Saturday, December 19, 2020

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 01

 

 

SEGALA barang-barang miliknya dimasuk ke dalam kotak. Tak banyak. Boleh dikira dengan jari jumlah untuk dibawa kelak.

     Siap urusan dengan kotak, pakaian dalam almari pula dikeluarkan. Separuh saja tinggal. Separuh lagi masih ada kat beg yang dibiarkan.

Sefhia jengah bawah katil. Nafas lega dihela. Beg yang ditolak tergesa-gesa tempoh hari masih ada. Mujur tak ada sesiapa jumpa.

Tangan pantas tarik beg tersebut. Lebihan pakaian dimasukkan. Selesai kesemuanya, beg dikendong ke badan. Kotak berisi barang-barang diangkut dengan tangan.

Ini malam terakhir dia di sini. Selepas ini dirinya tak akan tinggal di bilik ini. Sebaliknya bilik lelaki yang dah sah jadi suami bakal ambil posisi.

Hmmhh.

Mampukah dia? Sedangkan nak bertemu muka pun ingin dielaknya. Apatah lagi tinggal bersama. 

Hmmhh.

‘Terlajak perahu boleh undur. Tapi sekarang terlajak perbuatan, Sefhia. Antara kehendak, kemahuan dan keterpaksaan. Salah satu harus kau putuskan.’

Sefhia pejam mata. Kata hati itu dihadam sedalamnya. Sakit, pedih, perit. Namun untuk menyesal, apapun dah tak guna.

Serentak, kaki dihala keluar. Atur langkah ke tempat tujuan. Melewati ruang tamu, mata sempat kerling Pak Aryawan anak-beranak rancak bersembang dengan saudara-mara yang belum pulang.

Tak cukup mungkin waktu kat majlis resepsi tadi. Lagi-lagi dah lama tak kumpul dalam keluarga besar macam ini. Berbual panjanglah apalagi. Nak-nak kalau mereka menginap di sini. Entah-entah sampai esok pagi.

Ah. Pedulikan. Bukan urusannya. Urusan sekejap lagi yang lebih penting sedang menunggu dia. 

Langkah terus dihayun. Mendaki tangga ke tingkat tiga. Dah beberapa kali tempat ini dijejakinya. Jadi laluan dan selok-belok telah dihafal serba-serbi oleh dia.

Sampai depan bilik, Sefhia tolak pintu. Dan kala itu matanya terpaku. Terkejut bilik tersebut dah berubah laku.

Salah bilik ke?

Mustahil. Sebab hanya bilik Aryan ada di tingkat ini.

Gadis itu tak puas hati. Pandangan melilau ke kanan ke kiri. Kut-kut ada bilik lain lagi.

Tapi semuanya sama macam selalu. Belah kanan pintu ke bilik wardrobe. Belah kiri pintu ke bilik tamu.

Sefhia masuk semula. Yakin bilik tersebut memang milik suaminya. Cuma dah bertukar rupa. Sesuai dengan status bilik pengantin.

Suami?

Sefhia geleng kepala. Janggal rasa bibir nak ungkap.

Suami? Sampai hujung nyawa pun belum tentu hatinya akan terbuka.       

Mata biru itu terus meliar perhati bilik. Dengan hiasan bertema emas merun, ia benar-benar tersergam cantik. Patutlah berkali-kali Ibu Dian ajaknya masuk sini. Cuma dia yang sering elak diri.

      ‘Dah ready ke kau nak tempuh kehidupan baru ni, Sefhia? Lagi-lagi dengan lelaki yang pernah kau culik.’

      Dan-dan kepala terus berlegar cari jawapan. Benda yang selama ini tak pernah dia terfikirkan.

Dalam buntu otak dikerah, terasa bahu kanannya tiba-tiba disentuh dari belakang.

       Bap!

     Kotak di tangan terlepas ke lantai. Tangan dibahu pula kini berganti dalam genggaman.

Sepantas kilat Sefhia tarik tangan itu. Kolar baju dicengkam kuat. Tangan kiri genggam lengan kanan empunya badan erat-erat. Dan bersama segala kudrat, tubuh tersebut diangkat melewati bahu dan terus dilempar ke lantai depan dengan kuat.

Dum!

Bunyi jatuh sekali lagi kedengaran. Kali ini bukan kotak. Tapi sekujur badan.

“Aduhhh!!!” Aryan menyeringai kesakitan. “Apa-apaan kamu, Sefhia! Sakit, tau!”

“Kau start dulu.”

“Apa yang aku lakuin? Aku cuma pegang bahu kamu aja, sih!” 

Sefhia tak balas. Semuanya dah terlepas. Dan terjadi sangat pantas. Nak cakap apapun dah tak boleh repeat the past.

Dalam sakit yang masih berbisa, Aryan cuba bangun. Pinggang yang rasa nak patah, dipegang. Bukan sembarang perlahan dia dihempas ke lantai dengan teknik bantingan yang dilakukan.

Konon-konon nak sakat. Hah sekarang, rasakan!

Tegak saja badan, Aryan tentang sosok Sefhia. Tak tahu apa nak kata. Nak marah, kesian. Tak marah, dia yang geram.

‘Boleh tahan juga ini orang. Badan slim kayak gini bisa-bisa aja aku diterbalikkan!’ dengus lelaki berkenaan.

“Kamu mau bunuh aku?”

Nonsense.”

“Terus, apa? Kamu takut aku ngapain apa-apa sama kamu? Gitu?”

Do what?”

“Ah! Usah pura-pura tak tahu! Semalam menikah. Ini hari acara sanding. Sekarang lagi di bilik pengantin. Kamu kira, apa?”

Sefhia diam. Matanya dicerunkan. Kata-kata Aryan macam sebiji dart yang dibaling. Tepat kena sasaran!

Tengok tak ada reaksi jawapan, Aryan dekatkan jaraknya dengan Sefhia.

“Kamu takut, bukan?”

No.”

“Kamu takut, Sefhia.”

“Tak.”

“Kalau nggak, kamu nggak akan bertindak seperti tadi. Dan wajah kamu juga nggak akan berubah warna saat ini!”

Bening biru Sefhia makin tajam tembus ke anak mata Aryan. Nak saja dia nafikan. Bukan, bukan dan bukan! Tapi mukanya yang sedang merah sekarang tak mungkin dapat disembunyikan.

“Lain kali jangan masuk macam pencuri.”

Sefhia segera tunduk. Kotak atas lantai diambil. Tak tahu arah mana nak tuju, langkah sudahnya dihala ke bilik air. Dengan kotak dan beg diangkut sekali.

Biarlah! Asal dapat bawa lari malu yang dah tebal berinci-inci.

Aryan pandang saja langkah Sefhia. Hingga kelibat itu hilang, keluhan kecil terhela bersama gelengan kepala.

“Lumayan! Baru malam pertama udah dapat kayak gini. Esok lusa mau-mau dibalingnya terus aku ke dinding!”

Lelaki itu berlalu. Terhencut-hencut kaki berjalan keluar semula dari bilik itu. Tangan pula terus-terusan tekap pinggang dan tengkuk yang bagai dah patah-riuk seribu.

 


Tuesday, December 15, 2020

SINOPSIS : RELAKU PUJUK






Pembaca-pembaca yang follow dari Novel BAYANGAN GURAUAN, tahu saya suka buat video sinopsis...
Senang nak explain... 😄

Video dah buat sebelum official novel keluar...
Jadi cover lamalah saya guna...

Gambar & lagu sekadar ilusi...
So don't take seriously....... 🤗


🍁🍁🍁🍁🍁



 
      

Genre :  Romance, action, family, friendship

Main Characters : 

Aryan Wong

Sefhia  (Miss of Crazier)

Zen  (Head of Crazier)

Reyes  (Son of Crazier)

 

ARYAN ALFIANSYAH WONG. Impiannya nak jadi seperti Ibnu Batutah. Kembara keliling dunia. Cari ilmu, cari pengalaman, bantu yang memerlukan. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang. Setelah puas menjelajah semesta alam.

Oh, Malaysia! Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touched down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... the most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.   

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

 

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” -  SEFHIA

“Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” -  ARYAN WONG

 

Masin mulut Aryan. Atas takdir ALLAH, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangkakan. 

 

EMERLINE SEFHIA. Jadi ini nama kamu? Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?” -  ARYAN WONG.

 

Seboleh-bolehnya Sefhia nak lari jauh dari Aryan. Tapi sekuat-kuatnya Aryan mahu ikat gadis berkenaan. Atas rencana ‘gila’, gadis itu dinikahi. Nak selamatkan keadaan dan identiti diri.

 

Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.” -  SEFHIA

Oh, ya? We will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” -  ARYAN WONG.

 

Dalam tercari-cari rentak keserasian, dua hati itu seakan bertemu corak kebahagiaan. Aryan terus memujuk. Sefhia bagaikan terbuai.

 

Aku tak layak nak bertaubat. Tak mungkin ada lagi ruang suci untuk pendosa macam aku.” -  SEFHIA

Tidak ada lafaz yang lebih agung yang aku tunggu-tunggu. Selain kalimah cintamu ‘Lailahaillallah’ terhadap-NYA.  Dan ‘Muhammadurrasulullah’ terhadap Rasul-NYA. Dan saat ungkapan ini udah terlahir di celah bibirmu, nescaya kamu akan bisa ngungkapin rasa cintamu terhadap sesama makhluk setelah itu. Termasuk diriku.” -  ARYAN WONG.

 

Baru indah mula bertebaran, namun segalanya direntap di tengah jalan. Sefhia dirampas semula. Aryan ditinggal bak patung tak benyawa.

 

“You need to get back to me. Forget about him, forget about your love. Come back to your life, and return to your old world! You are mine, Sefhia!”  -  ZEN

Dia bukan milik kau. Aku cuma bagi pinjam kejap. Dan sekarang, aku ambil dia balik!.-  REYES

 

Penemuan ‘sesuatu’ milik Sefhia buat keluarga Pak Aryawan tambah tak keruan. Gadis itu harus dicari. Bukan hanya untuk kembalikan semangat Aryan. Tapi demi menokhtah rahsia lebih 20 tahun yang sekian lama tergantung misteri. 


🍁🍁🍁🍁🍁



Monday, December 14, 2020

RELAKU PUJUK Is Officially Published!

 




RELAKU PUJUK...
Keluar dah...
Alhamdulillah......
Officially published on 12.12.2020 by KARYASENI...
🤲 🎀


#officialcover
#2ndkarya
#hadiahuntukpembaca
#after3years
#romanceactionfamilyfriendshipgenre



🍂 Available now on Shopee Karyaseni...



🦋  ORDER SECARA SINGLE :  👇👇

https://shopee.com.my/product/257079836/6371543740?smtt=0.22059866-1609060951.9



🦋  ORDER SECARA KOMBO (Kombo Meraung Disember 2020) :  👇👇


https://shopee.com.my/KOMBO-MERAUNG-NOVEL-NEGERI-CINTA-KUSUT-DI-HUJUNG-BALIK-KE-PANGKAL-RELAKU-PUJUK-KARYASENI-i.257079836.9803235641





Saturday, December 5, 2020

Status Terkini Manuskrip 'RELAKU PUJUK' (4 December 2020)



Sudah lulus sesi penilaian...
Sudah berakhir sesi Proofreading with Editor hari ini... ✔
Tunggu OFFICIAL ANNOUNCEMENT dari Penerbit... 🗣
Siapa terjumpa dulu, bagitau... 😀

.

#2ndbuahtanganuntukpembaca  📖
#hopeyouguyslikeit  🍁
#bismillah  🤲







Saturday, August 29, 2020

BG LISTED DALAM WEBSITE INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)


Tak pernah tahu Novel BAYANGAN GURAUAN listed dalam website INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)...
Untuk Buku Jun 2018...
Dua tahun dah, tapi baru malam tadi perasan...
Tu pun sebab tengah buat research cari material untuk sequelnya, SEJIWA...
Nampaklah BG dalam kelompok buku di Arkib Pengumuman INSPEN https://www.inspen.gov.my/index.php/my/arkib-pengumuman ...
Ada lagi beberapa novel rakan penulis lain... Bersama buku-buku Non-fiksyen sedunia yang memonopoli...

Buku fiksyen tak semestinya zero, nothing... 
Selak, baca, gali apa yang terselit dalam intipati... 
Then you will know ia berbaloi atau rugi...
Bak pepatah “DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER”... Is it😊

Terima kasih pembaca BG...
Yang baca, hayati, selami, tahulah apa isi dan nilai tersemat melalui naskhah kecil ini...




  











Wednesday, August 26, 2020

CHAPTER 31 : RELAKU PUJUK






Chapter 30 & 31 for today.....


SENYAP sunyi keadaan meja makan. Satu suara lansung tak kedengaran. Hanya bunyi sudu garfu yang berlaga dengan pinggan. Masing-masing nampak sibuk jamah hidangan.

“Aryan.”

Baru disebut, dan-dan itu suara Pak Aryawan menerjah.

Yes, baba.”

“Tentang hal pernikahan kamu sama Sefhia, gimana?”

“Gimana apa maksud baba?”

“Ya maksud baba itu, kapan mau lansungnya?”

“Benar, Ryan. Kapan mau lansung acaranya? Sejak kita bicara tentang hal itu, kamu kok malah diam terus. Soalnya, nggak manis dong kamu sama Sefhia tinggal di dalam satu rumah tanpa punya ikatan apa-apa.” Ibu Dian menambah.

Aryan pandang kedua orang tuanya. Ingatkan dah lupa.

Bukan dia sengaja diam. Cuma tunggu masa yang sesuai. Alang-alang baba dan mamanya dah tanya sekarang, mungkin saatnya dah sampai.

“Seperti yang Aryan bila tempoh hari. Sesegera yang mungkin.”

“Jadi kamu udah pilih tanggalnya?”

Aryan angguk perlahan. “Iya, ba.”

“Kapan?”

Kali ini Aryan tarik nafas. Cari kekuatan untuk melafaz. Sefhia di sebelah dilirik sekilas.

“Bulan depan.”

Tersedak nasi yang disuap Pak Aryawan. Tersembur air yang diteguk Ibu Dian.

“Apa?! Yang benar kamu, Aryan??”

“Ngapain, ma? Apa Aryan salah bilang? Tadi baba sama mama juga yang lagi nanya kapan Aryan mau menikah.”

“Ya iya, dong! Tapi kok secepat itu?”

“Apa nggak bisa?”

“Kamu kira hal menikah itu sesuatu yang gampang? Banyak urusan yang perlu dipersiapin dong, Aryan! Aduhhh… ini anak!”

“Kalau gitu kita bikin majlis yang simple-simple aja, deh.”

“Hmmh! Mas lihat itu anak mas. Dia pikir mau menikah ini kayak main guli waktu dia kecil-kecil?”
Serentak itu tawa Pak Aryawan terburai.

“Mas! Mama lagi ngomong ini! Mas kok bisa ketawa, sih!” 

“Mama ini lucu, ya. Hal menikah kok disamakan dengan main guli.”

“Ya, iyalah! Dia mikir hal menikah segampang itu? Lontar-lontar, lalu kena, terus menang. Gitu?” 

“Ya kalau udah itu yang diputusin sama Aryan, kita bisa ngomong apa lagi? Itu lebih baik deh dari dia nggak kahwin-kahwin. Mama suka yang begitu?”

“Ya nggaklah! Tapi apa perlu bikin kejutan sebegini?”

“Ya mas itu kan sering bilang. Selagi yang bikin itu namanya Aryan, apapun dia bisa lakuin. Kalau dia bilang mau menikah besok, ya mas juga percaya sih!” 

“Udah, udah! Mas sok bilang yang macem-macem, ya! Buatnya benaran dia mau menikah besok, awas! Kerja gila itu! Kamu juga, Aryan. Jangan coba-coba mau bikin mama sakit jantung!”

“Jadi, baba sama mama setuju?”

“Baba on aja.”

“Terus mama?”

“Ya kalau gitu udah kamu putusin, terserah. Pokoknya, bukan besok!”

Aryan senyum senang. Lega hasratnya diperkenan. Seperti apa yang dia rancang. Tanpa sedar satu hati saat ini sedang mengamuk sakan! 


**********

“HUH!”

Lelaki itu lepaskan lelah. Dah empat jam dia ‘bertapa’ atas meja. Menghadap laptop, siapkan kerja. Sampai anak mata pun dah macam nak berlaga.

Sudahnya, dia bersandar. Leher yang lenguh diurut-urut perlahan. Kalau nak terus hadap kerja yang takkan pernah habis itu, mahu saraf-saraf otaknya boleh tercabut. Silap-silap, meletup.

Pantas Aryan bangkit. Tekak yang haus sejak tadi dah menjerit-jerit minta diisi. Segera langkah dihala keluar bilik, menuruni tangga, dan berakhir di lantai dapur.

Klik!

Suis lampu dibuka. Ruang dapur terang serta-merta.

“Uih! Astaghfirullahalazim!”

Aryan urut dada, sekaligus mengucap panjang. Kelibat seseorang sedang duduk di mini bar benar-benar mengejutkan. 

“Kamu apa-apaan, sih?! Duduk sendirian di dalam gelap begini! Mau bikin aku mati terkejut?!”

Sefhia tak hirau. Renungannya terus melekat ke dinding depan.

“Hei. Aku lagi nanya ka…,”

“Batalkan pernikahan tu.”

What?”

Stop all those nonsense things.”

“Kamu pikir ini apa? Kayak main nikah-nikah? Bisa-bisa aja mau batalin. No! Aku nggak akan berenti.”

“Kenapa? Kau nak balas dendam?”

“Balas dendam? Untuk apa?”

“Apa aku buat dulu.”

Tawa Aryan spontan pecah.

“Aku? Balas dendam? Sama kamu?” Aryan tertawa lagi. “Mungkin.”

“Dari balas dendam, baik kau bunuh aku.”

Mendengar perkataan bunuh, tawa Aryan lansung termati. Rasa marah kini berganti.

“Kamu pikir aku apa? Manusia kejam seperti kamu? Membunuh orang sesuka hati. Nggak tau beda pahala sama dosa. Hmm??” tingkah lelaki itu geram. “Kalau aku mau balas dendam sama kamu, dari dulu lagi aku udah berbuat begitu. Waktu aku nabrakin kamu. Malah saat ini juga aku bisa hancurin hidup kamu, Sefhia!”

“Jadi untuk apa kau ikat aku?”

“Kerna aku nggak mau biarin kamu terus hanyut sama dunia kamu!”

Renungan Sefhia deras menikam wajah Aryan.

“Aku tau kamu punya alasan melakuin semua hal itu, Sefhia. Dan aku percaya kamu maksa diri kamu untuk terus jadi begitu. Malah aku yakin, dalam diri kamu itu masih punya kebaikan yang bisa didapatin, yang bisa aku bimbing, yang bisa semua orang rasain. Kerna itu aku harus menikahi kamu. Aku mau hidup kamu jadi lebih baik!”

Sepasang kornea biru Sefhia makin cerun renung Aryan. Dadanya berombak. Rahangnya diketap. Buku limanya digenggam. Sungguh, dia benar-benar terpukul dengan kata-kata Aryan.

“Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.”

Serentak Sefhia bangkit dari kerusi. Langkah mula diatur, berlalu melewati Aryan yang masih tegak berdiri sejak tadi.

Zap!

Lengan gadis itu sepantas kilat ditarik.

“Oh, ya? Kamu benar-benar yakin?”

Aryan balas renungan tajam Sefhia.

Alright. We will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” ucap Aryan dalam berbisik. Seulas senyum lalu mengurai di bibir.

Sefhia ketap gigi. Marah. Geram. Sebal. Sakit hati. Semuanya bercampur-baur saat ini. Dengan sekuat tenaga, lengannya direntap kembali. Pantas dia angkat kaki dalam kemarahan yang berapi-rapi.

Aryan tersenyum sinis buat kesekian kali.

“Aku bukan lelaki yang tewas, Sefhia. Biar jasadku yang menanggung permainan darimu, aku rela. Dari aku harus melepaskanmu!” 


**********

MUNDAR-mandir dirinya dalam bilik. Sekejap ke hulu. Kejap lagi ke hilir. Lepas itu pusing ke belakang. Habis ruang di belakang, kaki bergerak pula ke depan. Semuanya gara-gara lelaki bernama Aryan.

Entah! Kalau boleh dia tak nak fikirkan. Tapi bait-bait ayat lelaki itu sekejap tadi benar-benar meresahkan.

Apa lagi yang patut dia lakukan? Susah betul nak lepas diri dari lelaki berkenaan. Makin banyak onar dia cuba buat, makin kuat simpulan tali-tali yang melemaskan.

‘Kenapa kau buat aku macam ni?!’ bentak Sefhia dalam hati.

Kenapa mesti dia? Lupakah Aryan dia ini siapa? Apa betul lelaki itu nak balas dendam padanya? Atau benar niat lelaki itu ingin merubah dirinya?

Penjenayah macam dia? Nak berubah jadi baik?

Nonsense!

Kepala yang makin berat pantas disentuh. Rambutnya digenggam erat-erat, cuba hilangkan denyut yang makin mengetuk-ngetuk.

Ikut hati, nak saja dia hentakkan kepala. Biar hilang segala sakit yang ada. Sakit kepala. Sakit hati. Sakit jiwa.

Argghhh!!!

Satu tumbukan dan-dan dilepas ke dinding. Habis itu dahinya pula dihantuk-hantuk.

Tadi mulut cuma cakap. Tapi sekarang, dia buat betul-betul! Biarlah berdarah sekalipun. Kepalanya dah tak mampu nak tanggung.

Dalam kesakitan yang menggunung, telinga Sefhia tiba-tiba tangkap suara syahdu beralun.

Laqad jaaa’akum Rasoolum min anfusikum ‘azeezun ‘alaihi maa ‘anittum hareesun ‘alaikum bilmu’mineena ra’oofur Raheem (Sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang rasul dari kaum kalian sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kalian, sangat menginginkan (keamanan dan keselamatan) bagi kalian, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin : At-Taubah ayat 128).

Gadis itu menapak perlahan. Ikuti arah suara berkenaan. Makin lama, ia menarik-nariknya untuk datang lebih dekat.

Fa in tawallaw faqul lhasbiyallaahu laaa ilaaha illaa Huwa ‘alaihi tawakkaltu wa Huwa Rabbul ‘Arshil ‘Azeem (Jika mereka Berpaling (dari keimanan) maka katakanlah ‘Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung : At-Taubah ayat 129).”

Tombol dipulas. Daun pintu ditarik. Suara itu kedengaran makin jelas.

Dalam samar-samar, Sefhia nampak cahaya keluar dari bilik Mak Minah.

Gadis itu terus berjalan. Dari balik pintu yang sedikit terbuka, matanya intai ke dalam. Satu sosok putih sedang membelakangi jelas kelihatan.

Mak Minah. Dia tahu sosok Mak Minah dalam persalinan telekung itu yang mengalun kitab suci Al-Quran.

Kolam mata Sefhia serta-merta bergenang. Tubuhnya menggigil. Nafasnya sesak. Lututnya menggeletar.

Setapak dua, gadis itu mula berundur langkah. Lama dia terkaku di dinding sebelum terduduk di lantai luar.

Ini kali kedua. Kali kedua perasaan halus itu datang menerpa. Perasaaan luar biasa yang pernah dialaminya. Sekarang ia datang menjentik semula. Dan kali ini lebih sakit. Lebih hangat. Lebih terseksa.

Dalam dada yang berkocak hebat, Sefhia cuba bernafas semula.

“Aku yakin, dalam diri kamu itu masih punya kebaikan yang bisa didapatin, yang bisa aku bimbing, yang bisa semua orang rasain. Kerna itu aku harus menikahi kamu. Aku mau hidup kamu jadi lebih baik.”

Kata-kata Aryan kembali menjelma.

Dah tiba masakah untuk dirinya bertaubat? Masih ada ruangkah insan hina sepertinya kembali ke pangkal jalan?

Lebih tepat... serah diri semula kepada ALLAH swt.

Layakkah dia?

Setitik air jernih gugur dari bening biru Sefhia.