Syukur alhamdulillah.. It’s been out on Harian Metro
newspaper yesterday...
Terima kasih pada NSTP & Harian Metro kerana memberi
peluang yang tak ternilai ini... Terima kasih wartawan Kak Farhana &
jurugambar yang merealisasikan artikel begitu bermakna ini... Terima Kasih En .
Asyraf (Brand Exec. Karangkraf) kerana melunaskan impian yang tidak disangka
ini...
.
Penerbitan Alaf 21 & Karangkraf, sekalung terima
kasih kerana sudi menerima dan menerbitkan karyaku... Semua yang terlibat dalam
pembikinan BG ( termasuk Kak Suraya Desa – Editor & Kak Syreena – Cover Designer),
terima kasih merealisasikan BG menjadi sebuah buku.. Jasa & usaha kalian
takkan pernah luntur ditelan waktu...
Keluarga tercinta, terima kasih atas doa dan
kata-kata semangat yang tidak putus dari kalian selama ini... Terima kasih kerana
sentiasa berada di sisi saat jatuh bangunku dari dulu hingga kini... Kalian
adalah kekuatan untukku untuk terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi...
Uncle Haji Zainudin Khair & Tok Usu saya, Dato’
Mahmud Chanandin.. Setinggi-tinggi terima kasih atas bantuan dan dorongan yang diberi...
Segala jasa kalian seikhlas hati saya menghargai... Tidak lupa insan bernama Za
Omar... Terima kasih untuk doa dan sokongan Mama titipkan buat diri ini...
Pada teman-teman yang turut membantu serta mendoakan,
terima kasih sama diucapkan... Walau jauh di mata, namun di hati masih tersemat
segala kenangan. Ikatan persahabatan ini, simpulkan rapi dilerai jangan...
Teristimewa buat pembaca setia yang disayangi, secara
terang atau sembunyi... Novel ini adalah bingkisan hadiah untuk anda semua...
Segala komen dan kritikan saya terima dengan hati terbuka... Terima kasih kekal
bersama saya dari awal BG disiarkan hingga kini dibukukan jua... Allah swt
sahaja dapat membalas segalanya...
Moga anda terhibur dalam mencari sesuatu yang bernilai
sepanjang melayari nashkah BAYANGAN
GURAUAN... Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk tetap
dari saya... DIAlah yang Maha Agung...
DIAlah yang Maha Adil.. DIAlah maha mengetahui.. Sejauh manapun kita mencorak masa depan, namun DIA jugalah sebaik-baik perancang untuk setiap perjalan kita di muka bumi ini... Jangan pernah berputus-asa kerana rezeki Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya yang dikasihi....
DIAlah yang Maha Adil.. DIAlah maha mengetahui.. Sejauh manapun kita mencorak masa depan, namun DIA jugalah sebaik-baik perancang untuk setiap perjalan kita di muka bumi ini... Jangan pernah berputus-asa kerana rezeki Allah sentiasa ada untuk hamba-hambanya yang dikasihi....
#BayanganGurauan
#HarianMetro
#BGandmeonnewspapertoday
#Alhamdulillah
#SegalanyamilikdandgnizinALLAH
No comments:
Post a Comment