Google+ Followers

Friday, October 3, 2014

BAB 22 : BAYANGAN GURAUAN






“B
ERAPA hari Irish pergi kali ni?” Izzul bertanya sebaik keretanya berhenti di lampu isyarat merah. Seperti yang dirancang, pagi itu dia masuk lambat ke pejabat untuk menghantar Irish yang mempunyai tugasan luar minggu ini.

“Tak tahu lagi, long. Depends pada kerja. Dah selesai semua kat sana baru boleh balik.”

Izzul mendengar sahaja jawapan yang keluar dari mulut Irish. Dia tidak kisah sangat adik perempuannya itu outstation ke mana-mana kerana setahu dia, setiap kali Irish pergi pastinya Tengku Hafiy akan turut sama. Jadi dia tidaklah begitu risau kerana tahu rakannya itu boleh diharapkan untuk menjaga dan melihat-lihat Irish.

“Hafiy ikut sekali, kan?”

“Kali ni tak.”

Sepantas kilat Izzul menoleh Irish di sebelah. “Hah?! Kenapa pulak?”

“Kalau iya pun along pandanglah depan. Kan along tengah drive tu.”

“Ya, along tahu. Tapi kenapa Hafiy tak ikut sekali?” tanya Izzul sekali lagi.

“Abang Hafiy ada hal penting yang lain. Sebab tu dia tak boleh nak follow.”

Izzul terdiam. Baru tadi dia berasa senang. Tetapi berita yang baru didengarnya ini membuatkan hatinya mula dipagut risau.

“Habis, siapa yang lead korang kat sana nanti?”

“Adik dia.”

“Tengku Harrys?”

Irish mengangguk. Sebentar kemudian terdengar keluhan dari alongnya.

“Along janganlah risau. Irish boleh jaga diri. Lagipun Kak Faridah kan ada. Adalah jugak kawan perempuan,” jelas Irish, ingin menyedapkan hati Izzul. Padahal hati dia sendiri pun belum tentu tenang.

Suasana di dalam kereta itu sunyi kembali. Masing-masing mendiamkan diri. Hinggalah kereta milik Izzul tiba di hadapan bangunan Haiyan Holdings. Sebaik mereka keluar dari kereta, kelihatan Tengku Hafiy sudah tersenyum-senyum dari jauh. Pantas lelaki itu datang menghampiri mereka berdua.

“Long, Irish nak naik office sekejap. Nak ambil barang sikit,” beritahu Irish. Sempat dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada Tengku Hafiy yang sudah terpacak di sebelah Izzu sebelum berlalu pergi.

“Betul ke kali ni kau tak ikut?” Izzul bertanya sebaik kelibat Irish semakin menjauh.

“Hmm. Aku terpaksa attend meeting dengan Kementerian. Nak suruh Harrys, he still new. Belum mahir seratus peratus hal syarikat. So, aku minta dia follow outstation kali ni. Biar dia tahu sikit projek-projek kat luar tu,” terang Tengku Hafiy pada Izzul. Namun bila melihat rakannya hanya diam membisu, dia tahu lelaki itu sedang memikirkan sesuatu.

“Hey! Kau jangan risaulah! Aku dah pesan kat Harrys suruh tengok-tengokkan adik kau bila kat sana nanti. Aku tahu dia boleh diharapkan. Kau pun kenal dia macam mana, kan?” ujar Tengku Hafiy sambil menepuk-nepuk bahu Izzul, cuba mententeramkan rasa gundah rakannya.

Beberapa minit berlalu, Irish dilihat turun bersama Kak Faridah sambil tangan kanannya membawakan beg kecil kepunyaan wanita itu manakala sebelah lagi  memegang beberapa buah fail. Dari jauh dia dapat melihat Tengku Harrys sudah ada bersama-sama Tengku Hafiy dan alongnya. Spontan jantung Irish berdegup laju. Dan sebaik dia dan Kak Faridah menghampiri kelompok itu, perbualan ketiga-tiganya terhenti. Izzul datang mendapatkan adiknya.

“Dah ambil barang dah?”

“Dah, long.”

Izzul berlalu ke bonnet keretanya untuk mengeluarkan barang-barang milik Irish yang berupa sebuah luggage beserta sebuah beg bersaiz sederhana besar lalu diletakkan di sebelah beg-beg kepunyaan Kak Faridah. Kemudian dia menghampiri Irish semula.

“Along dah nak pergi kerja?”

“Hmm. Irish pun dah nak gerak kan kejap lagi?” pertanyaannya itu dibalas dengan anggukkan oleh Irish. “Jaga diri baik-baik kat sana. Kalau ada apa-apa terus call along, atau family kat rumah.”

Sekali lagi Irish mengangguk. “Insyaallah. Along jangan risau. Irish tahu jaga diri.”

“Mahunya tak risau! Dengan Hafiy pun tak ada,” keluh lelaki itu. “Okaylah, along pergi dulu.” Lantas salam dihulurkan. Sebaik Irish mencium tangannya, terus sahaja ditarik adiknya itu sebelum kepala gadis itu dikucup seperti selalu. Dan kelakuan mereka itu disaksikan oleh yang lain, termasuk Tengku Harrys.

“Dah sampai nanti jangan lupa bagitahu along dengan family,” pesan Izzul sekali lagi sebelum berlalu meninggalkan Irish.

Okay, Fiy. Aku gerak dulu!” Izzul bersalaman dengan rakannya itu sebelum beralih pada Tengku Harrys pula. “Tolong tengok-tengokkan Irish kat sana nanti, Rys.” Pinta Izzul seraya menghulurkan tangan dengan satu renungan mata yang penuh mengharap. Genggaman salam yang disambut lelaki itu juga dieratkan.

“Insyaallah.”

Hanya itu yang jawapan yang terlahir di mulut Tengku Harrys. Dapat dirasakan permintaan Izzul itu bagaikan satu amanah berat untuk dia pikul. Lebih-lebih lagi selepas melihat keakraban hubungan dua beradik itu sebentar tadi.

Izzul beredar menghampiri kereta. Sebelum masuk, sempat dia berpaling pada Irish yang kebetulan memandang ke arahnya. Sebuah senyuman di bibir gadis tinggi lampai itu terukir manis untuknya.

‘Kau tak tahu macam mana along sayangkan kau.’ Namun kata-kata itu hanya terluah di sudut hati. Lantas Izzul masuk ke dalam kereta sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi dengan mata yang sedikit berair.

Melihat kereta Izzul yang sudah menjauh, Irish mendapatkan semula Kak Faridah yang sedang bercakap di telefon. Wakil dari finance department sudah ada kesemuanya. Hanya tinggal wakil dari bahagian construction sahaja tiba sebelum berangkat pergi.

“Itu ke abang Irish?” tanya Kak Faridah sebaik selesai perbualannya di telefon.

“Hmm. Tulah along Irish,” jawab gadis itu. Memang Kak Faridah belum pernah bertemu dengan Izzul. Sebelum ini wanita itu akan sampai lambat apabila mereka ada tugasan luar. Cuma baru kali ini suaminya dapat menghantar sedikit awal dari biasa.

Handsome! Dah kahwin dah?”

Irish tergelak kecil. “Dah. Dah ada anak tiga pun, kak.”

“Oh, ya ke? Tapi tak macam orang dah ada anak pun. Memang kenal dengan boss ke along Irish tu?”

“Along dulu satu universiti dengan Tengku Hafiy.”

“Oooo! Along Irish anak dah tiga. Tapi boss tu bila entah nak dapat rasa nasi minyak dia, kan!” 

Sekali lagi Irish tergelak dengan jenaka Kak Faridah. Pagi-pagi lagi Kak Faridah sudah buatkan moodnya ceria. Namun gelak tawanya terhenti sebaik terpandangkan Tengku Harrys yang sedang bersandar di kereta sambil berpeluk tubuh memerhatikannya dari jauh. Terus sahaja dia melarikan pandangannya dari lelaki itu.

Tepat jam 9.30 pagi, kesemuanya bersedia untuk memulakan perjalanan. Hanya Tengku

Harrys dan Encik Hazman yang membawa kereta kali ini. Pilihan diberikan pada yang lain untuk menaiki yang mana. Ingin sahaja Irish memeluk Kak Faridah dan mengucapkan terima kasih pada wanita itu kerana menawarkan diri untuk menaiki kereta Encik Hazman bersamanya dan juga Henry. Sementara Encik Saiful pula akan menemani Tengku Harrys memandu keretanya.

‘Selamat kau, Irish. Tapi kali nilah. Lain kali, belum tentu lagi. Jadi, bersiap sedia sajalah!’ Irish bermonolog sendiri apabila kereta Encik Hazman mula bergerak mengikuti kereta Tengku Harrys dari belakang, meninggalkan perkarangan bangunan Haiyan Holdings untuk menuju ke tapak projek yang terletak di Selatan Malaysia itu.


                                                                                                                            
WAKTU sudah menghampiri 6.30 petang sewaktu mereka tiba di hotel. Sampai sahaja di Johor Bahru tengahari tadi mereka terus bergerak ke tapak projek bagi meninjau dahulu keadaan di sana sebelum memulakan kerja keesokan hari.

            “Okay, guys! Dah boleh gerak ke bilik masing-masing. Ini kuncinya.” Encik Saiful bersuara sambil menghulurkan kunci bilik berbentuk sebuah kad. “Faridah, you satu bilik dengan Irish. Saya dengan Hazman satu bilik. Ha, Tengku Harrys dengan Henry ni special sikit! Seorang satu bilik.”

             “Aik! Apa pasal I seorang satu bilik, Encik Saiful?” tanya Henry kehairanan.

         “Itu Executive Suite yang ada twin rooms sudah fulllah, Henry. So Tengku booked Premier Suite untuk you. Tak apa. Agak-agak you takut tidur sorang malam-malam, lari jelah bilik I dengan Hazman. Okay?” seloroh Encik Saiful. Sempat lagi dia bergurau dalam keadaan mereka yang kelihatan letih ketika itu.

          “Eh, siapa cakap I takut tidur sorang-sorang? I tak kisah pun!” bidas lelaki itu. Semuanya sudah tergelak-gelak. Henry, engineer termuda syarikat itu sering diusik oleh rakan pejabatnya. Namun dialah antara jurutera terbaik di Haiyan Holdings. Tidak hairanlah di usia yang dua tahun lebih tua dari Irish dia sudah ada jawatan yang boleh dibanggakan.

        “So malam ni macam mana, Encik Saiful? Ada apa-apa plan ke, or bebas?” Kak Faridah membuka mulut bertanya mengenai agenda malam itu.

            “Ha... yang itu kena tanya boss. Macam mana, Tengku?”

         “Malam ni kita dinner sekali. Lepas Maghrib dalam pukul 8.00 semua turun berkumpul kat sini,” bersahaja saja Tengku Harrys memberikan jawapan.

        Mereka mula bergerak menaiki lif untuk ke bilik masing-masing yang terletak di tingkat sepuluh. Cuma blok sahaja yang berlainan. Bilik Encik Saiful dan Encik Hazman serta Kak Faridah dan Irish berada di satu blok, manakala bilik Tengku Harrys dan Henry pula terletak di blok yang bertentangan. Sampai sahaja di hadapan bilik, Kak Faridah terus membuka pintu menggunakan kad yang diberikan.

“Hmm... besar jugak bilik ni, Irish. Dah macam rumah pulak, ya?” ujar Kak Faridah sambil matanya melilau-lilau memerhatikan sekeliling. Memang bilik hotel itu agak besar. Susah seperti sebuah apartment. “Irish nak bilik yang mana satu?”

“Tak kisah, kak. Mana-mana pun boleh.”

“Kalau macam tu akak masuk bilik yang inilah. Nak rehat kejap. Letih sangat. Irish pun masuklah rehat. Malam nanti pun kita nak keluar lagi. Akak masuk dulu, ya!” pesan Kak Faridah sambil membawa barang-barangnya masuk ke dalam salah sebuah bilik.

Melihat Kak Faridah sudah menghilang ke dalam bilik, Irish mengatur kakinya masuk ke dalam sebuah lagi bilik yang bertetangan. Masuk saja ke bilik itu, terbentang sebuah katil bersaiz queen di hadapannya. Ada juga sebuah tv LED sebesar tiga puluh dua inci, sebuah meja solek dan almari pakaian manakala sofa, meja kopi serta bilik air diletakkan di sudut kiri bilik. Irish membawa masuk beg pakaiannya lalu di sandarkan di tepi almari pakaian. Lantas dia membuka pintu sliding dan berdiri di balkoni untuk seketika. Terbentang luas di hadapan pemandangan laut yang cukup indah. Ditambah angin bayu yang berpupuk lembut menampar ke pipi. Terasa begitu damai dan tenang jiwanya saat ini.

“Hmm... boleh tahan jugak company sediakan hotel kali ni. Macam ni lebih dari seminggu pun aku sanggup duduk sini,” bicaranya sambil tersenyum sendirian. Namun hanya beberapa saat senyuman itu melebar di bibir sebelum wajah Tengku Harrys tiba-tiba menerpa ke ruang mindanya.

“Eh, tak boleh! Mana boleh lebih dari seminggu. Habis kena menghadap Tengku tu lama-lama nanti. Isshh! Tak boleh, tak boleh! Jangan cakap macam tu lagi, Irish. Masin mulut nanti, naya je!” Irish menampar-nampar mulutnya yang baru sahaja terlepas cakap. Diraup mukanya bagai menepis segala yang bermain di fikiran tika ini.

Tiba-tiba dia teringatkan keluarganya di rumah. Baru tersedar yang dia belum menelefon along serta keluarganya untuk memaklumkan ketibaannya di Johor Bahru tengahari tadi. Segera dia masuk semula ke dalam bilik. Telefon di dalam beg tangannya dicapai lantas jari terus mendail nombor ahli keluarganya.

“Hello, umi! Assalamualaikum.”



SEBAGAIMANA yang dirancang malam itu, Irish turun bersama Kak Faridah ke lobi hotel jam
8.00 malam. Keluar sahaja dari pintu lif, kelihatan Encik Saiful dan Encik Hazman sudah duduk menanti di kerusi yang disediakan di ruang lobi tersebut. Cuma bayang Tengku Harrys serta
 Henry sahaja yang masih belum nampak lagi.       
  
“Dah lama tunggu?”

      Perbualan mereka terhenti. Semua mata teralih pada sekujur tubuh yang sedang berdiri bersebelahan dengan Irish.

            “Eh! Tak adalah, Tengku. Kitorang pun baru sampai. Borak-borak kosong je ni.” Encik Saiful menjawab bagi pihak yang lain.

            “Semua dah ada ke?”

“Belum, Tengku. Apek yang sorang tu belum turun lagi,” balas Encik Hazman pula diselangi dengan gelakan mereka.

        Tengku Harrys hanya mengangguk sambil membetulkan lengan jaketnya. Malam ini dia kelihatan agak casual dengan memakai t-shirt dan jeans hitam dipadankan dengan jaket yang tersarung elok di badan. Berbeza dari hari-hari biasa dengan pakaian pejabatnya yang agak formal. Pertama kali Irish melihat Tengku Harrys dari sisi yang agak sederhana, namun tetap mampu menarik mata sesiapa sahaja yang memandang. Selesai membetulkan lengan jaketnya, lelaki itu mengangkat kembali wajah sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar. Terus Irish memalingkan pandangannya ke tempat lain.

            ‘Hmmh! Tenanglah wahai hati. Kenapa takut benar ni?’ bisiknya. Setiap kali kelibat Tengku Harrys muncul, pasti perasaan takutnya mula menerpa. Takut dek insiden perlanggaran yang sering menghatuinya selepas lelaki itu berterus-terang tempoh hari. Ikutkan hati mahu sahaja ditarik Kak Faridah di sebelah kanan agar bertukar tempat dengannya yang berada ditengah-tengah ketika ini.

            “So kita nak makan kat mana malam ni, Tengku?” Encik Hazman bersuara sementara menanti kedatangan Henry.

         “Awak dah biasa dengan tempat ni kan, Saiful. Ada tempat-tempat menarik yang awak nak suggest?” soal Tengku Harrys kembali. Kalau nak ditanya pada dia, memang tidak tahulah jawapannya. Bertahun bermastautin di bumi asing. Bukan dia tidak pernah datang ke sini. Pernah juga tetapi itu beberapa tahun yang dulu. Sekarang sudah tentulah segalanya telah berubah.

“Biasa kat sini saya makan kat area-area Danga Bay, Tengku. Tapi yang selalunya saya pergi makan kat Restoran Singgah Selalu tu. Malam-malam macam ni memang seronok makan kat sana. Meriah pun meriah. Macam-macam jenis makanan ada,” beritahu Encik Saiful. Namun seketika dia terfikir kemungkinan selera ketuanya yang satu ini agak tinggi. Tidak seperti Tengku Hafiy yang tidak kisah makan di mana-mana. Walhal di warung juga bossnya itu tidak berkira asalkan dapat mengisi perut. “Cuma... saya risau Tengku tak biasa makan kat tempat macam tu.”

                “Saya tak kisah, Saiful. Kat mana-mana pun  pun rezeki. Yang penting, halal.”

         Mendengarkan kata-kata Tengku Harrys itu, semuanya terdiam. Tidak menyangka anak majikan mereka yang sudah biasa hidup di negara Barat itu memberikan jawapan sedemikian.

         “Haiya! Manyak sorrylah guys. I terlajak tidur, maa!” celah Henry yang secara tiba-tiba muncul  di situ.

              “Ha, apek! Ingat dah tak fikir nak makan tadi. Dah 8.15 baru nampak batang hidung!” jerkah Encik Hazman apabila melihat lelaki Cina itu sedikit kelam kabut. Sesuailah dengan gelaran apek yang diberikan oleh staff-staff di pejabat untuknya.

            “Sorrylah. Sorry, sorry! Banyak letihlah. So, where we are going to have our dinner, guys?” soalnya pada yang lain.

            “Lambatlah you, apek! Kitorang dah habis discuss dah. Nak gerak dah pun. Sebab you lambat sangat, so tinggal!” seraya itu Encik Saiful bangun dari sofa diikuti Encik Hazman dan Kak Faridah, meninggalkan Henry yang kelihatan terpinga-pinga sebelum ketawa kedengaran pecah dari mulut masing-masing.

            “Irish?” Henry menyoal Irish pula.


            “Tak ada apalah, Henry. Diorang gurau je. Jomlah!” 


           
SOnak makan apa? Pilih je. Macam-macam makanan ada kat sini,” ujar Encik Saiful sewaktu mereka duduk di salah sebuah meja makan dalam Restoran Singgah Selalu itu. Hanya Tengku Harrys yang tidak kelihatan. Sampai sahaja tadi, lelaki itu meminta diri sebentar untuk membuat panggilan telefon.

“Irish nak makan apa ni?” tanya Kak Faridah pada Irish di sebelahnya.

“Tak tahulah, kak. First time makan kat sini. So, tak tahu menu apa yang sedap.”

“Tulah. Akak pun tak tahu nak makan apa ni. Nampak semua macam sedap je!” Kak Faridah sudah terliur melihat pelbagai makanan yang ada di depan mata. “Ermm... kita minta Encik Saiful jelah order, ya? Dia dah biasa makan kat sini.”

“Irish ikut je, kak.”

“Encik Saiful jelah yang order. Lagipun Encik Saiful dah biasa dengan tempat ni. Mesti tahu apa menu yang sedap, kan?” Kak Faridah bersuara bagi pihak dirinya dan Irish.

“Boleh je. No problem. Kau, Man?”

“Aku menu macam biasalah.”

Encik Saiful mengangguk-anggukkan kepalanya. “Ha, apek! You nak makan apa?”            “Oh, I tak kisah pun. Apa you orderI makan je!” selamba Henry menjawab.

Sejurus itu, Encik Saiful mula memesan makanan untuk mereka pada malam itu. Termasuklah untuk Tengku Harrys sekali. Walaupun dia tidak mengetahui selera majikannya itu bagaimana. Harapnya lelaki itu tidak kisah.

Seperti kata Encik Saiful, keadaan di sini memang agak meriah pada waktu malam denga pelbagai gerai yang menjual makanan. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin duduk di bahagian dalam yang berhawa dingin ataupun mengambil angin di luar sambil menikmati hidangan. Dan mereka memutuskan untuk duduk di luar sahaja dengan memilih salah satu meja makan yang disusun panjang yang diletakkan di tengah-tengah antara gerai-gerai yang terdapat di situ. Hampir setengah jam menunggu, barulah makanan yang dipesan sampai. Waktu itu juga kelibat Tengku Harrys muncul menuju ke arah mereka. Semua ruang di kerusi telah penuh. Yang tinggal hanya satu ruang kosong bersebelahan Irish. Mahu tidak mahu, itu sahajalah tempat yang tinggal untuknya. Lantas dia melabuhkan duduk di situ tanpa menoleh Irish di sebelah.

“Banyak order makanan,” tegurnya.

“Tak perasan, Tengku. Order punya order tadi tak sangka pulak jadi banyak macam ni,” balas Encik Hazman.

“Alaa... sekali sekala datang sini tak apalah. Rugi kalau tak merasa makanan tempat orang ni. Bila lagi, kan?” Encik Saiful  pula bersuara.

Mereka mula menikmati makan malam sambil berbual-bual. Ditambah dengan angin bayu laut malam-malam begini, memang berseleralah mereka menjamah hidangan. Sesekali terdengar gelak tawa mengiringi perbualan mereka. Disebabkan meja makan itu tidak sebesar mana, dan kedudukan mereka juga agak rapat, ada waktunya lengan Irish akan berlanggar dengan lengan Tengku Harrys di sebelah. Sedayanya gadis itu cuba mengelak. Sudahlah dulu dia terlanggar lelaki itu. Sekarang pula begini.

‘Hai! Memang nak cari nahas kau ni, Irish!’ ngomelnya dalam keresahan.
      Selesai makan, mereka berjalan-jalan sebentar di sekitar Teluk Danga sambil menikmati pemandangan di waktu malam. Hampir menginjak ke pukul 11.00, barulah mereka bertolak pulang ke hotel penginapan untuk merehatkan diri memandangkan esok sudah ada tugas yang telah tersedia menanti.