Friday, July 3, 2015

BAB 44 : BAYANGAN GURAUAN






“C
IK Irish!” panggil Insyirah sebaik dia memasuki bilik ketuanya. Irish yang ketika itu sedang mencari fail yang bersusun di atas rak, pantas menoleh. Kelihatan pembantunya itu sedang berdiri di muka pintu bersama berapa fail bertimbun di tangan. Tercungap-cungap gadis itu membawa fail-fail yang datang entah dari mana.

“Eh, Insyirah! Kenapa ni? Awak dari mana sampai bawa fail sebeban macam ni?” Irish menyoal. Segera dia mendapatkan gadis itu. Diambilnya separuh dari fail tersebut lalu diletakkan di atas mejanya. Insyirah turut berbuat yang sama.

“Huh! Rasa macam nak patah tangan ni!”

“Awak dari mana sebenarnya, In? Mana awak dapat semua fail-fail ni?”

“Dari bilik Encik Naufal. Dia yang suruh saya serah semua fail ni kat Cik Irish.”

“Hmm? Serah kat saya? Fail apa sampai banyak macam ni?” Irish pantas membuka fail-fail di atas meja dan diselak satu demi satu untuk melihat isi kandungannya.

“Entahlah, Cik Irish. Saya pun tak tahu. Tapi sebenarnya arahan ni bukan direct dari Encik Naufal.”

Irish memandang Insyirah. Matanya dikecilkan. “Habis tu dari siapa?”

“Tengku Harrys.”

Kali ini kening Irish pula berkerut. “Kenapa, ya?”

Insyirah hanya menjugkitkan bahu sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Saya cuma tolong bawakan ke sini je, Cik Irish.”

Irish kembali menyelak fail-fail tersebut bersama Insyirah. Ingin mencari tahu dokumen-dokumen yang terkandung di dalamnya. Sedang mereka membelek-belek, kedengaran satu suara memberi salam.

“Saya menganggu ke?” sapa Tengku Harrys yang sudah tegak berdiri di bilik itu.

 “Eh! Tak adalah, Tengku.” Insyirah membalas.

            “Saya tengok pintu tak tutup. Jadi saya terus masuk. Sorry.”

           “Tak apa, Tengku. Saya yang masuk tadi bawakan fail-fail yang Tengku suruh hantar pada Cik Irish ni.”

            “Hmm. Thanks, Insyirah.”

            “Sama-sama. Err... Cik Irish. Saya keluar dululah, ya. Kalau ada apa-apa call me, okay!”

          Irish hanya tersenyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Walau hatinya menjerit tidak mahu Insyirah keluar meninggalkannya dengan Tengku Harrys berdua di sini. Sejak insiden yang berlaku sewaktu keluar membeli-belah untuk persiapan tunang tempoh hari, mereka lansung tidak berjumpa atau bertembung di pejabat mahupun di luar. Sama ada secara kebetulan atau masing-masing cuba mengelak untuk bertemu.

            “Dah tengok fail-fail tu?” Tengku Harrys bertanya sebaik sahaja Insyirah keluar.

            “Baru sikit.”

         “Itu report projek kodominium  di Melaka. Saya nak awak review and update a few in financial part. Saya dan Encik Naufal dah make notes kat situ,” jelas Tengku Harrys. Irish mendengar arahan itu sambil menyelak bahagian laporan yang dimaksudkan. “Completed it and tomorrow afternoon you will follow me to the project site there.”   

            Irish menoleh ke arah lelaki itu. “Esok?”

            “Yes.”

            Irish terdiam sejenak. ‘Esok nak pergi hari ini baru bagitahu?’

            “Ada apa-apa masalah ke?”

            “Tak, tak. Tak ada apa-apa,” dalih gadis itu. Kemudian dia tertunduk semula melihat-lihat lagi fail di hadapan. Namun riak kerisauan tidak dapat disembunyikan. Menyedari akan hal itu, Tengku Harrys datang menghampiri.

            “Anything wrong, Irish?”

         Irish berpaling. Entah bila Tengku Harrys sudah berada di belakangnya. Matanya cuba mencuri-curi pandang ke arah pintu. Risau sekiranya ada sesiapa yang masuk ke biliknya dengan tiba-tiba. Irish berkalih tempat. “Saya okay. Tak ada apa-apa. Err... pukul berapa nak bertolak esok?” Irish cuba menutup rasa gugup. Lebih-lebih lagi bila renungan tajam Tengku Harrys sudah melekat di mukanya. ‘Ya Allah, tolonglah dia jangan buat hal lagi.’ Irish berdoa di dalam hati. Tidak mahu kejadian di butik itu berulang semula.

            “Around 2.00pm.” Akhirnya lelaki itu membuka mulut.

            “Balik hari, kan?”

            “Kalau saya cakap we need to stay there. Tak salah, kan? Nobody knows.”

           Membulat mata Irish mendengarkan jawapan lelaki itu. Spontan mulutnya ingin berkata sesuatu, namun suaranya bagaikan tersekat. Sudahnya dia hanya mengetap bibir. Dan reaksinya itu mengundang kelucuan di mata Tengku Harrys hingga terpamer senyuman nipis di hujung bibir lelaki itu. 

            “No worry. It only takes a day. So, you just get ready tomorrow. And don’t forget to bring along all these files.”

         Tengku Harrys kemudian berpaling dan bergerak untuk keluar. Sebelum menutup pintu, sempat dia menghadiahkan sebuah senyuman sambil mengenyitkan matanya pada Irish. “See you tomorrow.”

         Irish terus kelu tanpa sepatah kata!

            

HEMBUSAN dingin angin malam menemani Irish yang duduk bersendirian di beranda rumah. Puan Qarina di dalam sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangannya yang hanya tinggal dua hari sahaja lagi sambil dibantu Irma. Sebentar tadi dia turut menolong mereka sebelum meminta diri untuk keluar menelefon Athirah di beranda ini. Sesudah menelefon, dia lansung duduk mengambil angin buat seketika.

          Gadis itu termenung di atas kerusi. Sekejap-sekejap dia berpeluk tubuh. Selepas itu, menongkat dagu di atas meja. Sebentar kemudian dia meraup wajahnya. Terasa berat apa yang ada di fikirannya saat ini. Sejak insiden berjumpa dengan Reza tempoh hari, dia banyak termenung. Entah mengapa ketakutan mula menghantui diri di saat dia ingin membina kehidupan yang baru. Perasaannya juga tidak tenang setiap kali mengenangkan wajah dan senyuman sinis lelaki itu.

 Reza! Mengapa tiba-tiba lelaki itu muncul semula? Selepas semuanya sudah dilempar jauh. Setelah segalanya sudah mati dari diari hidupnya. Dan apa tujuan lelaki itu datang kembali? Puas Irish memikirkan semua itu. Namun satu jawapan pun tidak ditemui. Penat berfikir, dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan sahaja. Tetapi semakin dia cuba untuk lupa, semakin kuat pula kata-kata Reza terngiang-ngiang di telinganya.

Irish seakan buntu. Namun untuk memberitahu sesiapa tentang kemunculan semula lelaki itu, tidak sama sekali. Lebih-lebih lagi pada keluarganya. Tidak mungkin dia ingin membunuh senyuman yang mula mekar di setiap bibir ahli keluarganya sekarang ini. Cukuplah kesedihan yang mereka telah lalui dulu. Dia tidak ingin melihat ada airmata yang gugur lagi. Walaupun terpaksa berkorban, biarlah kiranya itu mampu membahagiakan semua orang. Dan demi menyedapkan hati sendiri, dia menganggap kemunculan Reza mungkin hanya satu kebetulan. Tidak lebih dari itu.

Sedang Irish leka melayani perasaan, seseorang datang mendekatinya dari belakang. Pantas bahu gadis itu disentuh.

“Astaghfirullahalazim!” Irish mengurut dadanya. Sekilas dia menoleh. “Along! Kenapa terkejutkan orang macam tu?!”

Izzul sudah tergelak-gelak. “Yang Irish ni, kenapa duduk dalam gelap sorang-sorang? Bukalah lampu ke apa. Ingat along tak terkejut ke tengok Irish duduk dalam gelap macam ni? Sebelum orang terkejutkan Irish, Irish dah terkejutkan orang lain dulu tau!”

“Hmm? Ya ke?”

Yes!” akui Izzul seraya mengambil tempat di kerusi bersebelahan Irish.

“Along bila sampai? Tak dengar bunyi kereta masuk pun.”

“Macam mana nak dengar. Kalau dah asyik mengelamun je. Kereta along masuk baru ni pun tak perasan.”

“Ishh! Ya ke?”

“Iyalah!”

Kali ini Izzul menggosok kepala adiknya pula. Salah satu cara dia bergurau dengan adik-adiknya sejak kecil. Ternyata dia cukup senang dengan perlakuan itu. Terasa lebih dekat hubungan mereka.

“Ada apa along balik ni? Kak Long dengan budak-budak semua ada jugak ke?”

“Ada sekali tu. Kat dalam sibuk menolong neneknya. Kak Longlah yang beria-ia ajak balik. Nak menjenguk katanya. Kalau balik lusa dah tak banyak nak tolong.”

“Susahkan along satu family je.”

“Susah apanya? Tak payahlah cakap macam tu. Adik-adik along tak pernah susahkan pun. Itu tanggungjawab along,” bidas Izzul. Dia kemudian memandang wajah Irish yang kelihatan sedikit cengkung. Tdak pasti apa sebabnya. Adakah disebabkan tekanan kerja? Ataupun kerana majlis pertunangannya yang menjadi buah fikiran gadis itu? 

“Terima kasih, long.” Lambat-lambat Irish menjawab bersama suara yang bergetar.

Dalam kesamaran, Izzul terus mengamati wajah di hadapannya. Dia tahu getaran suara itu kerana adiknya menahan tangis. Entahlah. Sukar untuk ditebak perasaan gadis seorang ini. Gembirakah dia dengan semua yang telah dirancangkan? Atau terpaksakah dia demi menggembirakan semua hati orang yang dia sayang? Izzul membetulkan duduknya. Serasa dia ingin berborak dengan Irish. Sudah lama rasanya dia tidak berbual dengan adik perempuan bongsunya ini. Jauh di sudut hati, dia ingin sekali menyelami hati gadis yang penuh kisah pedih dalam hidupnya selama ini.

            “Apa perasaan Irish sekarang?”

            Irish mendongak. “Perasaan apa?”

            “Yelah. Macam mana rasanya nak bertunang ni?”

“Soalan apa yang along tanya ni? Mestilah gembira.”

            “Ya ke? Tapi yang along nampak sebaliknya.”

         Spontan Irish memandang Izzul. Kemudian dia tertawa kecil. “Along ni merepeklah. Mana ada. Perasaan along je kut!”

            “Dengan orang lain bolehlah Irish tipu. Tapi dengan along, Irish takkan boleh.”

Kata-kata Izzul membuatkan Irish terdiam. Sangkanya dalam gelap begini alongnya takkan dapat perasan apa yang sedang berlaku pada dirinya. Namun telahannya silap.

            “Irish tak gembira kan dengan semua ni?”

            “Irish tak ada pilihan.”

            “Ada. Irish boleh tolak pinangan Mak Engku tu dulu.”

            “Irish tak sampai hati.”

       “Then now, sampai ke hati Irish untuk teruskan semua ni?” nada suara Izzul sudah sedikit berubah. Namun cuba dikawal agar tidak didengar keluarganya di dalam. Juga tidak mahu menyinggung perasaan adiknya. Seminit berlalu, namun Irish hanya terusan menyepi.

            “Masih belum terlambat untuk Irish berundur...,”

       “Dan biarkan hati semua orang terluka? Biarkan semua orang menangis? Hanya sebabkan kepentingan sendiri, Irish kena gadaikan kegembiraan orang lain? Macam tu ke, long?” soal Irish bertubi-tubi sebelum sempat Izzul menghabiskan kata-katanya. Setitik airmata sudah mula jatuh ke pipi.

            “Bukan tu maksud along.”

         “Habis tu macam mana? Ke along nak tengok airmata keluarga ni menitis lagi disebabkan Irish? Atau along sanggup ke tengok airmata orang yang dah banyak berjasa pada kita selama ni mengalir keluar?” Irish bagai tidak dapat menahan lagi perasaannya. Biarlah. Biar alongnya itu tahu kesakitan yang terbuku di dadanya sejak sekian lama. Kalau boleh dibelah dada ini, mungkin jelas terlihat luka-luka yang sudah berulat dan bernanah kesemuanya.

“Bagitahulah Irish, long. Macam mana lagi patut Irish buat tanpa lukakan hati orang lain? Kalaulah betul along ada jalan untuk Irish keluar dari semua ni, Irish takkan fikir dua tiga kali untuk buat. Dan kalau hanya mati sebagai jalan penyelesaiannya, Irish redha Tuhan cabut nyawa Irish sekarang.”

“Irish! Apa Irish cakap ni?!” bentak Izzul yang jelas terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan mulut kecil itu. Serentak tubuh adiknya ditarik ke dalam pelukan. Semakin pejat tangisan Irish di dadanya. “Please, Irish. Don’t say that!”         
    
“Irish dah tak tahan, long. Sakit. Sakit sangat!” ucap gadis itu sambil menumbuk-numbuk dadanya. Dan perbuatannya itu membuatkan hati Izzul semakin dihambat pilu. Pelukannya kian dieratkan.

            “Along tahu, Rish. Along tahu!”

            “Kenapa manusia kejam sangat, long.”

            “Mereka yang pilih untuk jadi macam tu.”

            “Sampai bila?”

            “Sampai mereka sedar. Itupun kalau hati mereka terbuka untuk sedar. Tapi kalau hati mereka dah penuh dengan titik hitam, kita serah je pada Allah. Sabar, Rish!”

            “Irish dah tak kuat lagi.”

“Siapa cakap? Kalau Irish tak kuat, Irish takkan dapat bangkit balik macam sekarang!” Izzul terus memujuk adiknya. Diusap kepala gadis itu agar sedikit tenang. “Sebab Irish kuatlah, Dia bagi ujian ni untuk Irish. Dia lebih tahu sejauh mana kemampuan Irish. Jalan hidup manusia takkan sama. Ada yang mudah. Ada yang penuh dengan liku-liku. Tapi tujuannya cuma satu. Untuk mencari kegembiraan dan kebahagian. Kita tak boleh cakap jalan hidup orang tu mudah dan senang, jadi kita nak yang macam tu. Mungkin kekuatan diri dia hanya setakat itu. Itu bahagian dia. Tapi Irish lain. Sebab Irish kuat, ini bahagian untuk Irish. Ingat, Allah takkan uji hambanya lebih dari kemampuan yang dia ada. Kalau along ada kat tempat Irish pun, along tak rasa along mampu jadi kuat macam Irish. Silap haribulan along boleh malu tau sebab kalah dengan adik along yang perempuan ni!”

Spontan terdengar tawa kecil menerpa telinganya. Izzul pasti Irish sudah kembali reda. Lantas dia mengeratkan pelukan. Dalam sendunya, terselit sedikit senyum di bibir. Siapa sangka. Dalam seumur hidup, inilah pertama kali Irish ingin berkongsi perasaannya dengan seseorang. Dan dia bertuah kerana menjadi orang itu malam ini, walau mungkin tidak seluruhnya.

“Biarlah, Rish. Biarkan jika ada orang yang akan mengeji kita, mencaci kita, menghina kita sekarang dan juga nanti. Tanpa mereka tahu sebab yang sebenarnya. Tapi takkan sekali-kali kita akan mati dek kejian tu. Mulut manusia memang tak boleh ditutup. Sebab tu mereka bebas bercakap apa saja. Hingga kadang sanggup mengambil tugas Allah untuk menghukum kesalahan orang lain. Walaupun diri sendiri ada kesalahan masing-masing. Mungkin mereka lupa Allah tu lebih berkuasa. Tapi tak semua manusia macam tu. Masih ada lagi yang mampu berfikir dengan baik dan matang kat luar sana. Sama ada kita dah jumpa, akan jumpa, atau takkan jumpa lansung. Allah lebih tahu segalanya-galanya, Rish. Dia tak pernah minta kita fikirkan jalan keluar untuk segala masalah sehingga penat. Yang Dia minta pada hambaNya hanyalah bersabar dan sentiasa bersolat memohon doa. Insyaallah, ganjaranNya pasti akan datang jua nanti. Keep my words.”

            Irish mengeratkan pelukannya pada Izzul, seolah-olah meminta perlindungan dari lelaki itu. Juga sedikit kekuatan untuk dirinya.

         “Just forget about the past, Irish. Keep walking to find your own happiness. Insyaallah, someone is waiting you with it in front there!” bisik Izzul bersama maksud yang begitu mendalam buat Irish.  


Wednesday, June 3, 2015

BAB 43 : BAYANGAN GURAUAN


        Assalamualaikum….. Readers, as your wish.. I continue the teaser of Bayangan Gurauan for 2 or 3 more since ramai yang request untuk saya sambung.. Harap anda berpuas hati.. Enjoy your reading, guys!






B

UNYI deruman enjin Nissan Fairlady berwarna hitam kedengaran memasuki kawasan banglo mewah milik Tengku Arham. Beberapa minit berlalu, kelihatan seorang gadis keluar dari perut kereta itu dan menapak masuk ke dalam banglo. Niat di hati ingin terus naik ke bilik. Namun hasratnya dibatalkan sebaik terpandangkan ibu bapanya yang sedang menjamah sarapan pagi di meja makan.

            “Ha, baru balik?”

            Belum pun sempat dia melabuhkan duduk, soalan Tengku Arham lebih dahulu menyapanya. “Hmm.”

            “Lissa ke mana malam tadi?” tanya Tengku Kamelia. Tangannya mencapai teko berisi kopi panas lalu dituangkan ke dalam cawan untuk diberikan pada suaminya.

            “Jumpa kawan.” 

“Sampai rumah pun tak ingat nak balik?”

            Tengku Melissa yang baru sahaja duduk, sedikit tersentap dengan kata-kata itu.
         “Mummy, Lissa ni kan masih muda. Orang muda biasalah. Malam minggu keluar jumpa kawan. Lepak-lepak, borak-borak. Bila dah jumpa kawan mana nak sedar jam dah pukul berapa. So, Lissa tidurlah rumah member.”

           “Itu mummy tahu. Tapi sekurang-kurangnya telefonlah. Mummy risau tahu tak? Dahlah telefon pun tidak. Bila mummy telefon, lansung tak dijawab. Dah tak ingat ada rumah agaknya!” tingkah Tengku Kamelia sedikit geram.

            “Alaa, mummy. Abang tu lagi lansung tak balik berapa hari. Mummy tak kisah pun!”

“Abang tu lelaki. Awak tu perempuan. Sedarlah sikit!”

Tengku Melissa seakan hilang sabar. Sudahlah marahnya malam tadi belum habis. Ingatkan balik ke rumah dapatlah dia tenangkan fikiran. Tetapi ini juga yang dia dapat.

Mummy ni jangan membebel boleh tak? Peninglah Lissa macam ni!”

“Ha, itulah dia! Bila ditegur sikit melenting. Tak tahulah apa nak jadi dengan kamu ni, Lissa. Sama je dengan abang kamu tu!”

“Sudah, Lia. Kita depan rezeki ni. Tak baik gaduh-gaduh. Sarapan dulu. Kang lepas ni awak nak bergaduh ke, bertumbuk ke, buat apa pun dengan Lissa, hah buatlah. Tak ada siapa pun yang halang.” 

“Ishh, abang ni. Ke situ pulak dia!” tingkah Tengku Kamelia lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.

Tiga beranak itu mula menikmati nasi lemak kukus yang disediakan oleh pembantu mereka. Agak berselera Tengku Arham dan isterinya menjamah. Namun tidak pada Tengku Melissa. Gadis itu kelihatan hanya menguis makanannya di dalam pinggan sambil termenung.

“Yang kamu dok terkuis-kuis nasi tu apahal, Lissa? Kenapa tak makan?”

Kata-kata itu membuatkan lamunan Tengku Melissa terhenti. Spontan dia menoleh, membalas pandangan kedua orang tuanya sebelum kepalanya digeleng perlahan. Kemudian gadis itu tertunduk kembali. Tengku Kamelia berkalih pandang pada suaminya, seakan bertanya. Namun Tengku Arham hanya menjungkit bahu. Sudahnya, dibiarkan sahaja Tengku Melissa dengan dunianya lalu mereka kembali menjamah makanan masing-masing.

Pap!

Satu tepukan yang agak kuat di atas meja menyentakkan kedua suami isteri itu. Hampir tersembur segala apa yang ada di dalam mulut. Habis beranjak kesemua barang-barang serta makanan di atas meja makan tersebut.

“Eeeee! Sakitnya hati aku!!!” Tengku Melissa menjerit sekuat hatinya, melepaskan kemarahan yang tebuku di dada.

“Astaghfirullahalazim! Dah kenapa dengan kamu ni, Lissa?!” selar Tengku Kamelia sambil mengurut dada. Tengku Arham di sebelah juga sedikit kalut membetulkan kembali barang-barang yang bergolek di atas meja. Namun gadis itu tidak menjawab. Sebaliknya hanya merenung dinding batu di hadapan. Bahunya kelihatan turun naik dengan laju menahan marah.

“Ishhh!!” gadis itu menepuk meja sekali lagi sebelum bangun dari kerusinya. Kemudian dia berjalan mundar-mandir di ruang makan itu sambil menyeka rambut beberapa kali. Perlakuannya itu membuatkan kedua orang tuanya semakin hairan.

“Kamu kenapa, Lissa?! Tiba-tiba nak mengamuk tak tentu pasal ni!” sekali lagi Tengku Kamelia bertanya. Suaranya sudah sedikit meninggi.  

“Ya, Lissa. Kenapa ni? Cuba bawa bertenang.” soal Tengku Arham pula. Lembut sahaja kedengaran suaranya.

“Nak bertenang macam mana, daddy! Sakit hati Lissa ni tau!”

“Yelah. Kalau sakit hati sekalipun tak payahlah sampai nak mengamuk macam ni. Kan depan rezeki ni. Tak baik.”

“Dengar cakap daddy tu? Balik rumah nak marah-marah tak tentu pasal. Kenapa ni? Cuba cerita kat mummy dengan daddy. Apa yang buat kamu marah sangat ni?”

“Si Harrys tulah, mummy!”

“Kenapa dengan Harrys?”

“Kenapa dia buat Lissa macam ni?”

Tengku Kamelia mengerutkan dahi. “Apa yang Harrys dah buat pada kamu?”

He’s going to enggage!”

Tengku Kamelia memandang wajah suaminya. Serentak itu ketawa mereka berdua pecah di ruang makan tersebut. Rupa-rupanya perkara itu yang membuatkan anak mereka mengamuk sampai begini sekali.

Mummy! Daddy! Kenapa ketawa-ketawa pulak ni? Lissa tengah bengang tahu tak?!” bentak Tengku Melissa geram sambil bercekak pinggang. Dia yang asyik mundar-mandir sedari tadi terus terhenti langkahnya bila melihatkan kedua orang tuanya bergelak sakan. Serta-merta rasa sakit hati sewaktu melepak bersama teman-temannya di kelab malam tadi kembali menyerang. Hatinya begitu sakit. Sakit bila mendengar mereka sibuk bercerita tentang berita pertunangan Tengku Harrys bersama seorang gadis. Khabarnya majlis pertunangan itu akan diadakan awal bulan hadapan. Namun yang menjadi topik utama perbualan mereka adalah siapa gadis bertuah yang telah berjaya merebut hati jejaka kacak itu. Mereka menyangka selama ini dialah yang bersama Tengku Harrys. Rupa-rupanya bukan. Tidak tahu hendak sorok di mana mukanya saat itu. Terasa seolah-olah semua teman-temannya mengejek serta mentertawakannya.  

“Ini yang buat Lissa marah sangat rupanya? Hmm... patutlah sampai ketuk-ketuk meja bagai. Nasib baik tak diterbalikkannya meja ni, bang!” seloroh Tengku Kamelia, membuatkan Tengku Arham menyambung kembali tawanya.

“Kenapa Harrys buat Lissa macam ni?! Kenapa dia pilih orang lain? Apa kurangnya Lissa?!”

“Tak ada apa yang kurang pada Lissa. Daddy memang suka kalau Lissa kahwin dengan Harrys. Tapi ini semua jodoh. Mungkin jodoh Lissa bukan dengan Harrys.”.

“Betul cakap daddy tu, Lissa. Lagipun dari kecik Harrys tu anggap Lissa macam adik dia sendiri. Nak tak nak Lissa kena terima semua tu, sayang. Mungkin perempuan pilihan keluarga Pak Lang tu jodoh yang baik untuk dia.”

Berdesing telinga Tengku Melissa mendengarkan kata-kata itu. Hatinya semakin berang bila perkataan ‘perempuan pilihan’ disebut oleh mummynya.

Mummy dengan daddy tahu siapa ‘perempuan pilihan’ keluarga Pak Lang tu?” soalnya. Sengaja dia menekan ayat tersebut dengan nada sedikit sinis.

“Entah. Kami pun tak tahu siapa, Lissa.”

Are you sure? Takkanlah mummy tak tahu kut!”

“Betul. Takkanlah mummy nak bohong. Tak ada pulak alang bagitahu ya, bang?”

Tengku Arham hanya membalas dengan sebuah anggukkan. “Kalau dah calon pilihan keluarga, mestilah perempuan tu ada istimewanya. Sampai Harrys sendiri pun tak menolak. Kan ke budak Harrys tu dari dulu memang payah dengan perempuan. Tapi bila orang tuanya yang carikan calon, senang pulak dia terima.”

“Orang cakap pilihan orang tua ni selalunya lebih afdal. Teringat zaman kita muda-muda dulu ya, bang. Tak ada chance nak bercinta lansung. Habis je belajar tub-tub mak bapak dah jodohkan. Tapi Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.” Tengku Kamelia berbicara sambil mengerling pada suaminya.

“Huh! Dah mula cerita pasal zaman muda diorang pulak!” keluh Tengku Melissa. 

“Apa dia, Lissa?”

“Tak ada apa-apalah, mummy. Lissa nak naik dulu.”

Segera dicapai beg tangannya yang diletakkan di atas meja makan. Daripada berada di sini hatinya lebih sakit, lebih baik dia naik ke bilik dan tidur. Sekurang-kurangnya dapat melupakan segala masalah yang membelenggu diri waktu ini walaupun untuk seketika.

“Eh, ni makan tak habis lagi ni?”

“Tak apalah, mummy. Lissa dah kenyang!”

Tengku Melissa lansung meninggalkan kedua orang tuanya di meja makan tersebut.

“Hmm... budak bertuah ni! Tu baru dia. Belum lagi yang bujang seorang tu!” rungut Tengku Kamelia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Nasib awaklah dapat anak macam tu, Lia.”

“Oh, saya sorang jelah? Abang tak?”

“Samalah tu.”

“Kalau saya tahu nak jadi macam ni, kecik-kecik dulu saya dah hantar budak berdua tu ke sekolah pondok. Sejuk sikit perut saya ni, bang. Sekarang dah jadi macam ni, hah, macam mana?”

“Macam mana apa? Tengok jelah jawapnya, Lia. Dahlah. Saya ada janji dengan Dato’ Bazli nak pegi main golf ni. Lambat pulak nanti. Kang tak cukup dengan awak berleter kat sini, kat sana pun saya kena ceramah jugak!” bicara Tengku Arham. Seraya itu dia bangun dan berlalu dari ruang makan itu. Tengku Kamelia hanya menuruti langkah suaminya dan menghantar lelaki itu sehingga ke muka pintu banglo.


MUZIK rancak yang bergema di kelab itu begitu membingitkan telinga. Ditambah dengan puluhan manusia yang bersesak-sesak di dalam gelap. Hanya cahaya lampu spotlight yang terlihat menerangi, menjadikan penglihatan sekadar samar-samar sahaja. Namun ia tidak menjadi masalah bagi anak-anak muda yang sudah biasa berkunjung ke tempat sebegitu. Malah tempat itu bagaikan syurga dunia pada mereka.

            Dari jauh kelihatan Tengku Melissa duduk keseorangan di salah sebuah meja yang ada di situ. Rakan-rakannya yang lain sudah lama menghilang ke lantai tarian. Dia tidak kisah. Yang dia kisah hanyalah ‘minuman’ yang berada di hadapannya sekarang ini. Cukup untuk membantu dia melupakan segala masalah yang terbeban di kepala. Entah sudah berapa gelas minuman itu diteguknya. Kepalanya juga sudah semakin berat. Akhirnya gadis itu menyandarkan tubuh di kerusi sebelum memejamkan matanya.

            “Hey, girl! Takkan nak duduk sini je kut. Jomlah menari!”

            Satu suara datang menyapa tatkala fikirannya sudah menerawang jauh entah ke mana. Segera dia membuka mata. Dilihat temannya, Nina sudah duduk di sebelah. Teman-temannya yang lain juga sudah kembali duduk setelah kepenatan menari.

        “Ha’ah, Lissa. Takkan you datang sini nak duduk je kut. Tak havoclah!” sampuk Jeslina, seorang lagi temannya sambil badan masih lagi bergerak mengikut rentak lagu yang berkumandang.

            “You all pergilah. I tak ada mood.”   

            “Pulak? Tadi dia yang beria mengajak!” ujar Nina.

            Tengku Melissa hanya terdiam. Memang tadi dia yang beria-ia mengajak mereka melepak di sini malam ini demi mencari hiburan dan keseronokan. Boleh jadi gila dia kalau duduk di rumah dengan kepala yang tidak habis-habis memikirkan tentang Tengku Harrys.

            “Eh Lissa, jomlah menari! Lagu tengah best ni!” Nina cuba memujuk Tengku Melissa sekali lagi untuk turut sama menari bila medengarkan lagu sudah bertukar ke rentak yang lebih rancak. Namun rakannya itu sekadar menggeleng sambil mengangkat tangannya sebagai isyarat tidak mahu.

“Hmm, okay! Lissa tak nak menari tak apa, Jes. Biar kita berdua je pergi dengan yang lain-lain,” ujar gadis itu seraya bangun dari kerusi. “Hey, guys! Let’s dance!” 

Suasana sedikit hingar dengan sorakan mereka sepanjang menuju ke lantai tarian. Tengku Melissa pula sekadar menyaksikan telatah gila-gila kesemua temannya itu. Kotak rokok di atas meja diambil. Sebatang rokok dikeluarkan lalu disua ke bibirnya sebelum rokok itu dinyalakan. Disedut perlahan puntung rokok itu beberapa kali dan kemudian tangannya mencapai gelas di atas meja untuk meneguk kembali minuman penenangnya. Belum pun sempat bibirnya ingin menyentuh permukaan gelas itu, satu tangan dengan pantas merampas gelas tersebut.

“Tak cukup-cukup lagi ke?”

Tengku Melissa mendongak. Dalam samar-samar cahaya, matanya dapat menangkap seraut wajah yang sangat dikenali. Dilepaskan sebuah keluhan sebelum dia bersandar semula pada kerusi untuk menyambung sedutan puntung rokok tadi. “You buat apa kat sini?”

“Patutnya I yang tanya. You buat apa kat sini? It’s already 3.00 a.m!” soal Tengku Zafran kembali seraya melabuhkan duduk di sebelah adiknya.

“Tak payahlah nak nasihatkan I, Zafran. You pun sama je. At least I balik jugak nanti. But you? Dah berapa hari tak nampak batang hidung kat rumah!”

Kata-kata Tengku Melissa membuatkan Tengku Zafran tertawa kecil. “What’s up? Sampai bergelas-gelas you layan hari ni. Anything wrong?” soal Tengku Zafran bila melihat gelas wain yang bersusun di atas meja. Dia sudah masak dengan perangai Tengku Melissa. Adiknya hanya akan minum sebanyak ini jika mempunyai masalah.

“Pasal cinta?” tanya Tengku Zafran lagi bila melihatkan tiada tanda-tanda yang adiknya itu akan membuka mulut.

Mind your own business!” bentak Tengku Melissa. Gelas wain yang masih berada di tangan Tengku Zafran dirampas kembali lalu diteguk minuman itu sehingga habis. Tengku Zafran yang melihat hanya mempamerkan senyum.

“Hey! Tell me. I know I’m not a good brother. Tapi I pun tak suka tengok you macam ni. Tell me, what’s wrong?”

Tengku Melissa memandang wajah abangnya di sebelah. Kelihatan lelaki itu benar-benar memberi perhatian terhadapnya kali ini. Seketika dia mencari ruang untuk bernafas.

It’s all because of him!”

Who?”

“Harrys.”

“Apa yang Harrys buat sampai you jadi macam ni?”

Tengku Melissa mengetap bibir. Lambat-lambat dia menjawab. “He’s going to engage. With another girl!”

Who’s that girl?”

I don’t know!”

Jawapan adiknya itu membuatkan Tengku Zafran terdiam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Namun sesaat kemudian, tawanya tiba-tiba terhambur di situ. Mujur muzik di dalam kelab itu lebih kuat dari suaranya.

Why are you laughing, Zaf?! This is not funny, okay!” Tengku Melissa mendengus geram. Sakit hatinya bila melihat Tengku Zafran mentertawakannya.

I already knew it actually.”

Membulat mata Tengku Melissa mendengar kata-kata itu. “What?!”

Yes!”

Since when??”

Tengku Melissa seakan tidak sabar untuk mengetahui. Tetapi soalannya itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Tengku Zafran.

And I knew who’s that girl.”

Sekali lagi Tengku Melissa terkesima. Tepat dia merenung ke wajah abangnya. “How did you know? Sedangkan mummy dengan daddy pun tak tahu!”

“Macam mana I tahu tak penting, Lissa.”

Tell me, siapa perempuan tu?!”

Tengku Zafran tersenyum kecil. Serta-merta bayangan gadis itu muncul di mindanya. “Irish.”

“Irish?”

Yes. Irish Qiara.”

That was the girl...,”

Belum sempat gadis itu mengakhiri ayatnya, Tengku Zafran memintas dengan satu anggukkan. “Dia perempuan yang selalu ada dengan Harrys. I guess you still remember masa Pak Lang kenalkan dengan kita during Haiyan Holdings’s annual dinner. She came with her brother.”

Tengku Melissa terdiam sejenak. Kepalanya cuba mengingati setiap peristiwa yang telah menemukan dia dengan gadis yang bernama Irish itu. Dan serasanya kali terakhir dia bertemu gadis itu adalah semasa dia mengamuk di hadapan pejabat Tengku Harrys. Spontan Tengku Melissa menyeka rambut perangnya ke belakang. “Oh my God! Kenapalah I boleh terlepas pandang selama ni!”

You bukan terlepas pandang, Lissa. Tapi you yakin sangat selama ni semua lelaki akan tunduk pada you, termasuk Harrys. And of course you tak sangka perempuan macam tu yang jadi pilihan family Pak Lang, right?”

Definitely! Can you imagine perempuan macam tu nak masuk keluarga kita? Jadi wife Harrys pulak tu? Oh, please!!!”

“Bukan sebarang perempuan, Lissa. Kalau Harrys yang anti-perempuan sejak dulu pun boleh cair tengok Irish, apatah lagi abang you ni.”

Spontan Tengku Melissa menoleh. “Don’t tell me that you also like her, Zaf?”

Tengku Zafran hanya terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Hanya bahasa tubuhnya menunjukkan seolah-olah apa yang dikatakan oleh adiknya itu adalah benar.

Oh, no! What’s wrong with you, Zafran? She’s not your type, okay!”

But she’s different. I know. Belum ada lagi perempuan yang berani tolak I. But she did!” tutur lelaki itu.

Suasana sepi seketika antara mereka. Hanya kedengaran rentak muzik yang masih berkumandang tanpa henti. Tengku Zafran sibuk memerhatikan wanita-wanita cantik yang lalu-lalang di hadapannya. Sementara Tengku Melissa masih leka menyedut puntung rokok yang masih lagi berbaki.

I’ve got an idea.”

Tengku Zafran bersuara tiba-tiba, membuatkan Tengku Melissa melirik padanya.

Idea?”

We make a deal. I tolong you dapatkan Harrys balik, and you akan tolong I untuk dapatkan that girl.“

How? Boleh yakin ke?”

“Hey! This is Zafran! Belum pernah lagi kecundang, Lissa. Don’t ever call me ‘abang’ if I can’t help my own sister. Keep my promise!”

Tengku Melissa tertawa. Terasa sedikit senang dengan kata-kata yang dilafazkan abangnya. Walaupun ini baru sekadar pembuka janji antara mereka, namun sudah mampu melegakan sedikit perasaannya.

Okay. We’ll see!” cabar Tengku Melissa. 

Alright! Deal?” Tengku Zafran menyuakan buku lima pada adiknya. Sesaat, ia bersambut dan buku lima mereka bertemu.

Deal!”