Friday, November 18, 2016

BAB 39 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)





T


ENGKU MELISSA bermalasan di sofa. Tangan tak henti menekan remote TV, menukar saluran, mencari siaran yang boleh hilangkan rasa mengantuk. Walhal dia baru bangkit dari katil tiga puluh minit yang lalu.

Penangan majlis teman kuliahnya di US buat dia leka berparti sehingga lewat pagi. Menjelang subuh baru dia angkat kaki.

            “Lissa. Kamu tak siap lagi?” sapa Tengku Kamelia yang menuruni tangga.

            “Siap ke mana, mummy?”

           “Tanya ke mana pula? Kan mummy dah beritahu malam tadi nak jemput mak long sekeluarga dekat airport petang ni. Lupa?”

            “Apa bising-bising ni, Lia? Sampai ke atas abang dengar.”

            “Tak ada apa, bang. Ni, hah... anak dara awak tak bersiap lagi.”

            “Lissa tak nak ikut jemput mak long?

            “Tak kut, daddy. Lissa tak berapa sihat.”

          “Bila siang tak sihatlah. Kalau malam... macam burung hantu. Ligat bukan main!”

         “Dahlah, Lia. Kalau tak sihat, tak apalah. Lissa rehat kat rumah. Biar daddy dengan mummy aje yang pergi.”

            “Jap, jap, jap!” Tengku Melissa bingkas berdiri, menahan orang tuanya di pintu utama. “Mummy dengan daddy nak jemput mak long kat airport? Kenapa tiba-tiba mak long balik?”


            “Saja nak makan angin!”

Mummy ni, kan! Lissa tanya betul-betul ni. Kenapa tiba-tiba mak long balik sini?”

            “Lissa dah lupa ke? Esok kan Harrys bertunang. Sebab tulah mak long balik ke sini.  Nak ikut hantar rombongan sekali,” jelas Tengku Arham.

            Zap!

            Jantung gadis itu bak direntap. Dada rasa nak meletup. Tubuhnya dipaling, berpatah semula dan duduk kembali di sofa.

“E’eh! Dia yang tahan kita, lepas tu pergi macam tu aje? Memanglah budak seorang ni! Jomlah, bang. Kita dah lambat!” Tengku Kamelia menggamit lengan suaminya keluar dari banglo.

            “Lissa, kami pergi dulu. Ni... daddy dengan mummy balik lewat sebab terus bawa mak long ke rumah pak lang. Ada majlis doa selamat. Jaga diri. Jangan lupa makan ubat!”

            ‘Macam mana aku boleh lupa yang Harrys bertunang esok?’

            “Arghhh!”

Tengku Melissa menumbuk geram sofa. Rasa marah datang membuak tiba-tiba. Skrin TV dimatikan sebelum berlalu ke atas. Sejam kemudian dia turun semula.

“Nak ke mana?” Satu suara berbaring santai di sofa menegur.


“Keluar.”

“Ke mana?”

 “Apa you kisah? You dah berapa hari tak nampak batang hidung kat rumah ni, I tak kisah pun?”

“Hai! Tanya macam tu pun nak marah? Rilekslah!”

 Tengku Melissa mendengus geram. Terlalu ikutkan marah, abangnya jadi mangsa. Kaki dihala menghampiri lelaki itu. “Sorry. I tak sengaja nak marah you.”

            “You bukan marah kat I, tapi orang lain. Apa yang buat you marah sangat ni?”

            “I hope you’re still remembering your promise.”

            “Promise? What promise?”

            “You lupa, atau buat-buat lupa?”

            “Can you kindly get right to the point, girl? Janji apa ni?”

            “You janji apa dengan I kat kelab hari tu? Lupa? Nak tolong I dapatkan Harrys balik, kan? Esok Harrys dah nak bertunang. Tapi, plan you satu apa pun I tak nampak!”

Tengku Zafran terdiam. Dari posisi santai berbaring, kini dia sudah duduk menegak. Riaknya berubah. Rahang kejap diketap.

Jika Tengku Harrys bertunang esok, bermakna gadis pujaannya juga akan jadi milik orang. Bagaimana dia boleh lupa hal penting itu?

“Baru nak bertunang, kan? Bukan kahwin. Even dah kahwin pun boleh bercerai.”

“Habis you nak tunggu sampai dia orang kahwinlah baru nak bertindak?”

“I tak kata macam tu. Easy, girl. Masih ada masa lagi. I tahulah apa nak buat nanti.”

“Apa yang you nak buat?”

Tengku Zafran merenung adiknya dalam senyum penuh makna. “Just wait, Lissa. The time will arrive. I jamin masa tu you akan tersenyum lebar.”


“Okey... I percaya you. I tak kisah apa pun plan you. Janji...” tubuh langsing itu bingkas berdiri. “I dapat balik hak I, dan you dapat apa yang you nak. That’s our deal!”

Got no problem!”

“I chiao dulu!”

“Ke mana?”

“Keluarlah. Have some fun with my friends. Duduk kat rumah pun hati sakit, buat apa!”

May I join you?”

Excuse me? Hello... sejak bila pula you pandai nak join I ni? Bukan kawan-kawan you tu lagi havoc ke dari I punya?”

“Saja. Mana tahu dapat kenal kawan-kawan you yang lagi cantik and hot.”

Enough, Zafran! Tak payah nak buat lawak. Lebih dari tu pun you boleh dapat! I keluar dulu. Bye!” 

Tawa Tengku Zafran mengiringi langkah adiknya menapak keluar lalu menghilang bersama kereta meninggalkan kawasan banglo.

“Irish...”

Nama itu terungkap di bibir. Wajah menyengih sinis.

Sorry, Harrys. That girl is mine!”

 

“KAK LONG! Sihat? Masya-ALLAH... lamanya tak jumpa!” Tengku Dafina meluru ke arah kakak iparnya yang baru tiba bersama dua anaknya.

“Alhamdulillah, sihat. Fina sihat?”

“Sihat, kak long. Saffa tak ikut balik sekali?”

“Tak, Fina. Saffa tolong jagakan butik. Lagipun suaminya tengah sibuk sekarang, susah nak dapat cuti. Itu kak long balik dengan budak berdua tu aje,” jelas Tengku Yasmin tentang anak sulungnya, Tengku Saffa.

“Makin cantik kak long sekarang!”

“Tak adalah. Kak long sama aje macam dulu.”

“Sama macam dulu maknanya awet mudalah tu. Kan?”

“Kita ni orang perempuan kena jaga diri, Fina. Nak-nak yang masih bersuami macam kamu, kena jaga betul-betul. Kalau tidak, hermm... mulalah lelaki pasang mata!”

“Dengar tu, bang?”

“Eh, abang pula? Kak long tu bagi nasihat pada awak. Dengar baik-baik.”

Sebagai wanita berkerjaya, soal penampilan memang dititikberatkan Tengku Yasmin. Sementelahan, dia pemilik sebuah butik yang diuruskan bersama dua anak perempuannya.

Sejak arwah suaminya meninggal, Tengku Yasmin sekeluarga terus bermastautin di bumi London mengikut anak sulungnya yang telah berkahwin dengan jejaka warganegara itu.

“Dah masak kuah kacang tu, Dewi?” Tak menang tangan Mak Ros menyiapkan juadah bersama Dewi. Tidak seperti sebelum-sebelumnya, kali ini majikan mereka memilih untuk menyediakan hidangan sendiri.

“Udah, mak. Sebentar Dewi mau masukin ke dalam bekasnya!”

 “Dah siap nanti pergi hidang makanan-makanan ni semua kat depan, ya?”

“Hah? Apa mak bilang?”

“Eh, budak ni... apa tak cukup kuat ke mak cakap sampai kau tak dengar? Mak cakap dah siap masukkan kuah kacang tu, pergi hidang semua ni kat depan. Dengar?”

Dewi hampiri wanita yang sedang memotong puding karamel itu. “Yang tu Dewi dengar, dong. Maksud Dewi ya masakan Dewi disuruhin ke ruang depan dengan pakaian kotor sebegini? Ah... malu, sih!”

“Apa masalahnya kalau keluar macam ni? Memang kau pakai baju ni kan hari-hari?”

“Ya, iyalah! Tapikan ini malem tetamunya ramai sekali. Nanti ada cowok-cowok yang lihatin Dewi comot begini, malu ah!”

Kerja Mak Ros terus terhenti. “Amboi... perasannya  kau, Dewi! Siapa yang nak tengok kau ni? Cuba cakap dengan mak.”

“Ya itulah... cowok-cowok ganteng di depan sana itu. Apa mak enggak perasan?”

“Ingat mak ni macam kau? Dok terjenguk-jenguk kat depan dari tadi. Banyak lagi kerja lain kena buat. Dah, tak usah tercegat lagi. Pergi hantar semua makanan ni ke depan sana!”

“Bisa aja. Tapi, kasi Dewi lima minit. Boleh enggak?”

“Kenapa pula?”

“Dewi mahu tukarin baju ini dulu, ya? Udah itu nanti Dewi hantarin semua-semuanya ke depan. Kalau mak mau Dewi duduk depan sana terus, ya... Dewi juga enggak kisah!” tersengih-sengih gadis seberang itu sambil memintal hujung rambutnya.

“Nak juga kau Dewi, kan?”

“Jiwa orang muda, mak. Biasa, sih!”

“Dah pergi tukar cepat. Lima minit!”

“Benaran, mak? Tidak main-main ini?”

“Iya! Dah, pergi cepat sana!”

“Ah, senang sekali! Ini yang bikin Dewi sayang banget sama mak!” tubuh kecil Mak Ros dipeluk, pipi kedut wanita itu dicium. “Dewi pergi nyalin bajunya dulu, ya!”

Mak Ros geleng kepala. “Dewi, Dewi. Ikut kaulah, nak. Janji kau bahagia!”

 

“MACAM mana persiapan untuk majlis esok? Dah selesai semuanya?”

“Alhamdulillah, kak long. Semua dah siap. Tinggal nak bawa badan ke majlisnya saja,” bicara Tengku Haiyan.

“Dapat juga kak long tengok Harrys bertunang. Hilang kempunan. Punyalah terkejut waktu kamu telefon beritahu hari tu, alang. Macam mimpi pun ada!”

“Betul, kak long. Saya pun terkejut sama!” Tengku Arham mencelah.

“Mahunya tak, ngah? Dari dulu bukan main susah nak tengok perempuan dekat dengan budak tu. Anak kawan-kawan kak long tu, ramai aje nak kenal. Dia yang tak mahu. Tiba-tiba dapat berita nak bertunang, alhamdulillah... terbuka juga hati dia akhirnya!”

“Itu pun payah nak memujuk, kak long. Jenuh juga saya dibuatnya!”

“Pujuk? Maksud Fina?”

“Sebenarnya gadis tu calon pilihan saya, adik kawan baik Hafiy. Staf Haiyan juga.”

“Oh... iya ke? Macam mana budaknya? Elok ke?” Tengku Yasmin berminat ingin tahu.

“Alhamdulillah, kak. Setakat yang saya tengok, baik budaknya. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi pertama kali saya jumpa dia, hati ni dah berkenan. Bila saya suarakan hajat untuk meminang dia untuk Harrys nampaknya semua orang pun setuju.”

“Harrys macam mana?”

“Mula-mula tu memang dia setuju tidak, membantah pun tidak. Terpulang pada saya katanya. Tapi sekarang, alhamdulillah... Harrys dah boleh terima. Kan, bang?”

“Bila jodoh dah sampai, nak mengelak pun... memang tak dapatlah. Hati sekeras apa pun kalau ada usaha, ada doa... insya-ALLAH, Dia akan beri yang sebaik-baiknya.”

 “Baguslah macam tu. Kalau nak tunggu Harrys yang cari sendiri, sampai bila baru terbuka hati budak tu agaknya!” bicara Tengku Yasmin.

“Assalamualaikum.”

Baru disebut-sebut, figura tinggi berbaju Melayu hitam itu muncul depan mata.

“Apa khabar, mak long?” sapanya seiring bersalaman dengan seisi yang ada.

“Baik. Kamu sihat, Rys?”

“Sihat, alhamdulillah. Mak long balik seorang?”

“Eh, tak adalah. Balik dengan Syaffi dan Safra. Ada kat sana tu. Kak Saffa kamu aje yang tak dapat ikut. Dia sampaikan salam dan tahniah pada Harrys.”

“Waalaikumussalam. Pak ngah dengan mak ngah berdua aje?”

“Iya, Rys.  Sepupu-sepupu kamu tu, faham sendiri ajelah!” ujar Tengku Kamelia.

“Tak apalah. Sambunglah berborak. Harrys minta diri nak jumpa yang lain-lain.”   

Lelaki itu bergerak ke ruang istirahat. Sanak-saudara sudah ramai memenuhi vila.

“Ha, Rys! Come... meet our cousins dari London ni!”

“Syaffi dengan Safra sihat?”  Tengku Harrys ambil tempat di samping abangnya.

“Sihat, bang. Kalau tak, tak adalah we all sampai sini!” Tengku Syaffi membalas.

“Amboi! Makin handsome Abang Harrys, kan? Muka pun berseri-seri Safra tengok!”

“Mana tak berseri-seri, Safra. Hati sedang dilamun bahagia katakan!” Tengku Hazreen yang bersila atas lantai menghadap yang lain lebih dulu menutur jawapan.

“Ha’ah, cuba cerita sikit... macam mana Abang Rys boleh jatuh cinta ni? Setahu Safra hati abang tu keras macam batu. Kalau siram dengan air satu sungai pun belum tentu lembut!”

“Betul! Tiba-tiba aje ni, Abang Rys. Ada apa-apa ke?” Tengku Syaffi bertanya sama.

“Jodoh dah sampai kut.”

“Takkan tu aje? Mesti ada sebab lain. Kan?” Tengku Safra tagih jawapan pasti.

“Abang Harrys kau orang ni memang dari dulu hati beku dengan perempuan. Bukan tak ada yang nak, dia yang jual mahal sangat. Tapi sebeku-beku hati lelaki dia, ada juga taman dalamnya. Tak tahulah kenapa dengan seorang gadis ni boleh cair pula!”


“Maksud Abang Fiy... bakal tunang Abang Rys?”

“Iyalah, Safra. Siapa lagi?”

“Wow... sound interesting! Macam mana bakal tunang Abang Rys tu, ya? Mesti dia bukan gadis biasa-biasa, kan?”

Of courselah, Syaffi! Cantik, baik, sopan, lemah-lembut. She’s incredibly special!”

Zap!

“Eh, eh! Abang Rys jangan. Baik abang letak balik bantal tu!”

“Sekali lagi... abang tak jamin bantal ni akan duduk diam.”

“Okey, okey! Reen tutup mulut, tak cakap apa-apa dah!”

“Tak sabar Safra nak tunggu esok. Nak tengok gadis yang dah berjaya cairkan hati Abang Rys yang keras dan beku macam Tembok China tu!”

Exactly!” Tengku Syaffi turut menyokong.

“Aku gerenti kau orang akan suka dengan Kak Irish tu! Tengoklah bakal kakak ipar siapa, kan?” Tengku Hazreen angkat bahu baju kurungnya. Bangga!

Zap!

Tangan Tengku Harrys capai segera bantal. Belum sempat baling...

“Mamaaa!”

Gadis itu terus meluru bangun. Dekahan tawa spontan memenuhi ruang berkenaan.

“Err... siapa nama yang Reen sebut tadi?” tanya Tengku Safra.

“Irish. Irish Qiara. Itulah nama bakal tunang Abang Harrys kau orang.” Tengku Hafiy menjawab sebelum gerangan di sebelah buka mulut.

“Hurmm... indah nama tu. Mesti seindah orangnya!”

Tengku Harrys melakar senyuman. Terusik kala nama itu diperkatakan. Seperti yang lain, dirinya juga tak sabar menunggu hari esok.

Hari yang bakal merubah segenap perjalanan hidupnya nan mendatang...






Friday, November 4, 2016

BAB 38 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)







O
  
  OKEY, kau orang! Makanan dah sampai!” Zaryn muncul membawa dulang bersama Natasya dan Elaine. Set hidangan McDonald’s diagih-agihkan mengikut pesanan masing-masing.

“Kalau lunch makan burger okey juga, kan? Boleh diet sikit. Tak adalah hari-hari makan nasi.”

            “Habis kau ingat makan burger ni tak gemuklah, Zaryn?” sanggah Natasya.

       “Entah . Kalau dah selalu makan macam ni, makin dipam-pamlah badan gamaknya!” Kak Maisarah mencelah.

            “Tak apa! Nanti I bagi you all minum produk ginseng I. Confirm tak gemuk!”

“Isk... kau ni, amoi! Tak habis-habis dengan ginseng kaulah!”

           “Eh... mestilah, Isya. Makan, makan juga. Kesihatan kena jaga juga, maa!”           

Masing-masing berselera menjamah makanan. Cuma Irish tak sedemikian. Rakan-rakannya bersembang ceria dan bergelak sakan, dia hanya menyepi tanpa sepatah perkataan.

            “Cik Irish. Cik Irish okey ke? Dari tadi diam, kenapa?” soal Insyirah.

            “Ha’ah, Cik Irish. Senyap aje tak keluar suara? Cik Irish ada masalah ke? Kalau sudi, ceritalah dengan kita orang. Mana tahu kita orang boleh tolong.” Natasya bertanya sama.

            Irish telan liur. Tiap pasang mata terpasung tepat kini padanya. Hati semakin direnggut rasa bersalah. “Err... macam mana saya nak cakap, ya?”

            “Kenapa, Cik Irish? Cakap ajelah. Kita orang dengar ni,” pinta Kak Maisarah.

            “Sebenarnya... ada benda saya nak beritahu. Fasal majlis tunang Tengku Harrys.”

            “Oh... kalau fasal tu kita orang memang dah tahu, Cik Irish!” akui Zaryn.

            “Betul. Tengku sendiri beritahu saya. Kai Mai pun Tengku Hafiy ada sampaikan.” Natasya menambah. Masakan dia tak tahu bosnya bakal melangsungkan pertunangan.

            “Tapi... bukan itu yang saya nak beritahu.”

            “Kalau bukan fasal tu, fasal apa Cik Irish? Cik Irish buat kita orang suspenslah!” tingkah Farisya.

“Yang saya nak beritahu ni... dengan siapa Tengku Harrys akan bertunang.”

            “Kenapa? Cik Irish tahu ke siapa bakal tunang Tengku tu?!” laju mulut Zaryn menyoal.    “Ya, mey! You tahu ke siapa gadis bertuah tu, Cik Irish?” Elaine ikut mencelah.

            “Se... sebenarnya... sebenarnya... err...,” suara Irish tersekat-sekat. Terasa payah mulut mahu merungkai rahsia yang selama ini tersimpan selamat.


“Cik Irish?” Insyirah menyentuh bahu ketuanya.

            “Sebenarnya... bakal tunang Tengku Harrys tu..., sa... saya.”

            “Hah??!”

Seisi meja melopong tercengang. Mata membuntang. Terkejut, tak sangka, tergamam.

            “Biar betul ni, Cik Irish?!” Kak Maisarah ingin kepastian.

            “Saya minta maaf sebab rahsiakan hal ni dari semua. Bukan saya tak nak berterus-terang. Tapi... banyak sebab yang buat saya terpaksa simpan.”

            “Ha!” Zaryn tepuk meja. “Kan betul aku cakap! Cik Irish dengan Tengku Harrys memang ada apa-apa, kan? Pandai Cik Irish simpan. Sampai kita orang boleh tak tahu!”

            “Itulah. Terkejut betul akak. Tak sangka gadis yang kita dok sibuk-sibuk cakap selama ni ada aje depan mata. Nasib baik tak gugur jantung ni dibuatnya!”

“Ya ALLAH! Malunya aku!” Zaryn menekup muka.

            “Yang kau ni dah kenapa, Ryn?” 

            “Yalah, Isya! Selama ni aku punyalah tangkap syok kat Tengku Harrys tu. Rupanya aku dok syok kat boyfriend Cik Irish. Aduh! Malu, malu!”

            “Samalah! Tapi I tak kisah pun. I rela lepaskan Tengku Harrys kat you, Cik Irish!”

            “Awak semua tak marah saya?”

            “Eh, buat apa nak marah? Cik Irish buat macam tu bersebab, kan? Kalau saya pun mesti akan buat yang sama. Kalau tak, hermm... alamat histerialah satu Haiyan!” gurauan Natasya mengundang tawa mereka. “Tapi saya salutelah. Saya secretary Tengku Harrys pun tak dapat nak hidu!”

“Maaf semua. Saya betul-betul tak ada niat nak sembunyikan hal ni.”

            “Tak ada hal pun, Cik Irish! Kita orang okey aje. Err... Cik Irish tak nak jemput kita orang ke majlis tu nanti ke?” tanya Insyirah.

            “Sebab tu saya nak berterus-terang hari ni. Jemputlah semua ke rumah saya Sabtu ni. Cuma buat majlis biasa aje.”

“Biasa-biasa pun I confirm majlis Cik Irish akan meletup nanti, mey!”

“Tak kisahlah macam mana pun majlis tunang Cik Irish dengan bos saya nanti. Yang penting... saya nak peluk Cik Irish. Sebab saya dah cakap kalau jumpa gadis bertuah tu, saya nak peluk dia kuat-kuat dan ucap tahniah sebab dah kalahkan minah saleh celup tu! Dan... tahniah menjadi satu-satunya gadis yang berjaya cairkan hati bos saya yang beku tu!”

Natasya bangkit meluru ke arah Irish. Tubuh itu dipeluk erat dari belakang. Seiringan, yang lain menyusul tanpa pedulikan mata-mata keliling yang menyaksi ‘drama percuma’ ketujuh-tujuh sahabat tersebut.



PENUH teliti tangan itu mengemaskini gubahan hantaran di ruang utama vila. Baru petang tadi diambil di butik pengantin D’Sara bersama anak bongsunya. Belah Irish pula akan dihantar pada hari pelamin pertunangan dipasang di rumah gadis berkenaan.

            Krekkk.

            Pintu utama terkuak. Sesusuk kelibat muncul di balik daun pintu.

“Baru balik, Rys?”

“Hmm.” Lelaki itu melabuh duduk atas hamparan permaidani baldu... menghadap mama, adik serta kakak iparnya. “Papa dengan abang belum balik?”

“Belum lagi. Biasalah kalau dah event makan malam, memang lambatlah baliknya. Kamu pun lewat balik hari ni? Banyak kerja ke?”

            “Harrys baru balik dari Melaka.”

            “Melaka? Buat apa ke sana?”

            “Papa minta Harrys jenguk site kat sana.”

“Pergi seorang?”

            “Tak adalah. Berdua.”

            “Dengan siapa?”

            Tengku Harrys mendiam. Tak tahu bagaimana reaksi wanita di depan bila tahu dengan siapa dia pergi. Bening redupnya terus leka menatap kaca TV.

            “Eh, senyap pula dia! Dengan siapa Harrys pergi?”

            Tengku Harrys melirik mamanya sekilas. “Irish.”

            Gerak laku Tengku Dafina terhenti. Bukan dia saja, perhatian Tengku Hazreen dan Helena turut teralih.

            “Amboi! Dating berdua nampak!” Tengku Hazreen mula menyakat.

            “Abang pergi sebab kerjalah.”

            “Sambil menyelam minum airlah tu. Kan, Kak El?”

            Tengku Harrys capai bantal kecil atas sofa. Dibaling tanpa sempat adiknya mengelak.

            “Aduh! Sakitlah, bang!”

“Lain kali buat lagi.”


Tengku Hazreen ketap bibir. Biasa dia dapat mengelak bila Tengku Hazleen atau Tengku Hafiy bergurau begitu. Tapi malam ini nasibnya tak baik dengan Tengku Harrys.

            “Sudahlah tu! Kamu ni, Reen... tak ada Abang Hafiy, dengan Abang Harrys pula kamu nak menyakat.”

            “Abang Rys nilah, ma. Tiba-tiba nak sentap!”

            “Buat kerja tu. Baik buat kerja tu sekarang,”

Hazreen hanya menurut sebelum bantal lain pula bakal melayang ke mukanya.

            “Harrys dengan Irish macam mana sekarang?”

            “Macam mana apa maksud mama?”

            “Yalah... hubungan Harrys dengan dia?”

            “Alhamdulillah. Baik.”

            “Betul cakap mama dulu, kan? Sanggup ke tak Harrys tolak calon pilihan mama tu.”

            Tengku Harrys tatap raut wanitaseparu humur itu. ‘Kalau Irish bukan calon pilihan mama atau tak bekerja kat Haiyan sekalipun... Harrys tetap akan cari dia. Biarpun hanya bayangnya yang terpaksa Harrys kejar.’

“Jaga Irish baik-baik, Rys. Jangan sesekali lukakan hatinya.”

Ayat itu meluncur keluar dari mulut Tengku Dafina tanpa terduga. Tangan anak bujangnya diraih dan digenggam erat.

            “Insya-ALLAH. Kalau tak ada apa-apa, Rys naik dulu. Badan dah melekit. Nak mandi.”

            Tengku Dafina menghantar anaknya hingga ke atas dengan sebuah pandangan.

            “Ha! Mama tenung apa?” sergah Tengku Hazreen.

            “Isk, budak ni! Tak ada apa-apalah!”

            “Mama tak perasan ke yang Abang Harrys dah berubah sekarang?”

            “Berubah? Apa yang berubah?”

            “Dulu nak tengok dia senyum punyalah susah. Tapi sekarang boleh aje nampak senyuman kat bibir dia tu. Tu satu... ada lagi satu.”

            “Apa yang lagi satu?”

            “Sekarang Abang Harrys dah pandai bergurau nampak!” Tengku Hazreen menayang bantal yang dilempar abangnya tadi.

Tengku Dafina merenung anak gadisnya. Ya... dia juga perasan sama. Adakah perubahan itu disebabkan Irish?

Perasaan wanita itu terasa berbunga-bunga. Bahkan sejak Tengku Harrys maklumkan kepergian ke Melaka hari ini bersama gadis tersebut, hatinya melonjak gembira tak terkata!

 

DIREBAHKAN badannya ke tilam empuk. Menghilang penat setelah memandu jauh. Mujur perjalanan pulang tadi dia dan Irish sempat singgah di masjid, tunai solat maghrib dan isyak.

Irish.

Menyebut nama itu buat nalurinya berkocak. Tak tahu bagaimana cara untuk menyelami hati insan berkenaan. Setiap kali dia ingin mendekati, bagai ada tembok penghalang. Terlalu sukar.

“Ada benda menarik ke kat luar tu?”

Irish menoleh. Gerangan di sebelah masih tenang dengan pemanduannya.

“Apa yang ada kat luar?” sekali lagi Tengku Harrys bertanya. Dari bertolak pergi siang tadi hingga ke waktu pulang saat ini, hanya pandangan luar menjadi tumpuan.

            “Tak ada apa-apa.”

            “Dah tu, dari siang tadi asyik pandang ke sana?”

            Irish tundukkan wajah.

            “Saya tak cukup handsome lagi ke untuk awak pandang?”

            Sekali lagi gadis itu menoleh ke sebelah. Kaget.

            “Jangan tenung lama-lama. Nanti jatuh cinta pula.”

            Arh! Lekas-lekas pandangan dilarikan semula.

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging. Volume radio diperlahankan, cuba mencari ruang untuk berbual. Berharap dapat mengenali lebih dekat insan yang sudah boleh digelar sebagai bakal tunangnya.

            “Fikir apa? Dari siang tadi asyik termenung.”

        Lembut suara itu menusuk halwa Irish. Entahlah. Terlalu banyak bermain di fikiran. Lagi-lagi tentang majlis pertunangan. Semakin dekat harinya, semakin berdebar dirasakan.

Yang pasti... dia rasa bimbang. Seakan ada badai bakal mendatang.

            “Fikir fasal majlis?” Tengku Harrys masih tak putus asa untuk berbual.

            “Sikit.”

            “Takut?”

            “Mungkin.”

            “Apa yang awak takutkan?”

        ‘Aku sendiri tak tahu apa yang aku takutkan. Macam mana aku nak beritahu orang?’

“Susah sangat ke awak nak buka mulut untuk saya, Irish? Ini baru nak bertunang. Kalau kahwin nanti, macam mana?” luah lelaki itu akhirnya. 


         Irish kian dipagut resah. Perkataan ‘kahwin’ yang disebut terasa menyesakkan dada. Tersandar dia sudahnya. Dirapatkan pelupuk mata. Buang jauh segala prasangka.

Seminit, beningnya kembali dibuka. “Tengku tak menyesal ke?”

            “Menyesal? Sebab apa?”

            “Keluarga Tengku pilih saya.”

For what reason do I have to feel it so?”

“Banyak.”

So... tell me all those reasons.”

Irish ketap gigi. Kalau dijelaskan, adakah lelaki di sebelah akan mengerti? Adakah penerimaannya akan kekal seperti sekarang ini?

“Atau awak sebenarnya yang menyesal? Menyesal kena bertunang dengan saya?”

“Tengku belum kenal saya.”

“Awak yang tak pernah bagi ruang tu.”

“Kita pun tak pernah bercinta.”

“Itu semua belum cukup untuk dijadikan alasan. Seumur hidup, saya tak pernah bercinta. Tapi saya cuba bagi peluang pada diri untuk terima semua ni. Terima awak.”

“Dan... sampai sekarang masih belum berhasil, kan?”

Irish pandang Tengku Harrys. Lelaki itu terdiam. Tepat seperti jangkaan. Kali ini bibirnya pula menguntum senyuman. Pandangan dihalakan kembali ke luar.

Tengku Harrys lagakan rahang. Bergerak-gerak tulang pipinya menahan geram. Terpukul dengan kata-kata yang dilemparkan.

“Yakin ke awak takkan jatuh cinta dengan saya?”

“Saya takut Tengku yang takkan boleh jatuh cinta dengan saya.”

Tengku Harrys tergelak sinis. “Alright. We’ll see!”

Ding!

Lamunan lelaki itu terhenti. Telefon di sisi katil dicapai. Satu pesanan mesej terlihat di kaca skrin.

Assalamualaikum. Saya minta maaf fasal tadi.       

 

Melihat saja nama pengirimnya, bibir Tengku Harrys tersenyum kecil. Pantas jemarinya membalas.

Waalaikumussalam. There is nothing to forgive. Good night. Sleep tight.

 

Tengku Harrys letak telefon kembali. Dia tak marah gadis itu. Cuma sikapnya kadangkala menguji. Dia yakin ada sesuatu yang menghalang dari benarkan dirinya didekati.

“Aku tahu kau bukan macam tu. Tapi kau paksa diri untuk keraskan hati. Tak apa... kita tengok sejauh mana kerasnya hati kau, Irish.”

Gitar kesayangan pada stand meraih perhatian. Diambil lalu dimainkan. Melodi lagu yang sering menjadi siulan di bibir mula mengisi suasana malam.


‘Kalau kau tahu bayangan siapa yang datang mengganggu hari-hari aku selama ini, kau juga pasti akan terdiam.’