Saturday, November 11, 2017

CHAPTER 3 : RELAKU PUJUK






KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Dengan pandangan berbalam, dia lihat sekeliling. Tak pasti dirinya ada di mana. Yang pasti tempat itu begitu asing.

            “Di mana aku?”

Aryan cuba untuk bangun. Namun kepalanya terasa pusing. Tengkuknya terasa sakit. Dia cuba menyentuh. Tapi tangannya tak dapat gerak. Tubuhnya turut kaku.

Pantas lelaki itu tunduk. Baru perasan kini dirinya sedang terikat di sebuah tiang tengah-tengah bilik tersebut.

            “Apaan ini?”

             Aryan meronta kuat, cuba untuk lepaskan diri. Namun usahanya gagal. Ikatan tangan di belakang tetap tersimpul erat. Lilitan tali di badan tetap terbelit kukuh.

          “Arrgghhh!” keluhnya geram. Kepala kembali tersandar di tiang. “Ya Tuhan. Apa yang sedang terjadi ini?”

            Dalam kecelaruan, lelaki itu cuba ingat semula apa yang berlaku. Dari saat dia jejak kaki di KLIA semalam, hinggalah teksi yang dinaikinya ditahan. Kemudian dia dibawa lari dengan sebuah van putih.

Aryan cuba flashback lagi.

Waktu dalam van itu dia ada bertengkar dengan salah seorang. Gadis itu. Gadis bermata biru. Ya! Dia ingat lagi. Dan selepas itu pandangnya terus gelap bila seseorang pukul kepalanya dari belakang.

          Mata Aryan kembali pandang sekeliling. Meliar perhati bilik sederhana besar tersebut. Kemas, bersih, teratur. Bermakna tempat ini bukan rumah tinggalan. Lengkap dengan perabot. Ada almari. Ada sofa. Katil. Tilam.

            “Ah! Ngapain aja nggak diikat aku atas tilam empuk itu? Pasti lebih nyaman!” 

            Lelaki itu mengeluh sebal. Kepala tersandar semula ke tiang. Mata dipejamkan. Kala itu ingatan terus melayang pada orang tuanya. Pasti mereka ternanti-nanti dia pulang.

Atau mereka dah tahu keadaannya sekarang? Siapa yang bagitahu? Pak Din?

Ah! Pak Din…

Bagaimana keadaan pemandu teksi itu selepas dipukul semalam? Terukkah?

            Krekkk!

         Bunyi kuakan pintu dan-dan itu hentikan lamunan Aryan. Matanya dicelik semula, melihat ke arah pintu bilik yang dah terbuka. Sejurus itu telinganya menangkap tepukan seseorang. Bersama derap tapak kaki melangkah ke dalam.

            “Aryan Alfiansyah Wong. Welcome to my home!”

            Suara Zen bergema di dalam bilik itu dengan tawanya.

            “Siapa kamu?” soal Aryan.

            “Me? Well… I’m your friend.”

            “Usah bercanda! Aku tidak kenal sama kamu.”

            “But I know you.”

     Aryan amati wajah lelaki itu. Lelaki berbangsa cina yang sedikit berusia. Musathil dia mengenalinya. Sedangkan tak sampai 24 jam dia berada di Malaysia.

Pandangan kemudian beralih pada sosok lelaki melayu di sebelah. Tinggi, tegap, sederhana cerah. Namun wajahnya sedikit terlindung di balik kacamata hitam yang dipakai.

Dan kini, mata Aryan terarah pada gadis berdiri di belakang. Wajah itu kembali menerpa pandangan. Kalau gadis itu, sudah pasti dia kenal.

Mana mungkin dia bisa melupakan renungan tajam itu. Renungan bermata biru. Dan sampai sekarang pun gadis itu masih tegar merenungnya.

            “Kalian mau apa dari aku?”

            “Nothing.”

            “Jadi lepasin aku.”

            Zen ketawa. “Dengan you, maybe not. Tapi dengan baba you, exactly yes.”

            “Apa maksud kamu?”

         “I rasa you tak bodoh untuk berfikir. Siapa yang tak kenal dengan your dad. Aryawan Wong. Hartawan terkenal Indonesia. Antara orang terkaya di dunia. Business merata-rata. Harta sini sana. Kalau sesiapa pun culik you, you fikir untuk apa? Hmm?”

            “Jadi kamu mau uang?”

            Zen senyum sinis.

            “Kamu pikir kamu akan dapat?”

            “Kalau nak selamat.”

            “Percuma! Langkahin mayatku dulu kalau kamu mau uang dari orang tuaku! Dasar bajingan!”

            Zen ketap rahang. Tiba-tiba dia rasa tercabar dengan kata-kata Aryan. Perlahan kakinya menapak dekat ke lelaki itu. Wajah Aryan dipegang.

            “You memang kacak, Aryan…,” ujar Zen. Pipi Aryan dielus lembut. Dari pipi, tangannya kemudian menjalar ke rambut. Dan serentak, rambut Aryan direnggut. “… tapi jangan sampai I buat wajah kacak you lenyap terus dari muka bumi ni! And we will see… sama ada I akan dapat duit orang tua you, atau you takkan dapat jumpa mereka lagi!”

            Rambut Aryan dilepas kasar. Seraya itu, Zen menapak keluar.

“Kamu jangan berani-berani sentuhin keluarga aku!” jerit Aryan. Namun jeritannya tak diendahkan. Zen terus menghilang bersama orang kanannya di belakang.

            Rasa marah yang berbaki lalu dilempiaskan pada gadis yang masih berdiri tepi pintu. Walau hanya melalui mata, tapi cukup untuk hantar amarannya melalui gadis itu.

Seminit renungan mereka berlaga. Sebelum gadis tersebut turut tinggalkan Aryan bersama sisa-sisa amarahnya.

 

**********

DUM!!!

Buku lima dihentak keras ke meja. Ini kali pertama orang berani mencabarnya. Sakit. Marah. Geram. Semua dia dapat rasa.

            Meja di depan terus direnung. Ikut rasa hati, mahu saja ditumbuk lagi hingga terbelah dua. Biar lepas segala marahnya. Tapi untuk apa? Nanti hartanya rosak musnah, budak itu sihat walafiat tak apa-apa.

            “Kau ingat kau hebat?! Kau belum kenal lagi aku siapa!!!” bentak Zen kuat. 

            Suasana dalam rumah terus membisu. Tak satu bunyi pun kedengaran. Masing-masing tunduk. Kecut perut lihat boss mereka tiba-tiba naik angin macam hantu.

            “Hunter!”

            “Yes.

            “Kau dah buat kerja kau?”

            “Dah.”

            “Berapa kau mintak?”

            “Macam yang boss suruh.”

            Zen kerling orang kanannya. Entah kenapa jawapan itu bagai tak dapat beri kelegaan di dada.

            “Aku nak kau up lagi.”          

            “What?”

            “He got to pay more for what he had done!”

Hunter pandang Zen. Nampaknya lelaki itu benar-benar berang. Tak pernah ada lagi nilai tebusan setinggi dari yang sekarang.

Are you sure, boss?” Hunter nak kepastian.

“Pernah aku main-main?”

“Macam mana kalau dia orang report polis?”

“Habis sebelum ni, polis tak terlibat? And pernah ke kita kena tangkap? Hah? Kalau pernah, dah lama kau orang semua ni kena humban masuk penjara! So, don’t ask me such a bloody fool question! We are Crazier! And nobody could stop us!!”

            Hunter terdiam. Malah seisi rumah turut terkedu dengan suara kuat Zen yang bak halilintar.

Settle esok?” tanya Hunter.

            “No! Aku nak budak tu dikurung lagi.”

            “Sampai bila?”

            “Sampai aku puas!!!”

            Serentak Zen hayun langkah meninggalkan ruang tamu berkenaan.





** WORDS TRANSLATION :-

nggak – tak / tidak
nyaman – selesa
bercanda – bergurau
mau – mahu
lepasin – lepaskan
uang – wang
percuma – tidak berbaloi / useless
langkahi – langkah 



Friday, October 13, 2017

CHAPTER 2 : RELAKU PUJUK






LELAKI itu atur langkah memasuki balai ketibaan. Kakinya terus dihala hingga ke pintu utama lapangan terbang. Nafas lega dihela sebaik terpandang deretan teksi di luar yang setia menunggu para penumpang.

“Teksi, nak?”

            Satu suara tegurnya dengan sopan. Saat menoleh, seorang lelaki tua usia linkungan 60-an dah tercegat di sisi dengan sebuah senyuman.

            “Iya. Bapak bisa hantarin saya ke alamat ini?”

            Saku jaket kulit lantas diseluk. Sekeping kertas bertulis sebuah alamat dikeluarkan. Dihulurnya terus pada pemandu teksi tersebut.

            “Boleh. Boleh, nak. Silakan. Mari pakcik angkatkan begnya.”

            “Oh, nggak usah. Bapak buka aja bonnetnya. Saya angkat sendiri.”

            “Tapi…,”

            “Nggak apa-apa, pak. Saya bisa angkat sendiri,” tolak lelaki itu lembut. Tak sampai hati nak tengok pemandu teksi berusia itu angkat bagasinya yang boleh tahan berat.

             Teksi mula bergerak tinggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Separa laju ia menyusur keluar ke lebuhraya yang tampak lancar. Mana taknya. Office hour. Dah tentu-tentu semua orang sibuk bekerja.      

“Anak ni dari Indonesia, ya?”

            Sapaan itu memecah hening suasana.

            “Iya, pak. Saya asal dari Indonesia.”

            “Datang bercuti ke sini?”

            “Nggak juga. Keluarga saya menetap di sini.”

            “Ooo… pertama kali datang Malaysia?”

“Iya. Kali pertama ini.”

Pemandu teksi itu terangguk-angguk. “Nama pakcik, Zainuddin. Tapi biasa orang panggil pakcik, Pak Din. Nama anak siapa?”

“Aryan.”

“Maaflah ya Aryan kalau Pak Din ni banyak bertanya. Sekadar nak beramah-mesra.”

            “Oh! Nggak apa-apa, kok. Saya juga lagi senang.”

             Aryan balas senyuman Pak Din lewat cermin pandang belakang.

Memang dia begitu senang dengan lelaki tua itu. Sejak awal tadi. Tinggi budi bahasa. Murah senyuman. Baru berapa minit jumpa tapi macam dah lama kenal. 

             ‘Karena itu baba sama mama suka banget tinggal di sini barangkali. Orangnya baik-baik dan ramah sekali.’

            Ingatan Aryan teus melayang pada orang tuanya. Dah lama betul mereka tak jumpa. Kali terakhir lima tahun lalu di China. Ketika itu babanya sedang pantau perniagaan yang baru bertapak di sana.

Sekarang, mereka sudah bermastautin di Malaysia pula. Melengkap sayap perniagaan keluarga di bumi Asia Tenggara. Lepas ini tak tahu giliran negara mana akan ditawan babanya.

            Aryan terus leka tatap pemandangan bumi Malaysia di balik kacamata hitamnya. Tak banyak beza dengan negara-negara yang dah dia jelajah sebelumnya. Indah. Maju. Pesat membangun. Sepertinya dia sudah mula jatuh suka.

            Gggrrr.

            Getar telefon bimbit menyentak lamunan Aryan. Pantas saku jaket diseluk. Nombor yang amat dikenali terpapar jelas di kaca skrin.

            “Mau dijawab apa nggak? Kalau dijawab, pasti lagi ketahuan aku udah sampei. Surprisenya juga pasti lagi berantakan!” bisik lelaki itu perlahan.

            Cukup 25 saat, panggilan itu mati. Aryan hela nafas.

            “Kalau bunyi lagi ini, emang pasti harus diangkat. Kalau nggak, tidur luar aku ini malem.”

            Dan jangkaan Aryan tepat. Telefonnya bergetar lagi. Nak tak nak, dia harus juga jawab. Ibu jari sentuh perlahan skrin telefon.

            “Hello, ma. Assalamu…,”

       Salam Aryan terhenti tengah jalan. Tiba-tiba saja teksi Pak Din brek kecemasan. Kepalanya terhantuk kerusi depan. Telefonnya turut terlepas dari tangan. Terasa bergegar otak sekejap. Matanya turut berpinar sakan.

            “Aryan! Aryan tak apa-apa ke, nak?!” Pak Din menyoal cemas.

            “Nggak apa-apa. Pak Din gimana? Ngapain sih breknya tiba-tiba?”

            “Ma… maaf, Aryan. Pak Din tak… tak sengaja. Van pu… putih tu tiba-tiba blocked kat depan.”

Aryan dongak. Sebuah van putih memang betul-betul berhenti di depan teksi Pak Din. Kala itu juga beberapa sosok tubuh berbaju serba hitam dengan wajah bertopeng dan ber’hoodie’ berjalan meluru ke arah mereka. Pintu teksi dibuka.

“Keluar!”

“Apaan ini?” soal Aryan terpinga-pinga.

“Keluar!”

Belum sempat nak buka mulut lagi, tubuh Aryan dan Pak Din terus ditarik keluar dengan kasar.

“Hei! Apaan ini?! Lepasin!”

Aryan cuba lepaskan pegangan. Namun cengkaman tangan di kiri kanan lengannya begitu kejap.

“Kalian siapa? Apa kalian mau dari kami?!”

“Diam!”

Aryan cuba melawan lagi. Untung-untung dapat loloskan diri kali ini. Tapi tetap gagal. Nak buka seni pertahanan diri celah mana pun dia tak dan. Pergerakannya lansung terhalang.

“Aduh! Allahuakhbar!”

“Hei! Lo jangan berani-berani sentuh orang tua itu!” bentak Aryan kuat. Tapi muka tubuh Pak Din terus dikerjakan sampai lelaki itu terbaring longlai atas jalan.

Tak boleh jadi!

Dalam geram yang berapi, ditendang tubuh orang yang pukul Pak Din sekuat hati. Tak dapat tumbuk dengan tangan, dengan kaki dia bagi!

“Wei! Kau kurang ajar, kan!”

“Apa?! Lo yang kurang ajar! Mukulin orang tua kayak binatang!”

“Kau ni dah lebih ni…,”

Enough! Bawak dia masuk van cepat!” satu suara lain beri arahan.

No. Let me go!”

Hurry up!”

Tubuh Aryan terus diseret ke dalam van. Kiri kanannya masih diapit dua sosok tadi. Dua orang masuk di belakang. Seorang duduk di sebelah pemandu. Dan yang terakhir ambil tempat berhadapan dia.

Pintu ditutup. Van putih itu terus pecut tinggalkan kawasan tersebut.

“Lepasin tangan aku.” Arah Aryan pada orang di depan, setelah van masuk ke lebuhraya.

“Diam.”

“Aku bilang lepas.”

No.”

“Aku bilang lepas, lepas!!!”

Kali ini orang itu tak balas. Hanya pandangan tajam diberi sekilas. Sebaik dia angguk, baru kedua-dua lengan Aryan dilepaskan.

Huh!

Aryan dengus geram. Melepas rasa sengal satu badan.

Mana tak sengal. Kalau dah sosok dua-dua yang memegang bak kereta kebal. Tapi tak sekebal rasa marah yang sedang meluap-luap dalam dadanya sekarang.

 Belum pun satu jam dia jejak bumi Malaysia. Belum pun sempat dia berjumpa orang tuanya. Tapi sekarang, dia berada dalam van ini bersama orang yang entah siapa-siapa.

Aryan kembali tenung gerangan di depan. Cerun pandangannya menerkam anak mata berwarna biru itu. Dibalik kain yang membalut separuh wajah, dengan hoodie menutup kepala, dia pasti mata itu juga sedang renung ke arahnya dengan rasa geram yang berbuku.

“Kamu siapa? Apa kamu mau dari aku?”

Tak ada balasan. Sekadar pandangan tajam yang diterima sebagai jawapan.

“Aku lagi nanya. Kamu siapa? Kenapa kamu menculik aku?”

“Diam.”

“Diam? Setelah apa yang kamu lakuin ke aku, kamu nyuruh aku untuk diam?”

Shut up.

“Kamu pikir aku apa? Binatang? Haiwan? Hmm?”

I said shut up.”

“Kamu yang harus diam!!!”

Satu tamparan kuat spontan singgah di pipi kiri Aryan. Hingga tubuhnya sedikit melayang. Segera dia bangkit semula untuk balas. Namun cepat-cepat tubuhnya ditarik dua manusia di kiri kanan.

“Pengecut! Kalau kamu berani, bukain penutup itu. Perlihatkan wajah sebenar kamu!” tingkah Aryan makin geram. Sengaja nak cabar empunya tubuh di depan.

“Ayuh, buka!”

Masih tak ada reaksi dari sosok berkenaan. Hanya bahunya turun naik laju dalam gelodak marah yang ditahan-tahan.

Aryan senyum sinis. “Dasar pengecut! Usah jadi preman kalau mau terus selindung di balik kain penutup itu! It’s useless!”

Kali ini kata-kata Aryan benar-benar dah cabar kesabaran orang di depan. Serentak, hood jaket di kepala diselak keras. Kain menutupi hidung ke dagu, direntap kasar.

 “Puas?!!”

Air muka Aryan serta-merta berubah. Lidahnya kelu. Suaranya mati. Matanya membuntang.

Benarkah apa yang dilihat? Atau pandangannya yang tersilap?

Mata biru di depan terus tajam merenung Aryan. Bak api menyala yang ingin tembus ke anak matanya. Dan Aryan tegar membalas. Ditenung dalam-dalam sepasang mata yang sedang membara itu. Bagai tak percaya sosok yang ada di depannya sejak tadi ternyata seorang gadis!

 

**********

TERGESA-GESA Pak Aryawan keluar dari perut kereta. Kaki terus diatur masuk ke dalam banglo. Sebaik melangkah, mata lansung menangkap sosok Ibu Dian yang sedang duduk gelisah di ruang tamu.

            “Mama.”

            “Mas!” Ibu Dian bingkas bangun dapatkan suaminya. “Syukur mas udah pulang!”

            “Anak kita gimana?”

            “Nggak tau, mas. Sampei sekarang belum ada khabar beritanya.”

            Pak Aryawan lepas keluhan.

Terkejut bukan kepalang dirinya saat terima panggilan mengejut Ibu Dian. Dan-dan itu dia terus terbang pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur dalam tak keruan. Mesyuarat yang patut berlansung sampai esok di Kota Singa itu juga terpaksa ditangguhkan.

            “Itu siapa, ma?”

            “Ah, mama lupa terus! Itu pemandu taksi yang mama ceritain tadi, mas.”

            Pak Aryawan hampiri lelaki tua berkopiah putih itu.

            “Assalamualaikum. Saya Aryawan.”

            “Waalaikumussalam. Pakcik Zainuddin. Panggil Pak Din aje.”

           “Pak Din nggak apa-apa, kan?” soal Pak Aryawan sebaik lihat kesan-kesan lebam di wajah lelaki tua tersebut.

            “Oh, tak apa-apa. Pak Din baik-baik aje, tuan.”

            “Tapi lukanya kelihatan teruk ini. Udah ketemu doktor?”

            “Sikit aje ni, tuan. Dah, dah. Lepas kes tadi Pak Din terus ke klinik sebelum ke sini.”

         Pak Aryawan terangguk-angguk. Pak Din disuruh duduk semula sebelum dia ambil tempat sebelah Ibu Dian. “Gimana bisa terjadi hal ini, Pak Din.”

            “Pak Din pun tak tahu nak cakap macam mana, tuan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Pak Din bawak Aryan dari airport. Lepas tu teksi Pak Din kena tahan dengan van putih. Keluar dari teksi aje Pak Din terus kena pukul. Aryan pulak diseret masuk dalam van dan terus dibawak lari.”

“Lalu, gimana Pak Din bisa sampai ke mari?”

“Tadi Aryan sempat bagi alamat rumah ni. Tu yang Pak Din nekad datang ke sini nak bagitahu. Maaflah, tuan. Pak Din tak sempat nak selamatkan Aryan.”

“Nggak apa-apa kok, Pak Din. Yang penting Pak Din udah selamat sekarang.”

“Tapi Aryannya juga udah diculik sekarang, mas!” Ibu Dian mencelah.

“Iya. Mas tau.”

“Terus, gimana? Mas mau biarin aja?”

Pak Aryawan mengeluh lagi. Wajahnya diraup. Seumur hidup, ini kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Siapa yang lakukan? Seingatnya dia tak pernah ada musuh.

Pantas lelaki itu berkalih pada si isteri.

“Apa anak kita itu punya musuh, ma?”

“Siapa? Aryan?”

“Ya, siapa lagi?”

“Mama nggak tau, dong. Aryan itu udah merata-rata pergi. Dengan siapa dia ketemu, sama siapa dia berurusan, kita nggak pernah tau kok.”

“Di sini?”

“Ah! Masakan begitu, sih! Aryan itu baru pertama kali kok datang ke mari. Baru berapa menit jejak kaki ke sini juga udah diculik. Apa sempat dia mau nyariin musuh?” bidas Ibu Dian kembali.

“Ya, siapa tau. Musuh itu selalu ada di mana-mana.”

“Mendingan soalan itu dituju sama mas. Apa mas punya musuh?”

“Loh! Kok mas?”

“Ya siapa tau musuh perusahaan mas barangkali.”

“Pak Din rasa… ini mungkin kerja geng Crazier.”

Serentak Pak Aryawan dan Ibu Dian toleh ke arah lelaki berkenaan.

“Geng Crazier? Maksud Pak Din apa?”

“Tuan tak tahu ke pasal ni?”

“Saya kurang ngerti, kok. Bisa Pak Din jelasin?”

“Sekarang ni memang tengah viral kes culik geng Crazier yang melibatkan golongan berstatus tinggi macam tuan ni. Sana sini orang tengah sibuk bercakap pasal benda ni. Bulan lepas anak seorang jutawan. Sebelum itu anak seorang menteri. Dan sebelum-sebelum tu banyak dah kes berlaku.

Yang peliknya, pihak polis tak dapat nak kesan lansung jejak Crazier ni. Dia orang tu licik. Setiap kali polis serbu markas, dia orang lesap. Tiap kali polis serbu waktu pertukaran tebusan, dia orang terlepas. Sekelip mata!”

“Jadinya maksud Pak Din… Aryan itu udah diculik sama kumpulan ini? Gitu?”

“Tak mustahil, puan. Geng Crazier ni dah bergiat lama sebenarnya. Cuma tulah… susah polis nak jejak. Dia orang sangat licik dan bijak. Agak-agak tengah panas, dia orang senyap. Bila orang dah lupa, dia orang buat balik. Orang kata Crazier ni memang gangster yang paling handallah antara gangster-gangster kat Malaysia.”

“Err… mangsa culiknya gimana, Pak Din? Apa selamat semuanya?” tanya Pak Aryawan.

“Bergantung pada keadaan. Ada yang selamat. Ada yang tak jumpa lansung.”

“Ya ampunnn! Makanya Aryan lagi dalam bahaya sekarang ini, mas! Mas. Mas harus selamatkan anak kita, mas. Sebelum terjadi apa-apa!” tingkah Ibu Dian cemas. Lengan suaminya turut digoncang keras.

“Iya, ma. Mas tau. Sabar, dong!”

“Gimana mau sabar? Anak kita lagi dalam bahaya, tau!”

“Terus, mama mau mas lakuin apa? Aryan lagi di mana sekarang kita juga nggak tau. Penculiknya masih belum nelefon kita, kan.”  

“Kita laporin ke polisi aja, deh!”

“Mama pikir ini kayak main police entry? Gampang aja mau bikin report sama polisi tanpa bukti?”

“Aduh! Mau bukti apa lagi, sih? Pak Din ini kan udah cukup dijadikan bukti!”

“Pak Din rasa ada betul cakap isteri tuan tu. Ada baiknya kita buat laporan polis.”

“Apa selamat Pak Din kalau kita libatkan polisi? Saya khawatir sama keselamatan Aryan.” Pak Aryawan semakin resah.

“Kes-kes sebelum ni pun semuanya serahkan pada pihak polis, tuan. Tuan jangan risau. Selagi penculik tu tak tahu tentang hal ni, Insya-ALLAH semuanya akan selamat.”

Ring….

Telefon di ruang tamu banglo besar itu tiba-tiba berdering. Masing-masing terpana. Lidah kelu. Hanya mata saling pandang antara satu sama lain.

Mungkinkah itu panggilan yang ditunggu-tunggu?  

 



** WORDS TRANSLATION :-

bisa – boleh
hantarin – hantar / hantarkan
nggak – tak / tidak
senang – suka / gembira
banget – sangat
mau – mahu / nak
udah – sudah
ketahuan – diketahui / didapati
gimana – bagaimana / mcam mana
ngapain – kenapa
apaan – kata tanya yang digunakan untuk menayakan sesuatu tindakan 
lepasin – lepaskan
lakuin – lakukan
bukain – buka
perlihatkan – tunjukkan
preman – penjahat
ketemu – berjumpa  
biarin – biarkan
mendingan – lebih baik
perusahaan – perniagaan
ngerti – faham
Jelasin –  jelaska
nelefon – telefon
polisi – polis
pikir – fikir
kayak – seperti / macam
bikin – buat




Monday, August 7, 2017

CHAPTER 1 : RELAKU PUJUK

Assalamualaikum, guys.... Long time no see yaa.... Miss you all so much....
Buat yang selalu bertanya, "Bila nak cerita baru keluar?".... Nah..... 

The new story....
The chapter begin....







PAK ARYAWAN terus leka tatap suratkhabar di tangan. Sesekali mata kerling wanita di balkoni depan. Rancak bersembang sejak tadi di talian. Teruja benar. Entah dengan siapa agaknya sedang berbual.

“Iya. Nanti mama sampaikan salamnya buat baba. Kamu jaga diri baik-baik di sana, ya. Punya masalah, bilang terus ke mama. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan. Wanita itu terus duduk di sisi Pak Aryawan. Bibir tak henti-henti menguntum senyuman.

“Rancak bualnya. Bicara sama siapa?”

“Aryan, mas.

“Aryan?”

“Iya. Dia lagi kirim salam buat mas.”

“Waalaikumussalam. Mau apa anak itu nelefon tiba-tiba?”                                            

Ibu Dian terkejut. Senyumnya mati. Keningnya berkerut.

“Loh! Itu anak, kan? Anak mau nelefon sama orang tuanya, apa salah?”

“Salah emang nggak salah. Tapi aneh.”

Sekali lagi dahi Ibu Dian berkerut. “Aneh? Aneh apaan, sih?”

“Ya, anehlah. Selagi yang bikin itu namanya Aryan, emang aneh segala. Jangankan mau nelefon, mau titip pesan buat kita juga lagikan susah. Boleh dikira sama jari ini!”

“Anak kita itu lagi sibuk, mas.”

“Sibuk apaan? Ke sana ke mari, ke sana ke mari lagi di tempat orang.”

“Sekurang-kurangnya dia masih kirim khabar ke kita, kan.”

“Ermm… khabar yang setahun cuma dua tiga kali doang dari dia. Itu untung kalau ada,” balas Pak Aryawan selamba. Mata masih terus melekat di dada akhbar.

Ibu Dian kunci suara. Sedar mood sang suami sedikit berangin bila topik Aryan mula diutara.

Suasana ruang tamu jadi hening tiba-tiba. Hanya bunyi dari layar kaca TV sebesar 60 inci menjamu telinga.

“Ada apa Aryan nelefon?”

Suara garau itu kedengaran semula. Spontan senyum Ibu Dian kembali mekar.     

“Katanya mau pulang, mas.”

“Kapan?”

“Bulan depan.”

“Kali ini berapa lama pulangnya?”

“Pulang terus.”

Bacaan Pak Aryawan tersekat. Wajah isterinya ditenung tepat. “Pulang terus?”

“Ya, iya. Itu yang dibilang sama dia.”

“Anak mama itu lagi sihat apa nggak?”

“Hisy!” Ibu Dian tepuk peha suaminya. “Mas ngapain bilang begitu, sih? Aryan itu lagi sihat walafiat, mas. Kok ditanya begitu!”

“Ya, iyalah. Anak kita itu selalunya punya macem-macem alasan bila disuruh pulang. Apalagi kalau disuruh bantuin mas di kantor. Katanya apa… mau merantaulah, mau cari pengalaman di tempat oranglah, mau hidup berdikarilah. Nah sekarang... mau pulang terus tiba-tiba, setelah bertahun nggak muncul depan kita. Apa mama nggak hairan?”

“Ya mama juga ikutan hairan, dong. Tapi Aryan itu kan udah mau pulang. Makanya kita harus bersyukur. Ini yang kita doain selama ini, bukan? Mau dia pulang terus. Sekarang ALLAH udah jawabin doa kita. Lagian, dia itu ikutin cara siapa? Cara mas juga kan waktu muda-muda?”

 Pak Aryawan kerling Ibu Dian. Dia yang mahu meluah, dia pula yang terkena sekarang.

Memang waktu muda dulu dia juga suka mengembara. Asia, Australia, Eropah, Afrika, Amerika. Benua mana yang tak dia jelajah? Tapi semua itu demi mencari ilmu dan pengalaman. Buat meluaskan empayar syarikat warisan keluarganya. Aryan?

Anak itu terlalu banyak tujuan. Lepas tamat belajar di Manchester, terus mengembara ikut sukanya. Timur barat, selatan, utara. Ke ceruk pedalaman sekalipun tidak mengapa. Asal dirinya puas dan bebas ke mana-mana.   

“Sekurang-kurangnya mas melakuin semua hal itu dulu demi perusahaan kita,” betah Pak Aryawan.

“Iya. Mama tau. Dan mama yakin Aryan juga sedang melakukan hal yang sama. Cuma caranya mungkin berbeda.”

“Berbeda gimana?”

Ibu Dian hela nafas. Ingatan terus menjauh teringatkan anaknya.

“Aryan itu selalu bilang ke mama kalau dia bercita-cita banget mau jadi seperti Ibnu Batutah. Kembara keliling dunia, kunjungi negara orang, mengenal manusia yang bermacem budaya dan latar belakang. Cari ilmu, cari pengalaman, bantu insan yang memerlukan. Kayak ‘Pengembara Muslim’ terbesar dan tersohor dunia itulah.

Mama pikir dia cuman gurau doang. Tapi nggak nyangka sih dia benar-benar serius. Justeru bila dia punya kesempatan itu sekarang, makanya sungguh-sungguh dia melakuin hal itu. Ya siapa tau saat pulang anak itu nanti, dia bawain sesuatu yang lumayan. Bukan buat kita aja, malah buat kebaikan semua. Apa mas nggak bangga anak kita punya impian seperti itu.”

“Mas nggak bilang apa-apa, kok.”

“Terus? Mas nggak suka anak kita itu pulang?”

“Ya, nggaklah. Masakan begitu. Mas cuman penasaran aja, deh. Soalnya, bertahun dia itu menghilang, tiba-tiba sekarang mau pulang terus. Siapapun pasti lagi terkejut. Asal mama tau, mas ini nggak peduli sama sekali Aryan itu mau merantau ke penjuru dunia mana sekalipun. Yang penting adat sama agamanya tetap terpelihara, cukup.”

“Iya. Mama juga doain yang sama, dong. Lagian anak kita itu merantau buat melupain segala hal yang telah berlaku, mas. Apa mas lupa?”

Pak Aryawan terdiam. Bukan dia lupa. Cuma kepalanya yang tak mahu ingat.

“Jam berapa penerbangannya tiba nanti? Hari apa?”

“Yang itu mama nggak tau, sih. Aryan nggak mau kasi tau. Katanya mau bikin surprise. Tapi mama lagi khawatir ini.”

“Khawatir kenapa, sih?”

“Aryan itu kan baru pertama kali mau datang ke Malaysia. Kalau sampeinya kapan kita nggak tau, gimana mas? Siapa yang mau jemputin dia di airport sana? Terus kalau dia sesat, gimana? Atau ikutan entah siapa-siapa. Atau mau culik dia barangkali. Waduh! Gawat, sih!” Ibu Dian cuba luah risaunya. Namun terbantut bila gelak si suami tiba-tiba bergema.

“Mas ngapain ini ketawa-ketawa? Mama lagi khawatir, tau nggak!”

Pak Aryawan capai kopi panas atas meja. Dihirup minuman itu perlahan-lahan. Habis itu dia kembali menatap akhbar.

“Mama usah mikir macem-macem, ah. Aryan itu kan udah besar panjang. Terus mau jadi seperti apa... Ibnu Batutah mama bilang tadi, kan? Setakat Malaysia ini dalam genggaman dia aja, deh! Emangnya dia juga sering bikin surprise buat kita, kan.”

“Itu mama tau. Soalnya…,”

“Usah khawatir ah, ma! Selagi yang bikin itu namanya Aryan, apapun dia bisa lakuin. Mau hilang kek, mau sesat kek, culik kek, apa kek, anak itu pasti bakalan muncul depan kita bila tiba harinya.”

Terpinga-pinga Ibu Dian dengar ayat selamba dari suaminya.

 

***********


DAUN pintu ditolak. Buat semua yang ada dalam bilik itu tersentak. Tengah sedap-sedap bersantai, tiba-tiba pula sosok itu masuk. Menggelupur masing-masing bangun.

Boss!”

Zen berjalan masuk. Dengan diekori seorang gadis di belakang. Sampai di tengah-tengah bilik, dia berhenti. Satu-persatu muka anak buahnya dipandang.

“Semua orang ada kat sini?”

“Ada, boss!” Suara-suara dalam bilik itu sahut serentak.

“Bagus. Untuk kejayaan misi kita semalam, well done! Jadi sebagai ganjaran, I bagi semua orang rehat sampai hujung minggu. Pergi mana you all nak pergi. Enjoy puas-puas!”

Sorakan bergema. Masing-masing teruja. Bukan senang boss nak bagi ‘cuti’. Tapi hari ini mood dia lain macam sikit.

“Tapi…”

Spontan semua kembali diam.

“… ada tugas besar menanti selepas ni.”

Mata Zen cari orang kanannya. Gambar yang sejak tadi dalam pegangan, dilayangkan ke atas meja. Betul-betul depan lelaki itu.

Hunter pandang ketuanya. Kemudian gambar tersebut. Sekeping gambar lelaki yang tak dikenali menjamah mata.

“Siapa?”

Next mission.

Kening kiri Hunter terangkat. Masih tak faham.

“Anak hartawan terkenal Indonesia. The top ten richest person in the world.”

Gambar itu dicapai. Direnung dari atas ke bawah. Gambar kandid yang diambil tanpa sedar si empunya badan.

Boleh tahan kacak. Penampilannya usah cakap. Segak walau ringkas. Sesuailah dengan status sebagai anak hartawan.

Boss nak buat apa dengan dia?” soal Hunter.

“Macam biasa.”

“Sampai ke Indonesia?”

Zen senyum senang. Tiada balasan. Hanya sinar mata menzahirkan apa yang tersirat di benaknya sekarang.






** WORDS TRANSLATION : -

bilang – bagitahu/cakap
bualnya - sembangnya
mas - abang
mau - mahu
nelefon – telefon
nggak – tak / tidak
emang – memang
aneh – pelik
apaan – macam mana (what kind of)
bikin – buat
titip – kirim
pesan – mesej  
payah – susah
doang – saja / sahaja
kapan – bila
ngapain – kenapa
gitu – itu
kantor – pejabat
udah – sudah
makanya – jadi
doain – doakan
lagian – lagipun
perusahaan – perniagaan
berbeda – berbeza
gimana – bagaimana / macam mana
banget – sangat
kayak – seperti / macam
nyangka – sangka
justeru – Oleh demikian
kesempatan – peluang
terus – habis tu
masakan begitu – takkan begitu
penasaran – tertanya-tanya / ingin tahu
jam berapa – pukul berapa
kek – pun 



** Kalau ada kesilapan dalam bahasa Indonesia saya, maaf ya.. Masih dalam proses belajar & research untuk dalami bahasa ni.. 1st trial untuk watak Dewi dalam BG, really enjoyed to use this language.. Jadi untuk 2nd storey ni, cuba cabar diri untuk ketengahkan.. Tapi bahasa tak berat sangat.. Just simply words, cukup untuk difaham & dah mix dengan bahasa Melayu.. Hope you guys enjoy with this 1st teaser, my new story... See again in next teaser.... ^_^