menjugkitkan bahu sambil
menggeleng-gelengkan kepala. “Saya cuma tolong bawakan ke sini je, Cik Irish.”
Irish kembali menyelak fail-fail tersebut bersama Insyirah.
Ingin mencari tahu dokumen-dokumen yang terkandung di dalamnya. Sedang mereka
membelek-belek, kedengaran satu suara memberi salam.
“Saya menganggu ke?” sapa Tengku Harrys yang sudah tegak
berdiri di bilik itu.
“Eh! Tak adalah,
Tengku.” Insyirah membalas.
“Saya
tengok pintu tak tutup. Jadi saya terus masuk. Sorry.”
“Tak
apa, Tengku. Saya yang masuk tadi bawakan fail-fail yang Tengku suruh hantar
pada Cik Irish ni.”
“Hmm. Thanks, Insyirah.”
“Sama-sama.
Err... Cik Irish. Saya keluar dululah, ya. Kalau ada apa-apa call me, okay!”
Irish
hanya tersenyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Walau hatinya menjerit
tidak mahu Insyirah keluar meninggalkannya dengan Tengku Harrys berdua di sini.
Sejak insiden yang berlaku sewaktu keluar membeli-belah untuk persiapan tunang
tempoh hari, mereka lansung tidak berjumpa atau bertembung di pejabat mahupun
di luar. Sama ada secara kebetulan atau masing-masing cuba mengelak untuk
bertemu.
“Dah
tengok fail-fail tu?” Tengku Harrys bertanya sebaik sahaja Insyirah keluar.
“Baru
sikit.”
“Itu report projek kodominium di Melaka. Saya nak awak review and update a few in financial part. Saya dan Encik Naufal
dah make notes kat situ,” jelas
Tengku Harrys. Irish mendengar arahan itu sambil menyelak bahagian laporan yang
dimaksudkan. “Completed it and tomorrow
afternoon you will follow me to the project site there.”
Irish menoleh ke arah lelaki itu.
“Esok?”
“Yes.”
Irish
terdiam sejenak. ‘Esok nak pergi hari ini baru bagitahu?’
“Ada
apa-apa masalah ke?”
“Tak,
tak. Tak ada apa-apa,” dalih gadis itu. Kemudian dia tertunduk semula
melihat-lihat lagi fail di hadapan. Namun riak kerisauan tidak dapat
disembunyikan. Menyedari akan hal itu, Tengku Harrys datang menghampiri.
“Anything wrong, Irish?”
Irish
berpaling. Entah bila Tengku Harrys sudah berada di belakangnya. Matanya cuba
mencuri-curi pandang ke arah pintu. Risau sekiranya ada sesiapa yang masuk ke
biliknya dengan tiba-tiba. Irish berkalih tempat. “Saya okay. Tak ada apa-apa. Err... pukul berapa nak bertolak esok?”
Irish cuba menutup rasa gugup. Lebih-lebih lagi bila renungan tajam Tengku
Harrys sudah melekat di mukanya. ‘Ya Allah, tolonglah dia jangan buat hal
lagi.’ Irish berdoa di dalam hati. Tidak mahu kejadian di butik itu berulang
semula.
“Around
2.00pm.” Akhirnya lelaki itu membuka mulut.
“Balik
hari, kan?”
“Kalau
saya cakap we need to stay there. Tak
salah, kan? Nobody knows.”
Membulat
mata Irish mendengarkan jawapan lelaki itu. Spontan mulutnya ingin berkata
sesuatu, namun suaranya bagaikan tersekat. Sudahnya dia hanya mengetap bibir.
Dan reaksinya itu mengundang kelucuan di mata Tengku Harrys hingga terpamer
senyuman nipis di hujung bibir lelaki itu.
“No worry. It only takes a day. So, you just
get ready tomorrow. And don’t forget to bring along all these files.”
Tengku
Harrys kemudian berpaling dan bergerak untuk keluar. Sebelum menutup pintu,
sempat dia menghadiahkan sebuah senyuman sambil mengenyitkan matanya pada
Irish. “See you tomorrow.”
Irish
terus kelu tanpa sepatah kata!
HEMBUSAN dingin angin malam menemani
Irish yang duduk bersendirian di beranda rumah. Puan Qarina di dalam sedang
sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangannya yang hanya tinggal dua hari
sahaja lagi sambil dibantu Irma. Sebentar tadi dia turut menolong mereka
sebelum meminta diri untuk keluar menelefon Athirah di beranda ini. Sesudah
menelefon, dia lansung duduk mengambil angin buat seketika.
Gadis itu termenung di atas kerusi.
Sekejap-sekejap dia berpeluk tubuh. Selepas itu, menongkat dagu di atas meja. Sebentar
kemudian dia meraup wajahnya. Terasa berat apa yang ada di fikirannya saat ini.
Sejak insiden berjumpa dengan Reza tempoh hari, dia banyak termenung. Entah
mengapa ketakutan mula menghantui diri di saat dia ingin membina kehidupan yang
baru. Perasaannya juga tidak tenang setiap kali mengenangkan wajah dan senyuman
sinis lelaki itu.
Reza! Mengapa
tiba-tiba lelaki itu muncul semula? Selepas semuanya sudah dilempar jauh.
Setelah segalanya sudah mati dari diari hidupnya. Dan apa tujuan lelaki itu
datang kembali? Puas Irish memikirkan semua itu. Namun satu jawapan pun tidak
ditemui. Penat berfikir, dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan
sahaja. Tetapi semakin dia cuba untuk lupa, semakin kuat pula kata-kata Reza
terngiang-ngiang di telinganya.
Irish seakan buntu. Namun untuk memberitahu sesiapa
tentang kemunculan semula lelaki itu, tidak sama sekali. Lebih-lebih lagi pada
keluarganya. Tidak mungkin dia ingin membunuh senyuman yang mula mekar di
setiap bibir ahli keluarganya sekarang ini. Cukuplah kesedihan yang mereka
telah lalui dulu. Dia tidak ingin melihat ada airmata yang gugur lagi. Walaupun
terpaksa berkorban, biarlah kiranya itu mampu membahagiakan semua orang. Dan
demi menyedapkan hati sendiri, dia menganggap kemunculan Reza mungkin hanya
satu kebetulan. Tidak lebih dari itu.
Sedang Irish leka melayani perasaan, seseorang datang
mendekatinya dari belakang. Pantas bahu gadis itu disentuh.
“Astaghfirullahalazim!” Irish mengurut dadanya. Sekilas
dia menoleh. “Along! Kenapa terkejutkan orang macam tu?!”
Izzul sudah tergelak-gelak. “Yang Irish ni, kenapa duduk
dalam gelap sorang-sorang? Bukalah lampu ke apa. Ingat along tak terkejut ke
tengok Irish duduk dalam gelap macam ni? Sebelum orang terkejutkan Irish, Irish
dah terkejutkan orang lain dulu tau!”
“Hmm? Ya ke?”
“Yes!” akui
Izzul seraya mengambil tempat di kerusi bersebelahan Irish.
“Along bila sampai? Tak dengar bunyi kereta masuk pun.”
“Macam mana nak dengar. Kalau dah asyik mengelamun je.
Kereta along masuk baru ni pun tak perasan.”
“Ishh! Ya ke?”
“Iyalah!”
Kali ini Izzul menggosok kepala adiknya pula. Salah satu
cara dia bergurau dengan adik-adiknya sejak kecil. Ternyata dia cukup senang
dengan perlakuan itu. Terasa lebih dekat hubungan mereka.
“Ada apa along balik ni? Kak Long dengan budak-budak
semua ada jugak ke?”
“Ada sekali tu. Kat dalam sibuk menolong neneknya. Kak
Longlah yang beria-ia ajak balik. Nak menjenguk katanya. Kalau balik lusa dah
tak banyak nak tolong.”
“Susahkan along satu family
je.”
“Susah apanya? Tak payahlah cakap macam tu. Adik-adik
along tak pernah susahkan pun. Itu tanggungjawab along,” bidas Izzul. Dia
kemudian memandang wajah Irish yang kelihatan sedikit cengkung. Tdak pasti apa
sebabnya. Adakah disebabkan tekanan kerja? Ataupun kerana majlis pertunangannya
yang menjadi buah fikiran gadis itu?
“Terima kasih, long.” Lambat-lambat Irish menjawab
bersama suara yang bergetar.
Dalam kesamaran, Izzul terus mengamati wajah di
hadapannya. Dia tahu getaran suara itu kerana adiknya menahan tangis. Entahlah.
Sukar untuk ditebak perasaan gadis seorang ini. Gembirakah dia dengan semua
yang telah dirancangkan? Atau terpaksakah dia demi menggembirakan semua hati
orang yang dia sayang? Izzul membetulkan duduknya. Serasa dia ingin berborak
dengan Irish. Sudah lama rasanya dia tidak berbual dengan adik perempuan
bongsunya ini. Jauh di sudut hati, dia ingin sekali menyelami hati gadis yang
penuh kisah pedih dalam hidupnya selama ini.
“Apa
perasaan Irish sekarang?”
Irish
mendongak. “Perasaan apa?”
“Yelah.
Macam mana rasanya nak bertunang ni?”
“Soalan apa yang along tanya ni? Mestilah gembira.”
“Ya ke?
Tapi yang along nampak sebaliknya.”
Spontan
Irish memandang Izzul. Kemudian dia tertawa kecil. “Along ni merepeklah. Mana
ada. Perasaan along je kut!”
“Dengan
orang lain bolehlah Irish tipu. Tapi dengan along, Irish takkan boleh.”
Kata-kata Izzul membuatkan Irish terdiam. Sangkanya dalam
gelap begini alongnya takkan dapat perasan apa yang sedang berlaku pada
dirinya. Namun telahannya silap.
“Irish
tak gembira kan dengan semua ni?”
“Irish
tak ada pilihan.”
“Ada.
Irish boleh tolak pinangan Mak Engku tu dulu.”
“Irish
tak sampai hati.”
“Then now, sampai ke hati Irish untuk
teruskan semua ni?” nada suara Izzul sudah sedikit berubah. Namun cuba dikawal
agar tidak didengar keluarganya di dalam. Juga tidak mahu menyinggung perasaan
adiknya. Seminit berlalu, namun Irish hanya terusan menyepi.
“Masih belum terlambat untuk Irish
berundur...,”
“Dan
biarkan hati semua orang terluka? Biarkan semua orang menangis? Hanya sebabkan
kepentingan sendiri, Irish kena gadaikan kegembiraan orang lain? Macam tu ke,
long?” soal Irish bertubi-tubi sebelum sempat Izzul menghabiskan kata-katanya.
Setitik airmata sudah mula jatuh ke pipi.
“Bukan
tu maksud along.”
“Habis
tu macam mana? Ke along nak tengok airmata keluarga ni menitis lagi disebabkan
Irish? Atau along sanggup ke tengok airmata orang yang dah banyak berjasa pada
kita selama ni mengalir keluar?” Irish bagai tidak dapat menahan lagi
perasaannya. Biarlah. Biar alongnya itu tahu kesakitan yang terbuku di dadanya
sejak sekian lama. Kalau boleh dibelah dada ini, mungkin jelas terlihat
luka-luka yang sudah berulat dan bernanah kesemuanya.
“Bagitahulah Irish, long. Macam mana lagi patut Irish
buat tanpa lukakan hati orang lain? Kalaulah betul along ada jalan untuk Irish
keluar dari semua ni, Irish takkan fikir dua tiga kali untuk buat. Dan kalau
hanya mati sebagai jalan penyelesaiannya, Irish redha Tuhan cabut nyawa Irish
sekarang.”
“Irish! Apa Irish cakap ni?!” bentak Izzul yang jelas
terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan mulut kecil itu. Serentak tubuh
adiknya ditarik ke dalam pelukan. Semakin pejat tangisan Irish di dadanya. “Please, Irish. Don’t say that!”
“Irish dah tak tahan, long. Sakit. Sakit sangat!” ucap
gadis itu sambil menumbuk-numbuk dadanya. Dan perbuatannya itu membuatkan hati
Izzul semakin dihambat pilu. Pelukannya kian dieratkan.
“Along
tahu, Rish. Along tahu!”
“Kenapa
manusia kejam sangat, long.”
“Mereka
yang pilih untuk jadi macam tu.”
“Sampai
bila?”
“Sampai
mereka sedar. Itupun kalau hati mereka terbuka untuk sedar. Tapi kalau hati
mereka dah penuh dengan titik hitam, kita serah je pada Allah. Sabar, Rish!”
“Irish
dah tak kuat lagi.”
“Siapa cakap? Kalau Irish tak kuat, Irish takkan dapat
bangkit balik macam sekarang!” Izzul terus memujuk adiknya. Diusap kepala gadis
itu agar sedikit tenang. “Sebab Irish kuatlah, Dia bagi ujian ni untuk Irish.
Dia lebih tahu sejauh mana kemampuan Irish. Jalan hidup manusia takkan sama.
Ada yang mudah. Ada yang penuh dengan liku-liku. Tapi tujuannya cuma satu.
Untuk mencari kegembiraan dan kebahagian. Kita tak boleh cakap jalan hidup
orang tu mudah dan senang, jadi kita nak yang macam tu. Mungkin kekuatan diri
dia hanya setakat itu. Itu bahagian dia. Tapi Irish lain. Sebab Irish kuat, ini
bahagian untuk Irish. Ingat, Allah takkan uji hambanya lebih dari kemampuan
yang dia ada. Kalau along ada kat tempat Irish pun, along tak rasa along mampu
jadi kuat macam Irish. Silap haribulan along boleh malu tau sebab kalah dengan
adik along yang perempuan ni!”
Spontan terdengar tawa kecil menerpa telinganya. Izzul
pasti Irish sudah kembali reda. Lantas dia mengeratkan pelukan. Dalam sendunya,
terselit sedikit senyum di bibir. Siapa sangka. Dalam seumur hidup, inilah
pertama kali Irish ingin berkongsi perasaannya dengan seseorang. Dan dia
bertuah kerana menjadi orang itu malam ini, walau mungkin tidak seluruhnya.
“Biarlah, Rish. Biarkan jika ada orang yang akan mengeji
kita, mencaci kita, menghina kita sekarang dan juga nanti. Tanpa mereka tahu
sebab yang sebenarnya. Tapi takkan sekali-kali kita akan mati dek kejian tu.
Mulut manusia memang tak boleh ditutup. Sebab tu mereka bebas bercakap apa
saja. Hingga kadang sanggup mengambil tugas Allah untuk menghukum kesalahan
orang lain. Walaupun diri sendiri ada kesalahan masing-masing. Mungkin mereka
lupa Allah tu lebih berkuasa. Tapi tak semua manusia macam tu. Masih ada lagi
yang mampu berfikir dengan baik dan matang kat luar sana. Sama ada kita dah
jumpa, akan jumpa, atau takkan jumpa lansung. Allah lebih tahu
segalanya-galanya, Rish. Dia tak pernah minta kita fikirkan jalan keluar untuk
segala masalah sehingga penat. Yang Dia minta pada hambaNya hanyalah bersabar
dan sentiasa bersolat memohon doa. Insyaallah, ganjaranNya pasti akan datang
jua nanti. Keep my words.”
Irish
mengeratkan pelukannya pada Izzul, seolah-olah meminta perlindungan dari lelaki
itu. Juga sedikit kekuatan untuk dirinya.
“Just forget about the past, Irish. Keep
walking to find your own happiness. Insyaallah, someone is waiting you with it in front there!” bisik Izzul bersama
maksud yang begitu mendalam buat Irish.
No comments:
Post a Comment