Saturday, February 7, 2015

BAB 38 : BAYANGAN GURAUAN





J


AM melewati angka 11.00 pagi sewaktu Irish tiba di halaman rumah Athirah. Suasana di rumah itu kelihatan agak sibuk hari ini. Dengan langkah yang perlahan Irish masuk ke dalam sebelum mencari kelibat seseorang yang dikenalinya.

“Assalamualaikum, makcik.”

“Waalaikumussalam. Eh, Irish! Laaa... tak perasan makcik. Bila sampai?” soal Puan Nafhah, ibu kepada Athirah.

“Baru je tadi.”

“Oh, ya ke? Maaflah, Rish. Makcik sibuk sangat sampai tak perasan Irish datang.”

“Tak apa, makcik. Irish faham. Ira dalam bilik ke?”

“Ha’ah, ada dalam bilik tu. Tengah bersiap. Pergilah masuk jumpa dia, ya. Nanti dah siap semua boleh kita makan sama-sama.”

“Iyalah, makcik. Saya jumpa Ira dulu,” pamit Irish seraya menuju ke kamar rakannya. Beberapa kali juga Athirah pernah membawanya ke sini. Jadi tidaklah dia berasa kekok dengan keluarga serta persekitaran rumah ini. Melangkah masuk ke bilik Athirah, dia melihat gadis itu sedang sibuk didandan oleh seorang jurumekap wanita. Irish membiarkan Athirah untuk bersiap terlebih dahulu sementara dia duduk bersimpuh di satu sudut bilik tersebut sambil melihat hantaran-hantaran yang sudah siap elok terletak di atas dulang.

Hampir satu jam, akhirnya Athirah telah sempurna dirias. Gadis itu membelek-belek dirinya di hadapan cermin tanpa menyedari Irish di belakang sedang memerhatikannya. Hinggalah dia ternampak bayangan Irish di dalam cermin. Serentak itu dia berpaling.

“Irish!” sedikit menjerit gadis itu sebaik terpandangkan Irish yang tersenyum padanya. Pantas dia mendapatkan rakannya itu lalu dipeluk erat. “Hey! Sejak bila kau duduk kat sini, hah? Aku tak nampak pun kau masuk!”

“Adalah dalam satu jam.”

“Hah! Satu jam? Kau biar betul? Kenapa tak cakap dengan aku?!”

“Sshhh! Perlahanlah sikit suara kau tu. Satu rumah dengar nanti. Saja. Tak nak kacau kau tengah bersiap. It’s okaylah. Seronok tengok kau kena touch up tadi,” balas Irish sambil melihat Athirah dari atas ke bawah. Ternyata penampilan gadis itu sedikit berlainan dari yang biasa dia lihat. Keayuannya jelas terserlah dengan busana pertunangan berwarna merah jambu serta solekan yang menaikkan lagi seri wajahnya.

“Yang kau tengok aku atas bawah ni kenapa?”

“Cantik sangat kau hari ni!”

“Ya ke?”

“Iya. Sungguh!”

“Nak bodeklah tu!” balas Athirah. Namum dia tahu pujian dari rakannya itu memang benar-benar ikhlas. “Tapi kan, kalau kau yang bertunang hari ni mesti lagi cantik!”

“Hmm. Dah mulalah tu!”

“Apa? Aku cuma cakap jelah!” Athirah kemudian menarik tangan Irish untuk duduk di katil bersamanya. “Pukul berapa kau bertolak ke sini tadi?”

“Pukul 9.00 tadi aku dah gerak dari rumah.”

“Drive sorang?”

“Yelah. Kau ingat aku bawa siapa?”

“Kenapa tak ajak family kau datang sekali? Kan aku dah pesan hari tu.”

“Ada kenduri kahwin saudara aku kat sana. So, diorang tak dapat nak ikut. Cuma sampaikan salam pada kau dan ucap tahniah.”

Athirah menjawab kiriman salam tersebut. “Tulah kau!” tiba-tiba saja dia memukul bahu Irish, membuatkan rakannya itu menggosok-gosok bahunya yang terasa sedikit perit. “Aduh! Kau ni kenapa, Ira?”

“Kaulah! Kan ke dari dulu aku dah suruh cari boyfriend. Ha, tak adalah kau pergi mana-mana sorang macam ni!”

Irish merenung Athirah. Tajam renungannya hinggakan Athirah sedikit cuak.

“Eh, Irish! Kau okay ke tak ni? Asal tenung aku macam tu? Aku salah cakap ke?”

Serta-merta Irish mengalihkan pandangannya. Satu keluhan berat dilepaskan. Kemelut yang sedang dihadapi tika ini kembali menerjah. ‘Perlu ke aku beritahu Athirah?’ detik hatinya.

“Uiittt! Dah termenung pulak dia. Kau ni kenapa, Rish?” tegur Athirah lagi melihatkan Irish hanya berdiam diri tanpa jawapan. Hatinya mula risau. “Irish. Cakaplah...,”

“Ada orang masuk meminang aku.”

“Hah??!”

“Ishh, kau ni. Slowlah sikit!” Irish memarahi Athirah sambil menekup mulut gadis itu. Mujur tiada sesiapa di dalam bilik ini. Jurumekap tadi juga sudah lama beredar keluar.

“Siapa yang masuk meminang kau? Bila? So, macam mana? Kau terima tak?”

“Banyak betul soalan kau. Mana satu aku nak jawab?”

“Opss, sorry!“ Athirah tersengih sambil menampar-nampar bibirnya. “Okay, bagitahu aku. Siapa yang pinang kau ni? Tak ada boyfriend, tak ada scandal. Tiba-tiba je. Apa cerita?!”

“Bukan pilihan aku.”

“Irish! Kau biar betul?!”

“Kan? Betullah tu.”

“Kalau bukan pilihan kau, pilihan siapa? Takkan parents kau?”

“Aku dengan family aku tak tahu-menahu lansung. Keluarga pihak lelaki yang tiba-tiba hantar rombongan tu,” jelas Irish, menjadikan Athirah semakin hairan.

“Siapa lelaki tu?”

Irish tidak terus menjawab. Dia memandang sekilas rakannya dan kemudian tertunduk. Berat dirasakan mulutnya untuk menyebut nama itu.

“Irish! Siapa?” Athirah menunjal bahu Irish dengan jari telujuknya.

“Tengku Harrys.”

“What??!” sekali lagi Athirah menjerit. Namun kali ini Irish hanya membiarkannya. Malas dia mahu menghalang lagi.

“Tak payahlah nak terkejut sangat, Ira.”

“Gila aku tak terkejut! Kau main-main je kan, Rish?”

“Muka aku ada nampak main-main ke?”

Menyedari wajah rakannya tiada riak bergurau, Athirah terkedu. “Bila?”

“Last weekend.”

“Kau tak pernah cakap pun kau bercinta dengan dia?”

“Aku tak pernah bercinta dengan dia punlah!”

“Habis tu, takkan tiba-tiba je dia datang meminang kau? Mustahillah!”

“Bukan dia yang hantarlah. Kan aku dah cakap tadi. Family dia yang hantar.”

“Maknanya, dia pun tak tahu yang family dia datang meminang kau?”

Irish menjungkitkan bahunya. “Entah. Aku pun tak tahu.”

“Ishh, ada main tak tahu pulak korang ni!” Athirah termangu. Tidak menyangka dengan berita yang dibawa Irish ini. “So, macam mana? Keluarga kau terima tak?”

“Ayah aku minta tempoh seminggu untuk bincang.”

“Maknanya sampai esoklah?”

Irish mengangguk lemah.

“Hmm... baguslah tu. Kau dengan boss kau pun tak pernah bercinta. Mestilah ayah kau tak terus setuju. So, apa keputusan kau?”

“Aku belum decide apa-apa lagi. Entahlah. Aku tak boleh nak fikir.”

Seketika suasana menjadi sepi. Irish melayani perasaannya sendiri. Begitu juga dengan Athirah yang nyata masih terkejut dengan berita tersebut.

“Kalau kau jadi aku, kau terima tak?” tiba-tiba sahaja soalan itu terlontar dari mulut Irish.

“Aku? Of courselah terima! Siapa yang tak nak lelaki handsome, tinggi, kaya macam tu. Tapi kan...,” kata-kata Athirah terhenti. Keningnya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu. “... kalau ada semua tu pun tak boleh jugak kalau tak kenal Tengku Harrys tu macam mana. Buatnya ramai perempuan keliling pinggang dia, naya jugak tu! Lagi-lagi dia dah duduk kat tempat orang putih tu bertahun-tahun!”

Irish terdiam. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Melissa. Terbayang-bayang diingatannya bagaimana perlakuan manja gadis itu terhadap Tengku Harrys. Itu di depan matanya. Di belakang? Hatinya Irish semakin berbelah bahagi untuk membuat keputusan. Esok pagi pasti ayahnya akan meminta jawapan untuk diberikan pada keluarga lelaki itu.

“Irish...,” Athirah menyentuh lembut bahu gadis itu. “Sabarlah. Aku tahu cakap guna mulut takkan sama dengan bahu yang memikul. Apa yang aku boleh cakap sekarang, kau fikirlah baik-baik dan berdoa agar diberi petunjukNya. Ini tentang masa depan kau. Apa saja keputusan yang kau buat, aku akan sokong sepenuhnya. Sebagai kawan baik, aku gembira sangat dengar berita yang kau dah dipinang orang. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak kau dikecewakan dengan lelaki yang kau sendiri tak pernah cinta. Kalau betul ini memang jodoh kau, Insyaallah, semuanya akan berjalan lancar. Buat keputusan ikut kata hati kau. No need to worry, okay?”

Irish tersenyum mendengar bait-bait bicara Athirah. Tangan gadis itu diambil lalu digenggamnya erat. “Thanks, Ira. Thanks sebab kau sentiasa ada waktu aku perlukan. Insyaallah, aku akan fikir baik-baik nasihat kau. Sayang jugak kau kat aku, ya?”

“Mahunya tak! Kau ingat aku boleh duduk diam jelah kalau sesuatu tak baik jadi kat kau? Selama ni kau tak tertarik lansung pun dengan mana-mana lelaki. Tub-tub, orang datang meminang kau. Orang yang kau tak pernah bercinta pulak tu. Tak sangka betul!”

‘Bukan kau je yang tak sangka, Ira. Aku seribu kali tak sangka lelaki yang selama ni aku nak elak, makin hampir pulak dengan aku. Hmmhh!’

“Eh, dahlah! Tak payah pening-pening kepala sangat fikir benda tu. Ikut je apa kata hati kau. Tak nak muram-muram macam ni. Hari ni majlis aku tau. Happy sikit!” seloroh Athirah seraya memegang bibir Irish agar gadis itu mempamerkan senyum di wajahnya. Dan serentak

 ketawa mereka berderai di dalam kamar yang sudah terhias indah dan rapi itu. 
         
      
LANGIT malam ini kelihatan kelam sahaja di matanya. Tidak tahu ke mana perginya bintang-bintang yang selalu bercahaya menyinari. Menyorokkah kalian? Yang kelihatan hanyalah sinaran bulan yang setia memancarkan dirinya di dalam kegelapan malam.

‘Kalaulah aku pun boleh menyorok macam bintang-bintang tu, dah tentu-tentu aku akan buat sekarang. Tak payah lagi aku nak menghadap semua orang untuk bagitahu keputusan tu.’

Irish melepas keluhan. Sudah agak lama dia duduk di atas buaian di halaman rumahnya ini. Sengaja dia mengambil angin malam di sini untuk menenangkan fikiran yang sedikit serabut. Ahli keluarganya yang lain mungkin sedang beristirehat di dalam setelah menikmati makan malam usai solat Isyak tadi. Jam di telefon bimbitnya dikerling. Hampir ke pukul 11.00 malam. Matanya sudah sedikit memberat. Badannya juga agak keletihan sesudah seharian memandu ke Melaka dan berpatah balik semula ke sini siang tadi bagi menghadiri majlis pertunangan Athirah. Dan sekarang adalah waktu untuk dia berehat dari segala aktiviti. Termasuk memikirkan hal yang satu itu. Baru sahaja dia ingin bangun, satu suara tiba-tiba menyapanya dari belakang.

“Irish. Kat sini rupanya dia.”

“Umi.”

 Kelihatan Puan Qarina sedang berjalan ke arahnya, diikuti Encik Izzuddin di belakang. Kedua orang tuanya itu kemudian sama-sama melabuhkan duduk mereka di buaian tersebut.

“Termenung jauh nampak. Fikir apa?”

“Tak ada apalah, umi. Saja ambil angin kat luar ni.”

“Ambil angin ke atau fikirkan sesuatu?” duga Puan Qarina.

Irish terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Serentak itu dadanya berdebar-debar. Seakan dapat mengagak tujuan orang tuanya mencari dia di sini.

“Irish dah habis fikir?” kali ini Encik Izzuddin pula bersuara.

Irish membisu lagi. Hatinya bagai dipalu dengan pertanyaan itu. Niat untuk merehatkan diri dari terus memikirkan hal itu juga serta-merta mati. Kepalanya ditundukkan sambil melihat jari-jemari bermain di atas skrin telefon.

“Irish tahu kan esok kita kena bagi jawapan pada keluarga Tengku?”  Encik Izzuddin sekali lagi bertanya. Kali ini nadanya sedikit tegas.

“Tahu, ayah.”

“Jadi, apa keputusan Irish?”

“Irish tak tahu.”

Kedengaran suara Irish sudah tersekat-sekat. Dadanya dirasakan berat. Sungguh, dia tidak tahu apa keputusan yang harus dipilih. Dirinya benar-benar tersepit di antara kisah semalam dan juga masa depannya. Sesaat, terlihat titisan-titisan air jernih mula turun di pipi gadis itu. Dan keadaan itu membuatkan Puan Qarina mendapatkan anaknya. Tubuh itu didakap erat. Dia mengerti apa yang sedang dirasai oleh Irish. Bahkan, perkara itulah yang amat dirisaukannya selama ini.

“Irish jangan menangis, sayang. Kalau Irish tak nak terima, cakap je. Kami semua tak paksa. Pandailah kami bagitahu Tengku sekeluarga nanti.” Puan Qarina cuba memujuk Irish. Namun tangisan gadis itu tidak juga reda. Dia memandang suaminya yang sedang memerhati dengan harapan agar lelaki itu berkata sesuatu.

“Betul cakap umi tu. Kalau Irish berat nak terima pinangan tu, berterus-terang jelah. Tak payah nak jaga hati orang lain sedangkan hati Irish sendiri terseksa. Lagipun, kita tak berjanji apa-apa dengan mereka,” kali ini suara Encik Izzuddin sudah kedengaran lembut.

“Ha, dengar tu. Tak ada sesiapa yang paksa Irish. Jadi tak payah takut nak beritahu, ya.”

Mendengarkan kata-kata kedua orang tuanya, barulah kali ini Irish mengangkat muka dari dada Puan Qarina. Airmatanya dikesat perlahan. Kemudia dia memandang wajah ayah serta uminya satu persatu. “Maafkan Irish, ayah, umi. Irish belum buat keputusan lagi. Irish tak boleh nak fikir dengan baik tentang ni. Irish tahu Irish dah banyak susahkan ayah, umi dan semua orang selama ni. Tapi Irish buntu. Dan dalam masa yang sama Irish takut nak fikirkan...,” bicara Irish terhenti di situ dek sebak yang bertamu semula.

“Dahlah tu. Jangan menangis lagi,” pinta Puan Qarina sambil mengusap bahu gadis itu.

 “Lepas ni sebelum tidur, Irish buat solat Istikharah. Mohon pada Dia. Mudah-mudahan esok pagi bila bangun tidur, Irish dapat petunjuk dari-Nya. Dah, jangan menangis lagi. Cukuplah air mata yang Irish dah bazirkan dulu. Sekarang bukan masanya untuk semua tu lagi. Fikir masa depan Irish baik-baik. Pahit mana sekalipun, semuanya kena ditelan. Irish pun manusia biasa. Berhak untuk hidup bahagia. Jangan kerana hal lalu, Irish nak menghukum diri sendiri. Ingat, Allah swt sentiasa ada bersama kita. Dan Irish juga kena ingat. Irish masih ada ayah, umi dan keluarga yang masih sayangkan Irish. Apa yang akan jadi pada Irish sekalipun, kami masih ada lagi untuk jaga Irish sampai bila-bila.”

Entah mengapa Irish merasakan sedikit kekuatan sebaik mendengar bait-bait ayat dari  mulut ayahnya. Dia patut bersyukur kerana masih punya keluarga yang begitu memahami di saat dia rapuh ketika ini. Malah semenjak dari dulu lagi mereka tidak pernah pergi walau sedetik pun dari sisinya. Mengenangkan itu, airmatanya jatuh lagi.

“Dah... tak payah menangis lagi. Nak menangis buat apa? Macam nak kena paksa kahwin pulak budak ni!” seloroh Encik Izzudddin cuba menceriakan sedikit suasana. Dan usahanya berhasil apabila terlihat tawa kecil terbit dari bibir anak isterinya. Cukuplah walau sekadar dapat menutupi sedikit kepedihan yang ditanggung.    

“Malam dah ni. Jom, masuk. Esok pagi bagitahu ayah apa keputusan Irish,” pesan Encik Izzuddin sebelum mereka tiga beranak berjalan masuk meninggalkan halaman rumah.


SIRAMAN air wudhu’ diangkat sebaik-baiknya. Selesai itu, dia mengenakan telekung lalu dihamparkan helaian sejadah di atas permaidani. Lantas diri diabdikan pada yang Maha Esa memohon agar diberikan sesuatu petunjuk yang baik untuk dilema yang sedang dihadapinya ketika ini. Selesai menunaikan solat Istikharah, gadis itu berwirid dan berzikir seketika di atas tikar sembahyang sebelum menadah tangan memohon doa.

“Ya Allah ya Tuhanku. Sesungguhnya hamba-Mu yang hina ini memohon petunjuk dari-Mu. Daku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang baik menurut Pengetahuan-Mu, aku memohon kepastian dengan Kudrat-Mu dan aku memohon dengan Kurniaan-Mu yang amat banyak kerana sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkaulah jua yang maha mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa ini adalah jodoh yang baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku, permudahkannya untukku dan berkatkan aku padanya. Namun jika dalam Pengetahuan-Mu jodoh ini bukan yang baik untukku, buat masa kini dan masa akan datang, maka hindarkanlah ia daripadaku, elakkanlah aku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakanlah aku dengannya. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin.”

            Irish mengaminkan doanya. Terasa sedikit tenang jiwanya kala ini. Sudah itu dia termenung seketika. Menghayati ketenangan yang begitu mendamaikan perasaan. Kemudian gadis itu menoleh ke sisi katil. Memandang ke arah Kitab Suci Al-Quran yang terletak di atas meja di situ. Irish bangun mengambil naskhah tersebut dan duduk semula di atas sejadah. Diselak helaian yang ditandanya sebelum suaranya mula mengalunkan ayat-ayat suci itu .

            Usai mengaji, Irish merebahkan dirinya di atas tikar sejadah. Niatnya ingin melelapkan mata seketika di atas hamparan itu. Sehingga lama-kelamaan, dia terus terlena bersama telekung
 yang masih tersarung di tubuh.


Thursday, January 22, 2015

BAB 37 : BAYANGAN GURAUAN





F
AIL yang terbentang di hadapan direnung kosong. Entah mengapa dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan. Fikirannya menerawang jauh terkenangkan peristiwa semalam. Itu satu hal. Bertambah lagi satu masalah bila mengingatkan pesanan Tengku Harrys ketika dia bertembung dengan lelaki itu semasa di lif awal pagi tadi.

Hari ini Irish tiba di pejabat agak lewat. Semalaman dia tidak dapat lelap. Hanya selepas solat Subuh baru dia dapat lena walaupun sekejap. Akibatnya, hari ini dia datang ke pejabat dengan kepala yang berdenyut-denyut bagaikan ingin pecah bila-bila masa sahaja. Sebaik masuk ke dalam lif, Irish terus menekan punat untuk naik ke tingkat pejabatnya. Baru sahaja pintu lif ingin tertutup, tiba-tiba ada satu tangan yang menghalang, membuatkan pintu itu kembali terbuka. Dan apabila dia mendongak, wajah Tengku Harrys terpancul di hadapan sambil merenung ke arahnya. Beberapa ketika berdiri barulah lelaki itu melangkah masuk, menjadikan hanya mereka berdua yang berada di dalam lif kini. Sedaya upaya Irish cuba mengelak dari memandang lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan hal semalam.

            ‘Dia tahu ke tidak pasal hal semalan, ya? Kalau tak tahu, baguslah. Tapi kalau tahu, masaklah nak menghadap dia macam ni. Yang lif ni pun satu. Kenapa lambat sangat. Gerak ke tak gerak ni?’

            “Are you busy today?”

            “Hmm?” pantas Irish menoleh, sedikit terkejut dengan sapaan itu.

            “Ikut saya tengahari ni. Pukul 1.00 tunggu kat bawah. We need to discuss.”

            Serentak itu pintu lif terbuka dan lelaki itu terus melangkah keluar tanpa menunggu apa-apa jawapan dari Irish. Dan Irish hanya mampu memandang sahaja hingga batang tubuh lelaki itu menghilang.

“Dia dah tahu ke? Alamak, macam mana ni?!” Irish kalut. Matanya dipejamkan untuk sesaat dengan harapan dia sedang bermimpi sekarang ini. Namun apabila matanya dibuka semula, pintu lif di hadapan sudah hampir tertutup.

“Eh, eh! Nantilah. Bagi aku keluar dulu kalau ya pun!”

Gadis itu mengomel sendiri sambil kaki pantas dihayun ke biliknya. Ikutkan hati mahu saja dia cabut pulang ke rumah sekarang. Itu lebih baik daripada terpaksa menghadap unpredictable person yang seorang itu.


DARI kejauhan dapat dilihat kereta BMW Tanzanite Blue itu sudah berada di hadapan pintu
 utama bangunan Haiyan Holdings. Langkahnya terhenti. Tiba-tiba terasa kecut pula dia untuk menghadap Tengku Harrys kali ini. Berkira-kira apa yang ingin dibincangkan oleh lelaki itu. Berkenaan kerjakah? Atau hal semalam?  

            “Kenapa tak masuk kereta lagi?”

            Spontan Irish berpusing ke belakang dek terkejut dengan teguran itu. Malang sekali nasibnya apabila dia terlanggar tubuh Tengku Harrys yang ketika itu berada betul-betul di belakang, menyebabkannya gagal untuk mengimbangi badan. Mujur tangan lelaki itu lebih dulu menangkap kedua lengannya sebelum sempat dia jatuh menyembam lantai. Irish terkaku. Kejap pegangan Tengku Harrys hanya dia dapat rasakan sehinggakan dirinya tidak dapat bergerak lansung. Seketika matanya mencari anak mata lelaki itu sebelum pandangan mereka bertemu. Dan serta-merta perasaan itu kembali hadir ke ruang hatinya.

Minit berlalu, Irish tersedar. Cepat-cepat dia menarik lengannya semula. Lansung gadis itu mengatur langkah menghampiri BMW milik Tengku Harrys dan menunggu di sisi kereta itu. Serasa dadanya ingin meletup juga saat ini. Malunya dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Entah berapa pasang mata yang menyaksikan insiden sebentar tadi, dia juga tidak pasti. Apa yang pasti mukanya sudah tentu merah padam sekarang ini. Akhirnya gadis itu hanya mampu mengetap bibir sambil tertunduk menahan perasaan yang sudah bercampur-baur.

            “Tak nak masuk ke?”

            “Hmm?”

          “Come. Get in,” arah Tengku Harrys dengan suara yang tiba-tiba sahaja lembut di pendengaran Irish. Gadis itu hanya menurut tanpa banyak soal. Tidak berani bersuara lebih-lebih lagi terkenangkan insiden yang baru berlaku sebentar tadi.

Kereta meluncur laju membelah jalanraya yang masih terkawal. Tidak pasti ke mana arah tuju mereka tika ini, Irish hanya membuang pandang ke luar tingkap sambil melayani lagu-lagu di radio. Itu lebih baik daripada berbual dengan lelaki di sebelahnya ini.

Perjalanan yang dirasakan agak lama itu akhirnya tiba ke destinasi yang dituju. Tengku Harrys memberhentikan keretanya di hadapan sebuah tasik yang agak lengang ketika ini. Memang sengaja dia mencari tempat yang tidak ramai orang agar mudah untuk mereka berbincang. Keluar sahaja dari kereta, lelaki itu bergerak ke bahagian hadapan dan bersandar di situ sambil berpeluk tubuh. Dari ekor matanya dia dapat melihat Irish ikut sama turun dan kemudian berdiri tegak tidak jauh darinya.

“I’m sure you know what was happened yesterday.”

           Serentak itu jantung Irish berdegup laju. Mulutnya tidak bersuara membalas kata-kata tersebut. Hanya pandangan dihalakan ke arah Tengku Harrys.

          “Dan apa yang saya diberitahu, keluarga awak minta tempoh untuk berbincang sebelum beri kata putus. Betul?” sambung lelaki itu lagi lalu menoleh pada Irish.

“Err...,”

“Is it true, Irish?”

“Be... betul!” balas Irish. Wajahnya hanya ditundukkan. Tidak berani menentang pandangan Tengku Harrys walaupun ketika ini lelaki itu berkacamata hitam.

“Sampai bila?”

“Mungkin seminggu.”

Tengku Harrys mengeluh perlahan. Pandangan diarahkan ke hadapan semula. Ikutkan hati, sebolehnya sekarang ini juga dia inginkan jawapan dari Irish. Perlahan kacamata hitamnya ditanggalkan lalu dia merenung ke dasar tasik yang terbentang luas.

“Is it hard for you to make a decision?”

“Keputusan apa?”

“Terima atau tolak lamaran tu.”

         “I don’t know. Benda ni terlalu mengejut. Saya sendiri masih tak percaya dengan apa yang berlaku semalam.”

            “Awak nak cakap yang awak akan tolak lamaran tu?”

            Irish terdiam. Kepalanya ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. “Saya belum buat apa-apa keputusan lagi. Ini soal masa depan. Masa depan saya dan juga masa depan Tengku. Jadi saya kena fikir baik-baik. Saya rasa Tengku pun mungkin tak setuju dengan risikan tu. Jadi kalau kami tolak, mungkin takkan ada masalah.”  

            “Then, kenapa tak tolak je lamaran keluarga saya tu dari semalam? Kan senang. Tak payah susah-susah nak minta tempoh untuk bagi kata putus lagi.”

            Irish mengangkat wajah. Muka Tengku Harrys ditenung dari pandangan sisi. Agak dingin kedengaran kata-kata lelaki itu di telinganya, walaupun nadanya perlahan. Lelaki itu terus direnung. Namun Tengku Harrys tetap tegar memandang ke arah tasik di hadapan.

            “Jadi, Tengku nak saya tolak lamaran tu? Kalau macam tu, sekarang pun saya boleh buat keputusan.”

         Tengku Harrys semakin tidak tenteram. Dia tidak tahu bagaimana untuk dihuraikan perasaannya ketika ini. Marah? Gembira? Sedih? Atau kosong tanpa apa-apa rasa. Semalam sewaktu dia keluar meninggalkan rumah, perasaan marah menyelubungi diri. Sangkanya risikan itu dihantar untuk Tengku Melissa. Disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk pergi membawa diri. Namun perasaan marah itu kemudiannya bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan tatkala abangnya membawa perkhabaran bahawa risikan itu sebenarnya adalah untuk Irish. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya. Dan hari ini dia tidak tahu perasaan apakah yang sepatutnya dia perlu ada. Sukar untuk digambarkan walaupun ketika ini dia bersama gadis yang selama ini menjadi bayangan dalam hidupnya.

            “Awak dah ada pilihan sendiri?” spontan soalan itu terkeluar dari Tengku Harrys..

            “Tak.”

            “So, kenapa tak terima lamaran tu?”

           Sekali lagi Irish terkejut. ‘Dia ni okay ke tidak ni? Tadi suruh aku tolak. Sekarang suruh terima pulak.’

            “Are you listening what I’m saying, Irish Qiara?”

            “Hmm? Ya, ya. Saya dengar.” 

            “Then, why are you staring at me like that?”

Serta-merta Irish melarikan matanya ke arah lain. Merah padam sekali lagi mukanya ditegur sebegitu. ‘Ishh! Nampak pulak dia!’

            “I’m still waiting for your answer, Irish.”

          Irish menarik nafas dalam-dalam. Cuba menyusun ayat sebaiknya agar tiada hati yang akan terguris. “Saya rasa Tengku dah tahu jawapannya. Lagipun kita tak pernah bercinta. Apatah lagi untuk bincang hal ni. Dan Tengku pun mungkin dah ada pilihan hati sendiri. Jadi tak perlulah kita teruskan hajat keluarga Tengku tu. Demi kebaikan bersama.” 

      Sekali lagi Tengku Harrys menoleh. Satu renungan tajam dihadiahkan buat Irish. Tidak menyangka kata-kata tersebut yang akan keluar dari mulut kecil itu. Giginya diketap. Nafasnya juga seakan tersekat. Entah berapa lama dirinya dapat menahan kemarahan ini, dia sendiri tidak tahu. Seketika, wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Memaksa diri untuk terus bertahan sebelum mulutnya kembali bersuara.

“Sama ada awak nak terima lamaran tu atau tidak, terpulang. Kalau jawapannya ya, awak boleh bagitahu saya sekarang. Tapi kalau jawapannya tidak, you have to explain it directly to my family. Saya tak nak ambil tahu. But one thing, kalau sampai keputusan awak tu akan bagi bad effect pada family saya, awak adalah orang yang bertanggungjawab untuk semua tu.” Tengku Harrys mengenakan kembali kacamatanya lalu bangun dan melangkah ke pintu kereta tanpa menoleh sedikit pun pada Irish. “Let’s go back.”

           Irish terkaku di tempatnya. Tidak pasti sama ada mahu ikut masuk ataupun tidak. Sebelah kakinya ingin melangkah. Namun sebelah lagi bagaikan terpaku di situ. Hanya selepas Tengku Harrys menghidupkan enjin kereta, barulah dia tersedar. Pantas kakinya dihanyun memasuki kereta tersebut. 

           Sekali lagi keadaan sepi menemani perjalanan mereka sewaktu pulang. Sekali sekala, Irish sempat mencuri pandang ke arah Tengku Harrys di sebelah. Wajah lelaki itu kelihatan merah. Mungkim sedang menahan marah. ‘Marah kenapa? Bukan patutnya dia suka ke kalau aku tolak lamaran tu? Sekurang-kurangnya tak adalah aku jadi penghalang hubungan dia dengan Tengku Melissa. Tapi sekarang ni tengok macam orang tengah frust je!’ Irish berbicara sendiri. Sejenak, dia teringatkan kata-kata Tengku Harrys. Mungkin ini bukan pilihan dia. Namun kerana ianya hajat keluarga, lelaki itu sanggup mengenepikan perasaan sendiri semata-mata untuk memenuhi permintaan tersebut. Sekali lagi Irish menoleh ke sisi. Tengku Harrys masih tidak menghiraukannya. Jangankan bercakap, melihat wajahnya pun tidak betah lelaki itu barangkali. Sudahnya, dia hanya membuang pandang terus ke luar tingkap.

Tengku Harrys menoleh Irish sekilas. Bukan dia tidak perasan gadis di sebelah asyik memandangnya sejak mereka masuk ke dalam kereta tadi. Cuma hatinya masih terasa sakit. Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. Perbincangan yang disangka akan berakhir dengan sesuatu yang mengembirakan rupanya hanya angan semata-mata. Hati yang mula terasa tenang dengan perkhabaran Tengku Hafiy malam tadi juga kini sudah kembali resah. Semuanya gara-gara gadis di sebelahnya ini.

Tengku Harrys melepaskan keluhan, membuang sedikit rasa gelisah yang bertandang. Punat radio kemudian ditekan, membiarkan halwa telinganya menikmati alunan lagu bagi meredakan sedikit hati yang keresahan. Sebaik radio kereta itu terpasang, telinganya terus menangkap intro lagu yang sentiasa bermain di tabir mindanya selama ini.


Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan bayangan gurauan...


Tengku Harrys menoleh ke sisi. Irish masih setia memandang ke luar. ‘Salah engkau yang tidak memahami, atau salah aku yang tidak mahu berterus terang?’ luah hati kecilnya. Kereta dipecut dengan lebih laju. Dia ingin segera pulang ke pejabat. Tidak kuat lagi untuk terus-terusan bersama dengan gadis ini.



PINTU kondo tersebut dibuka menggunakan kunci pendua yang dimiliki. Masuk sahaja ke dalam, tubuhnya dihempaskan ke atas sofa ruang tamu. Kepala yang terasa berat disentuh perlahan. Matanya juga sudah semakin layu.

“Eh, Rys. Kau rupanya! Aku ingatkan siapa tadi.”

        Suara yang tiba-tiba muncul itu mengejutkan Tengku Harrys yang baru saja ingin terlena. Matanya dicelikkan kembali untuk melihat empunya suara tersebut walaupun dia sudah tahu siapa pemiliknya. Sekilas dia memandang sekujur tubuh yang sedang berjalan ke arahnya sebelum mata kembali dipejamkan. “Kau tak kerja ke, Rul?”

         “Tak. Aku on leave hari ni,” jawab Fezrul. Memang hari ini dia tidak bekerja kerana ingin menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. “Yang kau ni kenapa kat sini time-time macam ni? Tak kerja ke hari ni?”

            “Kau nampak aku pakai baju kerja ni, dah sah-sahlah kerja. ”

         “Dah tu, kenapa baring kat sini kalau kerja? Setahu aku kau mana reti nak ponteng-ponteng kerja ni!” tukas Fezrul lalu duduk berhampiran Tengku Harrys. Cawan yang berisi minuman diletakkan di meja sisi. Tangannya kemudian mencapai gitar yang tersandar di sofa sebelum tali dipetik memainkan sebuah lagu.

            Tengku Harrys membuka mata semula. Serentak itu, satu keluhan terbit dari bibirnya. Dan perbuatannya itu sekaligus mencuri tumpuan Fezrul.

            “Hey, bro! What’s wrong?”

            “Nothing.”

            Fezrul tertawa mendengar jawapan itu. Gitar di tangan disandarkan ke sofa semula. “Harrys, tell me berapa lama dah aku kenal kau? Bukan baru setahun dua tahu tak? Semalam kau datang sini dengan muka serabut macam ni, kau cakap tak ada apa-apa. And today, again? Come onlah, Rys!” 
  
       Tengku Harrys mengeluh sekali lagi. Kemudian dia bangun dari pembaringan lalu duduk menghadap Fezrul. Seakan dia sudah tidak dapat berselindung. Semenjak dulu rakannya ini bagaikan dapat membaca isi hatinya setiap kali dia berdepan dengan masalah. Hanya melalui perubahan sikap dan air mukanya sahaja Fezrul sudah dapat meneka.

            “Now tell me, why are you being like this? What’s the problem?”

            Tengku Harrys terus-terusan diam. Mulutnya bagaikan terkunci untuk memulakan kata-kata. Lukisan yang tergantung pada dinding di hadapannya ditenung. Entah apa yang ditenungnya dia sendiri tidak tahu.

            “Woi! Nak termenung, termenunglah jugak. Habis aku yang kat sini ni, nak tunggu je sampai kau habis termenung?” tingkah Fezrul geram, membuatkan Tengku Harrys terus memandangnya. Dari riak wajah, dia yakin rakannya sedang berdepan dengan masalah. Dan dia cukup tidak suka melihat keadaan ini.

“So, what’s wrong?” soal Fezrul sekali lagi. Minumannya diambil lalu dihirup perlahan.

           “Mama aku dah carikan calon untuk aku.”

           Tersedak Fezrul mendengar jawapan itu. Habis tersembur air diminumnya. “What??!”

           “Yes.”

“Eh, kau biar betul Rys!”

            “Muka aku ada nampak macam main-main ke?”

            Serta-merta ketawa Fezrul terhambur. Cawan dalam pegangan diletakkan semula. Melihatkan muka Tengku Harrys tidak berkelip memandangnya, membuatkan ketawa Fezrul semakin galak. Dan ketawanya itu berpanjangan hingga ke beberapa minit.

            “Ketawalah puas-puas, Rul!” bentak Tengku Harrys dengan nada sedikit geram.

            “I just can’t believe it! Harrys yang selama ni anti-perempuan, mengelak sana mengelak sini, at the end mama dia carikan calon isteri untuk dia?? Hai! Harrys, Harrys!” Fezrul menyambung kembali tawanya. Memang berat masalah yang ditanggung rakannya ini. Kalau dia berada di tempat Tengku Harrys, mungkin reaksinya pun sama juga. “Sabarlah, Rys. Kalau aku jadi orang tua kau pun dah tentu-tentu aku risau tengok kau. Orang tua mana yang nak tengok anak diorang membujang sampai ke tua. Just relaxlah! Mama kau baru je cari. Belum hantar rombongan apa-apa pun, kan?” 

            “Dah hantar pun.”

            Fezrul memandang Tengku Harrys. Duduknya yang bersandar tadi tegak semula. “Bila?”

            “Semalam.”

            Membulat mata Fezrul kali ini.“Sebab tulah semalam kau lari ke sini? Bawa diri?”

            Harrys hanya mengangguk.

            “Hmm… ni kes tak setujulah ni? Patutlah dua hari datang rumah aku dengan muka macam ni. Hai! Apa susah, Rys? Kalau kau tak suka dengan pilihan mama kau tu, tolak jelah. Tak payah nak serabut-serabut kepala macam ni!”

            “I can’t. That’s her.”

            Jawapan Tengku Harrys itu membuatkan mata Fezrul semakin tajam merenungnya.

            “Harrys, don’t tell me that you…,”

            “Yes! That was her!”

            “Siapa?!”

        Untuk kesekian kalinya Tengku Harrys melepaskan keluhan. Nampaknya dia sudah tidak mampu menanggungnya seorang diri lagi. Dia perlukan teman untuk berkongsi rahsia yang sedang memberat di jiwanya sekarang. Dan satu-satunya orang yang dirasakan sesuai untuk berada di tempat itu adalah Fezrul. Dia tidak tahu mengapa dirinya begitu lemah bila melibatkan hal sebegini. Walhal dia dikenali sebagai seorang yang begitu pandai menyelesaikan masalah walau seberat mana ia sekalipun. Tapi sekarang, dia merasakan seolah-olah dirinya sudah bertukar menjadi orang lain. Menjadi seorang yang sangat lemah dan tidak mampu berfikir apa-apa. Semuanya hanya kerana gara-gara seorang gadis.

             “I’m still waiting, Rys.”

         Suara Fezrul menyentakkan lamunan Tengku Harrys. Lelaki itu masih lagi merenung ke arahnya menagih penjelasan. Tengku Harrys membetulkan duduk. Wajahnya diraup perlahan. Dengan tenang satu-persatu rahsia hatinya dirungkaikan pada Fezrul. Dari pertemuan awal bersama Irish sehinggalah kepada perbincangannya dengan gadis itu lewat tengahari tadi. Semuanya dijelaskan kepada Fezrul agar rakannya itu memahami masalah yang sedang bergelut dengan dirinya ketika ini.

Fezrul pula begitu tenang mendengar. Sesekali dia tersenyum. Adakalanya terangguk-angguk. Dan ada ketika mukanya kelihatan serius. Bukan dia tidak biasa mendengar dan berkongsi masalah begini dengan Tengku Harrys. Tetapi hari ini keadaan sedikit berbeza. Buat pertama kali lelaki di hadapannya meluahkan rahsia hati yang selama ini dipendam sendiri. Walapupun mereka berkawan rapat sejak sekolah dulu, namun untuk menebak soal hati dan perasaan rakannya yang satu ini memang payah. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham mengapa hati Tengku Harrys begitu beku terhadap perempuan.

“So… kau dah dengar semua cerita aku, kan?”

            Tiada jawapan yang keluar dari mulut Fezrul. Hanya sebuah senyuman terukir di bibir tatkala Tengku Harrys menyudahkan ceritanya.

            “Aku suruh kau dengar cerita aku, then bagi nasihat. Bukan suruh tersengih-sengih macam tu.”

        “Hey, sabarlah bro! Aku tengah menghayati story kau ni. Tapi tak sangka aku, ya. Rupa-rupanya kawan aku ni ada jugak hati dan perasaan kat perempuan. Ingat beku dah!”

            Spontan penumbuk Tengku Harrys singgah di lengan Fezrul, membuatkan ketawa lelaki itu berderai. “Kau kalau takat nak ketawakan aku, baik aku tak payah cerita tadi!” Tengku Harrys mendengus marah.

            “Okay, okay! Aku stop!” Fezrul memperlahankan tawanya sebelum kembali fokus dengan perbualan mereka. “Aku ni tak adalah expert sangat dalam bab-bab nak nasihatkan kau. Cuma yang aku boleh cakap, sabar. Kita tunggu keputusan pihak perempuan nanti macam mana. Harap-harap positiflah. Tak boleh nak terlalu paksa diorang sebab benda ni mengejut dan kau pun tak pernah bercinta dengan that girl. Tiba-tiba je family kau hantar rombongan merisik, kan. Of courselah diorang ambil masa untuk buat keputusan.”

            “Okay. You’re right.” Tengku Harrys beralah akhirnya. Sedikit sebanyak betul juga apa yang dikatakan Fezrul. Dia dan Irish tidak pernah bercinta, walaupun mereka satu pejabat dan hampir setiap hari bertemu. Malah dia sedikit pun tidak menduga bahawa calon pilihan mamanya itu adalah Irish. Memang benarlah kata mamanya tempoh hari sama ada dia sanggup menolak calon pilihan wanita itu ataupun tidak. Dan ternyata kata-kata mamanya itu benar-benar memakan dirinya kini.
            Tengku Harrys tersedar dari menungannya. Pantas dia melihat jam di tangan. Sudah menghampiri jam 6.00 petang. Menyedari hal itu, segera dia bangkit dari duduknya. Namun pergerakannya mati bila Fezrul tiba-tiba menahannya bersama satu senyuman nakal.

“Yang kau pandang-pandang aku macam tu kenapa?” 

            “Saja. Tak sangka aku jiwang jugak kau ni rupanya. Dulu bukan main sombong dengan perempuan. Nak sangat aku tengok that girl yang dah berjaya buat kawan aku yang selalu nampak cool, tapi sekarang, dah jadi serabut macam ni!”

            Sekali lagi Tengku Harrys mendengus geram. Malas mahu melayan rakannya, dia kembali bangun dari sofa.

              “Hey! Nak nak ke mana tu? Laju jalan!” Fezrul masih lagi ingin mengusik rakannya. 

         “Solat. Duduk melayan kau tak pasal-pasal terlepas Asar aku nanti,” balas Tengku Harrys seraya memasuki salah satu bilik di dalam kondo tersebut. Dari dalam bilik, dia masih dapat
 mendengar suara Fezrul yang semakin galak ketawa.


           ‘Jiwang? Aku sendiri tak tahu apa kena dah dengan aku, Rul. Semuanya sebab Irish. Yes! Irish Qiara yang dah berjaya buat aku jadi serabut macam ni!’ jeritnya di dalam hati.