“A
|
“Tak tahulah. Lepas makan malam tadi terus hilang
diorang. Ada dalam bilik Irish agaknya,” duga Puan Qarina seraya melabuhkan
duduk di sebelah suaminya. Beberapa minit kemudian barulah terpancul wajah
Irish dan Irma di ruang tamu tersebut bersama gelak ketawa mereka, sekaligus
membuatkan tumpuan yang lain terganggu pada rancangan yang sedang ditayangkan
di kaca TV.
“Happy
nampak!” spontan Irhan menyapa.
“Ya ke?
Biasa je. Tapi, kalau semua orang tahu pun mesti happy jugak!”
“Apa
dia? Irfan nak dapat anak buah baru ke, Kak Lang?” Irfan bagaikan teruja ingin
mengetahui berita tersebut. Kebetulan dia balik bercuti hujung minggu itu,
dapatlah dia berkumpul dengan ahli keluarganya yang lain.
“Ishh,
Irfan ni! Ke situ pulak fikir dia!”
“Habis
dah tengok Kak Lang happy semacam!
Kalau bukan tu, apa dia?” tanya Irfan lagi sambil menggosok-gosok lengannya
yang sedikit pedih akibat dipukul Kak Langnya.
“Ada
orang tu dah dapat kerja. Lepas ni bolehlah belanja kita semua!” seloroh Irma
seraya melirik ke arah Irish dengan senyuman penuh makna.
Semua
mata yang ada di situ tertumpu pada Irma, dan kemudiannya jatuh pada wajah
Irish. Pandangan mata menggantikan mulut sebagai isyarat menyoal pada gadis
itu. Melihatkan semua ahli keluarganya bagaikan ternanti-nanti, akhirnya Irish
menggangguk-anggukkan kepalanya tanda mengiakan berita yang baru disampaikan
oleh Irma itu.
“Wah! Tahniah, tahniah! Alhamdulillah!” Kedengaran
suara-suara gembira keluar dari mulut mereka yang berada di ruangan keluarga
itu.
“Senyap-senyap
je Irish, kan. Saja nak bagi surprise,
ya?”
“Tak
adalah, umi. Saja Irish nak tunggu semua ada macam ni baru bagitahu.”
“Syukur
Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak rezeki Irish. Betul kan ayah cakap? Ada
rezeki Irish nanti tak ke mana. Cuma lambat sikit je Dia bagi.”
“Alhamdulillah.
Berkat doa ayah, umi dan semuanya jugak.”
“Company mana, Rish?” Izzul menyoal
tiba-tiba.
“Haiyan
Holdings.”
Serentak itu mata Izzul terarah ke wajah adiknya.
“Serius? Company kawan along tu?”
tanya Izzul seakan tidak percaya.
“Iyalah,
long. Kenapa?”
“Tak ada
apa. Along ingatkan tak dapat. Yelah, dah lama jugak baru dapat jawapan sejak
along hantar interview hari tu.”
“Hmm,
tulah. Irish ingat pun tak dapat. Tapi tengahari semalam baru diorang call bagitahu,” jelas Irish. Memang
pada mulanya dia juga menyangka temuduga itu tidak berjaya disebabkan sudah
hampir tiga minggu lebih tiada apa-apa jawapan yang diterima
“So, bila kena lapor diri?” soal Iman.
“Isnin
depan.”
“Drive sendiri? Ke berulang-alik?”
“Ya kut,
Kak Ngah. Semalam masa call ada jugak
diorang bagitahu yang syarikat ada sediakan
apartment untuk staff. Tapi,
Irish rasa baik Irish berulang jelah. Lebih selesa tinggal kat rumah sendiri.
Lagipun, tak boleh nak tinggalkan umi, ayah dengan adik-adik lama. Nanti rindu.
Lagi-lagi dengan Irfan ni.”
“Tahu tak apa!” Irfan membalas kembali gurauan kakaknya
itu. Belum sempat Irish ingin memukulnya, kali ini Irfan sudah terlebih dahulu
menjauhkan diri. Dan seisi ruangan itu dipenuhi dengan deraian tawa mereka yang
lain.
MALAM sudah semakin larut kala Irish melangkah masuk ke dalam
biliknya. Ahli keluarganya yang lain turut berbuat demikian setelah puas
bersembang panjang tadi. Menjelang malam begini sudah tentulah masing-masing
ingin merehatkan diri setelah penat melakukan aktiviti seharian.
Irish
merebahkan badannya di atas katil. Namun matanya tidak mahu pejam. Sudahnya dia
hanya berbaring sambil merenung kipas yang sedang berputar di syiling.
Sebagaimana kipas itu berputar, begitu jugalah dirasakan putaran hidupnya
selama dua puluh empat tahun bernafas di muka bumi ini. Mindanya mula
berlegar-legar mengingati sorotan kisah hidupnya dari zaman kecil hinggalah menginjak
ke alam remaja. Bagaimana dia mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan,
kemudian melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, dan selepas ini dia akan
mula memasuki alam pekerjaan pula. Begitu pantas masa berlalu. Baru dirasakan
semalam dia belajar mengeja di sekolah tadika. Tetapi hari ini dia sudah
menamatkan pengajiannya di menara gading dengan segulung ijazah. Dan lusa, dia
akan memulakan khidmatnya di salah sebuah syarikat yang boleh dikatakan cukup
gah di negara ini.
“Dah ready ke kau nak kerja ni, Irish? Macam
tak je tengok. Ishh!”
Irish
meraup wajahnya, cuba mengusir perasaan tersebut jauh dari hati. Dikumpulkan
sedikit kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang selepas ini. Usahanya
berhasil apabila sedikit keyakinan mula datang bertamu dalam diri. Lantas mulut
kecil itu tersenyum nipis.
“Boleh.
Kau boleh, Irish. Insyaallah pasti boleh. Semangat!”
Sesudah
itu, mindanya kembali berputar mengingati satu persatu peristiwa yang berlaku
sepanjang hidupnya. Pelbagai suka dan duka telah ditempuh. Dari kisah-kisah
yang menggembirakan hinggalah ke cerita yang menyedihkan itu. Terdetik sesuatu
di dalam hati. Andai dirinya tidak kuat, mungkin dia tidak akan berada hinggap
ke tahap sekarang ini. Melukakan hati banyak pihak. Dan yang lebih teruk lagi,
mehancurkan masa depannya sendiri. Syukur Alhamdulillah, Allah masih sentiasa
bersamanya. Dan akan tetap terus bersama seandainya dia sendiri tidak pernah
lupa dan leka kepada Penciptanya itu.
Irish
melepaskan keluhan. Diraup wajahnya sekali lagi.
“Haishh! Kenapa
mata ni tak nak pejam-pejam ni?”
Digosok-gosok matanya yang sedikit pedih. Kemudian dia
beralih kedudukan dari menelentang hingga mengiring pula kini. Namun matanya
masih tetap segar. Jam di sisi katil ditenung. Sudah pukul 2.00 pagi. Lantas
dia bangun dari pembaringan.
“Ishh,
tak boleh jadi ni! Daripada dok guling-guling tapi tak mahu pejam jugak, baik
aku ambil air sembahyang. Sembahyang sunat lepas tu mengaji. Lagi bagus!”
Serentak
itu Irish turun dari katilnya perlahan-lahan dan kemudian menuju ke bilik air
untuk mengambil wuduk dengan mulut yang tidak henti-henti mengomel.
“Kau ni mata bila suruh pejam, tak nak pejam. Bila time nak buat kerja, masa tulah kau nak
tertutup, kan? Saja betul!”
2 comments:
alahai...mcm pendek je...xpuas bc dh hbs....nk lagiiiiiii....hehehe....
pendek ya? :) ini je idea yg terkeluar.. insyaallah akan di smbung lg.. nantikan ya.... anyway, thanks for ur support!
Post a Comment