“M
|
“Memang pembinaan untuk fasa pertama dan fasa kedua
semuanya berjalan lancar, Encik Saiful. Masuk fasa ketiga ni kami tak sangka materials yang kita gunakan rupanya tak berkualiti sampai bangunan di bahagian
belakang yang dah dua puluh lima peratus siap tu mengalami keretakan dan
sebahagiannya telah runtuh,” jawab Encik Khalis selaku Pengarah Urusan Haiyan
Corporation.
“Bukan ke syarikat pembekal yang bekalkan semua materials tu adalah pembekal yang sama
untuk fasa sebelum ni? Jadi macam mana isu bahan-bahan tak berkualiti untuk
fasa ketiga ni boleh timbul? Rasanya kita dah maklumkan pada mereka dalam
kontrak bahawa segala apa bentuk materials
yang kita gunakan untuk projek ni dari awal hingga ia siap perlu mengikut
semua standard yang kita dah tetapkan
tanpa ada sebarang perubahan pun selagi kita sendiri tak ubahnya.” Kali ini
Encik Hazman pula bersuara.
“Betul, Encik Hazman. Semua materials yang kita pesan dengan pihak pembekal untuk fasa ketiga
ni dah ikut standard asal macam fasa
yang sebelum ni. Kami tak pernah ubah apa-apa pun. Tapi pihak pembekal dakwa
pegawai kita yang ubah semua pesanan tu dan minta mereka hantar bahan-bahan
yang harganya lebih murah. Bila kami check
semula data-data dalam rekod pembelian, tak ada apa yang berubah pun. Sama je
macam yang asal. Itu yang timbul sikit kemushkilan. So kita semua sedia maklum bila bahan-bahan yang dihantar itu
adalah lebih murah, dah tentulah kualitinya pun rendah berbanding bahan-bahan
yang kita dah gunakan sebelum ini. Sebab tu daya ketahanannya pun kita boleh
lihat sendiri macam mana,” terang Encik Shamrin pula, salah seorang arkitek
syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan projek hotel tersebut.
Untuk seketika, suasana di dalam bilik itu menjadi
hening. Masing-masing menunggu giliran Tengku Harrys untuk bersuara. Sejak
masuk ke dalam bilik ini lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.
“Macam mana dengan finance
officer tu sekarang?” akhirnya kedengaran juga suara lelaki itu membuka
mulut.
“Pihak polis masih menjejaki Mr. Raymond, Tengku.” Encik
Khalis menjawab pertanyaan tersebut.
“Memang tak dapat lansung cari dia?”
“That’s the problem,
Tengku. Lepas kejadian bangunan runtuh berlaku semalam, Mr. Raymond terus
hilang macam tu je. We all dah cuba contact banyak kali tapi tak dapat.
Rumah dia pun dah kosong!” terang Zila yang merupakan pembantu Mr. Raymond,
satu-satunya orang yang bertanggungjawab untuk semua permasalahan yang timbul
ketika ini.
“Hmm, biasalah. Orang dah buat salah, cepat jelah dia
lari. Kita baru nak start enjin kat sini, dia dah sampai Perlis dah!”
Dalam keadaan yang tegang itu, sempat lagi Encik Saiful
berjenaka. Semua yang berada di bilik itu spontan tertawa.
“So sekarang
macam mana, Tengku?” tanya Henry setelah keadaan kembali tenang.
“Biar polis buat kerja mereka dulu. Sekarang ni apa yang
perlu kita buat, kita kena bina semula fasa
ketiga hotel tu dan selesaikan masalah dengan syarikat pembekal. Kita dah tak
ada banyak masa. Kena siapkan setiap fasa projek mengikut schedule yang dah ditetapkan. Encik Shamrin, awak bawa Encik Saiful
pergi jumpa syarikat pembekal lepas ni dan bincang semula dengan mereka.
Bagitahu yang kita tak pernah arahkan untuk terima sebarang pesanan selain dari
apa yang kita dah tetapkan dari awal dalam kontrak. Sepatutnya, masa mereka
terima arahan tu, they should discuss
with us first. Bukan bulat-bulat terima arahan tersebut. Unless mereka memang dah bersekongkol
dengan Mr. Raymond. Dan tengok? Apa dah jadi dengan bangunan tu sekarang bila
mereka hantar bahan-bahan yang tak berkualiti macam tu?” ujar Tengku Harrys.
Ada sedikit ketegasan dalam nada suara lelaki itu kali ini. Dia yang tadinya
hanya duduk tenang di kerusi, kini sudah tegak berdiri menghadap semua
pekerja-pekerjanya.
“Jadi sekarang, kita nak mereka hantar segala bentuk materials yang kita gunakan untuk projek
ni mengikut standard yang betul
seperti dalam kontrak perjanjian dulu. Dari awal sampai projek ni siap
sepenuhnya. Tanpa ada sebarang perubahan pun. Kecuali kita sendiri nak ubahnya.
Itupun akan dibuat melalui perjanjian juga. Kalau mereka tak nak, kita akan
beri kata dua. Sama ada mereka nak terus bekerjasama dengan kita dan kita akan
bayar sebanyak lima puluh peratus materials
yang dah mereka bekalkan untuk fasa ketiga ni, ataupun kita stop berurusan dengan mereka dan cari
pembekal yang lain tanpa bayar satu sen pun. Kalau mereka nak cakap pasal rugi,
syarikat kita lagi banyak rugi dengan bangunan yang runtuh macam tu. Nak kena
dirikan semula. Bukan sesuatu benda yang mudah dan murah. Belum dikira penat
lelah kita yang kerja untuk itu lagi. Am
I right?”
Spontan pertanyaan Tengku Harrys itu dibalas dengan
anggukan oleh setiap dari mereka yang berada di situ. Termasuk Irish.
Melihatkan ketegasan lelaki di hadapan, serta-merta dia berasa kecut. ‘Macam ni
agaknya dia akan marah kalau dah buka cerita pasal insiden langgar tu,’ duga
Irish. Boleh menangis rasanya kalau dia dimarah begini.
“Ada apa-apa soalan lagi? Sebelum saya tangguhkan meeting ni.” Tengku Harrys menyoal
sambil jam di tangannya dikerling sekilas.
“So Tengku, financial for this project pun kena review
baliklah? Banyak jugak tu nak kena check,”
tanya Kak Faridah.
“Yes! Exactly!”
balasnya ringkas. “Anything else?”
Semuanya menggelengkan kepala tanda tiada lagi soalan
yang ingin diajukan.
“Kalau tak ada apa-apa, kita tangguhkan mesyuarat setakat
ni. Any update information will be
discuss in the next meeting. So,
semuanya boleh balik sambung kerja masing-masing. Tugas anda semua akan jadi
lebih tough lepas ni untuk pastikan
semua masalah dapat diselesaikan dengan segera. Mr. Shamrin and Mr. Saiful, you guys meet up the suppliers after this.
Mr. Hazman and Mr. Henry, two of you will join the other engineers and
architects to the project site. Please! Investigate and solve all the problems
exist there. Kak Faridah and Irish,
both of you follow me."
Semua pekerja mula bersurai dan bergerak keluar dari
bilik mesyuarat itu untuk memulakan tugas dengan kadar yang pantas, sepantas
arahan yang diberikan oleh Tengku Harrys pada mereka.
SUASANA dalam bilik itu agak hening. Ketiga-tiga manusia yang
berada di dalamnya sedang khusyuk meneliti fail-fail yang bersusun di atas
meja. Sejak masuk ke dalam bilik yang telah disediakan khas untuk mereka
melakukan kerja, tiada seorang pun yang bercakap atau bersuara. Kecuali jika ada
sesuatu perkara yang perlu dibincangkan sesama mereka.
“Tengku,
saya nak pergi jumpa Zila sekejap. Ada a
few things yang saya perlukan daripada dia,” beritahu Kak Faridah.
“Okay.”
Bersahaja Tengku Harrys menjawab sambil memandang sekilas
Kak Faridah yang sedang menuju ke muka pintu. Kemudian tumpuannya kembali pada
kerja di hadapan. Tinggal dia dan Irish berdua sahaja di dalam bilik itu kini.
Seorang nun di hadapan sana, yang seorang lagi nun di hujung sebelah sini.
Irish juga kelihatan begitu tekun meneliti fail-fail di
hadapannya. Tengku Harrys yang berada di hujung hadapan lansung tidak
dipandang. Hatinya masih cuak mengingatkan ketegasan lelaki itu semasa di bilik
mesyuarat tadi. Hanya sesekali sahaja dia mendongak untuk menghilangkan lenguh
di leher yang sedari tadi hanya tertunduk meneliti laporan kewangan projek.
Diurut perlahan-lahan tengkuknya itu untuk mengembalikan keselesaan.
“Penat?”
Irish menoleh ke arah suara itu. Pandangan Tengku Harrys
lebih dulu menyapanya.
“Sikit.”
“Kalau penat rehatlah dulu,” ujar lelaki itu.
“Tak apa.”
Mereka menyambung kembali tugasan masing-masing. Suasana
kembali sepi.
“Boleh buatkan air untuk saya?”
“Hmm?” spontan Irish menoleh. Sedikit kaget dengan
permintaan itu.
“Boleh?” pinta Tengku Harrys sekali lagi. Namun, matanya
masih setia menatap kertas-kertas laporan di atas meja dengan wajah yang
serius.
Irish bangun dari kerusi. Langkah kaki diatur menghampiri
lelaki itu. “Tengku nak air panas atau sejuk?”
“Sejuk.”
Sejurus itu Irish keluar dari bilik tersebut untuk ke pantry. Menyedari gadis itu sudah
berlalu pergi, barulah Tengku Harrys mengangkat wajahnya. Jelas ada senyuman
kecil terukir di hujung bibir lelaki itu.
Masuk
sahaja ke dalam pantry, tangan Irish
mencapai jug dan juga sudu. Kemudian dia melihat ada sebotol kordial oren yang
terletak di atas rak. Segera dicapainya dan dituang sedikit ke dalam jug tadi
bersama beberapa sudu gula dan air kosong yang diambil dari peti sejuk. Sambil
mengacau mulutnya berbicara sendiri.
“Tadi
dia jugak yang tanya penat ke tidak. Sekarang dah suruh buat air pulak, ya?
Pandai betul.”
Setelah merasakan air yang dibancuh itu sudah cukup rasa,
Irish menuangnya ke dalam sebuah gelas lalu dimasukkan beberapa kiub ais.
Diambilnya satu piring kecil sebagai alas gelas itu lalu terus dibawa ke dalam
bilik tadi untuk diberikan kepada Tengku Harrys. Dilihat tumpuan lelaki itu
sudah beralih menghadap skrin komputer ribanya.
“Air, Tengku.”
Irish meletakkan gelas tersebut di sebelah Tengku Harrys.
“Oh. Thanks!”
ucap lelaki itu. Baru kali ini dia memandang wajah Irish. “Tak bawa awak punya
sekali?” soalnya apabila melihat ada satu gelas sahaja di situ.
“Tak apa. Saya dah minum.”
Tengku Harrys menganggukkan kepalanya. Dicapai gelas
berisi air oren sejuk itu lalu diteguknya untuk membasahkan tekak.
“Sedap!” ujarnya sambil mengerling Irish sekilas.
Diletakkan semula gelas itu di atas alasnya sebelum dia menatap semula komputer
riba di hadapan.
Irish kembali duduk di tempatnya untuk menyambung kerja
yang terhenti tadi setelah memastikan tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan
untuk bossnya itu.
‘Semacam je puji tu. Macam nak suruh buat air untuk dia
tiap-tiap hari ni. Hmmh...,’ gumam Irish sendiri. Kerja yang tertangguh
sebentar tadi disambung kembali tanpa menghiraukan lagi lelaki di hadapan sana.
No comments:
Post a Comment