Saturday, May 9, 2020

CHAPTER 12 : RELAKU PUJUK






AUDI RS5 Coupe night blue itu diparkir elok di tempat khas untuknya. Dah seminggu dia memandu sendiri. Bermakna sudah seminggulah dia tak dihantar Pak Majid.

Awalnya Ibu Dian tegah juga. Alasan? Dia belum mahir seratus peratus jalan di Kuala Lumpur. Nasib baik ada babanya tolong back up.

            Mengingat itu, Aryan senyum sendiri.

Pak Aryawan memang nampak tegas dengan anak-anaknya. Tapi lelaki itulah yang paling senang dibawa bincang kalau melibatkan apa-apa.

Lain pula dengan Ibu Dian. Mamanya memang suka manjakan. Tapi dalam manjakan, mulutnya tak pernah henti dengan bebelan. Kata orang, itu tanda sayang.

 Dia faham. Setiap orang tua nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila mereka bising atau tegur, itu bermakna mereka beri perhatian.

Aryan terus menapak ke bangunan Armaya. Melangkah saja ke ruang lobi, salam dan tunduk hormat sambut kedatangannya. Rutin yang diterima sejak status CEO disandang.

Kadang dia naik segan. Nak ditegah, diluar kemampuan. Seakan dia belum layak terima sebarang penghormatan. Lainlah Pak Aryawan. Tapi apa boleh buat. Dah orang bagi penghargaan. Senyuman mesra saja yang mampu dia bagi sebagai balasan.       

Morning, Tuan Aryan!” sapa Intan penuh ceria sebaik terpandang majikannya.

Morning, Intan.”

Gadis itu ekori Aryan ke dalam pejabat. Pembuka tirai tugasnya setiap pagi. Pen dan buku catitan di tangan setia menemani.

So… what’s the agenda of today?” soal Aryan. Beg kerjanya diletak ke meja. Duduknya dilabuhkan ke kerusi.

“Okey. Hari ni pagi sampai tengah hari jadual tuan free. Petang pukul 3.30 baru tuan ada meeting dengan syarikat kontraktor D’Creation untuk projek perumahan semi-D di Petaling Jaya tu.”

“Cuman itu aja?”

“Ya, tuan.”

Alright. Anything else?”

“Oh ya. Jangan lupa, pagi esok. Pukul 10.00. Kita ada monthly meeting dengan semua ketua departmen.

Aryan angguk faham. “Lagi?”


“Itu saja, tuan. Saya keluar dulu. Kopi tuan saya hantar sekejap lagi,” ujar Intan sebelum berlalu.

Aryan tersenyum. Kopi gadis itu kini dah jadi favouritenya. Macam baba.

Betullah kata Intan. Sekali dah rasa, memang takkan berhenti minta untuk seterus dan seterusnya.

“Hmmh. It’s time to work!

Fail-fail berisi dokumen atas meja mula diberi tumpuan. Hari ini banyak yang perlu diselesaikan. Baca. Semak. Tanda tangan.

Macam nampak senang. Tersilap buat keputusan, boleh membinasakan.   

Aryan itu terus leka buat kerja. Sikit pun dia tak kalih dari tempatnya. Mujur keadaan seakan memahami. Tak ada sebarang gangguan pun yang datang sejak dia mula tadi.

Tittt!

Baru disebut-sebut. Dan-dan itu juga interkomnya berbunyi.

“Tuan.”

Yes, Intan.”

“Ada tetamu nak jumpa tuan.”

“Tetamu? Siapa? Punya appoinmentnya?”

“Tak ada. Tapi dia cakap dia teman tuan.”

Kening Aryan berkerut. Dia punya temankah di sini?

“Tuan Aryan?”

“Iya. Nggak apa-apa. Benarin dia masuk, ya.”

Lelaki itu sentuh dahi. Memikir siapa gerangan ‘teman’ yang tiba-tiba muncul hari ini. Belum sempat otak berfikir, daun pintu ditolak dari luar.

Hello, my buddy!”

Seraya Aryan angkat muka. “Wafri?”

I’m here.”

“Astagha! Lo rupanya!” Aryan bingkas bangun. Huluran salam Wafri di depan terus disambut. “Aku pikir siapa yang datang tadi!”

            “Kenapa? Terkejut?” duga Wafri.

            “Ngapain nggak bilang mau datang?”

            “Saja. Nak surprise. Macam kau surprisekan aku hari tu.”

            “Mau balas?”

            “Lebih kuranglah.” Wafri tergelak. Habis itu, matanya melilau perhati keliling ruang
 pejabat. “Boleh tahan bilik kau ni. Cantik. Besar. Kemas.”

            “Nggaklah. Biasa-biasa aja, sih.”

            “Biasa-biasa konon. Kalau dah gah macam ni, biasa-biasa apanya! Sohow’s your days as CEO Armaya International? Did you enjoy it?”

            “Lumayan. Seperti yang lo lihat sekarang.” Aryan tunjuk timbunan fail atas mejanya. “Ini yang harusku tatap hampir setiap hari.”

            “Alah, Ryan. Normallah tu. Dah nama pun CEO.”

            “Lagi senang mengembara kayaknya.”

            Gelak Wafri kali ini lebih kuat.

“Habis kau ingat, jadi CEO ni macam main pondok-pondok ke? Hmm? Nak-nak international company macam ni.”

            Kali ini Aryan jungkit bahu. “Ya… mau bikin gimana lagi. Udah ini bagian aku. Terima aja apa adanya.”

            “Tu yang sebaiknya, bro. Ini amanah keluarga kau. Tanggungjawab untuk kau pikul sekarang. Just do your best as you could!

“Aku lagi sedang coba.”

That’s Aryan yang aku kenal! Tak pernah kenal erti putus asa!”

“Lo nggak kerja ini hari?”

            “Tak. Hari ni aku off. Sebab tulah aku datang sini. Nak ajak kau lunch.”

            “Oh, ya? Kebetulan aku juga nggak punya apa-apa urusan tengah hari ini. Nasib lo baik!”

            Wellthis is Wafri. Bab-bab langkah kanan ni memang aku pro, kan!”

            “Sok belagak, lo!” tempelak Aryan. Fail-fail di depannya mula dikemaskan. “Leeyanya mana? Kok nggak datang sekali?”

            “Sepatutnya ada. Tapi last minute dia ada hal. Urgent.”

            “Hal urgent apaan? Bukan lo lagi urgent?”

            “Sekalilah tu.”

            “Aku nggak ngerti.”

            “Leeya balik kampung, Ri. Jumpa keluarga dia. Bincang sesuatu tentang kita orang.”  

            “Maksud lo?”

            “Keluarga aku nak datang merisik dia minggu depan.” 

            Fail di tangan Aryan terlepas. Tepat dia renung wajah rakannya dengan soalan yang bertunas-tunas.  


********** 

“AKHIRNYA! Berjodoh juga lo berdua, ya. Tahniah, Ri! Aku happy banget!”

Tersenyum simpul Wafri dengar ucapan itu. Gembira ada. Segan pun ada. Lagi-lagi dengan rakan baiknya.

Thanks, Ryan.

“Nggak nyangka, deh. Lo jadian juga sama Leeya.”

“Dah jodoh kita orang kut. Walaupun dulu macam anjing dengan kucing. Hai… aku pun tak tahulah Ryan macam mana boleh sangkut. Padahal Leeya tu benci betul dengan aku. Aku kuat sakat dia!”

Spontan tawa Aryan terhambur.

“Itu jodohnya lagi kuat itu! Mula-mula berantem, benci. Lama-lama terus jatuh sayang, suka. Benar nggak?”

 “Ya… mungkin. Tapi aku bersyukur, Ryan. Sekurang-kurangnya aku dah kenal hati budi dia macam mana.”

“Leeya itu luarannya aja terlihat begitu. Tapi dalam hati, baik sekali. Terus dia lagi cantik, pintar, rajin, pandei masak, berhijab, solehah. Apa lagi? Ya pokoknya, cukuplah segala ciri-ciri untuk dijadikan sebagai seorang istri. Lo beruntung banget sih dapatin dia!”

I know.”

“Makanya, lo harus jagain dia baik-baik. Jangan sampei terlepas ke tangan orang lain.”

Wafri terdiam. Kata-kata diucap Aryan umpama satu peringatan yang mendalam. Seketika, wajah rakannya itu dipandang.

“Kau bila, Aryan?”

Jus lemon yang sedang diteguk Aryan dan-dan itu tersembur. “Apa?”

“Aku tanya, kau bila?”

“Apaan yang bila?”

“Kau ni tak faham ke buat-buat tak faham?”

Pertanyaan itu dibiar Aryan. Gelas minumannya diletak semula. Renungan Wafri di depan juga pura-pura tak diendah.

“Eh! Aku tengah cakap dengan kau ni, tau. Bukan dengan meja, dengan pinggan, dengan kerusi!”

“Aku tau.”

“Dah tu, senyap aje. Sampai bila, Ryan? Hmm?”

“Nggak tau. Sampei diizin-NYA barangkali.”

“Itu aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya usahalah cari. Takkan kau nak tunggu macam bulan jatuh ke riba kut. Memang taklah!”

“Hati aku belum terbuka, Ri.”

“Kau sendiri yang tak nak buka. Even kau tak benarkan sorang perempuan pun masuk ke dalam hati kau tu. Bukan tak ada. Ramai! Tapi kau yang tak pernah bagi dia orang ruang tu. Kan? Jangan tipu aku.” 

“Aku nggak bisa.”

“Kenapa? Sebab kau nak biarkan kenangan silam terus bermastautin dalam diri kau. Hati kau. Fikiran kau. Am I right?”

Aryan bungkam. Tak tahu macam mana harus ditepis lontaran ayat lelaki di depan.

Bukan dia tak nak cari teman. Apalagi nak nafikan fitrah manusia dalam hidup berpasangan. Tapi hatinya masih belum boleh terbuka untuk kembali ke dalam dunia itu.

Entahlah. Buat masa ini, dia lebih senang bersendirian. Tak terikat. Ke mana-mana pun tak ada yang larang. Dirinya bebas melakukan segala hal.

Mungkin sampai suatu masa bila ALLAH dah tetapkan hatinya terbuka semula, waktu itulah jodohnya akan menjelma. Cuma saatnya bila, dia tak tahu.

“Sampei tiba saatnya nanti, hatiku bakalan terbuka Ri.”

“Bila?”

“Nggak tau. Tapi yang pasti, bukan sekarang ini.”

“Kau yakin?”

“Belum ada yang bisa melakuin.”

Spontan, tawa Wafri berderai.

“Jangan yakin sangat, kawan! Percaturan ALLAH selalunya diluar yang kita jangkakan. Sekarang kau bolehlah cakap macam ni. Entah-entah esok lusa Dia campakkan jodoh kau terus kat depan-depan mata!”

Serentak, mata Aryan tepat ke wajah Wafri.

“Dan masa tu kau dah tak boleh nak elak lagi!”





Wednesday, April 8, 2020

CHAPTER 11 : RELAKU PUJUK






NASI dalam pinggan disuap perlahan-lahan ke mulut. Sesudu demi sesudu. Tapi entah kenapa ia macam tak nak luak. Nak kata tak sedap, semua lauk kegemarannya yang dimasak.

        Sesekali mata lelaki itu kerling orang tuanya di depan. Berselera sungguh mereka makan. Sampai dia duduk di sini lansung tak dipandang. Mereka yang lapar, atau seleranya yang hilang?

     Satu keluhan dilepaskan. Nasi yang berbaki dihadap semula penuh harapan. Harapan agar dapat dihabiskan.

            “Aryan.”

            Lelaki itu mendongak.

            “Kenapa?”

            Aryan pandang Ibu Dian. Tak sangka keluhnya tarik perhatian wanita berkenaan. Bukan takat mamanya. Dengan baba-babanya sekali turut terkesan.

            “Ngak apa-apa, kok.”

           Ngak apa-apa, ngak apa-apa. Tapi keluhnya kok sampai gitu sekali?”

           Aryan pandang kedua orang tuanya lagi. Setelah itu dia tertunduk kembali.

       “Waduh, ini anak! Ditanya kok lagi diam.” Ibu Dian bertingkah geram.

        “Ngapain sih kamu, Aryan? Lagi punya masalah?” Kali ini Pak Aryawan berbicara. Lembut suara menusuk pendengaran anaknya.

           Dan sekali lagi, keluhan Aryan kedengaran.

  Dia sendiri tak tahu kenapa dengan dirinya. Sejak akhir-akhir ini serba tak kena. Hendak diluah, tak tahu berkisarkan apa.

            “Kamu lagi punya masalah di kantor?” soal Pak Aryawan masih tak putus asa.

            Dikit.”

            “Berkenaan apa?”

            “Semua.”

           Bibir Pak Aryawan ukir senyum. Tercuit dengan jawapan itu. Sudu yang diletakkan, kembali disentuh.

            “Aryan, Aryan. Kamu itu kan masih baru. Masih dalam proses belajar. Justeru, hal seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa. Kamu harus kerja kuat, dong. Ambil tahu segala hal-hal syarikat. Supaya nanti kamu bisa urusin Armaya dengan sukses.

Baba ngerti kok perasaan kamu. Malah baba juga pernah melalui saat seperti ini dulu. Sama kakek kamu yang lagi garang itu. Tapi Alhamdulillah… baba berhasil melakukannya.”

     Aryan terdiam. Kata-kata babanya didengar dengan rasa berbalam.

         “Usah khawatir, dong. Baba yakin kamu juga bisa berhasil melakukannya. Soalnya, kamu harus sabar, kuat, rajin berusaha dan nggak boleh putus asa untuk belajar mengenali Armaya.

 Ya baba akui… tanggungjawab kamu emang cukup berat. Lagi-lagi peran sebagai CEO itu. Tapi kamu harus yakin sama diri kamu. Nggak ada yang bisa nolongin kamu kecuali diri kamu sendiri. Ngerti?”

            “Ya, ba. Aryan ngerti.”

   “Bagus. Kalau ada hal-hal syarikat yang mengingungkan kamu, bilang aja sama baba. Insya-ALLAH baba akan membimbing kamu sebaiknya. Kalau baba nggak ada, Intan masih ada. Pegawai-pegawai yang lain juga turut bisa bantuin kamu, sih. Yang penting kamu usah malu untuk bertanya.”
 “Insya-ALLAH. Aryan akan melakuin yang terbaik untuk Armaya, ba. Makasih.”

            Pak Aryawan sekadar mengangguk.

          “Ya, udah. Kita ini lagi ada di meja makan. Bukan di kantor. Ayuh disambung makannya. Udah mau dingin lauk-lauk ini semua!” Ibu Dian mencelah. Sambal udang atas meja disenduk sesudu dua buat suami dan anak terunanya. “Oh, ya! Mama hampir lupa. Mas udah kasitahu sama Aryan apa belum?”

            “Kasitahu apa?”

            “Tentang kepulangan kita ke Jakarta.”

            Pak Aryawan tepuk dahi “Astagha! Belum, ma. Mas lupa terus!”

           “Ya ampun! Kok lupa? Hari Sabtu kita udah mau berangkat, mas.” 

       “Mama sama baba mau pulang ke Jakarta?” Aryan yang tak tahu pokok pangkal cerita, terus tanya.

        “Iya, Ryan.”

“Kok tiba-tiba?”

“Gini… semalam Kak Della kamu nelefon mama. Dia bilang kakek kamu rebah lalu pengsan di kantor.”

What?!” Aryan tergamam. Duduk yang tadi bersandar kini sudah tegak. “Gimana bisa terjadi?”

“Mama juga nggak pasti, dong. Menurut Kak Dell, kakek saat ini lagi sibuk ulang-alik urusin projek hotel Armaya di Bali itu. Lansung istirehatnya nggak cukup.” 

“Terus, kondisi kakek gimana sekarang? Apa serius?”

“Kakek masih belum stabil. Sekarang lagi di kamar ICU. Kerna itu mama sama baba mau pulang melihatnya.”

“Dokter yang merawat bilang apa?”

“Dokter juga bilang kakek lagi kecapekan. Sibuk banget urusin hal kerja sampei lupa sama kesihatannya,” jelas Ibu Dian. 

Aryan bungkam. Khabar yang baru diterima benar-benar mengejutkan. Baru minggu lepas dia bersembang panjang dengan datuknya di telefon.

Dia akui dirinya dah lama tak pulang jumpa datuk sebelah babanya itu. Kali terakhir adalah semasa dia ketemu kedua orang tuanya di China.

Sebelum ke negara tembok besar tersebut, dia pulang ke Jakarta lebih dulu ziarah kakek serta neneknya di sana. Dan semenjak itu, mereka lansung tak berjumpa. Hanya telefon sebagai perantara. 
            “Aryan mau ikutan pulang.”

            Serentak Pak Aryan dan Ibu Dian pandang anaknya.

            “Apa? Kamu mau ikut?” tanya Ibu Dian.

            “Iya.”

            “Terus, Armaya gimana?”

            “Ngapain sama Armaya?”

            “Siapa yang mau urusin?”

            “Karyawan kita kan lagi ada. Mereka bisa urusin, kok.”

            “Iya. Tapi nggak sama.”

            “Nggak sama gimana?”

            “Aduh! Ini anak.”

            Ibu Dian lansung tepuk kepala. Suaminya dipandang. Dengan harapan dapat jelaskan keadaan sebenar.

        “Aryan… gini. Sebaiknya kamu itu tinggal di sini aja, ya. Urusin Armaya. Biar baba sama mama pulang dulu ke Jakarta lihat kakek gimana. Jika kondisinya nggak serius, ya nggak kenapa-kenapa kok. Nah jika sebaliknya, baru nanti kamu nyusul pulang ya.”

          “Tapi Aryan juga udah lama nggak pulang ke kampung. Ketemu sama kakek dan nenek. Jadi nggak salah kan kalau Aryan turut sekali?”

          “Ya… salah emang nggak salah. Cumannya, Armaya lebih membutuhkan kamu. Jikalau terjadi hal-hal yang tidak diingini, yang lebih penting, terus emergency, sekurang-kurangnya kamu ada di sini buat menyelesaikannya. Iya karyawan kita emang lagi ada. Tapi tetap mereka nggak bisa memutuskan apa-apa tanpa kamu. Kamu harus ingat itu.”

Aryan hela nafas. Nampaknya tak ada ruang lagi untuk dia balas. Kalau masih dibetah, alamat sampai ke esok pagi mereka akan terus berbahas.

Lelaki itu tersandar.

Nak buat macam mana. Bila diri dah terjebak dalam dunia korporat, inilah risiko yang harus diterima. Suka atau tak, terpaksalah dia telan juga.


 **********

LANGKAHNYA diatur susuri kolam renang. Habis saja makan, dia terus menghala ke sini. Sengaja nak ambil angin malam. Moga-moga dapat lenyapkan rasa kecewa dek perbualan terakhir di meja makan sebentar tadi.

            Duduk saja di kerusi rehat, Aryan lansung rebahkan tubuh. Menghadap air kolam yang terbias dek sinar rembulan. Menikmati langit malam yang diliputi taburan bintang berkelipan.

         “Sungguh indah ciptahan Tuhan. Pasti nyaman andai aku bisa menyertai bintang-bintang di atas sana. Nggak perlu mikiran segala hal yang terjadi.”

        Sejenak, lelaki itu layan perasaan sendiri. Cari ruang untuk tenangkan diri. Lebih tepat, ingin hilangkan resah yang bemukim di jiwa ketika ini.
         Jauh di sudut hati, dia yakin resah itu bukan sebab tak dapat ikut orang tuanya pulang ke Jakarta. Tapi ada sesuatu lain yang membelenggu sejak akhir-akhir ini.

            Sosok itu.

Ya! Sosok itu yang mengganggu ketenteraman jiwa dia sebenarnya. Sosok yang ditemui di pasaraya kira-kira sebulan lalu. Sosok yang dikejar sampai satu pasaraya terkejut dengan pekikan alarm gara-gara dirinya. Entah kenapa, dia nak sangat lihat wajah yang terlindung di sebalik hood jaket si empunnya.

            “Mungkinkah itu kamu?” Aryan duga sendiri.

        Barangkali dia silap. Tapi otaknya masih kuat untuk ingat di mana dia pernah lihat jaket tersebut. Dan siapa yang memakainya. Only ‘Miss of Crazier’.

            “Apa benar itu kamu?” ucap Aryan lagi.

Kali ini bayangan gadis bermata biru itu kembali menerpa. Sejak insiden di pasaraya tersebut, wajah itu saja yang selalu hadir menyapa hari-harinya. Seakan beritahu gadis itulah yang dikejar oleh dia. 

            “Ah! Kenapa kamu sering menghantuiku!” tingkah lelaki itu.

          Pantas Aryan raup wajah. Tubuhnya dibangkitkan. Rambutnya dielus ke belakang. Habis itu, tengkuknya ditekap dengan tangan. Merenung lantai di bawah bersama rasa yang sukar diungkapkan.

            Kalau tadi babanya tanya dia punya masalah, nah… inilah masalah yang tengah sarat dibenak. Puas dia mengelak. Penat dia menolak. Tapi wajah gadis itu makin datang mengasak. 

            Adakah pintu hatinya sedang diketuk? Oleh itu gadis bermata biru itu?

        “No! No, no, no. Nggak mungkin! Masakan sama gadis yang telah menculikku? Nonsense!”

        Aryan geleng-geleng perlahan. Matanya dipejam. Kepalanya didongak ke atas. Cuba usir andaian yang bertandang. Saat mata tercelik semula, pandangannya terus dilempar jauh ke dasar kolam.

‘Apa kau yakin dengan kata-kata kau, Aryan?’ bisik hati kecilnya.

Entahlah. Akal warasnya berkeras tidakkan. Tapi nalurinya?

Jujur… sejak kes culik tempoh hari, jiwanya seringkali resah dan tertekan. Trauma? Ya. Memang trauma. Tapi penangan gadis yang satu itu melebihi rasa trauma yang ditinggalkan.

‘Kenapa tak kau lupakan dia aje?’ bisik hatinya lagi.

       Dia sendiri sedang tercari-cari jawapan. Walaupun dah maklum gadis itu datang dari latar belakang penuh kepalsuan. Apatah lagi kesalahan jenayah yang dilakukan memang sukar untuk dimaafkan. Tetap, wajah itu yang sering melintas di fikiran.

‘Jadi untuk apa sebenarnya kau cari dia? Nak balas dendam? Sebab dia terlepas dari hukuman?’ suara hatinya terus berbisik.

Aryan mengeluh.

Balas dendam? Tak pernah terjangkau dek akal. Tapi mana tahu kut-kut boleh dipertimbangkan. 

Namun ada satu hal yang lebih dia kisahkan. Matanya nampak sesuatu yang terlindung di sebalik diri gadis berkenaan. Sesuatu yang disorokkan. Dan dia nak tahu tentang ‘sesuatu’ itu dengan sebuah penjelasan.

“Di mana kamu sekarang? Apa benar sosok yang aku lihat tempoh hari sememangnya adalah kamu?”

Hati kecil Aryan semakin meronta-ronta ingin cari gadis penculik itu.



** Continuing after I've been recovered... Not fully recovered but, alhamdulillah... Miss you all, guys... Happy reading... ^^