“SO... where we are
going now?”
Suara Tengku Safra
memecah sunyi antara mereka. Dalam bayu pantai Brighton, mereka berjalan pulang
ke hotel usai menikmati makan malam.
“Nak ke mana? Tak
ada ke mananya, Safra. Balik hotel aje terus. Mama dah letih sangat ni
sehari-suntuk berjalan. Esok aje kita sambung.”
“Mom’s right. Akak, Abang John dengan
budak-budak pun dah penat ni. Tilam dengan bantal kat hotel tu dah
memanggil-manggil dah suruh letak kepala.”
“Me too. So tired. Let’s
continue tomorrow. Kalau Safra nak, Safra jalan sorang-sorang.”
“Isk! Abang ni,
kan!” Tengku Safra menumbuk geram lengan Tengku Syaffi.
“What? Betullah abang cakap, kan? Semua
orang dah mengantuk. You sorang aje
yang tak reti penat!”
“Okay. Fine!”
“Dah, dah. Tak
payah nak bergaduh. Listen here. Tonight all of us just get a rest, okay.
Any activity will only starts tomorrow. Everyone get it?” saran Tengku Yasmin.
“Yes, ma!”
“Good. Harrys,
Irish. Kamu berdua pun sama. Malam ni rehat aje kat bilik. Simpan tenaga untuk
esok.”
“It’s okay. Mak
long dengan yang lain-lain masuk dulu.”
“Laa…,” langkah Tengku Yasmin mati. “... kenapa pulak?”
“Harrys nak bawa Irish ambil angin sekejap.”
“Sejuk-sejuk macam ni?”
“Alah, ma. Tak apalah. Kasi chance pengantin baru tu nak dating
berdua. Honeymoon dia orang kan tak
habis lagi. Tahulah si Harrys nak jaga Irish tu macam mana,” sampuk tengku
Saffa, buat yang lain ketawa.
“Hmm, yelah. Tapi jangan lama-lama, Rys. Demam si Irish
tu nanti. Kita jumpa esok.”
Tengku Yasmin
kembali atur langkah pulang ke hotel dengan yang lain. Tinggal Tengku Harrys
berdua bersama Irish.
“Come.”
“Ke mana?”
Tengku Harrys tak
jawab. Kaki mula dihayun menuju persisir pantai.
Irish cuma menurut. Tak berani bertanya lanjut. Sejak insiden beberapa malam lalu, lelaki itu
banyak berdiam dan menjauh.
Sampai di tebing pantai Brington, Tengku Harrys matikan
langkah. Kedua-dua tangan lansung menyeluk saku seluar. Pandangan dilayang ke
dasar laut yang gelap ditelan dek pekat malam. Lima minit berlalu, lelaki itu
terus leka menatap laut. Irish di belakang lansung tak dihirau.
Dan Irish... dia tak punya pilihan. Hanya tunggu,
perhati, dan lihat. Tak tahu apa yang Tengku Harrys menungkan. Tapi dia
perasan, lelaki itu memang suka laut. Setiap kali terjumpa atau ternampak,
pasti akan disinggah. Sekejap pun jadilah.
“You know what. Kita dengan pantai macam
dah ditakdirkan.”
Akhirnya... suara Tengku Harrys kedengaran.
“Kita?”
“Kali pertama kita
berbual, waktu kat Danga Bay, JB. Kali kedua kita bercakap, waktu
saya cari awak kat Batu Feringghi. Kita leraikan segala
rahsia di Pantai Jeju. Sepanjang tour
di UK pun, pantai pasti jadi destinasi yang dituju. Even sekarang pun, kita ada depan pantai.”
“Takdir kita atau
dengan awak seorang?”
Tengku Harrys
tersenyum halus. “Maybe.”
“Pantai ingatkan
awak pada someone?”
“Always.”
“Siapa?”
“You.”
Tepat mata Irish memasung
wajah Tengku Harrys.
“Tiap
kali teringatkan awak dulu, tempat ini jadi destinasi saya. Kala hati rindukan
bayangan awak setiap waktu, pantai ini meleraikan tiap kerinduan saya. Awak dan
pantai tak ada beza. Macam mana desir ombak dan bayu laut beri ketenangan pada
jiwa saya, macam tu juga kehadiran awak membawa seribu makna dalam kehidupan
saya.”
“Jadi betullah...
awak selalu ke sini?”
Tengku Harrys mengangguk
perlahan.
“Duduk sini, petik gitar, sambil pandang laut.
Seolah-olah wajah awak ada kat tengah-tengah laut tu. Bukan kat sini saja. Kat
pantai mana-mana pun. Selagi ianya pantai,
its remind me of you.”
Irish tertunduk.
Butiran pasir hujung kaki ditenung.
Satu lagi pengakuan mengejut dia terima malam ini. Jadi
tak silaplah telahan Tengku Safra. Ada ‘sesuatu’ yang membawa abang sepupunya
sering datang ke sini. Dan ‘sesuatu’ itu adalah dirinya.
‘Patutlah Tengku Harrys tak betah setiap kali
terpandangkan pantai...’ detik hati kecilnya.
“Irish. Do you really happy with me?”
Mata Irish terus merenung pasir.
“Awak bahagia dengan saya?”
Kepala wanita itu cuba cari jawapan untuk diberi.
“Atau awak menyesal kah...,”
“Awak pemberian sempurna yang Dia kirimkan. Nikmat mana
lagi yang harus saya dustakan?”
Tengku Harrys ketap rahang. Balasan Irish buat jiwanya
berantakkan. “Tapi hati awak belum dapat saya miliki.”
“Awak dah
milikinya. Sejak hari pertama saya dinikahi.”
“Cinta awak belum
dapat saya takluki.”
“Awak dah dengar
ungkapan tu waktu di Jeju tempoh hari.”
“Sayang awak masih
saya ternanti-nanti.”
“Saya tengah
mencuba. Beri saya ruang dan masa lagi.”
“Sebab tu saya
masih tak dapat miliki awak sepenuhnya. Sampai ke saat ini.”
Irish pandang
Tengku Harrys semula. Lama. Namun tak sikit pun lelaki itu balas pandangannya.
“Saya rasa awak
yang menyesal kahwin dengan saya sekarang.”
“Tak pernah
terlintas.”
“Mulut mungkin
jawab macam tu. Tapi dalam fikiran awak saya tak tahu,” ujar Irish seraya mengalih
wajah. Suaranya bergetar. Tubirnya mula hangat. Entah kenapa hatinya terasa
begitu sayat.
Dalam kepayahan melawan emosi, Irish terasa tubuhnya tiba-tiba
didakap perlahan dari belakang. Terkejut dia bukan kepalang.
“Harrys!”
“I’m sorry. I make
you crying.”
Irish menyentuh tangan Tengku Harrys. Ingin leraikan
pelukan.
“Once dah
dapat, jangan harap Harrys akan lepaskan...” bisik lelaki itu perlahan. Pelukan
kian dieeratkan.
“Orang nampak...,”
“This is UK, not
Malaysia. Nobody won’t care whatever I did to you. Plus… I’m your husband.”
“Harrys…,”
“That’s the fact
you couldn’t change.”
Irish ketap rahang.
Hilang segala sedih yang menjengah. Sekarang lelaki ini mahu memujuk pula.
Tanpa sekelumit rasa bersalah.
“I’m sorry.” Sekali lagi Tengku Harrys berbisik lembut di telinga
Irish.
“Irish tak layak terima kata maaf tu.”
“Don’t say it.
Harrys tahu, kata-kata Harrys buat Irish terluka. Dan Harrys tahu, sikap dingin
Harrys buat Irish terasa.”
Irish bungkam. Dalam diam hati mengiakan. Tapi dia sedar
dirinya tak pantas nak berkata demikian.
“Diam Harrys bukan bermakna Harrys tak endah. Dingin
Harrys tak beerti Harrys menyesal. Cuma Harrys takut nak berada dekat. Takut
hati dan diri Harrys tak kuat,” ucap lelaki itu lagi dalam getaran. Namun cukup
terkesan di pendengaran.
“Setiap lelaki inginkan rumahtangga yang bahagia.
Perhatian, belaian, kasih sayang, manja dari seorang isteri. Tapi Harrys tahu
bahagian Harrys masih belum waktunya lagi. Sebab masih ada luka-luka semalam
dalam hati Irish yang perlu Harrys ubati.”
“Harrys…,”
“Walau diberi emas dan permata sebagai ganti, senyuman
Irish yang tetap Harrys ingini.”
Mata Irish kembali berkaca.
“Andai Harrys punya kudrat dirikan mahligai, akan Harrys
hadiahkan buat Irish satu hari nanti.”
Dada Irish terasa sesak.
“Dalam berjuta bintang yang berkerlipan menyinari, Irish
bagaikan kejora ditengah-tengahnya pasti.”
Perlahan-lahan Irish menutup kelopak mata. Setitis air
jernih jatuh mendarat di pipi.
“Takkan Harrys biarkan Irish tenggelam lagi, dalam ribuan
mata yang ingin menikam selepas ini. Sebab Irish hanya milik Harrys. Sejak
azali, dan sampai syurga nanti. Pegang semua kata-kata ni.”
“Sejauh mana?”
“Laut dan pantai jadi saksi.”
Tengku Harrys mengeratkan lagi pelukan.
Bersaksikan bumi Inggeris, satu demi satu isi hati
terpendam dirungkai. Hatinya lega. Jiwanya tenteram. Terasa kasih pada Irish
bersemi kian dalam.
“Kembalikan semula rusuk kiri Harrys yang dah hilang.
Biarkan ia terpatri kembali. Meskipun beribu tahun membilang, Harrys akan setia
menanti.”
Desir suara itu berbisik lagi. Bersama harapan yang
berbalam tinggi.
No comments:
Post a Comment