Friday, November 26, 2021

Monday, August 30, 2021

HEY... GOOD NEWS FOR #SEJIWA, GUYS! 😍

 





Alhamdulillah... 🥰

For BGrians... 💚

Let's prays for the best... 🤲


#sejiwa

#sekuel BG

#HarrysIrish 💕





Wednesday, July 7, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 06

 



“BA. Ma.”

            Lelaki itu berjalan masuk usai beri salam. Lihat kedua orang tuanya ralit menonton TV,

 kaki lansung dihala ke arah mereka.

“Ha, Aryan. Baru pulang?”

“Iya, ba.”

Aryan salam Pak Aryawan dan Ibu Dian. Tubuh yang terasa lelah dihenyakkan ke sofa.

“Telat pulangnya, Ryan?”

“Lagi ketemu sama klien, ma.”

“Makan malemnya apa udah belum? Kalau belum, mama minta Mak Minah siapin.”

“Nggak perlu. Aryan udah makan bareng sama kliennya tadi.”                                      

“Ya, udah. Kalau gitu lansung naik ke kamarnya sana. Istirahat. Muka kamu udah capek banget itu!”

Aryan angguk. Memang hari ini dia benar-benar penat. Kalau dapat bantal, silap-silap terus belayar. Pantas blazer dan beg kerja dicapai. Tak sabar nak mandi then terjun ke tilam. Untung tadi dah solat isyak awal-awal.

“Aryan naik duluan, ma, ba. Sefhia lagi di atas?”

“Sefhia? Nggak rasanya.”

Niat Aryan tebantut. Badan yang baru nak bangun, kembali terduduk.

“Maksud mama, apa? Terus, dia lagi di mana? Apa mama tertinggal di butik sana?”

“Isk! Kamu ngaco apaan, sih! Masakan mama mau ninggalin dia di butik!”

“Habis, di mana lagi?”

“Kayaknya istri kamu itu lagi di kolam sana, Ryan. Selesai makan malem tadi baba lihat dia lansung ke sana. Ambil angin malem barangkali.”

Aryan tarik nafas lega. Ingatkan dah tak ada.

Blazer dan beg kerja kembali diletak. Hilang terus rasa nak tidur yang memuncak-muncak. Segera lelaki itu bangun.

“Loh! Ini mau ke mana ini? Katanya tadi lagi mau naik ke atas, kan?” tegur Ibu Dian.

“Nggak jadi.”

“Terus, mau ke mana?”

“Lihat Sefhia.”

Aryan buru-buru keluar. Langkah diatur ke kolam renang. Ternyata telahan babanya memang benar. Sosok Sefhia sedang duduk termenung seorang menghadap kolam.

“Bikin apa malem-malem di sini sendirian?” sapa Aryan sebaik berdiri di belakang.

Sefhia terpempan. Hilang segala lamunan dek teguran berkenaan. Tak ada bunyi, tak ada signal. Tiba-tiba dah terpacak kat belakang. Macam halimunan.

“Kamu lagi bikin apa?”

Nothing.”

“Bisa aku temanin?”

Sefhia tak bereaksi. Angguk tak, geleng apalagi.

Ah! Aryan tak peduli. Bagi tak bagi, lelaki itu duduk saja atas kerusi.

“Mikiran apa kamu? Duduk sendirian doang begini. Terus lagi menung. Hmm? Apa punya masalah?”

Sefhia geleng kepala.

“Tapi menungnya kok malah serius.”

            Gadis itu terus menyepi.

“Kalau kamu punya masalah, mau sharing, aku ada di sini.”

 “Tak ada apa.”

Aryan toleh ke sisi. Nampaknya gadis di sebelah tak sudi luah isi hati.

Hmmhh. Tak apalah. Dah tuan badan tak nak kongsi.

“Gimana temanin mama ke butik siang tadi? Kamu senang?”

“Hmm.”

Aryan kerling Sefhia lagi. Susahnya nak dengar suara. Ada emas ke apa? Intan? Berlian? Permata?

Lelaki itu perbetul posisi kedudukan. Kepala cuba cari idea pancing perbualan. Agak-agak topik apa akan tarik minat Sefhia? Shopping? Fishing? Travelling? Or fighting?

“Kamu aksi lawannya bagus sekali, ya. Belajar dari mana kira-kira?”

“Crazier.”

“Kamu belajar dari mereka?”

Sefhia angguk.

“Sejak kapan?”

“Kecil.”

“Jadi kamu udah tinggal sama mereka sejak kecil?”

Sefhia membisu kembali. Seminit... tak ada jawapan diberi.

Lihat itu, Aryan sedar sendiri. Topik yang tak mungkin dia atau sesiapa dapat bualkan dengan gadis penuh misteri ini. Kalau terus tanya silap-silap Sefhia blah terus angkat kaki!

“Err... kamu bisa nggak ajar sama aku?”

Sefhia pandang Aryan. “Ajar?”

“Iya.”

“Ajar apa?”

“Berlawan. Fighting.” 

“Kau dah pandai.”

“Iya. Tapi... nggak sehandal kamu.”

Pandangan Sefhia masih tak berkalih dari Aryan. Benar-benar serius? Atau sekadar gurauan? Dari riak, dia tak nampak ada kesungguhan.

“Kenapa? Kamu pikir aku nggak serius?”

Sefhia tak balas. Bening jernih birunya terus pandang Aryan dalam-dalam.

“Ngapain sih kamu pakei tenung-tenung aku begitu? Aku benaran serius, dong. Asal kamu tau, kita kalau lagi fight itu yang bakalan kalah seringnya aku. Kamu malah menang mulu. Makanya sih... aku mau guruan sama kamu.”

Sefhia masih tak kata apa. Nak percaya, takut ini satu helah. Tak percaya, dia yang akan dipersalah.

“Tipu.”

“Loh! Masa, sih! Kamu nggak percaya sama aku?”

No.

“Okey! Fine!” Aryan bangkit dari duduknya. Geram bila Sefhia tak percaya. “We make a deal. Kita lawan bareng. Seandainya ini malem aku tewas, aku nggak akan tagih apa-apa dari kamu. Tapi... seandainya aku bakalan menang, aku mau kelas martial artnya diadakan tiga kali seminggu. Gimana?”

Sefhia geleng kepala. Tak setuju.

“Oh! Come on!”

Gadis itu geleng lagi tak mahu.

“Ayuh, Sefhia! Kita lawan. Ini kali aja. Please!”

Sefhia tegar bantah cadangan tak masuk akal itu.

“Ayuh, dong!”

Aryan terus tarik tangan gadis di depan. Paksa Sefhia untuk berlawan. Nak tak nak, Sefhia mengalah juga.

Dua sosok kini menghadap sesama mereka. Aryan dah siap-siap nak atur serangan. Tapi Sefhia, gadis itu hanya terlihat tenang. Sekadar tunggu lelaki di depan mulakan ‘pertempuran’ yang diusulkan.

 Seminit mencari aura, kedua-dua mereka mula berlawan ringan depan kolam renang. Bersahaja saja Sefhia elak tiap serangan Aryan. Sebaliknya Aryan yang tampak bersungguh merancang serangan. Sesekali lelaki itu ketawa suka bila berjaya kunci aksi gadis di depan.

Daripada ringan-ringan, tempur mereka jadi makin besar. Dari satu tempat, kawasan kolam kini dah bak gelanggang sebenar. Keliling kawasan ditawaf. Penuh bersemangat!

Aryan jangan cakaplah. Peluang yang ada betul-betul digunakan. Lagi teruja bila gerak tangkas Sefhia dapat dia matikan. Tumbuk, tendang, sepak, terajang. Habis terkeluar segala teknik yang dia pandai.

Senyum Aryan makin lebar. Rasanya fight malam ini, dia boleh menang. Sikit saja lagi Sefhia confirm dia dapat tawan. No more excuses dah gadis itu nak tolak jadi shifunya.

Tapi sayang. Impian cuma tinggal impian. Punah semua jadi debu angan-angan. Aryan silap percaturan. Sebab dia terlupa satu hal. Tendangan killer Miss of Crazier.

Dan...

Deburrrrr!!!

Tubuh lelaki itu melayang laju terus ke dalam kolam.

“Aryan! Sefhia! Kalian berdua ngapain??!”

Suara Ibu Dian dan-dan itu muncul sepantas kilat. Kalut. Terkejut. Cemas. Sampai termengah-mengah dia berlari dari dalam gara-gara bunyi hempasan yang kuat.

“Astaghfirullahalajim! Aryan!!! Kamu kenapa, dong??!”

“Ng... nggak ada apa-apa, ma.”

“Nggak ada apa-apa apaan, sih? Dari dalem mama sama baba udah dengar bingit-bingit. Kalian lagi bertengkar, ya?!”

“Nggak, ah!” nafi Aryan.

“Terus, apa? Berantem? Hah, Sefhia?!”

Pandangan Ibu Dian berkalih ke Sefhia. Gadis itu nyata terkedu seribu bahasa.

“Nggak ada apa-apa sih, ma. Kita dua lagi canda-canda aja.” Cepat-cepat Aryan jawab.

“Bercanda apaan sampei kayak gini? Hah?!”

“Ya biasa, sih. Canda suami isteri. Kayak baba sama mama.”

“Nggak! Baba sama mama candanya nggak pernah kok seteruk gini! Lansung!”

“Ini lagi canda anak mudalah, ma.”

“Usah ngaco ah kamu, Ryan!”

“Ya benar, sih!”

Ibu Dian terdiam. Tangan lansung bercekak pinggang. “Aneh-aneh! Benaran, kalian nggak berantem?”

“Nggak dong, ma. Swear!” Aryan angkat tangan kanan. Moga-moga alasannya berkesan.

“Itu satu hal. Yang kamu ini, Ryan. Ngapain dong lagi berendam dalam kolam?!”

“Lagi berenanglah, ma. Masakan cuci pakaian.”

“Malem-malem begini?”

“Ya mau berenang itu nggak kira waktunya kapan, kan.”

“Sampei nggak nyempat-nyempat ditukar sama baju kerjanya? Hah?!”

“Errm... errr...,”

“Apa erm, err, erm, err?”

“Ya nggak salah kan makai begini? Pakei apapun bisa aja, sih. Pakei kain sarung juga bisa, kok.”

“Lihat itu! Jawapan aneh lagi dikasi! Ya ampunnn... Ryan, Ryan. Bikin mama lagi pusing, tau! Ya terserah sama kamu. Mau berenang kek, mau bercanda kek, mau apa kek. Tapi awas, ya! Berenangnya usah lama-lama! Udah malem. Nanti lagi demam!”

“Iya, ma. Aryan tau.”

“Tau, tau! Tapi dibikin terus! Udah, naik cepatan! Sefhia jangan lupa diambil tualanya buat Aryan.”

Ibu Dian mula berjalan ke dalam. Mulut masih tak lekang dengan bebelan.

“Aryan, Aryan! Apa-apaan aja ini anak. Aneh-aneh candanya! Lumayan terjunnya itu ke dalam kolam. Kalau bangunan rumah ini yang diloncat? Uih, gawat!”

Sebaik kelibat wanita itu hilang, Aryan berenang ke tepi kolam. Tangga dipanjat naik ke atas. Sefhia dihampiri dengan baju kerja yang dah basah kuyup di badan.

Not bad.”

Sorry.”

Bukan salah kamu. Salah aku nggak nyempat ngelak tendangan itu. Well... I’ve to admit that I lose again to you. Kayaknya aku gagal deh ujiannya mau bershifu sama kamu.”

Don’t start again.”

Aryan tergelak. Baju yang basah kuyup diusap-usap. Biarkan air yang meresap kering sekejap. “Okay. I won’t. Cuman satu hal aku mau kasitahu.”

What?”

“Tendangan kamu itu bahaya banget, sih. Effectnya bukan di luar cuman. Malah  menusuk sampei ke dalam. Udah dua kali.”

Pardon?”

“Iya. Dua. Kali pertama kamu ninggalin kesannya di rusuk kiri. Sakit, perit, pedih. Tapi ini malem kayaknya kamu kasi terus sampei terbolos jauh ke relung hati.”

“Hati siapa?”

“Hati aku. Dan sepertinya... hati aku lagi udah terjatuh saat ini.”

“Jatuh ke mana?”

“Ke hati kamu. And you’re being responsible for that.

Serentak Aryan atur langkah ke dalam. Tinggalkan Sefhia terpempan bersama ‘tuduhan’ yang disabitkan.




Sunday, January 31, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 05

  



SELAK kunci ditolak ke atas. Sebaik terbuka, tangan lantas genggam pemegang. Dengan volum paling minima, daun pintu bilik air ditarik perlahan-lahan.

Sefhia intai ke luar. Kut-kut bayang seseorang melintas di depan. Tapi macam tak ada. Tanda lelaki itu belum jag lelaki a dari tidurnya.

Huh!

Sefhia tarik nafas lega.

Pagi ini sengaja dia bangun awal. Nak elak bertembung dengan Aryan. Semua gara-gara insiden tadi malam. Malu, segan, menyesal. Sampai lenanya lansung tak tenteram. Dan nampaknya apa yang diharapkan pagi ini dimakbulkan.

Mandi dah selesai. Lepas ini solat, kemudian siap-siap, habis itu boleh keluar. Tak kisahlah dengan siapa nanti dia akan lepak. Yang penting, bukan di sini bersama Aryan.

Tanpa lengah, gadis itu mula menapak. Sebaik kaki kiri jejak ke lantai, tekanan darahnya serentak naik memuncak. Sosok seseorang bersandar di sisi pintu bilik air betul-betul buat dia terperanjat.

“Kamu kenapa? Barusan lihat hantu?”

Sefhia terkaku. 

“Atau kaget lihat pria tampan lagi nungguin kamu depan pintu?”

Serentak Aryan pandang Sefhia. Satu renungan dihantar penuh makna. Renungan yang sama macam tadi malam. Cepat-cepat Sefhia alih pandangan.

Dari bersandar, kini Aryan sudah berdiri tegak. Setentang Sefhia di depan. Kakinya turut melangkah. Perlahan-lahan dekati Sefhia yang kaku tercegat. Selangkah demi selangkah, makin dekat. Hingga paksa si gadis berundur tapak. Dalam tak sedar, sosok Sefhia masuk ke dalam bilik air semula.

What are you trying to do?”

Aryan senyap. Namun kaki kekal bergerak.

Stop.”

Aryan masih tak endah. Cuma berjalan dan terus melangkah. 

Sefhia panik. Otak dah start fikir apa Aryan cuba nak buat.

Kalau musuh, dari tadi langkah seninya dah dia buka. Masalahnya sekarang, suami sendiri. Silap perang, mahu kecoh satu St. Regis Langkawi ini.   

Bap!

Bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Petanda ruang di belakang dah mencapai tahap maksimal.

Akal Sefhia mati. Langkahnya terkunci. Tubuhnya dah melekat ke dinding. Tapi Aryan... sosoknya makin lama makin hampir.

Stop.”

Nowhere to run, Sefhia.”

You better stop.”

If I could.”

I said stop, Aryan.”

“Kalau nggak, kamu mau apaan? Teriak? Atau tumbukan? Go! Silakan.”

Aryan terus rapati Sefhia. Hingga betul-betul hanya satu dua inci jarak mereka terjeda. Dan serentak, kedua tangan lelaki itu ditekap ke dinding.

I got u!”

Sefhia tentang mata di depan. Tepat. Tajam. Menikam.

Apa Aryan cuba nak buat sebenarnya? Balas dendam? Atau sekadar satu usikan? Atau mungkin nak buat sesuatu yang menyebalkan?

Buatlah!

Sebelum sempat tangan lelaki di depan cecah badannya, kepala lutut ini yang akan singgah dulu ke abdomen dia. Dan seterusnya… perang bermula.

Sefhia dah tak kira. Apa nak jadi-jadilah. Kecoh satu hotel ini pun dia tak kisah. Kalau masuk paper sekalipun, lantaklah!


Sunday, January 17, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 04

 


🍂 "He...... Son of Crazier. He looks cool. But once you messed him up, you'll know his true color......" 🍂



YOU’RE not supposed to do that.” Luah Reyes.

           Do what?”

           You know what I meant.”

           She deserved it.”

           Reyes pandang Zen. Berselera saja daddynya itu makan. Seolah-olah apa yang jadi siang tadi lansung tak tinggalkan kesan.

        She need a time. After what she had gone through without us. Hidup dia terumbang-ambing sorang-sorang kat luar.”

But she’s too much!”

“Oh, ya? Atau daddy sebenarnya yang dah melampau. Pukul anak macam binatang.”

 Pap!

Hentakan tangan Zen menggegar semua barang-barang atas meja.

So, you pun nak salahkan daddy? Jadi macam adik you, lebihkan lelaki tu sampai sanggup ingkar arahan daddy? Hmm?!”

“Sefhia dah besar. Dia ada hak untuk tentukan jalan hidup dia.”

Really? Jadi sekarang you nak daddy buat apa? Lepaskan dia? Biar dia balik semula pada lelaki tu? Ikut macam you? Lari ke luar negara, tinggalkan daddy kat sini, after what all I have done, I have sacrificed for both of you. Is it?! You nak macam tu??!”

Anak mata Reyes cerun tenung wajah di depan. Dalam. Tajam. Menikam.

Tak ada gunanya dia cakap. Selagi kata-kata yang keluar itu dari mulut manusia bernama Zen. Betul macam mana sekalipun, tetap akan salah.

Seraya dia bangkit. Makanan yang belum dijamah lansung ditinggal pergi.

Where are you going, son? I’m not finish with you!”

Reyes terus berjalan.

Reyes! Come back here!”

 Langkah Reyes makin panjang.

Reyes! I said come back here!!!” jerit Zen sekuatnya.

Terasa bergegar seisi alam. Namun panggilan itu hanya dibiarkan. Kaki Reyes terus menapak ke atas. Sejak tadi hatinya meronta-ronta untuk lihat keadaan gadis berkenaan.

Macam mana agaknya Sefhia?

Kali terakhir dia jumpa, siang tadi. Lepas dipukul teruk Zen, gadis itu terus tak sedarkan diri atas pangkuannnya. Lantas tubuh itu dibawa naik ke bilik. Beri ruang untuk rehat. Dan sekarang baru dia nak jenguk semula.

Pintu bilik Sefhia dibuka. Sebaik jengah, sekujur tubuh kaku menjamah mata. Macam mana dia letakkan gadis itu atas tilam tadi, macam itu juga keadaan posisinya. Sama.

‘Dia belum sedar,” desisnya.

Reyes melangkah ke dalam. Hingga di tepi katil, lelaki itu berhenti. Merenung Sefhia dalam tegak berdiri.

           Entah kenapa, hatinya sakit. Sakit lihat gadis di depan dibelasah begini. Bukan dia tak biasa. Malah lebih teruk dari ini pun Sefhia pernah kena.

           Tapi itu sebab bertumbuk dengan lawan. Luka sekarang? Sebab dibelasah oleh orang yang mereka sayang. Macam mana perit sakitnya Sefhia tanggung, seolah-olah tubuhnya juga ikut sama diterajang.

        I’m sorry…” ucap Reyes. Terasa dia gagal lindungi Sefhia kali ini.

           Kalau dulu, nak bagi orang jentik Sefhia pun dia takkan izin. Beranilah kacau. Memang habis-habisan orang itu akan kena balik.

Tapi sejak dia pergi, Sefhia lansung dia tak peduli. Sihatkah? Gembirakah? Bahagiakah? Semua itu memang dirinya dah tak ambil pusing.

“Bila mummy dah tak ada nanti, Reyes jaga Sefhia baik-baik ya. Walau apapun yang jadi, jangan tinggalkan dia. Janji sama mummy.”

Pesanan keramat itu ambil alih pula. Menambah-nambah rasa bersalah dalam dirinya. 

I’m sorry, Sefhia…” lafaz Reyes sekali lagi.

Matanya dipejam. Sejenak, kenangan bersama waktu kecil terimbau. Berlegar-legar menari di tabir ingatan. Tak ada yang pahit. Semuanya hanya indah dan menggembirakan.

Alangkah seronok andai masa itu dapat diputar…

“Arghhh.”

Reyes tersentak. Segala imbauan serta-merta lenyap.

“Sefhia.”

“Arghhh…” 

Cepat-cepat Reyes tahan Sefhia dari bangun. “Easy, Sefhia. Easy!”

Sefhia buka mata. Samar-samar, wajah Reyes menyapa bening birunya.

“Reyes.”

Yeah… I’m here. Don’t move too much. You still hurt.”

Sefhia pandang lelaki di sisi. Kepala cuba mengingat apa yang telah jadi.

Dah berapa lama dia tak sedarkan diri? Selama itu jugakah Reyes di sini?  

Dan kala itu dia teringat sesuatu. Spontan, kepalanya disentuh.

No worries. It’s still being covered,” ujar Reyes.

Memang dia yang tutup kepala Sefhia. Tak tahu nak cover dengan apa, tuala sajalah penyelamatnya.

Entah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat. Lihat Sefhia bermati-matian pertahankan, secara tak lansung dia rasa bertanggungjawab untuk turut lindungi ‘makhota’ gadis berkenaan.

“Reyes…”

Reyes terasa lengannya digenggam. Wajah di sisi dipandang. Renungan gadis itu dibalas.

Dia tak pasti Sefhia nak apa. Tapi dari mata yang berkaca itu, seolah-olah Sefhia meminta semangat darinya. Mohon kekuatan untuknya. Merayu perlindungan buatnya. Sepertimana dia pernah berikan pada gadis itu suatu ketika.

Perlahan, jemari Reyes sentuh kepala Sefhia. Wajah yang dah separuh membengkak dibelasah tanpa belas, dipandang penuh kasihan.

Dan tanpa sedar setitis air hangat jatuh dari hujung matanya.

I’m here. Always here. For you.”

                                   


Saturday, January 9, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 03

 



“DEL… kamu udah kasitahu sama Indra kita udah selesai?”

“Oh! Belum, ma.”

“Kok belum?”

“Del udah nelefon tadi waktu di dalem. Tapi handphonenya mas Indra lagi enganged!”

“Ayuh, dicoba lagi dong. Kalau masih nggak dapat, telefon sama Aryan atau baba.”

“Iya, iya. Del nyobain lagi, ya.”

            Della capai telefon dalam beg. Nombor suaminya didail. Tetap sama. Engaged.

Memang suaminya tak ikut sama masuk tadi. Termasuk kakek, baba serta Aryan. Malas katanya. Tahu sajalah lelaki. Bab-bab shopping bukan hal kegemaran. Jadi mereka bawa haluan ke kafe berdekatan.

Masalahnya sekarang, tak tahu kafe mana jadi singgahan. Kalau tahu, bolehlah dia terus redah.          

Berapa kali cuba tak dapat, talian dimatikan. Nombor Aryan kini jadi sasaran.

“Helo.”

“Helo, Aryan! Aduh… kalian lagi di mana, sih? Ini Kak Del sama yang lain udah sele…,”

Zap!

Bicara Della tersekat. Mulutnya ternganga. Telefon terlepas jatuh. Kepalanya blank sekejap. Terpempan saat beg tangan disambar sepantas kilat.

“Hei! Pencopet! Balikin tas tanganku!”

Bergema suara Della di perkarangan pusat beli-belah Jetty Point itu.

“Heh! Lo jangan kabur! Balikin tas tangan itu!!”

Della terus berteriak. Dicapai high heelnya belah kanan lalu dibaling ke depan. Harap-harap melantun kena kepala peragut lelaki berkenaan. Nak lari, memang dia tak larat. Jadi itu saja pilihan yang tepat.

Tapi… balingannya tak kena.

“Heh! Awas lo, ya! Kalau aku dapat, siap lo aku kerjain!”

Della makin geram. Dicapai pula high heel belah kiri. Moga-moga tepat kali ini. Dihayun balingan sekuat hati. Namun mulutnya ternganga sekali lagi kala sosok Sefhia deras berlari melewati dan terus meluru ke arah peragut tadi.     

“Arghhh!!!”

Sekelip mata lelaki itu tersungkur. Rebah mencium bumi saat tendangan Sefhia melekat ke belakang tubuh.

“Hei! Apa masalah kau, hah?!” jerkah peragut itu. Geram plannya diganggu.

Sefhia tak endah. Ditarik baju peragut tersebut agar bangkit. Tapi tangannya laju ditepis. Lelaki di depan cuba bangun untuk lawan balik.

“Kau nak cari pasal dengan aku ya, perempuan! Tak apa. Kau tunggu. Siap kau aku kerjakan!”

Depan khalayak ramai, lelaki peragut itu serang balas Sefhia. Tumbuk, tendang, terajang, semuanya keluar. Namun tak satu pun yang tepat. Balik-balik dia yang terkena.

“Arghhh!!” dengusnya geram. “Kau nak main-mainkan aku, ya!”

Keduanya kembali berlawan. Bertubi-tubi Sefhia diserang. Arah kiri, kanan, dari depan, belakang. Tiap sudut peragut itu kaw-kaw bagi penangan. Namun satu-satu dapat Sefhia patahkan.

Dah serupa tengok pertarungan dalam gelanggang, orang ramai makin berkerumun menyaksi pertelingkahan di tengah-tengah jalan. Kagum dengan kelincahan Sefhia yang bertudung. Atau sakit hati dengan lagak peragut yang menjengkelkan. Yang pasti, masing-masing nak tunggu macam mana ia berkesudahan.

Dalam keadaan agak cemas, di celah-celah orang ramai kerumunan, Aryan berlari menuju ke arah keluarganya. Pak Aryawan, Pak Aditya dan Indra turut kelihatan sama.

“Kak Del! Ngapain? Apa yang terjadi?!” tanya Aryan dalam mengah.

Punyalah kelam kabut dia bila dengar Della terjerit-jerit dalam talian. Dan-dan itu dia berlari keluar tinggalkan kafe tak fikir panjang. Sampai lupa baba, kakek, abang iparnya ada kat belakang. Mahu putus nafas mereka kejar dek langkah derasnya di depan.

“Kak! Aryan nanya ini? Kalian nggak apa-apa, sih? Hah, ma, nenek?”

Aryan menyoal lagi. Sambil periksa keadaan kakak, mama, nenek serta anak-anak

 buahnya yang tegar diam tak berkutik.

“Aduhhh… kalian ngapain, sih?! Ditanya kok lagi diam!”

Della telan liur. Bibir rasa kebas nak balas soalan Aryan yang bertalu-talu. Kata-katanya dah hilang dek terperanjat dengan apa yang sedang berlaku. Sudahnya, tangan yang masih pegang high heel diangkat. Menunjuk ke arah ‘drama’ yang tengah berlansung hangat.

Aryan toleh. Ikut arah telunjuk Della. Pucat terus wajahnya sebaik lihat sosok Sefhia sedang bergelut separuh nyawa.

“Sefhia...,”

Sefhia terus balas tiap pukulan di depan. Sesekali rautnya berkerut bila buku lima peragut itu mengena wajah dan badan. ‘Pertempuran’ yang disangka sekejap nampaknya dah didrag jadi panjang.

Liat betul nak menyerah!

Sefhia jadi geram. Dah tak ada pilihan. Harap ‘senjata’nya akan bagi kesan.

Dengan pantas tubuhnya diputar. Kaki kanan sekaligus diangkat, dilayang, lalu ditendang deras. Tepat ke ulu hati dan rusuk peragut di depan.

Serentak, lelaki itu terbatuk-batuk. Dadanya disentuh. Sakit, perit, bisa. Terasa segala organ dalamannya macam meletup-letup dek tendangan ‘maut’ tersebut.

Lihat keadaan itu, Sefhia dah tak lengah. Leher peragut cepat-cepat dilocked dengan tangan. Lengan kiri dipulas terus ke belakang. Dan serta-merta peragut itu mati pergerakan.

“Lepaslah!”

“Bagi beg.”

“Aku tak cari pasal dengan kau punlah!”

“Bagi balik beg tu.”

“Jangan harap!”

Sefhia naik berang. Cengkaman pada leher makin dikejapkan.

“Argghhh!!!”

“Bagi balik. Atau leher kau patah.”

Tangan kanan Sefhia dan-dan beralih ke rahang. Tunggu masa saja tulang leher itu bakal dipusingkan.

“Okey, okey! Aku bagi. Aku bagi!” jerit peragut itu menyerah.

Kali ini dia benar-benar kalah. Kalau perempuan di belakang tak acah-acah, sekali rentap saja dia pasti akan rebah. Terkulai nyawa melayang dengan mudah.

Beg tangan di lengan lansung diserah. Sebaik Sefhia lepas pautan, peragut itu terus pasang langkah seribu tak tentu arah.

Sefhia lepas nafas. Habis itu tubuhnya dipalingkan. Dari jauh dia nampak keluarga Aryan. Dah baru kini juga dia sedar kawasan tersebut dah dikerumun ramai orang.

Endah tak endah, gadis itu atur langkah. Berpatah kembali pada Aryan sekeluarga yang menanti resah. Walau sedar tiap manusia di situ tak henti pandang dan berbisik tentangnya, namun dia hanya berjalan tenang sambil kesat peluh di dahi yang kian membasah.