P
|
“Your boss ada?” soal gadis itu tanpa
secalit senyuman menghiasi bibir.
“Maksud
cik, Tengku Harrys?” Natasya inginkan kepastian.
“Why? How
many bosses do you have?” sedikit meninggi suara gadis itu kali ini.
“Maaf
ya, cik. Memang boss saya Tengku
Harrys. Tapi Tengku Haiyan dan Tengku Hafiy pun boss kat sini. Jadi tak salah kan kalau saya nak confirmation dari cik.”
Sedikit berubah wajah gadis itu
mendengar kata-kata Natasya. Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata tersebut,
kedengaran pintu bilik terkuak.
“You watch out, okay!” tingkah gadis itu
bagai memberi amaran sebelum beredar. Natasya hanya mencebik sebagai tanda
tidak menghiraukan amaran tersebut.
“Apa-apalah perempuan! Kau yang datang
tempat orang, salam tak ada apa tak ada, nak marah-marah pulak. Ingat aku
hairan!”
“Hey! Membebel sorang-sorang ni kenapa?”
sergah Insyirah melihatkan rakannya mengomel sendirian sambil memegang beberapa
fail untuk dibawa ke bilik Tengku Harrys.
“Tu! Minah salleh celup tu!”
“Siapa tu?”
“Entah. Pagi-pagi dah buat hal!” Natasya
menjungkitkan bahu tanda tidak mengetahui gerangan gadis itu. Pantang betul dia
orang yang tidak tahu beradab seperti itu.
“Hai,
cousin!”
“Eh,
Lissa!” Tengku Hafiy yang baru keluar dari bilik adiknya, sedikit terkejut
dengan kehadiran gadis itu secara tiba-tiba. “What a surprise! Bila balik?”
“Last night. Tu yang terus datang sini
pagi-pagi ni. Saja nak buat surprise.”
“Sorang
je? Zafran mana?”
“Hmm...
tidur lagi kat rumah tu. Kejutkan jugak tadi minta dia temankan I ke sini. Worthless!”
Tengku Hafiy tergelak kecil. “I tak tahu
pulak you dengan Zafran dah balik. Tak
dengar apa-apa news pun?” jelas
Tengku Hafiy. Memang dia tidak mendengar sebarang berita sama ada dari mama
atau papanya. Biasa kedua orang tuanya akan memberitahu tentang kepulangan dua
beradik itu. Itu pun melalui Pak Ngahnya, Tengku Arham.
“Saja
tak nak bagitahu. Nama pun surprise,
kan. Ermm... Harrys ada, Fiy?”
“Ada
dalam bilik dia. We all ada discussion sikit tadi.”
“So, dah habis kan? Bolehlah kalau I nak jumpa dia.”
“Yup. Tapi dia tengah discuss lagi dengan assistant dia. Kalau nasib you
baik, baiklah kut. Macam you tak
kenal si Harrys tu.”
Tengku
Melissa hanya tersenyum. Memang dia kenal sangat dengan perangai sepupunya yang
seorang itu. Kalau sedang melakukan sesuatu kerja memang serius. Jangan ada
sesiapa pun yang cuba mengganggunya.
“Tak
apa. I cuba dulu.”
“Okay. Good Luck!” Tengku Hafiy meninggalkan Tengku Melissa di situ lalu
bergerak ke biliknya. Banyak urusan yang perlu diselesaikannya hari ini.
Melihat kelibat sepupunya sudah pergi,
Tengku Melissa segera menghampiri pintu bilik pejabat Tengku Harrys. Terasa ada
sedikit debaran di dadanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan jejaka itu.
Seingatnya hampir dua tahun sejak dia dan abangnya tidak pernah pulang ke
Malaysia. Gadis itu cuba menenangkan dirinya sebelum mengetuk pintu bilik tersebut.
Sejurus itu, kedengaran suara lelaki memberi arahan masuk dari dalam. Perlahan
daun pintu dibuka. Sebaik melangkah masuk, matanya terus menangkap sesusuk
tubuh yang segak dengan pakaian lengkap pejabat sedang khusyuk meneliti fail di
atas meja. Kemudian matanya dihala pula pada seorang gadis yang duduk
berhadapan lelaki itu, juga sedang menatap fail di hadapannya. Nampak serius
kedua-dua mereka.
“Yes,
Tasya. Ada apa?” Tengku Harrys bersuara tanpa mengangkat wajahnya.
“Tengku Harrys Damien.”
Spontan lelaki itu mendongak apabila
nama penuhnya disebut. Keningnya berkerut. Sedikit hairan apabila gadis yang
sedang berdiri di hadapannya itu tiba-tiba muncul. Irish yang berada di situ,
turut menoleh.
“Lissa.”
“Hai!
Long time no see you. How are you, my dear cousin?” sapa Tengku Melissa
penuh ceria. Dua tahun tidak berjumpa, banyak perubahan yang dia lihat pada
diri Tengku Harrys. Makin kacak dan segak lelaki di hadapannya ini. Lelaki yang
dalam diam dipujanya sejak dari zaman sekolah lagi. Cuma satu sahaja yang tidak
berubah tentang lelaki itu. Senyumannya. Dari dulu memang sukar untuk melihat senyuman
terukir di bibir lelaki itu.
“Fine.
Bila sampai?”
“Last
night. Then I terus datang sini pagi-pagi ni. Rindu nak jumpa you!”
Irish yang hanya menjadi pemerhati
semenjak gadis yang dipanggil Lissa itu masuk ke bilik ini tadi, semakin tidak
selesa untuk berada di bilik tersebut. Tengku Harrys yang turut menyedari hanya
memandang sahaja gadis itu yang sudah kelihatan sedikit gelisah.
“You
busy ke, Rys? I ingat nak ajak you lunch today.”
Tengku Melissa datang menghampiri Tengku
Harrys dan duduk di sisi lelaki itu sebelum memeluk lehernya tanpa menghiraukan
Irish yang berada di hadapan. Sekali lagi mata Tengku Harrys tepat memandang
wajah Irish. Merona merah muka gadis itu. Dia sendiri terkejut diperlakukan
Tengku Melissa sebegini. Selama ini tidak ada seorang pun perempuan yang berani
mendekatinya, apatah lagi menyentuhnya begini.
“Sorry,
Lissa. I’m really busy right now. You ajaklah orang lain,” balas Tengku Harrys lalu ditolak tangan
gadis itu agar tidak terus berkelakuan sedemikian.
“Alaa... you ni. I baru balik. So, jomlah lunch dengan I. Then temankan I jalan-jalan and shopping.
Boleh, kan?” sekali lagi Tengku Melissa memaut leher Tengku Harrys.
Tidak betah lagi melihat keadaan itu,
Irish lansung mengemas barang-barangnya untuk beredar. “Err... saya keluar
dulu, Tengku. We continue later.”
Tanpa memandang kedua-dua mereka di
hadapan, Irish terus sahaja beredar walaupun Tengku Harrys tidak berkata
apa-apa. Cepat sahaja kakinya melangkah menghampiri pintu tanpa menoleh ke
belakang lagi.
‘Fuh! Nasib baik. Selamat aku!’
tersandar seketika Irish di pintu sebaik keluar dari bilik Tengku Harrys. Lega
rasanya dia dapat meloloskan diri dari kedua-dua manusia berkenaan. Pantas
langkah diatur kembali menuju ke biliknya.
“Cik Irish!”
“Hmm?” Bagai hendak luruh jantung Irish
dengan teriakan itu. Sudahlah kejutan di bilik Tengku Harrys tadi belum hilang,
sekarang yang ini pula.
“Cik Irish okay ke? Cemas semacam je. Kenapa? Ada problem ke?” Insyirah yang masih lagi berada di meja Natasya,
bertanya pada Irish apabila melihatkan ketuanya itu tergesa-gesa keluar dari
bilik Tengku Harrys.
“Banyaknya soalan, In. Mana satu saya
kena jawab dulu?” tutur Irish sambil menghampiri kedua gadis tersebut.
“Alamak, Cik Irish. Sorry!”
“Cik Irish kenapa? Keluar tergesa-gesa
macam baru nampak hantu je dalam bilik boss
saya tu. Ke sebab minah salleh celup tu?” soal Natasya pula.
“Minah salleh celup?”
“Alaa... perempuan dalam bilik Tengku
Harrys tulah, Cik Irish. Siapa lagi!”
“Oh. Maksud awak Lissa?”
“Oooo... Itu Tengku Melissa ke? Awat
lain benar rupa dia? Tak macam dulu dah.”
“Kau kenal ke, In? Siapa dia tu?” tanya
Natasya pada rakannya. Maklumlah, Insyirah sudah berkhidmat lama di sini.
Sedangkan dia masih baru sejak menyandang jawatan sebagai setiausaha Tengku
Harrys. Mestilah dia tidak begitu mengenali orang-orang yang pernah datang ke
syarikat ini.
“Dia tu sepupu Tengku Hafiy dengan
Tengku Harrys. Kiranya anak buah our big
bosslah. Tapi rupa dia lain sikitlah. Tak macam dulu. Tu yang aku tak cam
tadi.”
“Oooo... macam tu ke? Tak kiralah sepupu ke, anak buah ke, apa ke.
Beradablah sikit. Harap muka je cantik. Tapi perangai, haram!” Natasya terus
meluahkan rasa marahnya. Nampak benar dia tidak berkenan dengan gadis itu sejak
dari awal tadi.
“Memang dari dulu dia macam tu. Tak ada
sesiapa pun yang suka, Tasya. Bertuahlah kalau ada yang suka.”
“Hmm... patut pun! Eh, yang Cik Irish ni
pun belum jawab soalan lagi. Kenapa tiba-tiba Cik Irish keluar macam tu je
tadi?”
“Tak ada apalah, Tasya. Rasa macam saya
menganggu pulak ada kat dalam tu. So,
saya keluarlah.”
“Are
you sure, Cik Irish?” Insyirah seakan tidak berpuas hati dengan jawapan
itu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, kedengaran bunyi
suara seperti orang sedang marah dari arah bilik Tengku Harrys. Beberapa saat
kemudian, pintu bilik itu terbuka. Kelibat Tengku Harrys muncul sebelum lelaki
itu berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.
“Sampai hati you halau I macam ni,
Harrys!”
“I
tak halau. I dah cakap baik-baik tapi
you yang tak faham.”
“I
cuma minta you teman I. Tu je. Susah sangat ke?!”
“I’m
very busy, Lissa. So, please!”
Tengku Harrys menunjukkan isyarat pada Tengku Melissa agar segera beredar dari biliknya.
Sebolehnya dia cuba menahan nada suaranya agar tidak didengari oleh semua yang
berada di tingkat itu.
“Okay,
fine! Today is your day, Harrys!”
Tanpa menunggu lagi, Tengku Melissa
segera berlalu meninggalkan tempat itu dengan muka yang merah padam. Kecewa
dirinya apabila dilayan sebegitu oleh Tengku Harrys. Sangkanya lelaki itu sudah
berubah. Tetapi hatinya tetap keras seperti dulu.
Natasya, Insyirah serta Irish yang masih
lagi berada di situ hanya terkaku menyaksikan adengan tersebut. Masing-masing
terdiam. Kecut perut melihatkan kemarahan Tengku Harrys. Ini kali pertama
mereka melihat lelaki itu berkeadaan seperti ini.
“Irish!”
“Hmm?” spontan Irish menyahut panggilan
itu.
“Masuk bilik saya!”
Tanpa menunggu sebarang jawapan, lelaki
itu masuk semula ke dalam biliknya. Terpinga-pinga Irish. Dipandangnya Natasya
dan Insyirah silih berganti, bagai memohon pertolongan. Namun kedua-dua gadis
itu sekadar menjungkitkan bahu.
“Sorry,
Cik Irish. Bab-bab ni kita orang tak boleh nak handle!” ujar Natasya sambil
tersengih. Irish mengeluh akur.
“Dan ini fail-fail yang Cik Irish minta
tadi.” Insyirah menyerahkan beberapa fail di tangannya kepada Irish. “Ingat nak
bagi dari tadi. Tapi ada tetamu tu...,” kata-kata Insyirah terhenti di situ.
“Tak apa. Terima kasih, In."
Dengan langkah yang longlai, Irish
memasuki semula bilik Tengku Harrys. Melangkah sahaja di muka pintu, renungan
Tengku Harrys lebih dahulu menyapanya. Tanpa menghiraukan pandangan tersebut,
Irish menutup kembali pintu dan terus mengambil tempat yang ditinggalkannya
tadi. Fail-fail di tangan diletakkan di atas meja lalu dibuka.
“Kenapa keluar tadi?”
“Hmm?”
“Ada saya benarkan?”
Irish menundukkan wajahnya. Agak lama dia
terdiam.
“Ada saya benarkan?” sekali lagi Tengku
Harrys menyoal.
“Tak ada.”
“So,
kenapa keluar?”
“Saya cuma tak nak menganggu.”
“Tak nak mengganggu atau tak sanggup nak
tengok saya kena peluk macam tu?”
Serta-merta Irish memandang Tengku
Harrys yang masih lagi merenung ke arahnya. Sedikit terkejut dengan kata-kata
lelaki itu. ‘Hmmhh... kenapa pulak dia ni?’
“Am
I right, Miss Irish Qiara?”
“Err... saya cuma tak nak mengganggu.
Itu je. Boleh kita sambung discussion
tadi?”
Tanpa menunggu jawapan lelaki itu, Irish
meneruskan tugasnya yang tergendala dek kehadiran gadis yang bernama Tengku
Melissa sebentar tadi. Dia cuba berlagak tenang sambil meneliti satu persatu
dokumen di depan mata walaupun menyedari renungan Tengku Harrys masih lagi
melekat di wajahnya.
‘Biarkanlah. Kau tak buat salah apa-apa
pun, Irish. Tak perlu takut.’
“Next
time bertindak mengikut arahan saya. I
am your boss, right. So apa-apa
yang awak buat, waktu dengan saya, mesti dapat izin dari saya dulu. Selagi saya
tak suruh pergi, stay with me. Understand?”
Irish hanya membatukan diri. Soalan tadi hanya dibiarkan
berlalu tanpa jawapan.
“Irish Qiara.....”
“Yes, Tengku!”
sahut Irish sebelum sempat Tengku Harrys menghabiskan ayatnya. Bimbang dia
sekiranya angin tak baik lelaki ini datang lagi seperti tadi. Sedikit pun tidak
diangkat wajahnya. Tidak berani untuk menentang renungan lelaki di
hadapan.
Mata Tengku Harrys masih tidak lepas dari memandang
Irish. Entah kenapa emosinya agak terganggu hari ini. Ditambah dengan kehadiran
Tengku Melissa ke sini secara mengejut. Serta-merta ingatannya melayang pada
butir perbualan bersama mamanya lewat malam tadi. Mengingatkan itu, rasa
marahnya kembali menerjah. Pantas kepalanya disandarkan pada kerusi. Matanya
turut dipejamkan. Cuba mengusir segala andaian yang muncul di benak ketika ini.
Setelah itu kelopak matanya dibuka semula. Wajah Irish kembali menerpa. Dia
tidak tahu. Melihat saja wajah gadis itu membuatkan hatinya sedikit tenang. Dan
dia memerlukan beberapa minit lagi untuk terus menatap wajah mulus itu bagi
menghilangkan segala perasaan yang sedang berperang di dalam jiwanya saat ini.
“RUGI betul aku tak tengok drama pagi tadi. Mesti gempak, kan?” begitu teruja Zaryn mendengar cerita dari Insyirah dan Natasya mengenai insiden yang berlaku pagi tadi. Tengahari itu mereka makan seperti biasa di kedai makan Mak Ani.
“Tulah. Memang rugi kau, Ryn. Kau patut
tengok macam mana muka minah salleh celup tu kena marah dengan Tengku Harrys.
Merah habis! Betul tak, In?”
“Memang patut Tengku Harrys buat macam
tu. Perempuan gedik tu je ubatnya!”
“Mesti ada sebabnya Tengku Harrys marah
sampai macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. Cool
je dia.” Kak Maisarah mencelah perbualan tersebut.
“Ha! Yang tu kena Tanya Cik Irish. Sebab
Cik Irish yang ada dalam bilik boss
masa mula-mula Tengku Melissa tu masuk.”
Kata-kata Natasya itu menyebabkan semua
mata tertumpu pada Irish.
“Betul ke, Cik Irish? Awatnya sampai
jadi macam tu?”
“Eh! tak adalah, Zaryn Dengarlah cakap
Tasya tu. Saya tak tahu apa-apa pun.”
“Alaa... Cik Irish. Cerita jelah. Kita
orang cuma nak tahu je,” pinta Zaryn lagi.
“Betul. Saya tak tahu apa pun. Lepas
Tengku Melissa tu masuk, saya terus keluar dari bilik tu. Tak naklah ganggu privacy diorang.”
“Memang sejak dulu Tengku Harrys tak
berapa layan cousin dia tu, kan.
Tengok jelah masa annual dinner
syarikat dulu. Tengku Melissa tu je yang dok tergedik-gedik kat Tengku Harrys.
Tapi Tengku Harrys mana layan pun. Tak kuasa betul akak tengok!” Kak Maisarah
pula melempiaskan rasa geramnya. Hampir tujuh tahun bekerja di Haiyan Holdings,
sedikit sebanyak dia turut mengetahui apa yang berlaku di syarikat tersebut.
“Eeuuwww! Itu perempuan tak ada rasa
malu, maa! What’s wrong with her?”
“Mentallah kalau dah macam tu, Elaine!
Dah orang tak layan yang dia nak terhegeh-hegeh buat apa!”
“Sabar, Tasya.” Irish cuba menenangkan
Natasya yang berada di sebelahnya.
“Saya ni bukan apa, Cik Irish. Kita
orang Malaysia ada adab, kan? Berbudi bahasalah sikit. Ini tidak. Dahlah masuk
tempat orang, lepas tu nak marah-marah pulak. Ha... kan dah kena marah balik!
Padan dengan muka dia!”
“Sabar jelah, Tasya. Nak buat macam
mana. Dah memang rupa dia lagu tu. Patut pun Tengku Harrys tak layan dari dulu.
Cuba kalau macam Cik Irish ni. Memang cairlah hati Tengku Harrys tu!”
“Tak adalah, Kak Mai. Kalau hati dah
suka, teruk mana pun kena terima.” Irish meluahkan pendapatnya. Ingatan terus
melayang pada kejadian di bilik Tengku Harrys pagi tadi saat sepupunya itu
memaut lehernya. Dilihat Tengku Harrys hanya membiarkan sahaja dirinya
diperlakukan sebegitu. Menolak tidak, membiarkannya pun tidak.
‘Tak suka, ya. Memang lelaki macam tu
agaknya. Luar kata lain, dalam hati siapa tahu?’ hati Irish berbicara sendiri.
“Tak apa. Hari ni aku tak dapat tengok.
Kita tunggu masa annual dinner
syarikat next week. Tak sabar aku nak
tengok drama apa pulak akan jadi kali ni!” Tersenyum-senyum Zaryn menuturkan
kata-katanya.
“Aku setuju! Aku pun tak sabar nak
tengok next acting minah salleh celup
tu!”
“Yang you Tasya, tak habis-habis panggil itu amoi macam tu kenapa maa?”
“Kau patut tengok dia dulu, Elaine. Then kau pun akan setuju dengan panggilan
aku ni. Tak sedar diri tu orang Melayu, ada hati nak jadi orang putih. Orang
putih pun tak over macam dialah! Kan,
In?”
“Exactly!”
Dan perbualan mereka tengahari itu
semakin rancak membicarakan kejadian yang berlaku pagi tadi. Perasaan ingin
tahu semakin membuak-buak memandangkan inilah kali pertama kejadian sebegini
berlaku di Haiyan Holdings.
No comments:
Post a Comment